Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, September 28, 2010

Exam LK dan test EL... :)

Ok... sudah lepas exam tadi... kelam kabut ye jadualnya... entah macam mana dua exam boleh bertindih pada waktu yang sama... pelik kn?... sedangkan bawah satu pentadbiran je... ah sudah la... yg penting dah selamat menjalani paper arini... opsss... belum habis tau... esok ade lagi ye... huhu~ :)

Pagi tadi ada paper Aural - Oral test bahasa inggeris... kira macam listening la tu... kena dengar rakaman yang dimainkan dan jawab soalan yg diberikan... Alhamdulillah, soalan tak la susah sangat dan agak senang nk faham (tapi x semestinya jawab betul)... hee~

Gamba time kemas dewan exam semalam... :)

Test Oral start pukul 8 pagi sampai la pukul 9... lepas je abis test Oral tu, terpaksa kami pelajar2 opsyen Rekabentuk dan Teknologi ni berkejar ke Kompleks KH untuk exam Lukisan Kejuruteraan Konvensional pulak... penat sungguh... dah le jauh blok KH tu... dan nasib baik la kami mendapat lecturer KH yang sgt2 memahami masalah yang ditanggung kami ni, maka lecturer tersebut telah melanjutkan menangguhkan tempoh exam selama 15 minit... tq to the lecturer... 

Exam LK best... nasib baik soalan agak senang (agak la)... tempoh 3 jam dan ada 5 soalan kena jawab... soalan yg keluar ialah:

  1. Lukisan Ortografik
  2. Lukisan Oblik
  3. Lukisan Isometri
  4. Lukisan hamparan (development)
  5. Lukisan keratan (sectional)
Sy ambik masa lebih kurang 2 jam suku untuk siapkan semua tu... mcm awal je kn... ade la dapat sikit masa untuk lepak2 pas jawab tu... huhu~

Petang pulak... lebih kurang pukul 2, kami sekelas ke pusat sumber untuk sambungan test EL td... kali ni ialah group discussion... sekali lagi syukur kpd Allah, sy dapat lecturer yg best sebagai penilai iaitu Mr Vijayan dan Mr Mohan... sy masuk group 2... mereka yg dalam group sy ialah Haziq, Hafizi dan Huzaifah. Terbaik ah group ni... time masuk dalam bilik test tu, sy kena cabut undi untuk tajuk discussion (sebab sy org first dlam senarai)... sambil baca bismillah, sy seluk tangan dalan envelope untuk cabut undi... jeng jeng jeng... dapat nombor 2... bila check dalam booklet, dapat tajuk World Cup... sy kena bentangkan kebaikan World Cup dari segi Family Quality Time... entah apa sy goreng2 td... sikit lagi nk jadi arang.. haha~ (kalau x faham sila abaikan)... :P

Ni gamba group... sempat lagi snap sementara nk tunggu giliran discussion tu... huhu~ 

Petang td, lepas test, sy keluar bersama2 rumate dan kawan lain iaitu Ana, Efa dan Pika... credit to Ustaz Din sebab bg pinjam kereta... and I am the one who is driving... haha... mula2 pergi BSN kat jalan Rogayah sebab kawan nak buat kad ATM baru... sy pun cucuk la duit sekali... then kami pergi ke kedai borong dekat dengan Kastam, beli barang2 makanan "sikit"... huhu~... disebabkan kelaparan, kitorang singgah kat gerai sebelah stesen bas Batu Pahat ni... minum air batu campur atau sinonimnya ABC... sedap... tak sangka kat tengah2 bandar macam ni masih ada orang jual ABC RM1 semangkuk... dah le ramuannya banyak... huhu~

Disebabkan masih awal lagi, kitorang merayau ke Pantai Minyak Beku... padan muka korang naik kereta dengan driver yg suka berjalan ni... hahaha~... saje je merayau kat sana sebab dh xde tempat lain lagi nak pergi...


Dari pantai tu, kami patah balik ke bus stand sebab kawan order tiket... pastu kitorang pegi Summit... masuk Summit, cari parking kat bawah... banyak kosong tapi x pasti untuk kereta biasa atau teksi sebab petaknya warna kuning... so sy terus sampai hujung... tiba2 guard tu suruh naik parking atas... haha... adventure seyy... sampai atas, sy parking betul2 depan surau (kebetulan sebenarnya)... terus solat Asar kat situ... huhu~... puas merayau kat dalam Summit tu... lebih kurang pukul 7 lebih kami pun balik ke IPG... nak mengadap untuk subjek esok pulak nih.... huhu~

Esok ada lagi test BI tu... dan ada jugak exam untuk Lukisan Kejuruteraan, kali ni untuk exam AutoCAD... kalau nak tau, CAD tu bermaksud Computer Aided Drafting... maksudnye melukis menggunakan komputer la ye... so di kesempatan ini nak ucapkan gud luck ah kepada semua kawan2 IPG seluruh negara yg terlibat dengan test BI ngan LK nih... semoga berjaya dan dapat keputusan yg cemerlang ye... caiyuk2~~ (^^,)

No comments: