Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, July 30, 2012

Secebis Kenangan Kisah Penerbangan | Alor Setar - Julai 2012

Daripada kereta api, kini beralih kepada kapal terbang.

Suatu masa dahulu, apabila menyebut tentang kapal terbang, pasti kita terbayangkan yang menaikinya cuma orang-orang yang kaya dan berada.

Terus terang saya katakan, tak pernah terlintas pun dalam fikiran yang saya akan merasa naik pesawat ini pada usia seawal ini. Mungkin kerana minda sudah di'set'kan bahawa tambang kapal terbang itu sangat mahal dan saya takkan pernah mampu menaikinya. Terima kasih AirAsia yang mengadakan tiket promosi murah, dapat jugak saya merasa pengalaman ini. Sesuai benar dengan slogannya, "Now Everyone Can Fly". Sekurang-kurangnya ada juga benda yang dapat saya ceritakan pada anak-anak murid di sekolah nanti.
Dalam keluarga saya, saya adalah orang ketiga yang berpeluang menaiki kapal terbang selepas emak saya dan adik kembar saya di Perlis tu. Isteri kesayangan ini tak ketinggalan, bimbang kalau dia rosak buat kali kedua jika ditinggalkan sendirian di bilik lagi. Lalu merasalah 'beliau' menaiki penerbangan buat kali kedua. Kali pertama semasa mengikut emak saya ke Sabah, kira-kira seminggu selepas kami dijodohkan dahulu.
Tambang kapal terbang di Malaysia ni sebenarnya tak lah mahal sangat. Cuma kita kena rajin semak waktu-waktu promosi dibuka. Syarikat yang paling rajin membuat promosi tambang murah, tentulah AirAsia ni. Tapi ada kalanya, tambang Malaysia Airlines(MAS) boleh jadi lebih murah daripada AirAsia ni. Kita sebagai pembeli kenalah sentiasa membandingkan harga.
Itinerary, tanda booking dah confirm
Pengalaman menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah baru-baru ini sangat bermakna dalam hidup saya. Pertama kali menaiki kapal terbang, dengan segala-galanya diuruskan sendiri, malahan membawa 2 orang lagi yang bergantung pada 'pemandu pelancong' ini.

Tiket dibeli sejak awal tahun lagi. Saya masih ingat tarikh akhir untuk tempahan tiket pada waktu itu ialah pada 1 Februari 2012 untuk tempahan bagi perjalanan Julai dan Ogos 2012. Puas saya promote kepada kawan-kawan. Akhirnya yang 2 orang inilah yang confirm untuk ikut. Lalu saya tetapkan tarikh 13 Julai ini selepas mengambil kira faktor tarikh puasa dan anggaran kemasukan elaun.
Nombor tempat duduk dan servis lain.
Tiket agak murah. Tambang sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar cuma RM29 sahaja. Tambahan RM6 sehala untuk pilih tempat duduk yang digemari (sebab saya nak duduk tepi tingkap). Untuk mendapat tambang murah ini, anda perlu membuat tempahan dalam talian (online booking) melalui laman web AirAsia.com. Kaedah pembayaran pula adalah secara online banking, sama ada menggunakan CIMBClicks seperti saya atau lain-lain seperti Maybank2u dan seumpamanya selain kad kredit dan juga kad BIG Visa. Alhamdulillah. Pengalaman membantu rakan-rakan membeli tiket secara online sebelum ini akhirnya dapat diaplikasikan untuk diri sendiri pula.
Booking details.
Senarai pembayaran.
Kad BIG Visa
Kami bertiga tiba di Terminal Bersepadu (TBS) Bandar Tasik Selatan pada kira-kira jam 6 petang. Dari sana, kami bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki KLIA Transit.
KLIA Transit.
Untuk penumpang dari TBS ke LCCT, anda boleh menggunakan perkhidmatan KLIA Transit daripada Stesen Bandar Tasik Selatan ke Stesen Salak Tinggi. Dari Stesen Salak Tinggi,  terdapat perkhidmatan bas shuttle tanpa henti terus ke Terminal Tambang Murah (Low Cost Carrier Terminal LCCT) KLIA. Untuk memudahkan urusan, anda boleh terus membayar tambang ke LCCT semasa membeli tiket tren di BTS. Anda akan diberikan tiket perjalanan tren dan bas (ada 2 tiket berasingan). Tambang dari BTS ke LCCT ialah RM10.80, termasuk tambang bas shuttle ke LCCT.
Tiket.
Untuk pengetahuan, para penumpang kapal terbang perlu mendaftar masuk (check-in) sejam sebelum masa penerbangan. Contohnya masa penerbangan saya ialah jam 8.20 malam, jadi saya perlu daftar masuk sebelum jam 7.20 malam. Tapi atas sedikit masalah, kami lewat tiba di LCCT. Alhamdulillah, atas budi bicara pihak bertugas, kami dapat juga check-in pada jam 7.40 malam.
Boarding pass.
Untuk penerbangan domestik AirAsia, daftar masuk di kaunter (counter check-in) akan dicaj sebanyak RM10. Untuk menjimatkan duit, anda perlu membuat Self Check-in sama ada melalui internet atau di Check-in Kiosk. Bagasi yang dibenarkan untuk dibawa ke dalam kabin ialah:
- 1 beg tangan ATAU beg laptop.
- 1 beg bagasi, berat tidak melebihi 7 kilogram dan saiz yang boleh dimuatkan ke tempat barang di atas atau di bawah tempat duduk.
Bagasi-bagasi lain perlu didaftarkan masuk sebagai bagasi dengan bayaran tambahan yang telah ditetapkan. Rujuk laman web rasmi AirAsia untuk maklumat lanjut. Selesai urusan check-in, anda akan diberikan boarding pass (bagi yang check-in melalui internet, anda perlu mempunyai pencetak untuk mencetak boarding pass anda sendiri).

Sebelum daftar masuk, bagasi perlu diimbas terlebih dahulu. Selepas diimbas, pelekat akan ditampalkan. Pastikan anda tahu apa yang anda bawa kerana adakalanya akan disoal oleh pegawai keselamatan tersebut.
Sudah diperiksa.
Melangkah ke ruang pelepasan. Sekali lagi perlu melalui mesin pengimbas. Kali ini untuk mengimbas badan dan mengimbas barangan yang akan dibawa ke dalam kabin penumpang. Barang-barang elektronik perlu dikeluarkan dari beg dan dimasukkan ke dalam tray yang disediakan, termasuklah laptop. Untuk memudahkan urusan, siap sedia asingkan barang-barang elektronik sebelum masuk ke sini.
Balai pelepasan.

Penerbangan: AK5252
Kuala Lumpur (KUL) ke Alor Setar (AOR)
Gate: P4
Berlepas: 2020 hrs.
Ketibaan: 2120 hrs.
Tempat duduk: 11F

Gate dibuka tepat jam 8.20 malam. Bayangkan 186 orang penumpang beratur panjang menunggu giliran untuk memeriksa boarding pass dan memasuki pintu pelepasan, macam orang beratur nak naik bas awam. Kemudian dari bangunan terminal, kami berjalan beramai-ramai melalui laluan yang disediakan ke kapal terbang. Di LCCT, tiada kemudahan aerobridge seperti di Terminal Utama KLIA.
Beratur untuk mesuk ke gate.
Kapal terbang kami. Airbus A320. Flight AK5252.
Mula bergerak menuju landasan terbang.
Selesai segalanya. Krew kabin pun mula mengira jumlah penumpang. Sambil kapal terbang bergerak perlahan-lahan melalui taxiway menuju ke landasan terbang (runway), demonstrasi menyelamat pun ditunjukkan. Apa perlu buat jika topeng udara keluar, cara memakai jaket keselamatan, dan lain-lain termasuk menunjukkan kedudukan pintu kecemasan. Selain itu, juruterbang juga membuat pengumuman memperkenalkan dirinya, pembantu juruterbang (co-pilot), serta pramugara dan pramugari.

Semasa penerbangan, semua penumpang diminta mematikan semua peralatan elektronik yang boleh mengeluarkan gelombang ataupun isyarat, termasuklah telefon bimbit. Bukan setakat silent mode ya, kena matikan terus. Ini untuk mengelakkan gangguan kepada sistem perhubungan pesawat.

Jauh juga daripada bangunan terminal nak ke landasan terbang. Sampai di satu tempat, kapal terbang berhenti. Dapat dilihat beberapa buah kapal terbang (termasuk kapal terbang yang saya naik) beratur menunggu giliran untuk menggunakan landasan terbang.

Tiba giliran kami menggunakan landasan. Kapal terbang bergerak memasuki landasan dan berhenti di permulaan landasan. Semasa berlepas, lampu kabin penumpang akan dipadamkan. Sesiapa yang ingin membaca boleh nyalakan lampu untuk membaca.

Take-off.
Kapal terbang berlepas tak seperti yang saya bayangkan. Dulu saya fikir, kapal terbang akan mula bergerak perlahan-lahan, semakin laju, dan terus berlepas. Rupa-rupanya, daripada kedudukan berhenti itu, juruterbang terus apply-kan full thrust. Tiba-tiba sahaja kami bergerak laju, terasa macam badan tertinggal di belakang. **Untuk pengetahuan, kapal terbang A320 seperti ini boleh mencapai kelajuan 320km/j dalam masa kurang 60 saat**. Sampai satu ketika, kapal terbang mula terangkat dan rasa macam badan serta segala isi perut tertinggal di tanah.
Sejurus berlepas.
Subhanallah. Terasa kecil diri bila memandang dunia kita ini dari atas sana. Kelihatan lampu-lampu bangunan di bawah sana, kecil dan bergemerlapan macam kita tengok bintang di atas dari arah bawah sana. Jalan raya kelihatan macam tali-tali berwarna dan berlampu yang diletakkan di atas lantai. Tapi tak kelihatan pun kenderaan di atas jalan raya. Bangunan KLCC yang biasanya saya tengok besar dan megah di depan saya, juga kelihatan sayup di bawah sana.
Genting Highland, KL Tower dan KLCC. (klik untuk tumbesaran)
Sebaik berlepas, kapal terbang terus mendongak ke atas. Lampu kabin dinyalakan semula dan beberapa ketika kemudian, lampu arahan memakai tali pinggang (seatbelt sign) dipadamkan, tanda penumpang sudah boleh mula bangun dari tempat duduk untuk ke tandas dan sebagainya.
Kapal terbang terus mendaki sehingga paras tertinggi sebelum level-off di atas sana. Kemudian ada pengumuman, juruterbang memberitahu info-info penerbangan seperti ketinggian kapal terbang, kelajuan, cuaca, suhu persekitaran dan lain-lain.
Pramugara dan pramugari menghantar makanan.
Apabila berada di atas sana, sukar untuk kita mengagak di mana kita berada. Cuma penanda-penanda tertentu lah yang boleh membantu kita mengagak di mana kita berada, contohnya KLCC tadi. Kemudian, sebentar sahaja kami sudah melewati ruang udara Pulau Pinang (kelihatan Jambatan Pulau Pinang di bawah) dan melewati pesisir pantai daerah Yan, Kedah (nampak Gunung Jerai di sebelah sana).
Ruang udara Pulau Pinang. (klik untuk tumbesaran)
Penerbangan mengambil masa kira-kira 45 minit bermula dari saat berlepas tadi. Sebentar sahaja kami sudah tiba di ruang udara Alor Setar. Kemudian pengumuman mendarat dibuat dan seatbelt sign dinyalakan.
Larangan merokok dan arahan memakai tali pinggang.
Semasa kapal terbang turun, kelihatan awan-awan berada di bawah. Sesekali kelihatan kilat sambar menyambar di bawah sana. Sedang hujan, barangkali. Pemandangan luar menjadi gelap buat beberapa ketika kerana kapal terbang masuk ke dalam awan tebal. Bergegar kapal terbang. Beberapa kali kapal terbang menurun mendadak, geli perut dibuatnya.

Seketika kemudian, kapal terbang sudah berada di bawah paras awan. Sudah berada di kedudukan rendah dan bersedia untuk mendarat. Kelihatan Menara Alor Setar di sebelah sana. Kenderaan di jalan raya juga sudah mula dapat dilihat bertali arus. Barangkali mereka juga sedang memerhatikan kapal terbang kami yang semakin menurun ini. Berdebar hati sementara menantikan touchdown.
Menara Alor Setar, dilihat dari atas sana. =)

Touchdown.
Agak keras. Terasa melantun kapal terbang dibuatnya. Untuk pengetahuan, kapal terbang komersil biasanya mendarat pada kelajuan 240km/j. Seketika kemudian, kapal terbang melakukan reverse thrust. Bunyi yang dihasilkan agak kuat. Sekejap sahaja kelajuan kapal terbang sudah dikurangkan. Sampai di hujung landasan, kapal terbang ini berpatah balik melalui landasan semula dan membelok menuju ke bangunan terminal.

Reverse thrust = tujahan balik. Menterbalikkan daya tujahan enjin ke arah depan untuk memperlahankan kelajuan (kapal terbang).
Landasan terbang Lapangan Terbang Alor Setar.
Alhamdulillah. Semuanya selamat dan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini. Selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada kira-kira jam 9.30 malam. Macam tak percaya dalam tempoh satu jam, kami sudah berada jauh  nun di utara.
Lapangan terbang ini mempunyai kemudahan aerobridge. Merasa juga saya untuk menggunakan kemudahan ini.
Pintu kapal terbang. =)
Dalam aerobridge.
Terima kasih Encik Kapal Terbang. =)
Kami berehat di balai ketibaan sementara menantikan ketibaan adik saya dari Arau, Perlis.
Balai ketibaan.

Perlis.
Ini kali ketiga saya ke Perlis dalam tahun ini. Kali pertama, menaiki kereta api pada bulan Mac. Seterusnya, bersama keluarga pada bulan 5 yang lalu. Jarang dapat pergi ke Perlis sekerap ini. Mungkin ini petanda akan bertemu jodoh dengan orang Perlis, siapa tahu kan? Haha. =P

Kami tiba di Perlis pada kira-kira jam 12 tengah malam. Sempat juga singgah menikmati char kuey teow di Jitra sekejap.

Sejurus sampai di rumah sewa adik saya di Arau, kami terus bersiap untuk ke Kuala Perlis. Sejak pergi ke sana buan Mac lalu, tempat itu macam dah menjadi satu tempat yang wajib saya pergi bila ke sana. 2 orang 'pelancong' yang mengikut saya ini awal-awal lagi dah angkat bendera putih. Jadi mereka tak ikut ke KP, cuma tidur di rumah. Saya jangan ceritalah. kalau dah berjalan memang tak ingat nak tidur. Jam 4 pagi baru kami kembali ke Arau.
Deretan gerai lokchin di tepian jalan Kuala Perlis.
Lepak makan lokchin.
Hari Sabtu yang tenang di Perlis. Ada juga kawan-kawan yang call atau mesej bertanya saya di mana. Semua tak percaya bila saya katakan yang kami berada di Perlis. Tambahan pula saya baru update blog ini pada malam itu melalui 'isteri' yang turut ikut sama ke Arau ini.

Jam 10 pagi, kami berpusing-pusing dengan kereta mencari makanan. Jauh memusing sampai jalan menghala ke Kangar. Akhirnya kami sekadar singgah makan di Padang Nyu. Jam 2 petang, kami bergerak ke tempat tujuan utama kami, iaitu Padang Besar. Sengaja kami lalu jalan jauh, melalui Kangar, Beseri sebelum menuju Padang Besar. Sempat juga menyinggah di Dataran Terinai, betul-betul sebelah Empangan Timah Tasoh, Perlis.
Mesin tuai padi di depan gerai.
Makan di Padang Nyu.
Empangan Timah Tasoh, Perlis.
Puas jugak mereka shopping di sana. Sampai lewat petang baru teringat nak balik. Kali ini, kami melalui jalan Chuping untuk balik ke Arau. Sempat juga singgah di ladang tebu Chuping, di pelantar pemandangan yang pernah saya pergi pada bulan Mac lalu. Cepat sungguh masa berlalu, terasa seperti baru semalam saya tinggalkan tempat ini.

Kami juga pergi ke pasar malam Jejawi (rujuk entri Mac 2012), semata-mata nak cari air nira untuk saya. Dapat juga sebungkus besar berharga RM5. Warnanya seakan kuning kehijauan sikit. Sedap air ni bila diminum sejuk. Tapi kalau minum banyak-banyak, rasa mual pun ada.

Sebelah malam, sekali lagi kami ke Kuala Perlis. Menikmati malam terakhir di Perlis sebelum kembali ke selatan. Kali ini Hamzi juga turut serta.

Penerbangan balik.
Seawal selepas Subuh, jam 6.20 pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk pulang. Penerbangan balik ialah pada pukul 8.35 pagi, dan kami perlu check-in sejam sebelum itu. Tambahan pula nak elakkan kesesakan kerana hari ini ialah hari Ahad. Ahad di Kedah bersamaan dengan hari Isnin kita di Johor kerana itu hari kerja pertama dalam minggu mereka. Sayu pulak nak tinggalkan bumi utara ini.

Perjalanan pulang ini tidak kurang juga menariknya. Jika perjalanan pergi, kami menaiki penerbangan malam, kali ini kami menaiki penerbangan siang pula. Untuk memudahkan urusan, awal-awal lagi saya sudah melakukan web check-in.
Web Check-in.
Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada kira-kira jam 7.15 pagi. Matahari baru menjengukkan dirinya dari arah Timur.
Menara kawalan berlatar belakangkan matahari terbit.
Sementara menanti waktu berlepas, sempat juga melihat pesawat Firefly mendarat. Penerbangan dari Subang barangkali.
Firefly sedang mendarat.
Boarding pass untuk perjalanan balik ini agak besar berbanding masa pergi, sebab dicetak sendiri dengan kertas A4. Jimat caj check-in kaunter RM10 seorang.
Boarding pass.
Perasan tak kat bawah sebelah kanan boarding pass tu ada nota tampal? Itu ialah penanda bagasi. Sengaja saya letakkan satu bagasi di bawah sebab nak kumpul tag bagasi kat beg tu. Lagipun barang banyak, maklum lah, baru balik shopping. Penumpang pun ramai, malas nak bawak naik ke dalam kabin.
Bergambar di depan terminal. Yang kanan tu Irfan.
Kira-kira jam 8.15 pagi, kami masuk ke ruang pelepasan. Gate dibuka pada jam 8.30 pagi. Kali ini mereka tak gunakan aerobridge seperti masa kami datang. Penumpang perlu berjalan kaki sendiri ke kapal terbang di tengah lapangan.
Pemandangan dari balai berlepas.
Beratur untuk masuk ke gate.
Penerbangan: AK5252
Alor Setar (AOR) ke Kuala Lumpur (KUL)
Gate: 2
Berlepas: 0835 hrs.
Ketibaan: 0935 hrs.
Tempat duduk: 16A
Kapal terbang kami. =)
Lambaian terakhir.
Selamat tinggal Perlis. Selamat tinggal Alor Setar. Selamat tinggal utara. Lain kali kami datang lagi.

Teruja dapat melihat macam mana lajunya kapal terbang semasa berlepas. Tempoh hari, penerbangan kami waktu malam. Jadi tak dapat lihat sekeliling.
Sedang berlepas.
Sejurus berlepas, kapal terbang melalui ruang udara bandaraya Alor Setar. Kelihatan bangunan sayup-sayup di bawah sana. Kemudian, kapal terbang mula mendaki tinggi menembusi awan sehinggalah ke paras tertinggi, di mana tiada awan lagi di atas kami.

Sekali lagi terpegun menatap indahnya alam ciptaan Allah S.W.T.
Ruang udara Kedah. Kelihatan sawah padi di bawah.
Pemandangan awan dari atas kapal terbang sangat menakjubkan. Mungkin jika dilihat dari bawah, kita cuma nampak awan itu sebagai gumpalan-gumpalan seperti gula-gula kapas (sedapnya). Tapi apa yang saya lihat dari atas sana, awan itu seperti kepingan-kepingan besar yang terapung di ruang udara. Bila melihat sendiri, barulah saya perasan bahawa awan itu terdiri daripada banyak lapisan. Di antara setiap lapisan awan itu terdapat ruang udara yang luas yang memisahkan antara mereka. Sepanjang pendakian kapal terbang dari tanah hingga ke paras tertinggi, satu demi satu lapisan awan kami tembusi.
Pemandangan gunung.
Kapal terbang sedang menembusi awan. Macam kabus.
Perhatikan dua kepingan awan itu. Cantik. =)
Awan bergulung-gulung di bawah.
Kapal terbang tiba di paras tertinggi. Menaiki kapal terbang pada waktu siang memang panas, apatah lagi saya duduk di tingkap sebelah kiri betul-betul menghala ke Timur. Pancaran matahari memancar masuk terus ke tempat duduk kami. Sebenarnya, tingkap kapal terbang ada pelindung yang boleh diturunkan jika panas. Tapi apa maknanya naik kapal terbang kalau tak menikmati pemandangan luar kan?
Level-off. Di paras tertinggi. Matahari memancar terik.
Seketika kemudian, kami tiba di ruang udara Lembah Klang.
Genting Highland.
Lembah Klang.
Alhamdulillah. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira jam 9.40 pagi. Kali ini kapal terbang tak gunakan reverse thrust untuk kurangkan kelajuan sebaliknya bergantung kepada spoiler.
Touchdown.
Spoiler.
Sebaik perlahan, kapal terbang terus meluncur keluar dari landasan dan menuju ke terminal.
Kenderaan servis mula bekerja sebaik sahaja kami tiba.
Selamat tinggal Encik Kapal Terbang.
Kami berjalan kaki ke bangunan terminal dan kemudian pergi ke ambil bagasi di carousel.

Untuk kembali ke Bandar Tasik Selatan, sekali lagi kami menaiki perkhidmatan KLIA Transit. Jika anda keluar di pintu balai ketibaan, terus keluar ke tempat bas mengambil penumpang. Di sana ada petugas KLIA Transit yang menunggu untuk menjual tiket. Anda boleh beli tiket terus ke Putrajaya/Bandar Tasik Selatan/KL Sentral seperti di atas tadi.

Tamat sudah perjalanan ringkas ke utara. Mungkin orang tengok macam membazir, tapi pengalaman yang kita dapat tu tak dapat dinilai sebenarnya. Kita takkan dapat tahu rasa yang sebenar-benarnya melainkan kita sendiri yang mengalami.

Sekian.

**Kereta api masih kekal sebagai pengangkutan kegemaran saya. =)

21 comments:

Rizal Sadiman said...

Perjalann ringkas? pnjg kot hehe

Zaharah said...

wah...untung lar Man :)
Pengalaman menarik

Hazman Amini said...

@Rizal:
Huhu. Maaf. Dah terbiasa menaip panjang-panjang macam ni. Hehe. :D

@Kak Zaharah:
Alhamdulillah diberi peluang naik pesawat. Kalau takde tambang murah, tak dapat rasanya nak naik ni. huhu. =)

Anonymous said...

Penulisan yang sangat bagus, saya baca sampai habis walaupun saya sangat kerap flight dalam dan luar negara. Tahniah, teruskan menulis..

Anonymous said...

great! penulisan yg agak bagus dan bagai terasa saya berada dlm flight walaupun saya selalu fly ke kl..haha.. esok saya akan berlepas ke kl dan malam ke korea.. from jb with <3

Anonymous said...

walaupun tiap tahun 6 kali guna a.asia nih xpnh pun nampak penang tu..terror la bro sampai perasan..balik ni nak tgk ada k dak

Anonymous said...

Salam. Nk tanya ni, kalau kita dftar kargo utk bagasi brp tempoh kita perlu ada di airport untuk check in bagasi sblum berlepas?
TQ.

Hazman Amini said...

@Anonymous 28Nov, 9Dec, 8Jan:
Terima kasih. Harap seronok baca blog ni. =)

@Anonymous 22Jan:
Wasalam. Kalau tak silap, sekurang-kurangnya sejam sebelum masa berlepas, kaunter drop-off bagasi ditutup. Jadi seeloknya datang awal lebih kurang 2 jam sebelum masa berlepas, sebagai persediaan in case kalau kaunter ramai orang. Kalau nak senang lagi, buat check-in secara online dan print sendiri boarding pass tu. Dapat jimat duit dan memudahkan urusan. =)

DieynadieyaZainol said...

boleh cerita dengan detail x cane nak ke bandar tasik selatan dari LCCT? sebelom ni sy naik bas je dr LCCT ke kl sentral, so kali ni sy nak try dari LCCT ke bandar tasik selatan memandangkan sy belaja kat upm serdang..

Hazman Amini said...

@DieynadieyaZainol:
Bila keluar dari LCCT tu, terus ke tempat menunggu bas kat tempat ketibaan LCCT tu. Kat situ ada petugas KLIA Transit menunggu. Terus beli tiket dan naik bas kat situ. Harga tiket merangkumi tambang KLIA Transit sekali (penumpang akan dapat 2 tiket, tiket bas dan tiket tren).

Bas akan bawak penumpang dari LCCT ke Salak Tinggi. Kat Salak Tinggi, turun bas dan naik KLIA Transit ke Bandar Tasik Selatan. Tak perlu beli tiket lagi, guna tiket yang dapat masa beli di LCCT tadi. =)

Anonymous said...

Oh yes,Train memang mode of transportation paling menarik.
Walaupun lama,you get to see everything. hehe

Don't Afraid to Try said...

nice presentation...

jemput singgah blog sy jugak...done follow u...hehe

Anonymous said...

as-salam..nk tya yer..sy punya flight sampai kt lcct tu dari miri jam 12.25 tgh malam..ader lagi ker bas nk ke kl sentral o pudu sentral masa tu..coz takut xder bas..bawak baby lagi..

Hazman Amini said...

@Anonymous 7Jan:
Wasalam.
Sepanjang pengetahuan saya, ada servis bas selepas tengah malam dari LCCT ke KL Sentral. Ada 2 syarikat, Skybus dan Aerobus. Jadual perjalanan boleh rujuk laman web syarikat berkenaan:

Aerobus:
http://www.aerobus.my/Home_en.aspx

Skybus:
http://skybus.com.my/schedule/

Pada pengetahuan saya, bagi penumpang penerbangan AirAsia, tiket Skybus boleh dibeli sekaligus semasa membeli tiket penerbangan secara online. Harap ini membantu. tq. :)

nana dyana said...

Nak tanya...klu masa kita booking ticket tu kita tak add luggage punya charge tu kann. Blh ke bawak luggage then bayar je kat sana?

Hazman Amini said...

@Nana Dyana:

Boleh. tapi kena caj ikut rate lapangan terbang. agak mahal dan beza agak jauh dengan harga yang dikenakan kalau pre-book online. :)

Fahmi Amin said...

macam mana prosedur di airport alor setar? termasuklah lokasi balai berlepas domestik, pemeriksaan keselamatan dan lain2. sebab 30hb9 ni nak berlepas dari alor setar ke KLIA 2....tak biasa naik dari alor setar. sebelum ni naik dari KLIA 2

Zahidin Jamaludin said...

Saudara Rizal, saya ada soalan berkenaan bag. Saya faham bahawa penumpang dibenarkan membawa 2 buah nag ke dalam kapal terbang. Pertama, bag bagasi pakaian kurang 7 kg dan ikut ukuran yang diberi. Kedua, bag laptop. Betul ke?

Soalan seterusnya, adakah perlu utk saya daftar kan bag bagasi yg ign di bawa masuk ke dalam pswat?
Maaf, kali pertama naik kapal terbang.
Terima kasih saudara.

Jeff Walters said...

Adakah anda memerlukan pinjaman? Anda telah ditolak oleh Bank-Bank dan anda ingin mendapatkan pinjaman untuk memenuhi semua keperluan anda? tak ada masalah. Tanpa mengambil kira keadaan kewangan anda, kami menawarkan pinjaman gadai janji, pinjaman Perniagaan, pinjaman peribadi, kami menawarkan pinjaman untuk perkongsian lain-lain tawaran awam dan persendirian, hartanah, kewangan dan lain-lain. Kami menawarkan pinjaman pada jangka panjang dan pendek. kita profesional boleh dipercayai, cekap dan berpengalaman mengenai kewangan yang memberi tumpuan kepada kejayaan anda. Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian pinjaman yang terbaik dalam bidang perkhidmatan pinjaman bagi pelanggan-pelanggan kami. Kami memberi kelulusan segera jika berbaloi, hubungi saya melalui alamat e-mel peribadi saya pada:Email:westlakefinance@usa.com hari

Mira Binti Muhammed said...

sy ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup sy, nama sy adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, sy seorang janda dengan 2 anak, suami sy meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi sy dan keluarga sy dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan sy dinafikan dan ditolak kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjam dari bank dan sy sangat sedih
pada hari ini yg setia ketika sy melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Ibu Rossa dan sy menghubunginya utk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy memang benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjam dan pinjam sy diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam sy mendapat perhatian wang pinjam sy dalam akaun sy dan ketika sy memeriksa akaun sy pinjam sy utuh dan sy sangat gembira dan sy telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yg meminjamkan pinjam sy akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi sy mahu menggunakan medium ini utk memberi nasihat kepada semua orang yg memerlukan pinjam utk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi sy melalui e-mel sy: mirabintimuhammed@gmail.com utk maklumat dan juga kawan sy Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

Mira Binti Muhammed said...

sy ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup sy, nama sy adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, sy seorang janda dengan 2 anak, suami sy meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi sy dan keluarga sy dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan sy dinafikan dan ditolak kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjam dari bank dan sy sangat sedih
pada hari ini yg setia ketika sy melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Ibu Rossa dan sy menghubunginya utk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy memang benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjam dan pinjam sy diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam sy mendapat perhatian wang pinjam sy dalam akaun sy dan ketika sy memeriksa akaun sy pinjam sy utuh dan sy sangat gembira dan sy telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yg meminjamkan pinjam sy akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi sy mahu menggunakan medium ini utk memberi nasihat kepada semua orang yg memerlukan pinjam utk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi sy melalui e-mel sy: mirabintimuhammed@gmail.com utk maklumat dan juga kawan sy Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com