Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, September 30, 2010

Exam dan rewang majlis Hari Raya RBT...

Hoyeh2...

Sy sudah passed exam LK dan test Oral EL... rasa sangat3 bahagia sekarang... macam mahu melompat tinggi2... wee~ (^^,)


Semalam pagi exam LK - AutoCAD... sy suka AutoCAD, sebab nak kena lukis guna laptop... sambil2 buat kerja tu boleh dengar lagu... huhu~

Laptop kesayangan sy... 

Dalam exam ni, calon diberi satu rajah pandangan ortografik yg x lengkap... ada pandangan atas dengan hadapan je... so tugas calon adalah:

1: Bina layer yang mengandungi ciri2 yg diminta, cthnya object line, center line dan lain2...
2: Lukis semula rajah ortografik yg x lengkap tu dan lengkapkan ia...
3: Berdasarkan pada rajah ortografik yg dh lengkap tu, lukis pandangan isometri untuk ia...
4: Lukis pulak untuk oblik...


Takde la susah sangat... cuma pening nak memikir... dan leceh sebenarnya lukis dalam komputer ni... ish2...

Ni time exam... 

Lepas exam AutoCAD, sy ada oral test... untuk hari ni adalah individual... calon akan masuk bilik test, duduk menghadap lecturer 2 orang tu, then cabut nombor... berdasarkan nombor tu, check dalam booklet apa tajuk yg kita dapat, pastu cakap la apa2 pasal tajuk tu... sy dapat nombor 20, tajuk stress... yesss... memang kena la... dah le stress sebab test, dapat tajuk stress... haha... puas la jugak melalut dalam tu... kui3... thanks to Puan Siti Hawa n Madam Ong Chiek Pin yg banyak membantu masa test tu... :)

Malam ni, opsyen sy (RBT) ada majlis sempena Hari Raya Aidilfitri... so starting from the last evening, kami sudah mula berewang membuat persiapan untuk majlis tersebut... petang tu sy tolong ambik daun pisang kat lereng bukit kompleks KH nun... tapi bab2 lemang ni sy x reti sangat... yg reti pun buat lemang periuk kera je (rujuk entri ini)... so sy x campur la urusan lemang-melemang nih...

rewang = gotong royong untuk sesuatu majlis...



X pe... sy x malu mengaku yg sebelum ni sy tak reti langsung buat ketupat... hee~... semalam, sebab sy x reti melemang2, sy duk dalam surau kompleks kh, tengok orang anyam ketupat... ramai gak adik2 junior yg datang tolong... tetiba tergerak hati sy nak belajar... huhu~... pening gile nak anyam tu... berbelit2 daun tu dibuatnya...

**sorry... sy sbnarnya sangat3 x suka nak guna perkataan senior/junior ni... sorry sgt2 eh... :)

"tu la... dulu kecik2 taknak belajar buat... mak buat ketupat, ko ambik daun kelapa buat benda lain... ni dah besar, baru nak belajar... memang la keras tangan... hahaha..."

Muka tension sebab asik x jadi... :P


Oppsss... sekarang korang2 semua dah x boleh kutuk sy... sebabnya sy dah reti anyam ketupat... kui3... kepada sape2 yg makan ketupat kat majlis tu nanti2, ingat2 lah bahawa anda sedang makan air tangan sy ye... hee~


Ni la antara adik2 yg datang menolong semalam... thanks banyak3 ye sebab sudi datang... huhu~ :)

lepas siap anyam tu, kena masukkan beras pulak... nasib baik la ada adik2 ni, so diorang pun tolong sekali... lebih kurang pukul 11 malam, semua ketupat sudah masuk ke dalam periuk untuk direbus...

pastu kami lepak2 beramai2 menunggu lemang yang sedang dibakar... tapi sy x tggu smpi masak... pukul 1 pagi sy balik je ke bilik... sorry ah ye kwan2 sebab x tunggu... ngantuk sangat3... lgpun korang dh ade geng bukan nk borak2 ngan aku... padan muka kena tinggal... :P

p/s: public speaking td memang best... terbaik lah... huhu~ (^^,)


Sempat lagi bakar jagung tu... huhu~

Tuesday, September 28, 2010

Exam LK dan test EL... :)

Ok... sudah lepas exam tadi... kelam kabut ye jadualnya... entah macam mana dua exam boleh bertindih pada waktu yang sama... pelik kn?... sedangkan bawah satu pentadbiran je... ah sudah la... yg penting dah selamat menjalani paper arini... opsss... belum habis tau... esok ade lagi ye... huhu~ :)

Pagi tadi ada paper Aural - Oral test bahasa inggeris... kira macam listening la tu... kena dengar rakaman yang dimainkan dan jawab soalan yg diberikan... Alhamdulillah, soalan tak la susah sangat dan agak senang nk faham (tapi x semestinya jawab betul)... hee~

Gamba time kemas dewan exam semalam... :)

Test Oral start pukul 8 pagi sampai la pukul 9... lepas je abis test Oral tu, terpaksa kami pelajar2 opsyen Rekabentuk dan Teknologi ni berkejar ke Kompleks KH untuk exam Lukisan Kejuruteraan Konvensional pulak... penat sungguh... dah le jauh blok KH tu... dan nasib baik la kami mendapat lecturer KH yang sgt2 memahami masalah yang ditanggung kami ni, maka lecturer tersebut telah melanjutkan menangguhkan tempoh exam selama 15 minit... tq to the lecturer... 

Exam LK best... nasib baik soalan agak senang (agak la)... tempoh 3 jam dan ada 5 soalan kena jawab... soalan yg keluar ialah:

  1. Lukisan Ortografik
  2. Lukisan Oblik
  3. Lukisan Isometri
  4. Lukisan hamparan (development)
  5. Lukisan keratan (sectional)
Sy ambik masa lebih kurang 2 jam suku untuk siapkan semua tu... mcm awal je kn... ade la dapat sikit masa untuk lepak2 pas jawab tu... huhu~

Petang pulak... lebih kurang pukul 2, kami sekelas ke pusat sumber untuk sambungan test EL td... kali ni ialah group discussion... sekali lagi syukur kpd Allah, sy dapat lecturer yg best sebagai penilai iaitu Mr Vijayan dan Mr Mohan... sy masuk group 2... mereka yg dalam group sy ialah Haziq, Hafizi dan Huzaifah. Terbaik ah group ni... time masuk dalam bilik test tu, sy kena cabut undi untuk tajuk discussion (sebab sy org first dlam senarai)... sambil baca bismillah, sy seluk tangan dalan envelope untuk cabut undi... jeng jeng jeng... dapat nombor 2... bila check dalam booklet, dapat tajuk World Cup... sy kena bentangkan kebaikan World Cup dari segi Family Quality Time... entah apa sy goreng2 td... sikit lagi nk jadi arang.. haha~ (kalau x faham sila abaikan)... :P

Ni gamba group... sempat lagi snap sementara nk tunggu giliran discussion tu... huhu~ 

Petang td, lepas test, sy keluar bersama2 rumate dan kawan lain iaitu Ana, Efa dan Pika... credit to Ustaz Din sebab bg pinjam kereta... and I am the one who is driving... haha... mula2 pergi BSN kat jalan Rogayah sebab kawan nak buat kad ATM baru... sy pun cucuk la duit sekali... then kami pergi ke kedai borong dekat dengan Kastam, beli barang2 makanan "sikit"... huhu~... disebabkan kelaparan, kitorang singgah kat gerai sebelah stesen bas Batu Pahat ni... minum air batu campur atau sinonimnya ABC... sedap... tak sangka kat tengah2 bandar macam ni masih ada orang jual ABC RM1 semangkuk... dah le ramuannya banyak... huhu~

Disebabkan masih awal lagi, kitorang merayau ke Pantai Minyak Beku... padan muka korang naik kereta dengan driver yg suka berjalan ni... hahaha~... saje je merayau kat sana sebab dh xde tempat lain lagi nak pergi...


Dari pantai tu, kami patah balik ke bus stand sebab kawan order tiket... pastu kitorang pegi Summit... masuk Summit, cari parking kat bawah... banyak kosong tapi x pasti untuk kereta biasa atau teksi sebab petaknya warna kuning... so sy terus sampai hujung... tiba2 guard tu suruh naik parking atas... haha... adventure seyy... sampai atas, sy parking betul2 depan surau (kebetulan sebenarnya)... terus solat Asar kat situ... huhu~... puas merayau kat dalam Summit tu... lebih kurang pukul 7 lebih kami pun balik ke IPG... nak mengadap untuk subjek esok pulak nih.... huhu~

Esok ada lagi test BI tu... dan ada jugak exam untuk Lukisan Kejuruteraan, kali ni untuk exam AutoCAD... kalau nak tau, CAD tu bermaksud Computer Aided Drafting... maksudnye melukis menggunakan komputer la ye... so di kesempatan ini nak ucapkan gud luck ah kepada semua kawan2 IPG seluruh negara yg terlibat dengan test BI ngan LK nih... semoga berjaya dan dapat keputusan yg cemerlang ye... caiyuk2~~ (^^,)

Sunday, September 26, 2010

Accident lagi...

Actually sy baru sampai dari Tangkak... penat tau... hari ni sampai agak lambat even sy tukar naik bas ekspres kat Muar... and once again, I've got the chance to ride the double-decker bus... haha... sangat seronok... seperti mana kali pertama aritu, kali ni juga sy naik bas dari syarikat yg sama iaitu SKS-KL... tapi arini entah kenapa dy x lalu jalan biasa ke Batu Pahat, tp dy lalu ikut jalan Parit Bakar Laut... sama je jalannya, cuma jalan ni agak jauh sikit la... huhu~..

Ni la bas yg sy naik... cantik kn? :)

And now, sy just nk share mengenai kisah ini... semoga kisah ni menjadi renungan buat kita bersama...

Minggu lepas, hari Ahad... kalau sape2 ada add facebook sy, pasti ada perasan yg sy ada upload gamba kemalangan kat simpang masuk ke Plaza Tol Tangkak... kalau yg x pernah tengok, inilah gambarnya:


Tadi pulak, sedang sy berangan2 sambil tunggu ketibaan bas kat Muar, tiba2 ada ambulans lalu dengan sirennya dari arah pusat bandar (tahu ia bukan dari Tangkak sebab bukan turun dari jambatan)... sy baca nama kat tepi ambulans tu, dari klinik kesihatan **** (xprasan nama, laju sangat)... laju je ambulans tu, mesti ada emergency... beberapa minit kemudian, ada trak Bomba lalu dengan kelip2 lampu (tapi x bunyi)... kat belakangnya ada tarik bot bomba... then x brapa lama lepas tu, bas sy pun smpi...

Bas sy lalu kat Parit Bakar Laut sebelum masuk jalan utama ke Batu Pahat kat Pekan Parit Jawa... lepas pekan tu, nampak lagi trak Bomba dengan lampu kelip2 tarik bot dari arah bertentangan (dari arah Semerah)... lepas Seri Menanti ada satu lagi trak Bomba dari arah Semerah, tarik bot jugak... eh2... pelik sungguh... apsal banyak sangat trak bomba ni...

Salah satu trak bomba yg sedang lalu... 

Lepas je pekan Semerah, tiba-tiba jalan jam... jauh gak sesaknya, lebih kurang 2 km kut... dari awal dah agak, memang ada accident... then nampak la kereta ni:


Masa sy lalu, kereta tersebut sudah ditarik sejauh kira2 satu kilometer dari tempat kejadian... maksudnya dah selesai la tu... tapi disebabkan sikap rakyat Malaysia yang sangat prihatin ni, jalan tetap sesak walaupun tempat kemalangan tu cuma tinggal serpihan kereta je... ditambah pulak dengan sikap sesetengah pemandu yg tak reti sabar dengan memotong barisan, makin teruk la sesaknya... aishh...

Tengok kereta hitam tu, macam dy sorang je nak cepat sampai... 


Ni la tempat kemalangan tu... cuma tinggal serpihan2 yang tak mengganggu lalulintas tapi tetap jalan sesak... sy x tahu la mangsa tu macam mana... hidup ke, mati ke... mybe dh bawak ke hospital kut... tp melihatkan keadaan kereta, paling kurang pun mesti cedera parah kan...

Lepas melihat accident tu, tetiba sy terfikir, jalan raya Malaysia sekarang ni sudah menjadi satu tempat yg sangat x selamat untuk sesiapa pun kn... tiap2 hari ada je nyawa melayang kat jalan raya... x dapat bayangkan macam mana perasaan ahli keluarga diorang bila dapat berita accident tu... mesti sedih gila... dan dalam keadaan di mana ramai rakyat mati kat jalan raya, ada lagi insan2 macam ni:


haa... tengok tu... selamba je memotong... tau la kat Singapura takleh nak bawak laju2... datang sini buat hal pulak... memotong kat garisan berkembar... dah le ada kereta dari depan... kereta yg dari depan tu pulak nak kena mengelak dy... ish2...

Apa2 pun, berhati-hatilah selalu di jalan raya (ingatan untuk diri sendiri dan orang lain juga)... :)

Thursday, September 23, 2010

Assignment itu tugasan

"ELP hantar hari Jumaat!"

Ouh2... kalimah yang sangat melegakan hati... ingatkan kena hantar esok... so tak de la rushing sangat... boleh lyan blog ni kejap...

Dua tiga hari ni asyik hujan... kenapa ntah... dh masuk musim hujan kut... bila tiba petang menghampiri malam, hujan turun dengan lebat... cuaca malam pun jadi sejuk sampai pagi... tapi siang panasnya sama je... hua3...

Semalam gi Carrefour Batu Pahat... beli barang2 sikit sebab banyak barang dh habis dihabiskan sebelum cuti raya aritu cthnya gula, dan lain-lain... actually Pacific lagi dekat tapi Carrefour lg murah kut... so lg jimat gi sane... lgpun kad member Pacific sy dh hilang (x tahu sape guna)... sape2 ade jumpa tu sila la pulangkan pada sy ye...

Balik dari Carrefour, hujan turun dengan sangat3 lebat... nasib baik sempat sampai IPG sebelum hujan turun... kalau tidak, memang basah lencun la... sy tak kisah pun kalau badan basah sebenarnya, tapi barang2 dalam kocek ni yg risaunya cthnya dompet, henset, kamera, etc...

Ok... balik kepada cerita assignment... tiga assignment sudah selesai dengan dua daripadanya sudah disubmit kepada lecturer... assignment2 tersebut adalah:

RBT Asas Botani - (Sudah dihantar)
Bahasa Melayu 1 - (Sudah dihantar)
Bahasa Melayu Kontekstual

Sekarang ni, tinggal beberapa assgment je lagi yang perlu disiapkan...

EL 1
ELP
Basic Math
Pengantar Pendidikan (PPN)
Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)

Nasib baik la assignment sem ni semua main nipis2 je... 15 muka, 10 muka,... tetiba teringat kat assignment Kemahiran Berfikir (KF) sem 2 yang setebal 150 lebih muka surat... dah macam thesis tahu tak...

Hari ni mybe dapat tidur awal sikit kut... sejak balik dari cuti raya aritu, tiap2 malam tidur paling awal pun pukul 3 pagi sebab buat assignment (sambil bersembang2 kosong)... hahaha... sangat penat sampaikan petang td sy balas tidur dr pukul 1.30 tgh hari smpai la petang... ish2... truk betul... huhu~

Tadi dalam kelas, kami bertukar2 kuih raya... seronok jugak dapat merasa kuih dari rumah orang lain... tapi sayang x dapat bawak banyak2... huhu~...


Sekarang perlu menghadap assignment ELP ni... pening jugak den dibuatnya... haha... caiyuk2 man... (^^,)

Monday, September 20, 2010

BM sudah siap... (^^,)

Ouh... di saat senggang sebegini, tetiba rasa nak taip blog pulak... huhu~...

Dah tamat cuti raya... sekarang adalah masa untuk menghadap kembali benda2 yang telah ditinggalkan sempena Hari Raya aritu, iaitu assignment... sangat busy duk menyiapkan kerja2 tertangguh itu.

Saat entri ini ditaip, sy bru lepas submit assignment Bahasa Melayu 1... Alhamdulillah, lepas sudah satu azab... tak tahu la ok ke tak... yg penting sy sudah berusaha sedaya upaya untuk menyiapkannya... macam sewal je, buat assignment sampai pukul 5, pastu tunggu Subuh, pastu tidur pas solat Subuh... poning palo den... mata pun dah macam mata panda dh (bengkak sebab x cukup tidur)... ahakksss~... :P

Saat2 macam ni, tetiba teringat kat rumah pulak... kalau kat taman sy, malam raya macam ni ada marhaban dari rumah ke rumah... ouh2... rindu mahu ikut marhaban itu...

Malam first marhaban, sy x dapat pergi sebab penat sgt3 lepas jalan2 siang tu...
Malam berikutnya, sy x dapat pergi jugak sebab berada kat Melaka...

Finally malam Sabtu aritu, dapat jugak sy pergi ikut marhaban ni. Lagipun rumah yg sederet dan dekat2 dengan rumah sy je... ada 7 rumah malam tu...

Yg baju biru sebelah kanan tu Anip jiran sy...

Rumah sy punya giliran hari Rabu... hari sekolah tu, so x dapat la nk join... aishh... sedih gile... :(

Sunday, September 19, 2010

Jalan2 kawan2.

Hari Khamis, 16 September 2010...

Sedang khusyuk bermain game, tiba2 dapat satu SMS daripada seorang kawan lama di sekolah rendah dulu...

"Salam..kpd kwn2..free x arini?sy ingin mngjak kamu semua braya krmh ckgu jmliah arini"

Maksudnya: Salam... kepada kawan-kawan... free tak hari ni? Saya ingin mengajak kamu semua beraya ke rumah Cikgu Jamaliah harini...

Ouh... Cikgu Jamaliah... beliau merupakan cikgu saya semasa bersekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, 7 tahun lalu. Sejak keluar dari sekolah tu, sy tak pernah lagi bertemu beliau. Dan baru2 ni, sy ada dapat berita yg beliau sakit. So, keinginan nak berjumpa beliau tu sangat tinggi. Ok... senang je sy memberi persetujuan... plan2 lepas zohor mahu gerak... :)

Tiba2, sedara sy dari Gadek beritahu nak datang... ouh2... macam mana ni...

Lebih kurang jam 12.30, sedara itu sampai... nasib baik awal... huhu~... klau ikutkan, sy baru plan2 nak ajak mak sy pergi Gadek... tiap2 tahun kami pergi sana... rumahnya dekat je dengan Kolam Air Panas Gadek, buleh mandi air panas... haha...

Duduk2 sambil berbual2... pastu mak sy ajak mak sedara tu isi pulut dalam periuk kera yang diambil kat Jelai aritu...

Oppsss... lupa pulak... aritu sy ada cakap nk cerita pasal periuk kera itu...

Periuk kera ni gunanya ialah untuk memasak (mcm x caye je kan)... tapi periuk kera itu bukan untuk dimakan ye... fungsinya hanyalah sebagai bekas memasak (sesuai dengan namanya periuk kera itu)... mula2 periuk kera ini perlulah dibersihkan dan dibasuh... basuh bersih2 ye sebab dalam periuk tu kebiasaannya ada serangga mati yang telah larut... so kalau taknak pulut tu ada perisa serangga, silalah bersihkan ye... :P

Basuh dulu...

Lepas dibersihkan, beras pulut dan santan dimasukkan ke dalam periuk kera itu. Susun di dalam pengukus, dan kukuskan ia. Maka hasilnya adalah ini:

Sedap... boleh dimakan bersama rendang daging atau ayam... haha...

Masa mak sy dan mak sedara itu sedang memasukkan beras pulut ke dalam periuk kera itu, jam sudah pukul 2 petang. Sy sempat borak2 sekejap je dengan sepupu itu. Pastu terpaksalah sy mintak diri sebab dah janji dengan kawan. Mintak maaf sgt3 ye sedaraku... nanti kita jumpa lagi...

First sekali, sy ke rumah kawan lama iaitu Hany... xpernah pergi rumah dy walaupun selalu sangat lalu depan tu. haha... sampai kat sana, kawan2 lain sudah ada. Dari rumah Hany, kami ke rumah Wan Marina (classmate time sekolah rendah jugak)... kami semua sembilan orang + Wan Marina jadi sepuluh... duduk2 kejap kat rumah Marina itu sambil snap2 gamba bersama... pastu kami menuju ke rumah Cikgu Jamaliah...

Ni kat rumah Wan Marina...

Cikgu masih seperti dulu... wajahnya tak banyak berubah... tapi kereta kancil beliau sudah tak ada... haha...

Time sampai, cikgu ada kat luar rumah... dy menjemput kami masuk... Kami pun berbual-bual panjang,... lama tak jumpa la katakan... ouh... rupanya betullah berita yg sy dengar beliau sakit... dan beliau cerita2 la pasal penyakit tu dan pengalaman dy... lama jugak kami kat rumah beliau... lebih kurang sejam setengah kut... sebelum balik, kami rakamkan gambar kenangan bersama cikgu.

Dari rumah cikgu Jamaliah, kami ke rumah Hafizah (sorry kalau salah eja)... tak payah tanya la,,, dy juga adalah classmate masa sekolah rendah dulu... haha... bila jalan ramai2 ni rasa seronok... asik tergelak je dengan mereka2 ni...

lepas rumah Hafizah ni sy terus balik rumah manakala mereka terus beraya entah ke mana...

Jumaat, 17 September 2010.

Seperti yang dirancangkan, petang lepas solat Jumaat, sy dan adik sy serta seorang kawan bertolak ke Melaka... hajat hati nak melawat kawan sekolah rendah yg dah berpindah kat Telok Mas, Melaka. Masa pergi, sy drive kereta tu. Ikut laluan menghala ke Jasin, pastu lalu jalan Jasin-Merlimau. Tiba2 ada roadblock, kena tahan kejap... lepas check lesen, leh terus jalan... haha... pastu belok ke Lebuh AMJ sebelum tiba ke Telok Mas... sampai kat rumah kawan tu lebih kurang pukul 4.50 petang kut... senang je cari rumahnya sebab sy pernah lalu sekali (tapi x masuk la)... kami berbual panjang lagi sebab dah lama tak jumpa... pastu siap solat Asar sekali kat rumah dy... haih...

Pukul 6.30 lebih kurang, kami mintak diri untuk keluar... pastu, kami jalan2 kat Banda Hilir, then pergi AEON Bandaraya Melaka yg baru tu (rujuk entri bertajuk Cuti Cuti...)..

Sangat besar... jalan2 kejap kat dalam tu, pastu terjumpa kedai Comic Paradise... banyak keluaran komik kat situ... sy cuma cari Dik Cerdas je (komik Shin Chan)... dapat la dua buku ni yg sy belum beli...

Time nk bayar parking pun kelakar jugak... kalau nak tahu, Jusco ni dy guna sistem autopay ye... maksudnya kita kena bawak tiket parking yg dapat masa nak masuk parking tu ke mesin autopay... sy msukkan tiket tapi dy keluar balik... x tahu kenapa, so sy masukkan lg skali... then dy tlis, "TICKET ALREADY PAID"... mak aih... pelik gak... pastu gelabah gi cari kereta... ye la, kalau ikut sistem biasa, tiket yg dah dibayar perlu dimasukkan kat gate keluar dalam masa 15 minit... nasib baik semuanya macam biasa je.

Dari AEON, singgah kat Masjid Al-Azim untuk solat Maghrib... then terus menuju ke Ayer Keroh... masuk kat McDonald Drive Thru kat depan Zoo tu... beli makanan sikit... pastu terus balik ke Tangkak lalu Lebuhraya Utara Selatan... tol murah je, cuma RM3.80... huhu~

Saturday, September 18, 2010

Gi Segamat.

Sekejap je ye masa berlalu... sekarang tinggal sehari je cuti dan esok kena balik ke Batu Pahat... ish2... bosan gile...

Hari raya ke-4 aritu, sy dan keluarga pergi ke Segamat. Biasanya pergi masa raya pertama, tapi aritu x sempat, so raya ke empat baru pergi. Kami gerak dari Tangkak lebih kurang pukul 12.30 tengah hari.


Time nk gi Pemanis kena lalu sini...

Oppss... sebelum gerak gi Segamat tu, jiran sy datang rumah. Pukul 11 lebih kut... Nasib baik sempat datang sebab time tu belum nak gerak lagi... bru prepare apa2 yg patut nak bawak.

Ni la jiran sy + keluarga sy (x semua ada)... sempat lg snap gamba kat depan rumah "terbengkalai" ni ha... haha...

Gerak ke Segamat, rumah first sekali ialah rumah Paklong yg dtg masa raya kedua tu... dari situ gerak ke Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat. Yg ni rumah adik-beradik kepada arwah nenek Tumirah (mak kepada ayah)... sebenarnya sy tak pernah umur sampai kat sini. Kampungnya masuk jauh ke dalam, lalu dalam ladang kelapa sawit. Jalannya bengkang-bengkok, dan sempit macam jalan ladang yang tanah merah tu... bezanya cuma jalan ni di tar je...

Dari Mensudut, kami ke Paya Lang dekat jalan masuk Mensudut tu... ni pun rumah adik beradik nenet Tumirah jugak, tapi yang tinggal cuma isterinya je... yg ni sy banyak kali jugak la pergi... depan rumahnya dulu ada macam tali air, tapi sekarang sudah dibuat tembok batu... dah jadi sebuah longkang yang sangat besar dan dalam (boleh muat lori 5 tan nak lalu dalam tu)...

Lepas pegi Paya Lang, terus ke Pemanis... ni biasanya memang destinasi akhir kami kalau gi raya kat Segamat... Felda Pemanis ni kena lalu Lebuhraya Segamat-Kuantan (xmcm highway pun), pastu belok ke Felda ni dan masuk sejauh 7 km... rumahnya kat atas bukit... tinggi... sampai kat sini dah malam, so tido situ je la... malam tu, kat situ ada jugak sedara-mara dari Felda Jelai, NS... meriah la jadinya...

Esoknya, kami ikut sepupu@dua pupu tu ke rumahnya ket Felda Jelai, Negeri Sembilan. tp yg sepupu@dua pupu dengan sy tu ayahnya, bukan anaknya... kira anaknya tu mcm anak sedara sy la... rasa janggal jugak d ctu... time borak dgn dy, sy x tahu nk gelar apa... nk pggil abang mcm jauh sgt beza umur... tp klau pggil pakcik mcm keterlaluan pulak... haha...


Kat Jelai, mereka bagi kami periuk kera... banyak jugak, ada beberapa puluh kut... aishh... bukan senang ye nak cari periuk kera ni... apa gunanya periuk kera ni? haa... nnti kemudian sy cerita...

Lintasan kereta api Ayer Kuning Selatan...

Dari Jelai kami terus balik ke Tangkak lalu Ayer Kuning Selatan... sampai kat Tangkak lebih kurang pukul 5.30 petang kut... huhu~... penat... :)

Thursday, September 16, 2010

Raya kedua dan ketiga

Ouh2... sangat banyak benda nak cerita... ni la jadinya bila entri2 yang ada tu ditangguh2...

Actually, bukan taknak update.. aritu memang sy bawak laptop balik kampung tapi faham2 je la kalau nama kampung kan... sy try connect Celcom Broadband yg sy bawa bersama, tapi Celcom x dapat langsung liputan. Then sy try Maxis Broadband, ok la... dapat 3G tapi slow sgt3... so x dpat la nak update blog ni.

Pagi raya kedua aritu pak long sebelah ayah dan keluarganya dari Segamat datang. Mybe sebab kami tak datang rumah mereka pada hari raya pertama (rujuk entri sebelum ni), so mereka pun datang la ke sini. Mereka on the way nak ke Panchor, alang2 lalu Tangkak, diorang singgah la kan.

Dah tengah hari, kami sekeluarga bersiap2 nak balik ke kampung Sebatu, Merlimau, Melaka.

Jalan sangat sibuk di musim perayaan ni... kat simpang tol Tangkak tu terpaksa polis trafik datang jaga lalulintas sebab terlalu sesak sangat.

Yang kat Sebatu ni kampung sebelah mak. Lebih kurang pukul 12 stengah, kami pun bertolak lalu jalan biasa, iaitu kampung Teluk Rimba. Best lalu sini... laluan ikut tengah sawah, ada sungai besar (Sungai Kesang - sempadan Melaka-Johor), tali air...

(Gambar ini bukan kampung sy ye... sy tumpang lalu je)...

Lebih kurang setengah jam, sampai kat kampung.

Sampai kat kampung, ramai dah ada... ada pak long, pak Zam, sape lagi ye... pastu, duduk2 kejap, pandak Jalil pun sampai. Pukul 3 petang, buat bacaan Yaasin dan tahlil ramai2. Inilah yang biasa bila berkumpul ramai2 macam ni. Dan tahun ni, pandak Jalil dengan Paklong akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Lepas bacaan yaasin, rumah dah penuh dengan sanak saudara. Meriah sungguh. Pastu macam biasa la... ambik gamba buat kenangan. Dan kemudian paklong berangkat balik ke Muar.

Oppsss... dalam gambar ini sebenarnya tak sampai separuh pun daripada keluarga ini yg ada ye... ini cuma lebih kurang 1/4 je daripada keseluruhan keluarga... ramai yang takde kat sini... kalau semua ada, konfem tak muat rumah ni nak menampungnya... kui3...

Petang tu, keluarga sy dan keluarga mak Ita berjalan2 ke rumah sedara kat Kampung Air Tawar, Merlimau. Kat sini sangat best sebab depan rumah ada tali air, ada jambatan kayu, ada kebun kelapa... keluar dari rumah tu, dah masuk waktu Maghrib. Kelihatan pemandangan yang sangat indah, maka sy pun snap lah gambarnya...

Klik gambar untuk lebih besar...
Bulan sabit dan sebutir bintang betul2 kat atas bulan sabit tu... nampak macam pemandangan dalam kad raya yang sy dapat dulu... menarik... huhu~ :)

Kami berhenti kat Masjid Air Tawar untuk solat Maghrib. Lepas Maghrib, kami ke rumah sedara kat depan petronas Merlimau tapi takde orang kat rumah. So, kami ke Jalan Parit Penghulu Salim, Batu Gajah, rumah sedara jugak. Padahal waktu siang tadi baru diorang datang Sebatu... huhu~... seronok duduk2... pastu kami balik ke Sebatu lebih kurang pukul 10.30 malam.

Balik kat Sebatu, melayan sedara2 yang kecik2 ni main mercun... opss... bukan sy yg main ye... sy tengok2 je... kui3...

Sambil layan2 diorang main mercun tu, sy try jugak connect2 broadband ni tapi x boleh... yg dapat pun Maxis, tu pun slow sangat3... sempat la jugak sy ajar2 mak sedara sy cara2 buat blog ni (blogger tegar la katakan)... :P

Pagi esoknya, kami sarapan ramai2... pakcik sy bawak sesuatu yang istimewa dari Indonesia... antaranya ialah ikan salai ini:

Rasanya sangat sedap... entah macam mana ikan ni boleh tahan lama walaupun tak dikeringkan... tulang banyak (sakit hati) tapi sangat sedap.... ada la rasa macam bakar tu...

Selain tu, kuih aiskrim ni pun pakzam beli kat sana jugak...

Part yang paling best, time bagi2 duit raya. Seronok ada, kelakar pun ada bila tengok gelagat sedara-mara nih. Bukan selalu ye dapat berkumpul ramai2 macam ni.

Masa untuk berpisah... keluarga sy dan keluarga pandak Jalil bertolak ke Melaka. Hajatnya nak ke rumah Pak Ngah kat Ayer Molek, Melaka. Kami pun lalu kat Lebuh AMJ sampai ke simpang Kandang, dan nak belok ke kanan ke Ayer Molek. Tengah tunggu traffic light hijau, nampak kereta pandak Jalil melintas dari kiri ke kanan kat simpang empat tu. Ooo... pandak lalu jalan lama rupanya. Sampai setengah jalan, pandak telefon, rupanya rumah pakngah xde orang. Kami pun melencong ke Bukit Baru. Ada 2 rumah kat Bukit Baru ni, satu yang memang selalu kami pergi, dan satu lagi rumah anaknya baru siap. Cantik rumahnya. Luas pulak tu... best... :)

Dari Bukit Baru, kami bertolak ke Jasin. Rumahnya kat Kampung Kelubi. Yang ni, serius sy tak pernah sampai dan tak pernah pergi pun. mak sy pun katanya kali terakhir pergi sana masa kecik2 dulu. Kiranya ni sedara yang dah lama terputus hubungan la.

Dari Jasin. kami bertolak ke Muar, rumah Paklong. Sekarang cuma tinggal paklong dengan Maklong je kat rumah tu. Lebih kurang pukul 6 petang, kami bertolak ke Semerah, rumah nek lang. Jalan sangat sibuk.... selalunya sy nak ke Semerah tu hanya lebih kurang setengah jam je... tapi hari tu, lepas Maghrib baru sampai. Sempat la singgah kejap kat Masjid Sri Menanti untuk solat maghrib.

Sampai kat Semerah, ramai ada kat sana. Ada makcik Limah dari Mersing, ada Kak Fit (anak paklong) dan suaminya, ramai lagi la... dan ada seorang sedara yang tinggal kat Taman Soga, Batu Pahat kat situ. Dulu sy pernah la datang rumah dy... tapi dah setahun lebih kat Batu Pahat ni, sekali pun x pernah sampai rumah beliau... heh. apa punya anak sedara laa... huhu~ :P

Sekali lagi ada bacaan Yaasin dan Tahlil.

Lepas bacaan Yaasin, kami makan ramai2... seronok sangat2... yang paling best ialah ada otak-otak bakar... bakar sendiri ye, bukan beli tepi jalan... keh3... :D

Lebih kurang pukul 11 malam, kami bertolak balik ke Tangkak... tamatlah perjalanan untuk hari itu.