Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, November 30, 2012

Kadang-kadang niat cuma nak bergurau. Barangkali agak keterlaluan rasanya bagi mereka yang tak biasa. Maaf lah. Tak pernah terniat nak mengguris hati sesiapa. Adakalanya juga ayat tersebut bermaksud lain. Tapi mereka membaca dan memberikan maksud daripada perspektif yang lain yang langsung tidak berkaitan.

Tak tahu kenapa. Mungkin kerana saya menggunakan Bahasa Melayu manakala mereka berbahasa Sanskrit. Ayatnya sama, tapi mungkin maksudnya berbeza. Lalu mereka menggunakan takrifan dalam Bahasa Sanskrit itu. Sepertimana yang kakak sepupu saya ceritakan mengenai perkataan mangkuk dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun, di mana mangkuk dalam Bahasa Jepun membawa maksud yang tidak baik.

Tak mengapa. Bukan salah anda semua. Semuanya salah silap saya sendiri.

Mungkin atas dasar itu, ramai yang tak senang dengan saya termasuklah kawan-kawan lama.
Mungkin atas dasar itu, friendlist dah tak meningkat malah semakin menurun.
Mungkin atas dasar itu juga, kawan-kawan terpaksa online secara sembunyi supaya tak diganggu.

Biasa lah. Siapa yang senang hati kalau yang naik di chat tu ialah nama saya. Pasti setiap orang rasa terganggu. Paling kurang, pasti mengeluh sekali dalam hati sebelum menaip balasan mesej tersebut. Lainlah kalau yang naik tu nama Aaron Aziz atau hero gadis-gadis dari Korean Pop. Mesti hati berkata "..mesej la lagi..mesej la lagi... guraulah sedahsyat mana pun yang abang Aaron nak..saya tak marah..".. Kan?

Dan kebiasannya perasaan terganggu itu akan menyebabkan kita fikir bukan-bukan kepada si pengganggu.

How you know? I know la!

Tak mengapa. Bukan salah anda. Itu salah saya sendiri.

Biarlah. Mungkin lebih baik begini. Jauh daripada laman sosial itu. Jauh daripada semua. Mungkin lebih baik, sekurang-kurangnya buat masa ini. Atau mungkin juga selamanya. Apa guna ada di sana kalau sekadar mengganggu hidup orang dan menyakitkan hati orang lain.

Kalau ada yang rindu, jenguklah ke blog ini selalu. Saya sentiasa di sini, dan lebih selesa di sini, di blog cabuk berusia tiga tahun lebih ini. Blog yang terlebih dahulu saya kenali berbanding laman sosial itu. Melayani pembaca-pembaca setia mahupun pembaca yang masuk secara tak sengaja. Walaupun pembacanya tidak saya kenali, sekurang-kurangnya ada juga interaksi di sini. Tidak kiralah peminat-peminat kereta api mahupun mereka yang ingin bertanyakan sesuatu. Harap-harap penulisan di sini bermanfaat buat semua.

Jangan risau. Bila Allah SWT temukan saya dengan seseorang nanti, insyaAllah saya takkan ganggu anda semua lagi. Takkan ada mesej dari saya lagi. Takkan ada yang terasa hati dengan saya lagi. Doakanlah. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin juga semasa perjalanan ke utara yang bermula esok. Atau mungkin takkan pernah. Siapa tahu.

Akhir kata. MAAF buat semua.


2 comments:

Ujie Othman said...

Akak pulak mmg jenis tak suka chatting..fb chat mmg off.
lg satu..mmg org boleh silap tafsir apa yg kita tulis. org tu akan baca ikut anggapan dia pd kita.

NARUMI ISOZAKI said...

terasa aku. sebab aku jap on off chat je ngn kau. huhu. sorry jugak lah eh! huhu~ :)