Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, July 21, 2012

Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) Jemaluang 2012

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan opsyen Sains kerana sudi menjemput untuk menyertai program ini. Kalau tak dijemput, maka tiadalah entri ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.

Maaf atas kelewatan menyiapkan entri ini. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 2 minggu ini. Antaranya, teman kesayangan ini yang tiba-tiba merajuk setelah ditinggalkan sendirian di bilik asrama sepanjang pemergian saya selama 3 hari ke program ini. Kemudian pula, perlu membiasakan diri dengan sistem operasi (OS) yang baru selepas 3 tahun mempertahankan sistem operasi asal (tak pernah format sejak dibeli). Menaip entri seperti ini memerlukan masa berjam-jam (adakalanya berhari-hari) bagi saya, untuk mencari idea dan mengolah cerita. Kerana itulah, selagi keperluan tak mendesak, bukan cara saya untuk menumpang taip di komputer milik orang lain.

Berbalik kepada tajuk asal. Pada 6 hingga 8 Julai 2012, saya telah berpeluang menyertai Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) bertempat di Pusat Pemuliharaan Burung Kuang Jabatan Perhilitan Jemaluang, Mersing, Johor. Ini adalah kali pertama saya menyertai program opsyen lain sendirian tanpa rakan-rakan opsyen saya yang lain.
Jarang sekali saya dapat bertegur sapa dengan rakan-rakan opsyen Sains ini, malahan ada yang tak pernah saya tegur pun semasa di institut lantaran kedudukan bilik mereka yang agak jauh di blok sebelah dan pertemuan yang sekadar berselisih dan sepintas lalu di institut. Awalnya memang terasa agak kekok, apatah lagi saya adalah peserta tunggal daripada opsyen Rekabentuk dan Teknologi (RBT). Entah macam mana saya boleh terselit sekali dalam program mereka ini. Maaf ya kalau ada yang tak menyenangi kehadiran saya. Jangan risau. Niat saya cuma untuk berjalan-jalan, bukan mengganggu sesiapa. =)
Secara keseluruhannya, program ini sangat bermakna buat saya. Setiap hari melalui aktiviti luar seperti kembara hutan dan meredah sungai benar-benar memberikan pengalaman yang sangat menarik. Betul. Ini bukan kali pertama saya mengikuti aktiviti seperti ini. Tapi biasalah, setiap program itu pasti ada keistimewaannya yang tersendiri. Kebaikan dan kemesraan rakan-rakan Sains dan rakan peserta lain program ini membuatkan saya cepat biasa dan berasa seronok menjalani aktiviti bersama-sama dengan mereka. Program ini juga dijalankan secara santai, menambahkan lagi keseronokan kami sepanjang berada di sini. Tiba-tiba terasa seperti nak mengulang semula saat-saat indah itu.

Entri sudah ditaip separuh, sayang pula kalau tak ditamatkan. Maaf. Stail penulisan saya memang begini, agak poyo sedikit. Ikuti catatan yang tak seberapa ini.

*******************************************

Jumaat - 6 Julai 2012

Kami berkumpul di tempat letak bas institut pada jam 2.10 petang. Peserta program ini ialah seramai 30 orang. 21 pelajar opsyen Sains, manakala selebihnya ialah peserta dari opsyen lain seperti saya.

Kira-kira jam 2.40 petang, kami bertolak meninggalkan perkarangan institut.

Perjalanan sejauh kira-kira 140 kilometer mengambil masa kira-kira 3 jam melalui jalan yang bengkang-bengkok dan sempit menuju Jemaluang.
Suatu masa dahulu, jalan ke Jemaluang ini merupakan laluan utama dari Kluang ke Mersing. Tapi sekarang, pemandu lebih selesa menggunakan jalan Felda Nitar yang lebih lurus. Jalan ke Jemaluang ini sekarang sunyi sepi dan sudah kurang terurus. Sangat menakutkan untuk memandu sendirian di sini, terutamanya di waktu malam.

Kira-kira jam 4.40 petang, kami berhenti untuk solat Asar di Kahang.
Kami tiba di Pusat Pemuliharaan Burung Kuang Jemaluang pada kira-kira jam 6 petang.
Setibanya di sini, taklimat terus diberi tentang cara memasang dan menanggalkan khemah. Taklimat diberikan oleh fasilitator kami, Abang Samad.

Selesai taklimat, kira-kira jam 6.30 petang, semua peserta dibahagikan mengikut khemah dan mula mendirikan khemah masing-masing di tempat yang disediakan.
Bekerjasama membina khemah.
Rakan sekhemah saya: Syukri, Shafiq, Amar.
Khemah yang telah siap. =)
Kemudahan di sini lengkap. Ada tempat makan terbuka, bilik air dan tempat aktiviti. Suasananya di kawasan hutan sangat menarik dan mendamaikan. Terasa ketenangan bila berada di sini.
Khemah-khemah peserta lain. 
Laluan kami setiap hari dari tapak khemah ke tempat aktiviti.
Tempat makan.
Jam 6.50 petang. Hujan mula turun membasahi bumi. Alhamdulillah khemah kami sudah selesai didirikan pada waktu ini.
Jam 7 malam, semua peserta berkumpul untuk makan malam. Rutin harian kami di sini, setiap kali selepas makan, kami perlu membasuh pinggan dan cawan kami sendiri. Tak ada masalah, sebab itu adalah rutin harian di rumah. Tiba-tiba terasa seperti kami semua ini datang daripada satu keluarga besar.
Makan malam.
Selesai solat berjemaah, kami semua berehat sementara menantikan aktiviti seterusnya.

Aktiviti pada malam ini bermula pada kira-kira jam 9.30 malam dengan sesi pembukaan diikuti dengan sesi suai kenal atau ice-breaking. Sepatutnya aktiviti ini dijalankan pada waktu petang. Tapi disebabkan tak sempat sampai pada masanya, maka aktiviti ini dibawa ke waktu malam.
Sesi pembukaan program.
Sepertimana biasa, bagi aktiviti ini, setiap peserta diminta memperkenalkan diri masing-masing kepada rakan-rakan lain. Kemudian, semua peserta seramai 30 orang ini dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk aktiviti-aktiviti seterusnya.

Program malam ini diteruskan lagi dengan sesi taklimat jabatan. Melalui taklimat ini kami berpeluang mengenali Jabatan Perhilitan ini dengan lebih mendalam lagi. Banyak maklumat yang disampaikan kepada kami, terutamanya berkaitan perlindungan hidupan liar di Malaysia.
Tayangan slaid dan penerangan mengenai jabatan.
Seterusnya, kira-kira jam 12 malam, kami menjalani aktiviti kembara malam. Untuk aktiviti ini, kami dibawa berjalan-jalan di dalam hutan di sekitar pusat pemuliharaan ini. Kemudian, setiap peserta ditinggalkan berasingan di dalam hutan supaya dapat menghayati suasana malam di dalam hutan dengan lebih mendalam.
Bersedia sebelum menjalani aktiviti.
Pelbagai perkara menarik yang kami temui semasa aktiviti ini, antaranya daun kering yang boleh menyala di dalam gelap, daun yang kelihatan seperti bercahaya samar-samar dan lain-lain. Saat duduk seorang di dalam hutan, terfikir juga kemungkinan-kemungkinan yang ada, seperti ular dan sebagainya. Apatah lagi seingat saya, saya adalah peserta paling hujung di dalam hutan (akibat beratur paling depan). Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat dan lancar, selain kes-kes kecil seperti digigit semut besar dan pacat yang banyak bertebaran di sekitar kawasan ini.

Sabtu - 7 Julai 2012


Pagi. Seawal jam 5.30 lagi kami sudah bangun dari tidur. Mempersiapkan diri sebelum menghadap Tuhan pencipta alam. Suasana pagi sangat menenangkan. Kesejukan mencengkam sampai ke sumsum tulang.
Selesai solat. Duduk sementara menunggu aktiviti.
Aktiviti pada hari ini dimulakan dengan senaman pagi pada kira-kira jam 6.30 pagi. Pernah dengar "Chicken Dance"? Pernah dengar "Monkey Dance"? Ya.. itulah antara aktiviti kami pada pagi itu selain berjoging dan berlari anak di sekitar kawasan pusat pemuliharaan ini. Bersenam bersama sambil melayan gurauan-gurauan rakan-rakan, terasa kemesraan antara kami walaupun tak pernah menyertai aktiviti bersama-sama seperti ini.
Gambar joging je yang ada. =)
Sarapan jam 7.30 pagi.
Kira-kira jam 8 pagi, kami semua sudah bersedia untuk memulakan aktiviti. Terdapat 3 aktiviti yang disediakan, iaitu Pemerhatian Hidupan Liar, Kembara Alam Semulajadi dan Pandu Arah. Aktiviti ini dijalankan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan.
Untuk pagi ini, giliran kumpulan kami untuk aktiviti Pemerhatian Hidupan Liar. Fasilitator kami untuk aktiviti ini ialah Kak Dayah. Kami dibekalkan dengan binokular.. atau bahasa kampungnya, teropong jauh. Kegunaannya adalah untuk meneropong dan mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada burung-burung di sekitar kawasan ini.
Kak Dayah menerangkan cara
menggunakan teropong.
Selesai memerhati, ciri-ciri yang diperolehi itu dipadankan pula dengan ciri-ciri yang terdapat dalam buku rujukan yang dibawa bersama untuk mengenalpasti jenis dan spesies burung tersebut.
Merujuk kitab-kitab untuk mengenalpasti spesies.
Pada mulanya, nampak macam kerja senang. Bila tiba masa untuk melakukannya, baru tahu macam mana sukarnya untuk mengenalpasti burung. Kami perlu menghampiri burung tersebut secara perlahan dan senyap, serapat mana yang boleh. Burung sangat sensitif. Sebarang pergerakan drastik atau mencurigakan akan menyebabkan burung tersebut terus berlalu pergi. Kadang-kadang rasa macam nak baling teropong tu, kemudian tembak burung tu dan lekatkan terus ke dalam buku sebagai sampel. Haha. =p
Penulis.. =)
Aktiviti ini tamat pada kira-kira jam 10.15 pagi. Kami pun berlalu ke tempat makan untuk kudapan.

Kira-kira jam 11 pagi, aktiviti pun disambung. Kali ini, giliran kumpulan kami untuk melakukan aktiviti Kembara Alam Semulajadi bersama fasilitator Abang Fahmi.
Fasilitator Abang Fahmi.
Kalau malam tadi, kami berjalan di dalam hutan pada waktu malam, kali ini kami dibawa berjalan pada waktu siang pula. Dan kali ini, kami dibawa lebih jauh sedikit ke dalam. Sambil berjalan, sesekali kami berhenti untuk mendengar penerangan daripada fasilitator kami. Banyak perkara yang dapat kami temui sepanjang kembara alam semula jadi ini, contohnya tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemui dan kesan kehadiran haiwan liar di kawasan tersebut.
Abang Fahmi sedang memberikan penerangan.
Banyak pengetahuan yang saya perolehi sepanjang kembara ini. Tambahan pula berada di dalam kalangan pelajar opsyen Sains, banyak persoalan-persoalan dan pendapat yang dilontarkan oleh mereka.
Kesan cakaran beruang matahari.
Kesan tapak kaki gajah.
Biasanya, kalau kat kebun, saya selalu jumpa kesan babi hutan menyondol tanah dan korek keluar pokok-pokok yang baru ditanam. Tapi ini kali pertama saya tengok kesan sondolan pada batang pokok. Ganas jugak babi hutan ni. Rosak batang pokok tu dikerjakannya.
Selesai berkembara. Sesi refleksi pun dijalankan. Peserta-peserta diminta menceritakan semula pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang kembara ini.

Selepas sesi refleksi, kami kembali ke tapak perkhemahan. Berehat, makan tengah hari dan solat berjemaah. Menjelang jam 2 petang, hujan turun mencurah-curah.

Aktiviti sebelah petang bermula dengan taklimat burung kuang pada kira-kira jam 2 petang. Taklimat disampaikan oleh Abang Nazri (maaf kalau tersalah.. harap diperbetulkan). Dalam taklimat ini kami diberikan maklumat-maklumat mengenai burung kuang seperti ciri-cirinya, kaedah pembiakan dan lain-lain. Selain itu, ada juga tayangan video burung kuang mengawan. Unik bila melihat burung tersebut mengembangkan bulunya dan menari untuk menarik perhatian burung betina. Setiap peserta juga berpeluang memegang telur dan bulu burung kuang serta bulu merak hijau.
Kiri: Bulu burung kuang.
Tengah: Telur burung kuang.
Kanan: Bulu burung merak hijau.
Taklimat ini tamat pada kira-kira jam 2.40 petang. Namun, hujan yang mencurah-curah di luar menghalang kami daripada melakukan aktiviti luar. Oleh itu, masa yang ada ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat perbincangan bagi persiapan persembahan malam.
Kira-kira jam 3.40 petang, hujan mulai reda. Bersiap-siap untuk melakukan aktiviti luar.

Pada petang ini ada 2 aktiviti yang akan kami lakukan, iaitu lawatan ke tapak periuk kera dan jejak si buta.
Maaf.. kamera tak dapat dibawa dalam kedua-dua aktiviti ini kerana memerlukan kami untuk meredah air. Tak sanggup rasanya mengorbankan 'isteri' kesayangan ini di dalam air. Haha. Doakanlah, ada rezeki nanti bolehlah saya beli kamera yang kalis air pula. =)

Tapak periuk kera ini terletak tidak jauh daripada kem kami. Kawasan ini merupakan kawasan yang agak lapang, tidak ada pokok-pokok besar yang tumbuh di kawasan ini. Mungkin kerana muka bumi yang berbatu, sekali pandang nampak macam bekas tapak kuari. Pelbagai spesies periuk kera ada di sini, nama-namanya tak dapat saya ingat.
Wajah-wajah gembira.
Dari tapak periuk kera ini, bermulalah aktiviti seterusnya iaitu Jejak Si Buta. Dalam aktiviti ini, setiap peserta ditutup mata dan diminta berjalan bersama-sama (mengikut jantina) mengikut arah bunyi tertentu. Yang paling susah tentulah orang paling depan ini. Perlu peka mendengar dari arah mana bunyi datang di samping memastikan orang belakang tak tertinggal. Kalau ada halangan, dialah yang terkena terlebih dahulu. Dari laluan rata ke laluan berbukit hinggalah ke dalam air. Selut separas betis. Tersangkut jugak kasut dibuatnya. Apa pun, pengalaman ini sangat menarik dan menyeronokkan.

Selesai aktiviti tersebut, kami kembali ke kem untuk makan, berehat dan solat.

Aktiviti seterusnya bermula pada sebelah malam. Kami ditayangkan dengan 2 video, iaitu video mengenai Taman Negara dan video pemindahan gajah. Banyak ilmu baru yang kami perolehi daripada tayangan ini.
Selepas tayangan video, kak Dayah mengajukan beberapa soalan untuk para peserta.

Jam 10.30 malam, tiba waktu untuk aktiviti Cengkerik Malam. Pertama kali membaca jadual aktiviti, saya fikir aktiviti ini ialah aktiviti masuk ke hutan untuk tidur berteman bunyi cengkerik (asik ingat tidur je). Rupanya para peserta diminta membuat persembahan, kira macam malam kebudayaan lah. Setiap kumpulan perlu membuat 2 persembahan, iaitu nyanyian dan lakonan. Tema persembahan adalah berkaitan dengan alam sekitar. Kumpulan kami membuat persembahan nyanyian lagu Zainal Abidin - Hijau dan lakonan burung kuang. Kelakar bila teringat semula saat ini. Ada lakonan burung kuang yang menggoda, pemburu haram dan wonderpets yang riang sampai nak pecah perut kami ketawa.
Persembahan kumpulan 3.
Persembahan nyanyian kumpulan kami.
Wonderpets!.
'Pemburu haram' kena tangkap. Haha.
Lakonan.
Persembahan terakhir. Nyanyian kumpulan 2.
Aktiviti tamat pada kira-kira jam 12 malam.
Nyanyian lagu hari lahir untuk Faizal.

Ahad - 8 Julai 2012

Pagi ini saya bangun seawal jam 5.15 pagi. Menikmati dinihari terakhir di hutan simpan Jemaluang ini di samping mempersiapkan diri untuk menghadap Tuhan yang menciptakannya.

Suasana pagi ini sangat sejuk, lebih sejuk rasanya daripada pagi sebelumnya. Baju yang dijemur di ampaian juga bukannya semakin kering, sebaliknya semakin basah dek kerana memerangkap wap air dari kabus, mungkin. Jika semasa dijemur semalam cuma sekadar lembap, pada pagi ini baju itu sudah boleh diperah. Tiba-tiba teringat bagaimana manusia melaksanakan sistem perangkap kabus untuk mendapatkan bekalan air bersih di luar negara. Mungkin seperti ini jugalah prinsipnya. Ada juga manfaat dijadikan kabus ini selain untuk menyejukkan suasana.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.”

Seawal jam 6.25 pagi lagi kami sudah berkumpul di dataran hadapan pusat ini, menanti abang-abang fasilitator untuk senaman pagi. Namun mereka tak kunjung tiba, mungkin kerana kesejukan suasana yang keterlaluan (haha.. =p  ).. lalu kami sekadar menyanyikan lagu Negaraku dan negeri Johor sebelum bersurai kerana hujan sudah mula turun renyai-renyai.
Aktiviti kumpulan kami pada pagi ini agak menarik, iaitu Pandu Arah. Aktiviti ini lebih kurang sahaja dengan aktiviti Orienteering yang pernah saya sertai dahulu. Bezanya, aktiviti ini tak perlukan peserta untuk baca dan menentukan sendiri lokasi berdasarkan peta. Sebaliknya kami cuma perlu cari stesen-stesen yang telah disediakan di dalam hutan berpandukan kompas yang dibekalkan. Untuk aktiviti ini, kumpulan kami 10 orang ini dipecahkan lagi kepada 3 kumpulan kecil. Fasilitator kami untuk aktiviti ini ialah Abang Samad.
Penerangan awal.
Abang Samad menunjukkan cara menggunakan kompas.
Tukang shoot arah yang berwibawa. =)
Alhamdulillah. Tiada masalah besar yang berlaku semasa kami menjalani aktiviti ini. Aspek keselamatan juga telah diambil kira. Pihak pengurusan telah menandakan kawasan kami dengan pagar perimeter. Selagi kami tak melepasi pagar itu, insyaAllah tiada yang akan sesat jauh. Tumpuan perlu diberikan kerana terdapat stesen-stesen yang terlindung daripada pandangan mata kasar. Sekali lalu memang akan terlepas pandang.
Sempadan kawasan aktiviti.
Salah satu stesen.
Di setiap stesen, kami perlu menjawab soalan-soalan yang telah disediakan, isi tempat kosong di dalam teka silangkata yang disediakan sebelum bergerak ke stesen seterusnya. Dengan bantuan ahli kumpulan yang bijak-bijak belaka ini (cewah.. =p  ), semua soalan dapat diselesaikan dengan mesra, cepat dan betul. Tahniah buat semua.
Style tak? haha. =p
Menyemak jawapan yang diterima.
Ahli kumpulan.
Lelaki: Faizal, Khairul, Aizzat, Syukri, penulis
Perempuan: Adila, Mya, Hazanah, Adila, Fizah
Kira-kira jam 10.30 pagi, kami bergerak kembali ke kem untuk menikmati minum pagi.

Jam 11 pagi, kami mula mengemaskan tapak perkhemahan. Khemah-khemah ditanggalkan dan dibasuh sebelum disimpan. Sampah-sampah yang ada dikutip supaya tidak mencemarkan alam sekitar. Tiba-tiba rasa sayu pulak nak meninggalkan tempat ini.
Kerja-kerja menanggalkan khemah.
Antara pekerja Alam Flora yang hadir. Haha. *jangan
marah ye Ajan*. =)
Kira-kira jam 12.30 tengah hari, diadakan satu majlis ringkas sebagai majlis penutup. Ada juga penyampaian  sijil dan cenderahati daripada pihak PERHILITAN.
Hadiah kenangan kerana berjaya menjawab soalan.
Fasilitator dan pensyarah yang terlibat.
Penyerahan sijil.
Encik Tokiap
Encik Ahmad
Puan Fatimah
Encik Tokiap menerima cenderahati.
Cenderahati daripada PERHILITAN.
Seterusnya ada sesi bergambar beramai-ramai. Kemudian, semua peserta bekerjasama melipat khemah yang dijemur tadi untuk disimpan di dalam stor.

Menikmati juadah tengah hari terakhir di sini sebelum bertolak pulang ke Batu Pahat.
Kami bertolak pulang pada kira-kira jam 2.45 petang, meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan ini.

*******************************************

Tamat sudah semuanya. Terpahat satu lagi kenangan indah dalam hidup saya. Kenangan yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Program ini sememangnya memberi seribu satu erti pada saya. Sekurang-kurangnya dapat juga merapatkan ikatan silaturrahim antara kami yang sebelum ini agak kurang bertegur sapa antara sesama kami.

Di kesempatan ini, diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Terima kasih kepada fasilitator bertugas:
-Abang Zakimi (Mohd Zakimi b. Mat Yunus)
-Abang Fahmi (Muhamad Fahmi bin Zakaria)
-Abang Samad (Abdul Samad bin Kosni)
Dan fasilitator lain yang tak sempat saya temui, Kak Dayah, Abang Khafif, Abang Nazri.

Terima kasih juga buat pensyarah pengiring:
-Encik Tokiap
-Encik Ahmad
-Puan Fatimah

Juga ribuan terima kasih buat rakan-rakan opsyen Sains yang sudi menjemput saya menyertai program ini serta buat rakan-rakan peserta lain:
-Ayub
-Aizzat
-Khairul
-Hafizi
-Fatehana
-Adila
-Alia
-Nadia

Kenangan indah yang takkan pernah terpadam dari memori. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat.




Sekian.


4 comments:

Syukri Sapuan said...

Bravo Man :D

Unknown said...

tahniah!

detail betul penceritaan, tapi menarik! ;)

-filzah.sofia- said...

:)

Hazman Amini said...

@Syukri Sapuan:
Thanks banyak-banyak Syuk! Kalau ko x ajak, tak merasa lah aku ikut program ni. huhu. =)

@Khairul Hakimin:
Terima kasih. Hehe. Dah terbiasa menaip panjang-panjang macam ni. Tq sebab sudi baca. =)

@Filzah.Sofia:
Thanks ye Fizah. =)