Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, September 19, 2010

Jalan2 kawan2.

Hari Khamis, 16 September 2010...

Sedang khusyuk bermain game, tiba2 dapat satu SMS daripada seorang kawan lama di sekolah rendah dulu...

"Salam..kpd kwn2..free x arini?sy ingin mngjak kamu semua braya krmh ckgu jmliah arini"

Maksudnya: Salam... kepada kawan-kawan... free tak hari ni? Saya ingin mengajak kamu semua beraya ke rumah Cikgu Jamaliah harini...

Ouh... Cikgu Jamaliah... beliau merupakan cikgu saya semasa bersekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, 7 tahun lalu. Sejak keluar dari sekolah tu, sy tak pernah lagi bertemu beliau. Dan baru2 ni, sy ada dapat berita yg beliau sakit. So, keinginan nak berjumpa beliau tu sangat tinggi. Ok... senang je sy memberi persetujuan... plan2 lepas zohor mahu gerak... :)

Tiba2, sedara sy dari Gadek beritahu nak datang... ouh2... macam mana ni...

Lebih kurang jam 12.30, sedara itu sampai... nasib baik awal... huhu~... klau ikutkan, sy baru plan2 nak ajak mak sy pergi Gadek... tiap2 tahun kami pergi sana... rumahnya dekat je dengan Kolam Air Panas Gadek, buleh mandi air panas... haha...

Duduk2 sambil berbual2... pastu mak sy ajak mak sedara tu isi pulut dalam periuk kera yang diambil kat Jelai aritu...

Oppsss... lupa pulak... aritu sy ada cakap nk cerita pasal periuk kera itu...

Periuk kera ni gunanya ialah untuk memasak (mcm x caye je kan)... tapi periuk kera itu bukan untuk dimakan ye... fungsinya hanyalah sebagai bekas memasak (sesuai dengan namanya periuk kera itu)... mula2 periuk kera ini perlulah dibersihkan dan dibasuh... basuh bersih2 ye sebab dalam periuk tu kebiasaannya ada serangga mati yang telah larut... so kalau taknak pulut tu ada perisa serangga, silalah bersihkan ye... :P

Basuh dulu...

Lepas dibersihkan, beras pulut dan santan dimasukkan ke dalam periuk kera itu. Susun di dalam pengukus, dan kukuskan ia. Maka hasilnya adalah ini:

Sedap... boleh dimakan bersama rendang daging atau ayam... haha...

Masa mak sy dan mak sedara itu sedang memasukkan beras pulut ke dalam periuk kera itu, jam sudah pukul 2 petang. Sy sempat borak2 sekejap je dengan sepupu itu. Pastu terpaksalah sy mintak diri sebab dah janji dengan kawan. Mintak maaf sgt3 ye sedaraku... nanti kita jumpa lagi...

First sekali, sy ke rumah kawan lama iaitu Hany... xpernah pergi rumah dy walaupun selalu sangat lalu depan tu. haha... sampai kat sana, kawan2 lain sudah ada. Dari rumah Hany, kami ke rumah Wan Marina (classmate time sekolah rendah jugak)... kami semua sembilan orang + Wan Marina jadi sepuluh... duduk2 kejap kat rumah Marina itu sambil snap2 gamba bersama... pastu kami menuju ke rumah Cikgu Jamaliah...

Ni kat rumah Wan Marina...

Cikgu masih seperti dulu... wajahnya tak banyak berubah... tapi kereta kancil beliau sudah tak ada... haha...

Time sampai, cikgu ada kat luar rumah... dy menjemput kami masuk... Kami pun berbual-bual panjang,... lama tak jumpa la katakan... ouh... rupanya betullah berita yg sy dengar beliau sakit... dan beliau cerita2 la pasal penyakit tu dan pengalaman dy... lama jugak kami kat rumah beliau... lebih kurang sejam setengah kut... sebelum balik, kami rakamkan gambar kenangan bersama cikgu.

Dari rumah cikgu Jamaliah, kami ke rumah Hafizah (sorry kalau salah eja)... tak payah tanya la,,, dy juga adalah classmate masa sekolah rendah dulu... haha... bila jalan ramai2 ni rasa seronok... asik tergelak je dengan mereka2 ni...

lepas rumah Hafizah ni sy terus balik rumah manakala mereka terus beraya entah ke mana...

Jumaat, 17 September 2010.

Seperti yang dirancangkan, petang lepas solat Jumaat, sy dan adik sy serta seorang kawan bertolak ke Melaka... hajat hati nak melawat kawan sekolah rendah yg dah berpindah kat Telok Mas, Melaka. Masa pergi, sy drive kereta tu. Ikut laluan menghala ke Jasin, pastu lalu jalan Jasin-Merlimau. Tiba2 ada roadblock, kena tahan kejap... lepas check lesen, leh terus jalan... haha... pastu belok ke Lebuh AMJ sebelum tiba ke Telok Mas... sampai kat rumah kawan tu lebih kurang pukul 4.50 petang kut... senang je cari rumahnya sebab sy pernah lalu sekali (tapi x masuk la)... kami berbual panjang lagi sebab dah lama tak jumpa... pastu siap solat Asar sekali kat rumah dy... haih...

Pukul 6.30 lebih kurang, kami mintak diri untuk keluar... pastu, kami jalan2 kat Banda Hilir, then pergi AEON Bandaraya Melaka yg baru tu (rujuk entri bertajuk Cuti Cuti...)..

Sangat besar... jalan2 kejap kat dalam tu, pastu terjumpa kedai Comic Paradise... banyak keluaran komik kat situ... sy cuma cari Dik Cerdas je (komik Shin Chan)... dapat la dua buku ni yg sy belum beli...

Time nk bayar parking pun kelakar jugak... kalau nak tahu, Jusco ni dy guna sistem autopay ye... maksudnya kita kena bawak tiket parking yg dapat masa nak masuk parking tu ke mesin autopay... sy msukkan tiket tapi dy keluar balik... x tahu kenapa, so sy masukkan lg skali... then dy tlis, "TICKET ALREADY PAID"... mak aih... pelik gak... pastu gelabah gi cari kereta... ye la, kalau ikut sistem biasa, tiket yg dah dibayar perlu dimasukkan kat gate keluar dalam masa 15 minit... nasib baik semuanya macam biasa je.

Dari AEON, singgah kat Masjid Al-Azim untuk solat Maghrib... then terus menuju ke Ayer Keroh... masuk kat McDonald Drive Thru kat depan Zoo tu... beli makanan sikit... pastu terus balik ke Tangkak lalu Lebuhraya Utara Selatan... tol murah je, cuma RM3.80... huhu~

No comments: