Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, September 18, 2010

Gi Segamat.

Sekejap je ye masa berlalu... sekarang tinggal sehari je cuti dan esok kena balik ke Batu Pahat... ish2... bosan gile...

Hari raya ke-4 aritu, sy dan keluarga pergi ke Segamat. Biasanya pergi masa raya pertama, tapi aritu x sempat, so raya ke empat baru pergi. Kami gerak dari Tangkak lebih kurang pukul 12.30 tengah hari.


Time nk gi Pemanis kena lalu sini...

Oppss... sebelum gerak gi Segamat tu, jiran sy datang rumah. Pukul 11 lebih kut... Nasib baik sempat datang sebab time tu belum nak gerak lagi... bru prepare apa2 yg patut nak bawak.

Ni la jiran sy + keluarga sy (x semua ada)... sempat lg snap gamba kat depan rumah "terbengkalai" ni ha... haha...

Gerak ke Segamat, rumah first sekali ialah rumah Paklong yg dtg masa raya kedua tu... dari situ gerak ke Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat. Yg ni rumah adik-beradik kepada arwah nenek Tumirah (mak kepada ayah)... sebenarnya sy tak pernah umur sampai kat sini. Kampungnya masuk jauh ke dalam, lalu dalam ladang kelapa sawit. Jalannya bengkang-bengkok, dan sempit macam jalan ladang yang tanah merah tu... bezanya cuma jalan ni di tar je...

Dari Mensudut, kami ke Paya Lang dekat jalan masuk Mensudut tu... ni pun rumah adik beradik nenet Tumirah jugak, tapi yang tinggal cuma isterinya je... yg ni sy banyak kali jugak la pergi... depan rumahnya dulu ada macam tali air, tapi sekarang sudah dibuat tembok batu... dah jadi sebuah longkang yang sangat besar dan dalam (boleh muat lori 5 tan nak lalu dalam tu)...

Lepas pegi Paya Lang, terus ke Pemanis... ni biasanya memang destinasi akhir kami kalau gi raya kat Segamat... Felda Pemanis ni kena lalu Lebuhraya Segamat-Kuantan (xmcm highway pun), pastu belok ke Felda ni dan masuk sejauh 7 km... rumahnya kat atas bukit... tinggi... sampai kat sini dah malam, so tido situ je la... malam tu, kat situ ada jugak sedara-mara dari Felda Jelai, NS... meriah la jadinya...

Esoknya, kami ikut sepupu@dua pupu tu ke rumahnya ket Felda Jelai, Negeri Sembilan. tp yg sepupu@dua pupu dengan sy tu ayahnya, bukan anaknya... kira anaknya tu mcm anak sedara sy la... rasa janggal jugak d ctu... time borak dgn dy, sy x tahu nk gelar apa... nk pggil abang mcm jauh sgt beza umur... tp klau pggil pakcik mcm keterlaluan pulak... haha...


Kat Jelai, mereka bagi kami periuk kera... banyak jugak, ada beberapa puluh kut... aishh... bukan senang ye nak cari periuk kera ni... apa gunanya periuk kera ni? haa... nnti kemudian sy cerita...

Lintasan kereta api Ayer Kuning Selatan...

Dari Jelai kami terus balik ke Tangkak lalu Ayer Kuning Selatan... sampai kat Tangkak lebih kurang pukul 5.30 petang kut... huhu~... penat... :)

No comments: