Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, March 12, 2012

Lawatan ke Muzium Anatomi UKM-KL | 23&24 Feb 2012

Tempoh hari, ada yang bertanya. Bila nak post cerita pasal lawatan ke KL?.. Maaf ye kawan, niat nak menaip tu memang ada. Cuma sedikit masalah kesihatan dan kesibukan sejak akhir-akhir ni sedikit sebanyak menghalang daripada menghadap komputer lama-lama. Biasa lah. Sejak dia takde, blog ni memang dah biasa terabai. Entri seringkali terbengkalai. Tapi serius, bila ada peluang menaip, saya suka taip panjang berjela-jela sampaikan pembaca kena guna penanda dan sambung baca lain kali. huh.

Untuk pengetahuan, pada 23 dan 24 Februari 2012, saya dan rakan-rakan sekelas, ditambah dengan 2 kelas lain berpeluang ke Kuala Lumpur. Jumlahnya 62 orang semuanya menaiki 2 bas milik IPG. Trip kami ni adalah trip yang ketiga dan yang terakhir selepas dua trip yang sebelumnya untuk kelas-kelas lain.

Kuala Lumpur bukan point utama entri ini. Lagipun Kuala Lumpur tu dah tak asing lagi bagi saya, sebab dari kecik lagi memang kitorang sekeluarga dah biasa sangat ke sana. Cuma ada sesuatu yang menarik pada lawatan kali ni yang jarang dapat dirasai semua orang, iaitu lawatan ke Muzium Anatomi.

Muzium Anatomi ni terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus KL. Letaknya UKM ni kat Jalan Raja Muda Abdul Aziz, sebelah dengan unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

*Teringat masa Hamzi kecik2 dulu. Selalu sangat pergi Institut Jantung Negara (IJN) dan Unit Pediatrik HKL ni sebab nak bawak dia pergi jumpa doktor.

Anatomi bermaksud kajian mengenai struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong. Jadi anda boleh agak kan apa yang anda dapat tengok dalam muzium ni?

Apa yang menariknya dengan Muzium Anatomi ni ialah, kat sini kita dapat lihat organ-organ dalaman dan bahagian-bahagian badan manusia yang sebenar. Ya.. bukan model, tapi organ sebenar yang telah dicerai-ceraikan daripada bahagian badan mayat yang diterima. Sebab itulah nama muzium ni Muzium Anatomi. Daripada mayat yang lengkap, sampailah kepada organ-organ yang telah diasingkan, semua ada kat dalam ni. Mayat-mayat yang diterima oleh pihak muzium dipotong-potong dan diceraikan mengikut bahagian-bahagian tertentu dan diawetkan supaya tahan lama.

Peluang ke sana baru-baru ni sangat berharga sebab bukan semua orang boleh masuk dalam tu. Bukan macam muzium biasa.. beli tiket, terus boleh masuk.. kalau nak masuk sini, prosedurnya banyak dan setakat pergi sendiri-sendiri memang tak dapat la nak masuk.

Khamis - 23 Februari 2012

Kami bertolak dari perkarangan institut pada kira-kira jam 11 pagi. Perjalanan pergi menaiki bas lama, tanpa air-cond. Sangat santai dengan hembusan angin lebuhraya.

Tiba di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Seremban kira-kira jam 1.30 petang. Makan tengah hari dan solat Zohor serta Asar di sini (jamak dan qasar).

Jam 3.00 petang, kami melewati Plaza Tol Sungai Besi.
Jalan Tun Razak menghala pusat bandar sangat sesak. Tak tahu apa puncanya. Tapi macam pelik pulak waktu petang-petang macam ni, sesaknya menghala bandar. Selalunya kalau waktu petang sesak menghala luar bandar sebab orang balik kerja.

Jam 3.50 petang, kami tiba di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Turun dari bas di hadapan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur sebelum berjalan kaki ke hotel penginapan yang terletak berhampiran.

Mempersembahkan,,, KL International Hotel..
Hotel penginapan kami terletak berhadapan dengan hotel KL International ni.. namanya Hotel Sima.. (terlalu jujur, mungkin.. =p     . )..  err.. bukan tak mampu nak menginap kat KL International ni.. cuma,, err.. err.. hotel KL International ni penuh pada hari tu.. so terpaksa cari hotel lain yang berdekatan.. (alasan.. haha.)  =p
Jam 4.15 petang, selesai segala urusan check-in dan pengagihan bilik. Petang tu tak ada aktiviti khusus, so semua pelajar bebas buat aktiviti masing-masing. Maka bertebaranlah pelajar IPTHO di bumi Kuala Lumpur ni. Tinggallah KO untuk berbincang dengan pensyarah mengenai persiapan untuk esok hari. Kesian KO keluar lambat. Takziah buat diri sendiri. =p

Bagi pelancong-pelancong bajet yang mempunyai peruntukan yang rendah (macam aku kebiasaannya), kalau nak cari hotel yang murah dan jimat bajet, boleh la ke kawasan ni. Banyak hotel bajet berderet-deret menanti anda. Dan di sekitar hotel pun banyak kedai-kedai makan, jadi tak ada masalah untuk mendapatkan makanan. Lagipun jarak ke stesen Monorel Chow Kit tak jauh, cuma dalam lingkungan 500 meter je.

Bilik penginapan kami ni boleh tahan lah. Maaf.. jangan expect layanan 5 bintang untuk hotel yang kadar sewanya rendah. Tapi hotel ni memang sesuai la untuk pelancong-pelancong yang mementingkan bajet sebab sewanya agak rendah. Lagipun setiap bilik lengkap dengan pendingin hawa (air-conditioner) dan ada bilik air, ada televisyen (ada siaran Astro kalau tak silap). Lagipun kami cuma singgah untuk tidur waktu malam dan check-out pada waktu paginya, so rasanya tak perlulah nak cari hotel yang mewah-mewah sangat kan. Cukuplah sekadar ada katil dan selesa nak tidur.
Suasana dalam bilik.
Jam 4.45 petang, saya dan Rohaizat yang setia menanti (cewah..) mula menapak ke Stesen Monorel Chow Kit yang terletak kira-kira 400 meter dari hotel. Takde tujuan khusus nak ke mana-mana.. tujuannya cuma nak jalan-jalan naik tren je. Seronok bila dapat teman yang sekepala nih. =)
Dari Chow Kit, kami naik monorel terus ke KL Sentral. Kalau nak tahu, Monorel ni sekarang dah diintegrasikan dengan LRT. Stesen integrasi ialah di Stesen Hang Tuah dan Stesen Titiwangsa, kedua-duanya dengan Ampang Line (STAR-LRT).


Jam 5.30 petang, kami tiba kat KL Sentral. Mula-mula sekali, kami ke Touch n Go Hub sebab nak beli kad Touch'nGo untuk Ijat. Senang sikit nak ke mana-mana.

Kalau berada kat KL, senang kalau kita ada kad TouchnGo ni. Boleh guna untuk bayar tol lebuhraya, untuk bayar tambang LRT, Monorel, Komuter, KLIA Transit, boleh bayar parking, dan ada restoran-restoran yang terima kad ni untuk bayar makanan. Kalau nak beli, harga kad ni RM10, dan kena tambah nilai kat dalam tu.

Nak guna kad ni pun senang, sentuh je macam ni:
Sentuh je begini dan begitu. =)
Senang memang senang. Tapi kena guna betul-betul lah. Salah guna, melayang lah duit. Baru je kena hari tu.

Bila sentuh kat mesin tu, kena tunggu bunyi beep 2 kali. Saya pun sentuh masuk, dan dengar bunyi beep 2 kali tu. Tapi saya tak perasan bunyi tu orang sebelah punya. Bila sentuh keluar kat UKM, kena caj tambang penuh dan denda RM10 sebab dia anggap macam tak sentuh masuk. Padahal tambang sebenar KL Sentral ke UKM cuma RM3.30 je. Padan muka.
Platform 3 - KL Sentral
Masa turun kat platform Komuter tu, ada satu tren ke Seremban dah menanti. Tapi orang dah terlalu penuh sampai tak boleh masuk lagi dah. So kitorang biarkan je tren tu berlalu sepi. 15 minit kemudian satu lagi tren sampai. Tapi tren ni cuma pergi Bangi (separuh jalan je), jadi penumpangnya tak semampat tadi. Tapi cukup la untuk melenguhkan kaki sebab kena berdiri. Cess..
Ini tren pertama yang sesak tu.
Jam 6.50 petang, kami turun kat Stesen UKM. Stesen ni tengah dinaiktaraf. Siap ada pasang lif lagi. Style lah. Ingat lagi dulu masa first time sampai sini, stesennya kecik je. Cuma ada atap kiri kanan platform. Kalau hari hujan, nak naik tren mesti basah.
Syaf untuk lif.
Stesen ni banyak kenangan. Pertama kali saya kenal komuter kat sini lah. Masa tu mak saya belajar kat UKM Bangi ni dan dia selalu bawak kitorang adik beradik naik komuter ni pergi KL. Umur saya masa tu baru 7 tahun (kalau tak silap la). Rumah sewa mak saya kat belakang stesen tu pun ada lagi sampai sekarang. And then masa zaman muda remaja, 2 kali saya ter'sangkut' dengan student sini. Sekali kena reject. Sekali tu jadi, dan di sinilah banyak kenangan kitorang. Tapi tak lama pun. Al-Fatihah.
Stesen UKM.
Jam 7.05 malam, tren ke KL Sentral tiba. Kami pun naik. Tren menghala ke KL ni tak ramai orang pun. Cuma sampai kat Mid Valley baru orang mula penuh.
Tren dah datang.
Jam 7.45 malam, kami terpacak kat KL Sentral semula. Oleh kerana dah Maghrib, kami decide untuk solat dahulu sebelum sambung jalan-jalan. So kitorang ke surau KL Sentral dan buat solat Maghrib dan Isyak (jamak dan qasar lagi).
Jam 8.10 malam. Yang ni paling best. Kitorang naik tren Kelana Jaya (KJ) Line ke Gombak (nama lamanya PUTRA). Tren ni takda pemandu. Boleh duduk di depan dan tengok tren ni bergerak menyusur landasan dan terowong bawah tanah. Pada hari-hari bekerja macam ni, kekerapan tren ni ialah 2 minit sekali. Jadi tak perlu risau ketinggalan tren lah.

Buat pertama kalinya, jam 8.40 malam, saya sampai kat Stesen Gombak. Stesen ni ialah stesen penghujung bagi RapidKL KJ Line ni. Seumur hidup saya tak pernah lagi sampai kat sini. Selalunya kat Wangsa Maju saya dah turun.
We're here in Gombak! =)
Bila sampai kat sini, tren akan terus masuk platform 2. Bahagian depan tren akan jadi belakang. Bahagian belakang pulak akan jadi depan. Tak faham? Maksudnya tren tu akan bergerak terbalik pulak, menghala semula ke Kelana Jaya.
Tren menghala ke bandar ni lengang betul. Dalam tren 4 gerabak tu cuma ada lebih kurang 6 orang je termasuk kami.
Mula-mula plan nak makan di Wangsa Maju. Tapi tak jadi sebab takut lambat. So kitorang terus je ke stesen Masjid Jamek.
Jama 9.15 malam, kitorang tiba di Masjid Jamek. Kat sini kena tukar ke Ampang Line.
Stesen Masjid Jamek.
Bagi mereka yang tak tahu, stesen Masjid Jamek bagi KJ Line (PUTRA-LRT) dan Ampang Line (STAR-LRT) ni dah diintegrasikan. Maksudnya penumpang yang nak tukar laluan tak perlu keluar dari  stesen tu. Kalau turun dari KJ Line dan nak tukar ke Ampang Line, dari platform bawah tanah tu terus je naik ke platform atas dan tunggu tren Ampang Line.
Penunjuk arah.
Bertukar ke Ampang Line. dari Masjid Jamek, kitorang ke Titiwangsa. Dan seterusnya, di Stesen Titiwangsa, kami tukar ke KL Monorel. Seperti yang diberitahu tadi, stesen Titiwangsa ni ialah stesen integrasi antara Ampang Line dengan KL Monorel. Tak perlu keluar dari stesen. Dari platform sana, jalan je ke platform sini dan naik tren sini. Tapi masa kitorang pergi ni, belum dilaksanakan lagi.
Ruang dalam STAR-LRT
Jam 9.30 malam, kitorang tiba kat Stesen Chow Kit semula. Tamatlah cerita jalan-jalan dengan kereta api.
Last touch.
At last.. masa touch-out.
Sampai kat area hotel, kitorang terus ke deretan gerai-gerai yang ada sebab belum makan malam lagi. Sedang-sedang makan tu, ada la kawan-kawan yang baru balik dari Monorel tu singgah dan duduk makan sekali.

Sekali sekala dapat duduk dan makan ramai-ramai macam ni memang seronok. Walaupun kelas lain-lain, tapi tetap nampak mesra (luaran la.. dalam hati tuhan je yang tahu).. =p. ye la.. bukan selalu dapat peluang duduk-duduk macam tu. Kalau kat institut, masing-masing dah ada tugas masing-masing, ada komitmen masing-masing. Lama kitorang lepak malam tu, sampai pukul 11 lebih. Lagipun hotel kat depan tu je, tak jauh mana pun.

Balik hotel jam 11 lebih. Tapi disebabkan bosan, pukul 12 lebih kitorang pergi warung depan tu balik. Pukul 1 lebih baru balik bilik.


Jumaat - 24 Februari 2012

Pagi. Selepas solat Subuh, kami terus siap-siap untuk lawatan. Ikut jadual, kena berkumpul jam 8.30 pagi. So, pukul 8 pagi kitorang dah turun ke deretan gerai di depan hotel untuk sarapan.
Jam 8.30 pagi, kami berjalan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur. Jaraknya cuma lebih kurang 200 meter je.

Dulu saya pernah ada cita-cita nak masuk universiti ni, tapi tak kesampaian. Tak pe lah. Dapat masuk kejap pun jadi lah ye.
UKM KL. =)
Taklimat ringkas
Sementara menunggu pihak muzium membuat persiapan, kami pun menunggu kat depan muzium tu.
Tempat kawan saya, tapi x sempat nak jumpa. =(
Jam 9 pagi, kitorang pun melangkah masuk ke muzium di tingkat atas. Di dalam muzium ni, tak dibenarkan sebarang aktiviti merakam gambar sama ada secara terang-terangan atau secara tersembunyi. Jadi tak ada sebarang gambar untuk saya tayangkan di sini. Maaf ye.

Kat sini, ada pelbagai bahagian tubuh badan manusia yang dipamerkan. Seperti yang diberitahu di awal tadi, semua yang dipamerkan di sini ialah bahagian tubuh badan sebenar, bukan model. Organ-organ yang dipamerkan tu direndam di dalam larutan pengawet (formalin kalau tak silap). Ada jugak dipamerkan keratan rentas badan manusia -- badan manusia dipotong secara melintang, rupa dia macam daging lembu import kat pasar raya). Dan ada jugak kepala yang dipotong separuh secara menegak, tinggal separuh muka je. Bila tengok muka tu tepat dari depan, rasa macam orang tu hidup lagi pulak. (ngeri ouh). Bila masuk sini, minda kena bukak luas sikit, jangan fikir kotor sebab memang ada pelbagai jenis organ dipamerkan, termasuklah alat sulit yang dah diasingkan dari tubuh badan.

Lebih kurang setengah jam kat atas tu, kami dibawa turun ke Dissection Hall atau dalam bahasa Melayunya, dewan Disseksi (bukan seksi ye).. kat sinilah aktiviti mengasingkan mayat dijalankan. Kat dewan ni, kami disajikan dengan satu mayat manusia yang masih lengkap, tapi of course lah dah diawetkan. Kalau tak awet, mau sorang-sorang tumbang kat situ nanti. Sambil tengok-tengok mayat tu, ada sesi soal jawab dengan juruteknologi makmal kat situ (nama tak ingat).

Sebelum balik, kami buat satu majlis ringkas dan memberikan sedikit cenderamata kepada pihak Muzium Anatomi UKM. Saya pun sempat jumpa pakcik saya yang kerja kat UKM tu.

Jam 12 tengah hari, kami check-out dari hotel. Kemudian menapak untuk naik bas di tempat kami turun semalam. Kali ni kami naik bas air-cond.
Uncle hotel yang baik hati. Thanks uncle! =)
Naik bas sebelum bertolak balik.
Jam 12.30 tengah hari, bas bergerak. Bye-bye KL.. lain kali jumpa lagi..
Bye-bye KL..
Dalam perjalanan balik, kami singgah kat Nilai untuk solat Jumaat. Tak ingat nama masjid, tapi letaknya kat depan CFS UIAM Nilai. Kat sini, saya tukar naik bas lama tu balik. Lagi best, dapat rasa angin kuat.

CFS UIAM Nilai.
Persimpangan Nilai.
Kemudian, kitorang singgah kat Restoran Jejantas Ayer Keroh. Dalam seumur hidup saya, ni la kali pertama singgah kat restoran jejantas ni walaupun lebuhraya kat bawah tu dah jenuh dah sebab selalu sangat lalu. Nasib baik saya tukar bas kat Nilai tadi, sebab bas air-cond tu tak singgah sini. huhu.
Sedihnya orang kampung macam aku, tak pernah makan A&W. Kali pertama dalam hidup datang nak makan A&W, nak order pun tak tahu nak sebut. Kena bantai gelak dengan akak kaunter tu. Nak pilih pun kena tenung menu lama-lama, nak tengok apa yang sedap. Btw, burger ayam belanda kat situ sedap. Yang paling sedap ialah float. Gelas dia besar gila. Tingginya lebih kurang sejengkal setengah tangan aku. Gelas dia berat gila walaupun kosong. Harga makanan dia lebih kurang je dengan McD kut (agaknya la sebab jarang makan).
Set burger ayam belanda dengan keli-fries (curly-fries).
View dari tempat duduk kat A&W.
View dari KFC.
Jam 4.30 petang, kitorang bertolak balik, dan tiba kat Batu Pahat jam 6 petang.

Sekian. =)




4 comments:

fatehana aduka said...

man mok! hahahah. ni aku dah komen. menunjukkan aku baca blog kau. tayah tacing2.. :D takziah man. mungkin bukan jodoh kau dgn dia. doakan dia bahagia di 'sana'.

Hazman Amini said...

Ceh.. ko yang tacing lebih..aku gurau2 jekot.. haha.. *apasal syahdu sangat komen ko? ish3..=)

wawa nasruddin said...

eh2, ada gamba aku la.. hahaha

Raswan Kepak Ayam Madu said...

cer follow gak blog kite ni di kingchickenwingkcw.blogspot.com