Sedikit info dan cerita mengenai gerabak hadiah dari Jepun ni:
Nama asal perkhidmatan tren ni di Jepun ialah Fuji-Hayabusa Sleeper Train. Di Jepun, ia juga dikenali dengan nama Tren Biru (Blue Train) kerana gerabaknya yang dicat dengan warna biru. Gerabak ni dibuat di Jepun pada tahun 1958 (menurut sumber dari KTMB).
Perkhidmatan asal tren Biru di Jepun. Sumber: Wikipedia. |
Berikutan peningkatan kemajuan dalam industri pengangkutan Jepun seperti kapal terbang dan kereta api khususnya, laluan kereta api laju pun dibuka. Masa perjalanan juga jadi singkat. Oleh itu, permintaan untuk tren perjalanan malam pun semakin berkurangan. Orang dah taknak lagi naik sebab makan masa yang panjang berbanding kereta api laju. Oleh itu, atas sebab penurunan jumlah penumpang dan kurangnya keuntungan, tren biru ni pun dihentikan perkhidmatannya dan gerabaknya diberikan kepada beberapa negara yang mempunyai hubungan baik dengan Jepun. Malaysia mendapat 14 buah gerabak, Thailand menerima 126 gerabak manakala Indonesia menerima 70 buah koc kereta api elektrik.
MTT di Platform 4 JB Sentral |
Selepas ketibaannya, gerabak-gerabak tersebut tak boleh terus digunakan di landasan kereta api Malaysia. Banyak pengubahsuaian yang perlu dijalankan sebelum ia boleh mula berkhidmat dengan baik.
Di Jepun, landasan kereta apinya menggunakan ukuran landasan jenis Cape Gauge, selebar 1067mm atau 3' 6". Manakala di negara kita Malaysia ni, ukuran yang digunakan ialah Meter Gauge, iaitu 1000mm atau 3' 3 3/8". Roda kereta api tu takkan muat nak masuk ke landasan Malaysia kerana saiz landasan mereka yang lebih lebar daripada landasan Malaysia. Bezanya memang kecil je, cuma 6.7 cm. Tapi kalau terus digunakan untuk perkhidmatan, berkemungkinan akan menyebabkan besi landasan terkopak atau tercabut, dan paling teruk lagi akan menyebabkan roda tren terkeluar dari landasan dan tren akan tergelincir (derailed). Oleh itu, pengubahsuaian mesti dilakukan. Bahagian bogie kereta api (set roda) mesti diubahsuai kepada ukuran yang boleh dimuatkan ke landasan Malaysia (dikecilkan dari 1067mm kepada 1000mm).
Benda gedabak berserta roda di bawah tren ni dipanggil Bogie. |
Selain tu, sistem elektrik dalam koc seperti pendingin hawa dan plug elektrik ditukar kepada sistem Malaysia. Tren ini turut dicat semula dengan warna biru dan sedikit warna oren di kedua-dua hujung setiap gerabak.
Selesai sesi pengubahsuaian, gerabak ini perlu menjalani ujian (test run) untuk memastikan ia dapat berkhidmat di landasan Malaysia dengan baik. Setelah semuanya selesai, maka tren ini pun memulakan perkhidmatannya dengan majikan barunya, iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan JB Sentral - Tumpat - JB Sentral. Tren ini diberi nama Malayan Tiger Train (MTT), kerana ia melalui kawasan hutan negeri Pahang dan Kelantan, di mana banyak Harimau Malaya yang mendiami kawasan tersebut.
Majikan baru - KTM Intercity. =) |
Disebabkan ketinggiannya yang lain daripada gerabak kereta api milik KTMB, gerabak tren Biru ini tidak dapat digunakan di laluan Pantai Barat Semenanjung Malaysia kerana kewujudan overhead cable yang bervoltan tinggi bagi kegunaan ETS dan EMU Komuter.. Bumbung kereta api ni akan jejak kepada kabel tersebut dan boleh menyebabkan bahaya kepada penumpang.
ETS = Electric Train SetEMU = Electric Multiple Unit
Pintu masuk koc kabin. |
Laluan di koc kabin. |
Pada awal ketibaannya ke Malaysia, banyak pihak yang mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menerima gerabak lama berkenaan. Mereka menggambarkan seolah-olah kerajaan Malaysia menerima "sampah" daripada Jepun. (Bagi mereka, kereta api tu adalah sampah kerana mereka menganggap kerajaan Jepun tiada tempat untuk melupuskan gerabak kereta api lama lalu memberikannya kepada Malaysia dengan harapan ia akan reput di sini). Biasa lah rakyat Malaysia ni egonya tinggi. Berlagak. Semua nak barang baru. Nak berjenama. Tak pernah naik tapi nak kutuk. Kesian tren ni. Datang dengan niat baik nak berkhidmat, tapi kena kutuk pulak dengan rakyat Malaysia. Bayangkan kalau tren tu ada hati dan perasaan, mesti diorang sedih dan jalan balik ke Jepun balik.
Tak kenal maka tak cinta. Peluang menaiki tren tersebut baru-baru ni membuktikan kata-kata orang mengenai tren "sampah" ni tak benar sama sekali. Kereta api ni bukan sampah!. Walaupun dah berusia lebih 40 tahun, keadaan gerabak ni masih elok. Dalamannya masih cantik dan berfungsi dengan baik.
Pintu pembahagi ruang kabin dan pintu keluar |
Koc katil kelas dua. Katilnya berkedudukan melintang. |
Gerabak tempat duduk kelas dua. |
Selain itu, setiap 2 tempat duduk disediakan satu meja kecil macam ni:
Setiap gerabak kereta api ini juga dilengkapi dengan generator masing-masing yang dipasang di bahagian bawah gerabak. Oleh itu, kereta api tak perlu lagi membawa Power Generator Car (PGC) atau PGU sepertimana kereta api lain milik KTMB. Dan satu lagi kelebihannya ialah, kalau generator pada satu gerabak rosak, gerabak tu boleh dapatkan bekalan elektrik daripada gerabak bersebelahan.
Bahagian penyambung gerabak tren ini juga dipasangkan dengan kanvas di sekeliling laluan penumpang. Jadi penumpang tak takut untuk melintas antara dua gerabak. Dan kalau barang jatuh pun, ia takkan jatuh terus ke atas landasan, sebaliknya jatuh ke atas kanvas tu je.
Tak takut.. tak takut.. =p |
Sinki untuk basuh muka. |
Pintu gerabak juga dibuka secara lipat ke tepi. Baru lah tak ragu-ragu nak bergayut kat pintu masa tren tengah speeding. Tak macam pintu gerabak biasa tu, kalau tengah bergayut tiba-tiba tertutup, maut lah tercampak.. haha.. =p
Pintu tertutup. |
Pintu terbuka. |
Pintu penyambung gerabak. Tebal gile. |
Sekian, coretan dari si penggila kereta api. =)
7 comments:
nice entry .. tenagh taip pasal entri gerabak ni.. tapi takde la byk gambar mcm kamu.. wow,, nice one.
Terima kasih.. kalau awak nak gunakan gambar dari blog saya dalam entri awak, silalah.. semoga entri ini bermanfaat kepada awak. =)
sy rase seram tgk blue train ni...old school tu dr 1958...mcm2 bnda dh jadi...tp style...
awat tak tjuk pic yg dalam cabin nyer...bulan depan nak try naik train nie
@Anonymous Oct 19:
haha. tak de lah. semua dah cat baru. cantik dah gerabaknya. cuba lah naik. seronok. :D
@RioAzzaro:
Hehe. Tak cukup bajet nak naik gerabak kabin n perjalanan pun dekat je. Tapi kat website KTM ada kalau tak silap. Cubalah naik tren ni. InsyaAllah seronok. =)
Tapi sekarang dah tak ada tren ni. Kenapa ya?
Tren waktu pagi juga dihentikan sebab tengah buat pembaikan landasan antara Gemas ke Gua Musang.
Time nak beli tiket secara online, cuma 1 gerabak aje dibuka untuk 2 jualan. Lagi 2 gerabak, hmmmm....
@Muhammad Zulhilmi:
Tren ni masih ada lagi, cuma rasanya dah tak guna untuk ekspres. Kalau kat selatan, mereka guna untuk servis tren mel Woodlands - Gemas - Woodlands, tren no 91/92. Biasanya consist 3 gerabak.
Kat pantai timur pun ada rasanya sebab saya ada nampak mereka parking di depoh tumpat. :)
Post a Comment