Sebab semasa entri ni ditulis, cuti dah mula selama 3 hari dah...
Tapi aku terasa nak tulis sesuatu gak untuk mengisi kelapangan di masa cuti nih (tipu je)... :p
Cuti merupakan saat yang memang dinanti-nantikan oleh setiap orang sama ada yang bekerja atau sekolah. Ya... tapi tak tahulah bagi kamu macam mana, sama ada sukakan cuti atau tidak suka, terpulanglah. Aku menyukai cuti sebab akan memberikan banyak masa untuk aku melepak-lepak di rumah yang tercinta ini. :D
Apa nak buat ye dalam cuti ni?
Semalam aku mengikut kawanku ke Gunung Ledang. Best sungguh... walaupun da terlalu biasa sangat pergi tapi bila kawan2 atau sedara-mara ajak seboleh-bolehnye aku takkan tolak... huhu~... Dah puas bermandi-mande, pastu ikut kawan pergi kampung beliau kat Felda Sri Jaya, Bukit Serampang pule. Tq ye Ainaa dan Ismail. Klau anda baca entri ini silekan rase bangge ye... :p ... hari itu lewat petang barulah aku sampai di rumah.
Dan pagi tadi aku jalan-jalan ke Melaka. Kejap je pegi tapi sempat la masuk mcm2 tempat contohnye Tesco, Giant dan yg paling best ialah dapat pergi AEON Bandaraya Melaka walaupun sekejap.
Ya... inilah dia pusat beli belah yang pernah mnggemparkan dengan peristiwa letupan gas beberapa hari sebelum tarikh pembukaan yang sepatutnya. Disebabkan peristiwa itu tarikh pembukaan pusat beli-belah ni ditangguhkan dan akhirnya dibuka pada 5 Februari 2010. Seperti mana yang diperkatakan orang, AEON Bandaraya Melaka ni memang besar. Lagi besar la daripada Batu Pahat Mall yang aku selalu pergi tu. Dan dalamannye memang jauh berbeza... bila masuk tu tak rasa pun macam benda ni ade kat Melaka... macam kat KL pulak... hahaa~
Tengoklah ruang dalaman shopping complex ni. Cantik bukan? Tapi sayang sebab tak sempat nak merayau sampai habis (sebenarnye yang sempat merayau tak sampai setengah pon) disebabkan saiznya yang luas. Takpe2... lain kali buleh pegi lagi. =)
Kalau takde aral melintang, cadangannya nak merayau ke Pulau Pinang untuk konvo along aku hari Jumaat nanti. Harap-harap jadi la ye. Dapat juge rehatkan kepala sebelum mulakan sesi kuliah semula hari Isnin nanti. Sekian... (",)
No comments:
Post a Comment