Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, December 29, 2012

:: Selamat Jalan 2012 ::


Assalam.

Lama jugak blog ni terbengkalai. Mungkin sebab cuti ni terlalu seronok sampaikan terlupa pada encik blog ni. Maaf encik blog. Jangan sedih ye. Bila sampai masanya, ada jugak sesuatu yang nak ditulis di sini. Cuma dalam cuti ni kurang berkesempatan nak menulis sebab banyak benda nak dibuat (padahal main game tiap2 hari).

Masa berlalu, tanpaku menyedari,
Percintaan yang kita bina hampir terlerai.

Eh. Salah! Salah! **Penangan layan lagu Nora tiap2 hari.

Masa berlalu terlalu laju. Cuti berlalu tanpa disedari. (baru betul). Bila tersedar, dah pun 29 Disember. Cuma ada baki cuti lagi 3 hari. Oh.. pantasnya. Tak bersedia rasanya nak balik ke maktab tercinta. *beg plastik please.. tetiba nak muntah.
3 hari lagi termasuk 1 Jan 2013. Damn.
2012. 2 hari lagi sebelum sampai ke penghujungnya. Banyak perkara menarik berlaku pada tahun ini. Tidak kurang jugak perkara yang kurang menarik dan yang tak menarik langsung. Kiranya macam timbal balik la. Kalau dunia ni sentiasa gembira, tak ada lah warna-warni dalam hidup kan. Tu namanya dugaan.

Rasanya dengan tempoh tinggal 2 hari lagi, tak terlalu awal untuk saya imbas semula apa yang telah berlalu. Lagipun esok adalah ahad, dan lusa adalah hari terakhir tahun ini. Ahad, pejabat tutup dan Isnin dah sibuk untuk bersiap2 balik ke maktab tersayang (nak muntah lagi sekali). Sebenarnya sebahagian daripada kisah dalam 2012 ni saya dah ceritakan dalam entri Kompilasi Pertama Untuk Ketiga pada penghujung bulan Mei lalu yang boleh dibaca di sini.

Antara perkara menarik yang berlaku pada tahun 2012 ialah saya berpeluang menaiki tren Harimau Malaya (atau Malayan Tiger Train MTT) pada bulan Februari, hanya kira-kira 2 bulan selepas tren tersebut memulakan operasinya di Malaysia. Tren ini merupakan gerabak hadiah daripada kerajaan Jepun kepada Malaysia yang tiba di Malaysia pada bulan Disember 2010. Catatan lanjut mengenai tren Malayan Tiger ini boleh dibaca di sini.
Selain itu, pada tahun 2012 juga saya berpeluang melawat ke Muzium Anatomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kuala Lumpur. Pertama kali berpeluang melihat organ dalaman manusia secara langsung walaupun dah diawet.

Banyak juga kenangan menarik yang tercipta bersama kawan-kawan di IP. Antara kenangan yang paling menarik ialah semasa menyertai Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) di Pusat Pemuliharaan Burung Kuang Jabatan Perhilitan Johor di Jemaluang, Mersing, Johor pada 6-8 Julai 2012. Ini kali kedua saya mengikuti program perkhemahan semenjak mendaftar sebagai pelajar di institut perguruan ini pada 2009. Catatan penuh boleh dibaca di sini.
Selain itu, kami juga dah menjalani program Bina Insan Guru yang juga merupakan program anak angkat yang telah berlangsung di Felda Nitar 2, Mersing, Johor. Tambahan pulak program ni kami yang handle (tentu sekali dengan bantuan para pensyarah yang baik lagi penyayang). Program yang sangat menarik dan meninggalkan kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Entri selanjutnya di sini.

Antara kisah sedih tahun 2012. Tahun ini ialah tahun paling sibuk buat saya di IP. Bermula dari bulan Januari sebagai Ketua Opsyen, dan bersambung pada semester 4 sebagai pengerusi BIG (aku shoot sapa yang lantik ni nanti.. haha. ). Buat pertama kali juga laptop kesayangan saya ni meragam teruk dan terpaksa diformat semula dengan harddisk baru. Akhirnya hilanglah sistem operasi asal iaitu Windows Vista bersama-sama fail-fail dalam harddisk tersebut. Dan tahun 2012 juga menyaksikan seseorang yang saya minat dalam diam sejak 2010, yang mana selama ini kami baik saja, namun tiba-tiba dia senyap dan buang saya dari hidup dia. Entah apa silapnya. Tak pe lah. Mungkin tak ada jodoh. Semoga berbahagia selalu.
*Sampai hari ini saya masih tak dapat jawapan, kenapa dia tanya tentang lagu "Mengapa Harus Jumpa" dalam blog saya. Dan saya tak tahu kenapa masa dia tanya tu, saya tak terus terang yang lagu tu khas untuk dia.

Komputer rosak.
Apa pun, 2012 ialah tahun terakhir kami menghadapi program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). InsyaAllah semester depan kami akan mulakan dengan praktikum pertama selama sebulan.

Pengalaman yang paling dan sangat-sangat menarik bagi saya, bukan sekadar bagi tahun 2012, malah sepanjang hidup saya sejak lahir hingga sekarang ialah apabila berpeluang menaiki kapal terbang pada bulan Julai, kira-kira seminggu selepas saya menyertai PPBD tadi. Inilah pertama kali saya menyentuh dan menaiki kapal terbang dan paling menariknya, tambang dibayar sendiri dan semuanya diuruskan sendiri. Penerbangan  dari LCCT KLIA ke Alor Setar (AK5252) dan penerbangan balik ke LCCT (AK5251) yang cuma menelan belanja kira-kira RM95 (All-in-Fare termasuk pilihan tempat duduk bagi perjalanan 2 hala dan bagasi tambahan 15kg untuk perjalanan balik sahaja). Itu pun setelah menempah seawal kira-kira 5 bulan sebelum tarikh penerbangan. Entri penuh di sini.
AK5252 sedia berlepas. =)
Tahun 2012 merupakan tahun paling kerap bagi saya ke utara iaitu Perlis. Pertama kali saya ke Perlis untuk tahun 2012 ini ialah pada bulan Mac lalu. Pembaca setia blog ini mesti ingat lagi dengan entri Arau | Bahagian 1 dan Arau | Bahagian 2 kan? Perjalanan panjang dengan kereta api ini pun ialah satu sejarah buat saya sebab itulah kali pertama saya naik kereta api dengan gerabak katil.
Stesen Sementara Arau pada Mac 2012.
Bulan Jun 2012, sekali lagi saya ke utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tapi kali ini bersama dengan keluarga sendiri. Diikuti pula perjalanan kali ketiga ke utara menaiki kapal terbang tadi, tapi kali ni tak singgah Penang. Terus mendarat di Alor Setar.

Cuti ini sekali lagi kami ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada awal Disember tempoh hari. Tidur di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada malam pertama dan bermalam di Padang Nyu, Arau, Perlis pada malam kedua. Yang menariknya, dua-dua homestay tempat kami bermalam tu ialah rumah baru. Sangat-sangat selesa.
Baru siap. Cantik. :)
Kami singgah jugak kat Empangan Timah Tasoh. Dulu masa kami datang, empangan ni tutup. Kali ni, masa saya sampai, pintu empangan dibuka. Jadi dapatlah tengok air mengalir turun dari empangan tu. Macam tahu je lepas ni saya dah takda peluang nak ke sini lagi.
Empangan Timah Tasoh.
Hari ketiga, sempat juga kami ke Stesen Arau, melihat tren Ekspres Antarabangsa dengan gerabak SRT (State Railway of Thailand) buat kali terakhir. Terus terang, saya akan rindu dengan tempat ini. Rindu dengan pekan ini. Entah bila agaknya dapat datang ke sini lagi.

Tiba-tiba tahun ni dapat banyak peluang ke Perlis, macam ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. Mungkin nanti bertemu jodoh dengan orang Perlis, siapa tahu kan. Orang Johor taknak, orang Perlis pun jadilah. Haha. =P

Tahun 2012 menyaksikan along saya mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2012. Pasangannya orang Raub, Pahang. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, tahun 2013 akan menyaksikan mereka sah sebagai suami isteri. Semoga bahagia along. =)
2012 juga menyaksikan blog ini genap berusia 3 tahun. Secara keseluruhannya, sebanyak 26 entri diterbitkan di blog ini sepanjang 2012 (termasuk entri ini) selain beberapa draft (entri yang tak habis taip). Purata entri diterbitkan sebanyak 2 entri sebulan. Alhamdulillah, blog ini semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Beberapa carian di enjin carian Google.com meletakkan blog saya sebagai antara senarai teratas dalam keputusan cariannya. Alhamdulillah. Contohnya, cuba search Malayan Tiger Train dan Kolam Air Panas Bemban. Blog saya ada di situ.

Ada peningkatan yang agak ketara dari segi pengunjung sejak akhir-akhir ini. Sejak blog ini dibuka pada Oktober 2009 sehingga penghujung Oktober 2012, sebanyak 43670 pageviews dicatatkan atau purata 14557 pageviews setahun, dan hari ini angkanya sudah mencecah 52100. Ya, memang terlalu sedikit kalau dibandingkan dengan blogger-blogger terkenal. Tapi itu pun dah cukup untuk blogger kecil-kecilan macam saya ni.

Alhamdulillah juga, blog ini banyak menemukan saya dengan peminat-peminat kereta api dari seluruh Malaysia. Ada yang sekadar membaca, ada yang meninggalkan komen dan tidak kurang juga yang menambah saya sebagai rakan di Facebook saya. Mungkin kerana banyak penulisan berkaitan perjalanan saya dengan kereta api di blog ini yang menarik mereka ke mari. Ramai juga peminat kereta api ni yang ajak saya berjalan. InsyaAllah, kalau ada kesempatan saya ikut. Maklumlah, hidup sebagai pelajar ni tak menentu jadualnya. Kadang-kadang hujung minggu pun ada aktiviti.
Seronok dapat tengok tren melintas macam ni. =)
Ya. Bagi anda yang tidak tahu, saya juga salah seorang daripada ratusan, atau mungkin ribuan peminat (boleh jugak sebut penggila) kereta api di seluruh Malaysia. Kadang-kadang macam tak percaya bila dapat tahu peminat kereta api ni ada komuniti sebesar itu. Apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada mereka ini sebab sudi baca blog cabuk yang suka menulis panjang ini. Mungkin satu hari nanti saya boleh tukar blog ini kepada blog khas untuk kereta api. Untuk kita-kita aje. Haha.

Maaf dipinta andai ada salah silap sepanjang 2012 ini. Semoga tahun depan akan dilalui dengan lebih menarik lagi, insyaAllah.

Sekian. Selamat Jalan 2012, Selamat Datang 2013.


2 comments:

NARUMI ISOZAKI said...

2012 kau penuh dgn jalan2.. travel malaysia. seronoknya lah haiii~ *jelez*

Ujie Othman said...

Hidup yg penuh warna warni..

Keretapi..masih ada hajat akak yg tak kesampaian. Nak naik keretapi ke kelantan & keretapi kat sabah.

*sorry..nk bgtau, blog ni ada word verification utk komen. Akak rasa kalau awak buang lg elok. Bila mudah, ramai la yg rajin komen.