"Ko ni sensitif sangat la. Mengalahkan kitorang yang pompuan ni"
Entah. Susah jugak nak terima kenyataan ni (normal la tu). Sampaikan lepas baca artikel semalam, saya terus cuba jawab online Self-Test yang disediakan oleh seorang pakar, Elaine N. Aron (bukan adik-beradik Aron Aziz tau). Hasil ujian tu, ya, memang saya sensitif. Tapi ujian-ujian macam ni tak semestinya akan tunjukkan hasil yang tepat kan. Kadang-kadang kebetulan je terkena. Mungkin saya dalam golongan kadang-kadang tu. *tetap tak mahu terima*. haha.
Tapi kalau difikirkan balik, rasanya memang saya jenis orang yang macam tu kut. Agak (bukan terlalu) sensitif. Ada kalanya sensitif tu pada perkara yang tak kena tempat, tapi itu agak jarang lah (ye ke). Bukan saya je, malah sensitif ni dah terjangkit pada laptop kesayangan ni sekali. Pantang ada orang petik mana-mana suis dalam rumah tu, mouse mesti problem. Sensitif betul dia. *Tiba-tiba je terkait sekali.
Tak tahulah sejak bila saya ada sifat sensitif ni. Mungkin sejak lahir agaknya. Ada kalanya terfikir, mungkin kesensitifan ni ada kaitan dengan sifat panas baran saya sebelum ni kut. Sensitif ni buat saya cepat marah. Kalau ada yang berani buat hal, memang siap kena sembur kat situ jugak. Anda di IPGKTHO mungkin bernasib baik sebab anda semua kenal saya setelah sifat panas baran ni agak reda. Kalau nak dibandingkan dengan dulu, memang saya jenis hambur je apa yang terpendam. Dulu saya selalu tengking orang. Kakak saya pun saya pernah tengking (kalau akak terbaca, sorry ye akak. Takde niat pun). Saya pernah tengking cikgu. Kalau cikgu tu terbaca, saya nak mintak maaf jugak ye cikgu. Bukan niat saya nak marah cikgu. Mungkin cikgu nak gurau je, tapi masa tu saya agak terasa sikit dengan ayat cikgu. Mintak maaf banyak-banyak. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni feeling nak tengking-tengking orang memang agak menurun. Mungkin sekarang saya lebih prefer untuk simpan dan pendam sendiri walaupun hati sendiri yang makin sakit sedangkan orang yang nak dimarah tu buat tak tahu je. Lagipun bila fikir balik, kalau dah kahwin nanti takkan saya nak main sembur je kalau isteri buat silap kan? Ehem sikit. Please behave Hazman Amini, bajet macam ada orang nak kat ko je. Huh!
Banyak sebenarnya benda yang selalu buat saya terasa. Kadang-kadang benda yang kecik tapi bagi kesan pada hidup. Antaranya yang berlaku dalam tempoh terdekat, dan paling banyak berlaku ialah member-member yang bercinta (maaf, mungkin agak kontroversi tapi tak mengapa, saya akan terima kalau orang buang saya disebabkan penulisan saya ni). Kadang-kadang kita tengah berborak dengan dia, tiba-tiba telefon dia berbunyi, Terus dia borak lama-lama dengan pasangan maya dia. Tak pun, bila kita lepak beberapa orang. Tiba-tiba si A awek call, si B awek call, si C awek call. Tinggallah seorang terkulat-kulat campur fungus kat situ. Sumpah f@$%^&*()P{":>. Itu belum masuk kisah mereka-mereka yang mana bila senang cari awek, bila susah cari kawan-kawan. Serius sangat terasa.
Mintak maaf. Saya tuliskan ni bukan nak burukkan sesiapa. Jauh sekali untuk buatkan sesiapa terasa. Cuma ini je peristiwa yang paling kerap, rapat dan dapat saya recall balik saat menaip coretan ni. Yang lama-lama kebanyakannya dah hilang dari ingatan. Aku memang betul-betul pelupa sejak peristiwa accident 3 tahun lepas tu, sampaikan benda-benda yang aku baru lepas buat atau pegang pun aku boleh terlupa atau tertinggal.
"MUDAH berasa sensitif boleh disebabkan pola pemikiran yang negatif. Carl Jung, seorang ahli psikologi berpendapat, orang yang mudah sensitif terlebih analisis dirinya. Individu menghadapi masalah dengan konsep kendirinya kerana membuat analisis mengenai semua perkara dan menukarkan analisis itu kepada sesuatu yang negatif. Kemudian individu itu menyalahkan dirinya."
Errr.. kurang tepat kut. Dalam kebanyakan hal, sebenarnya tak bolehlah kita selalu salahkan orang yang sensitif ni. Bukan semua orang yang terasa tu berfikiran negatif. Macam saya sendiri. Maaf bukan nak kata saya baik. Memang betul saya agak mudah terasa sejak akhir-akhir ni. Memang salah saya sebab kuat sangat terasa, tapi orang lain pun kena tengok jugak kenapa kami ni terasa. Tak ada orang yang tak terasa kalau kita tuduh dia buang nombor kita. Tak ada orang yang tak terasa kalau ada orang yang tiba-tiba jauhkan diri, siap sorok chatbox lagi. Sampai sekarang saya tak dapat jawapan kenapa chatbox tu tertutup kepada saya dan tidak kepada orang lain.
Dalam test yang saya buat tu, salah satu sifat orang sensitif ditulis sebegini:
I find myself needing to withdraw during busy days,into bed or into a darkened room or any place where I can have some privacy and relief from stimulation.
Betul. Terus terang saya cakap, sebenarnya bila ada apa-apa yang saya terasa, saya lebih prefer untuk duduk atas katil, tenung laptop kesayangan, main game SimCity 4 yang saya dah layan sejak lebih kurang 9 tahun lepas tu, atau kalau tak tahan, saya akan terus tidur. Jarang saya lepaskan kat orang, kecualilah kalau memang betul-betul marah. Kalau ikutkan, bukan jenis saya nak sembur orang yang saya marah secara direct. Cuma bila saya yang dipersalahkan, memang silap la. Tu yang dapat mesej panjang berjela tu. Sampai 5 SMS aku taip. Pada yang berkenaan, kalau terbaca post ni, harap maaf ya. Tak pernah terniat pun nak sakitkan hati ko. Cuma aku agak terasa bila dikatakan "buang nombor". Tambahan pulak masa tu kantoi kau sorok-sorok chat kau kat aku. Maaf banyak-banyak. Tapi saya yakin dia takkan baca ini sebab dia takkan sudi nak bukak blog cabuk ni. Agaknya nak tengok nama aku pun menyampah.
Satu lagi khas untuk orang-orang yg berkenaan. Memang betul saya jenis yang suka pendam, tapi serius, saya tak berdendam. Kalau orang yang pernah kena, mungkin diorang fikir, "Oh, man tak tegur aku. Man marah lagi dengan aku". Maaf lah. Sejahat-jahat saya pun saya tak buang kawan. Malahan, kawan yang selalu buang saya. Sampai hati. Terus terang, bukannya taknak tegur. Cuma selama ni bila ditegur, nampak macam terganggu je. Tegur depan mata pun nampak macam nak cepat-cepat lari. Sampai tahap terpaksa sorok chatbox tu, mungkin nak elak diganggu. Jadi saya taknak la ganggu lagi. Tapi serius, kalau korang yang mula tegur, insyaAllah saya ok je sebenarnya. Ada contohnya, tapi rasanya dah terlalu panjang untuk ditaip di sini. Tak apa lah. Lagipun taip panjang-panjang pun belum tentu kita bertegur sapa lepas ni kan.
Entah bila nak baik balik macam dulu eh. Harap-harap masih ada kesempatan. Kalau senang-senang, rajin-rajinlah tegur aku di sini.
Akhir sekali. Sensitif hanya untuk perempuan? Rasanya tidak. Sebab lelaki pun ada perasaan. Ada tahap kesabarannya. Cuma bezanya sejauh mana dia mampu nak menghadap semuanya.
No comments:
Post a Comment