Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, May 31, 2012

Kompilasi Pertama Untuk Ketiga. =)

Pertama kali dalam sejarah blog berusia hampir 3 tahun ini, penulisnya menuliskan ringkasan satu semester sebagai satu kompilasi dalam satu entri seperti ini.

Terlampau banyak entri tertangguh sepanjang satu semester ini. Kerana kesibukan tugas (mungkin). Semua sedia maklum saya ambil giliran sebagai Ketua Opsyen (lebih kurang macam ketua kelas la) untuk semester ini. Dan akhirnya semua yang tertangguh terpaksa dibawa ke dalam kompilasi ini.

Kompilasi Pertama Untuk Ketiga.

Kenapa? Kerana kompilasi seperti ini pertama kali ditulis di blog ini dan diselitkan banyak perkara yang ketiga kalinya. 
Banyak perkara menarik yang berlaku dalam semester ini. Tapi untuk mengelakkan orang memaki-maki akibat daripada pageload yang terlalu lama, saya tuliskan sebagai ringkasan sahaja. Lagipun semuanya cerita-cerita yang sudah lama berlalu. Penulisan ini juga tak mengikut timeline atau garis masa, sebaliknya lebih kepada apa yang saya mahu tulis dahulu, itu yang saya dahulukan. =)


SEMESTER 3


Semester ini bermula dengan baik. Jadual semester ni agak padat dengan kelas yang menjangkau sehingga jam 4 petang. Alhamdulillah pensyarah semester ini semuanya baik-baik belaka dan sangat memahami. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.

Semester ini, kami sekelas untuk opsyen Rekabentuk dan Teknologi ini mengambil subjek Rekabentuk Pakaian. Subjek ini adalah kesinambungan daripada subjek Jahitan yang kami ambil pada semester 1 dalam program persediaan (PPISMP) dulu. Untuk Rekabentuk Pakaian ni, belajar mengenai pembuatan pakaian, ciri-ciri pakaian, langkah-langkah membuat pakaian, dan paling menariknya (errr.. ada istilah lain?) kami diminta untuk membuat pakaian sendiri untuk kerja kursus, sama ada kemeja ataupun blaus longgar.
Kemeja yang sudah siap. =)
Selain kerja kursus, ada jugak peperiksaan amali untuk jahitan. Pelajar diberikan kain, benang, mesin jahit, dan pola kain dan pelajar diminta menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh 3 jam.
Meja exam.
Bahan yang dah siap.
Semester ini juga kami diwajibkan mengambil subjek Anatomi dan Fisiologi untuk subjek elektif kami. Alhamdulillah, tak lah sesukar yang disangka dan terlalu menakutkan seperti yang selalu diceritakan turun temurun sehingga timbulnya istilah killing subject. Alhamdulillah jugak saya tak menghadapi kesukaran untuk menjawab paper Anatomi ini dalam peperiksaan walaupun sebelum ini saya tak pernah ambil subjek Biologi di sekolah. Mungkin kerana minat mendalam pada subjek berkaitan Sains ni membolehkan saya mudah faham benda-benda itu semua. Alhamdulillah.
*mungkin kerana minat itu juga -tanpa disengajakan-, beberapa kali hati terpaut, tetap dengan student aliran sains, tak kira la di IP dan juga dia di UKM dulu.


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 3


Terkilan sebenarnya apabila penulisan mengenai PBS 3 ini terpaksa dimasukkan ke dalam kompilasi (akibat tak sempat ditaip tepat pada masa). PBS 1 (SK Sri Tangkak) dan PBS 2 (SK Ledang) masing-masing ada entri sendiri. Tapi tak pe lah. Asalkan ada jugak kan. Jangan tidak je.

PBS kali ketiga ini saya jalani pada 19 - 23 Mac 2012 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak (SKBT)Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak (SKBT) ini terletak di Bandar Tangkak, Johor. 
Nama asal bagi sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak (SKPBT), kerana suatu masa dahulu murid-murid di sekolah ini hanyalah murid perempuan sahaja, manakala murid-murid lelaki bersekolah di Sekolah Kebangsaan (L) Bandar Tangkak (kini namanya Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak) yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari sini. Namun sekitar tahun 90-an, kedua-dua sekolah ini mula menerima murid kedua-dua jantina.
Murid sekolah ni cuma 333 orang sahaja. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai satu kelas pra-sekolah. Bilangan guru di sekolah ini pula hanyalah 32 orang dan cuma 5 orang daripadanya, guru lelaki. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai 5 orang staf sokongan, 1 lelaki dan 4 perempuan.
Perhimpunan.
Bilangan rakan-rakan yang buat PBS bersama kami pun dah semakin berkurangan. Kalau PBS 1 seramai 9 orang, PBS 2 cuma 4 orang, PBS 3 cuma tinggal 3 orang. Mungkin PBS 4 nanti saya akan buat sendirian kut. Haha. (inferens awal). =p
Guru Besar sekolah ini ialah Puan Hajah Noraini Hayati Binti Ahmad. Merangkap jiran sebelah rumah saya. 

Setiap kali PBS pasti ada keistimewaannya yang tersendiri. Setelah 3 kali ber-PBS, inilah kali pertama saya dapat sertai majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.  
Khamis - 22 Mac 2012. Sekolah ini mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Seronok dapat sertai majlis di sekolah ini. Bukan sekadar majlisnya, kami pun turut sertai rewang pada hari sebelumnya. Tiba-tiba terasa macam dah menjadi guru sebenar pulak.
Rewang petang.
Masak-masak sebelah malam.
Sekolah ini, seperti sekolah-sekolah sebelumnya, sangat mesra. Guru-guru yang baik hati dan banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan, terutamanya Ustaz yang terpaksa tandatangan sebanyak 17 kali atas borang yang sama untuk saya. Bukan setakat guru-guru, staf sokongan pun sangat mesra dan baik hati.
Sebelum perarakan Maulidur Rasul.
Tudung biru di tengah : Guru Besar, Pn Noraini hayati
Tudung hijau : GPK 1, Pn Hamidah
Salah satu yang saya suka ialah arahan buka kasut apabila masuk ke tandas. Bukan sekadar murid-murid, malah tandas guru pun begitu. Mungkin nampak leceh, tapi sebenarnya kebersihan lebih terjamin bila dibuat begitu. 
*Mungkin lepas ni langkah ini boleh diaplikasikan di IPG pula terutamanya di tandas lelaki, supaya tandas di IPG ini sentiasa bersih.
Cenderamata dari pihak sekolah. =)


BINA INSAN GURU 3 - Khidmat Masyarakat


Kelas kami telah menjalani BIG Khidmat Masyarakat ini pada hari Ahad, 15 April 2012. Daripada 3 kali BIG yang telah berlalu, inilah kali pertama kami buat di sekolah. Tempatnya di Sekolah kebangsaan Senggarang di Pekan Senggarang, Batu Pahat.
SK Senggarang.
Tugas kami tak berat. Cuma membantu guru praktikum di situ untuk menyiapkan 4 mural yang ada. 3 di hadapan bengkel Kemahiran Hidup dan 1 mural besar di dinding kantin. 
Artis. =p
Sama tak? haha.. =)
Bahan-bahan mengecat seperti cat, pewarna mural, dan berus disediakan oleh pihak sekolah. Ada juga ahli kelas kami yang membawa berus sendiri seperti Chik Hana (thanks sangat3).
Hasil-hasil mural di bengkel KH.
Mural besar di dinding kantin.
Bergambar kenangan.


BINA INSAN GURU 3 - Seminar/Bengkel.


Semester ini, buat kali pertamanya kami semua pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2011 diminta untuk menganjurkan seminar. Err.. sepatutnya ini bukan yang pertama. Semester 2 pun kami dikehendaki mengadakan seminar sebenarnya. Namun disebabkan tiada info-info berkenaan itu, kami tak buat sebarang seminar atau bengkel semasa semester dua dahulu. Kami baru ditegur dan diberitahu semasa perjumpaan KO untuk berbincang tentang BIG semester 3 ini. Rupanya banyak lagi seminar dan aktiviti BIG yang akan dianjurkan oleh kami. Oleh itu, kami membuat pembahagian mengikut kelas untuk menguruskan aktiviti tertentu.


Oleh kerana itu, Seminar Semester 2 itu ditarik dan diadakan juga pada tarikh yang sama dengan seminar untuk semester 3. Seminar semester 2 (-Etika Profesionalisme Guru) diuruskan oleh opsyen saya (RBT1) dan opsyen Sains manakala seminar semester 3 (-Etikad Sosial dan Pengurusan Majlis) diuruskan oleh opsyen MT/BM dan TESL. Terima kasih banyak2 kepada semua pihak yang terlibat, esp opsyen SN, MT/BM dan TESL. =)

Seminar sesi pagi bersama Encik Bakar
Cenderahati untuk Encik Bakar. =)
Makan tengah hari disediakan.
Sesi petang. 
Pelajar sedang mendengar ceramah. 

*Buat adik-adik yang sudah masuk semester 2 ni, boleh la bersedia untuk kedua-dua BIG anda ini ya. Bincanglah dengan penyelaras BIG anda semua.


PERJALANAN


Tirai 2012 dibuka dengan perjalanan mengada-ngada yang saya buat sendiri pada 17 Februari 2012. Naik kereta api dari Kluang, turun di Segamat dan naik bas ke Tangkak tercinta ini. 
Shuttle Singapore - K. Lipis
Dan pada tarikh inilah perjalanan Segamat ke Tangkak yang cuma sejam menjadi 3-4 jam. Semuanya gara-gara menumpang bas ekspres dari Segamat, tertidur saat bas masuk ke stesen bas Tangkak, dan cuma tersedar apabila bas memasuki lebuhraya ke Melaka. Ciss... kurang asam driver ni tak kejutkan. Haha.


SSSD 3.


Sebenarnya, bermula sejak semester satu PISMP, saya sudah set untuk ke satu destinasi menarik bagi setiap semester. Pada semester satu kami sudah ke Festival Layang-layang pasir Gudang. manakala bagi semester kedua pula saya sudah ke Kelantan.

Untuk kali ketiga ini, saya berpeluang ke pelusuk utara tanah air, iaitu Perlis. Menaiki kereta api kelas katil selama 12 jam. Menginap di Arau selama 3 hari 2 malam dan berjalan-jalan di sekitar Perlis. Pengalaman yang sangat menarik bagi saya. 
Kisah penuh perjalanan ke Arau Perlis ini boleh dibaca dalam 2 bahagian.


TREN MALAYAN TIGER


3 Februari 2012
Semester ini juga saya berpeluang menaiki tren Malayan Tiger yang beru mula berkhidmat di Malaysia. Tren ini adalah sumbangan daripada Kerajaan Jepun kepada Malaysia. Walaupun cuma untuk jarak dekat dari Johor Bahru Sentral ke Triang, Pahang, cukuplah itu buat permulaan ini. Sekadar untuk merasa dan melihat sendiri tren yang baru datang dari Jepun ini dalam tempoh perjalanan lebih kurang 5 jam sahaja. InsyaAllah kalau ada masa saya ingin cuba tren ini dari hujung ke hujung, iaitu dari JB Sentral ke Tumpat.
Tren Malayan Tiger di JB Sentral.
Kisah lanjut mengenai tren Malayan Tiger ini dan perjalanan saya itu boleh anda baca di dalam entri ini (klik sini).


LAWATAN KE MUZIUM ANATOMI 


Untuk subjek elektif kami iaitu Anatomi dan Fisiologi ini juga, salah satu tentatif atau programnya ialah lawatan ke Muzium Anatomi. Muzium Anatomi ini terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
UKM KL. =)
Lawatan ni bagi saya sangat menarik sebab tak semua orang berpeluang untuk masuk ke dalam muzium tersebut. Dan dapat jugak lihat organ-organ sebenar yang ada dalam tubuh kita. Cuma dalam keadaan biasa kita tak dapat melihatnya.

Kisah lanjut mengenai perjalanan kami ke Kuala Lumpur dan Muzium Anatomi ini boleh dibaca di dalam entri ini (klik sini).

**********************************

Sepanjang semester 3 ini juga banyak sambutan yang dijalankan di IPG. 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPG KTHO


Sambutan maulidur Rasul IPG KTHO ini telah diadakan pada hari Sabtu, 25 Februari 2012, keesokannya selepas kepulangan kami daripada Lawatan ke Muzium Anatomi.
Bacaan berzanji.
Penceramah jemputan. Orang Tangkak kalau tak silap. =)
Macam biasa, makan dalam dulang.. =)


KEJOHANAN OLAHRAGA DAN TREK (KOT) 2012


Kejohanan ini dahulunya dikenali sebagai Kejohanan Trek dan Padang (KTP). Diadakan pada 28 Februari 2012 sehingga 1 Mac 2012.

Untuk KOT kali ini juga, kami semester 3 telah diminta untuk menyertai perbarisan mengikut unit beruniform masing-masing. Sumpah menderita dan terseksa di tengah panas terik. haha.

Hari pertama dimulakan dengan larian merentas desa.
Pelepasan peserta merentas desa.
Ketibaan peserta.
Salah satu acara yang dipertandingkan.


JAMUAN KELAS SEM 3 2012


Jamuan kelas kali ni diadakan pada hari Rabu, 25 April 2012.
Sepertimana yang kami buat di Pantai Punggur dulu, jamuan kali ni pun ada acara membakar.
Macam tak percaya sebab tak ada perancangan jangka panjang pun. Cuma dengan mesyuarat kecil 2 hari sebelum tu, dan kemudian mula persiapan pada siang hari sebelum jamuan. Tabik spring kat korang semua.
Makan-makan.
=)


PERKAHWINAN AMIRUL DAN NORAISHA


Semester 3 ini diserikan lagi dengan pernikahan seorang daripada ahli RBT1 iaitu Noraisha Binti Jasmil. Majlis pernikahan telah berlangsung pada 5 Mei 2012. Wujudlah seorang 'Puan' dalam kelas kami. =)
Ketibaan rombongan pengantin lelaki.
Suaminya bernama Amirul (nama penuh tak pasti.. maaf ye).. =). Berasal dari Senggarang (kalau tak silap), tak jauh dari rumah pengantin perempuan.

Alhamdulillah saya sempat sampai awal di surau kampung tersebut dan berpeluang menyaksikan akad nikah secara live. Berdebar-debar hati. Pengantin apatah lagi. hehe. Sempat juga saya rakamkan atas permintaan pengantin.
Akad nikah.
Akad nikah selesai dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. =)
Bergambar bersama pengantin baru.
Tahniah buat pasangan Amirul dan Aisha. Semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu. =)



**Tiba-tiba terbayangkan diri sendiri 10 tahun lagi. Bertemu jodoh dengan siapa agaknya nanti ye? Dia kah? Hopefully, insyaAllah... Amin.



MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012


Tirai Semester 3 ditutup dengan sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Tun Hussein Onn. Sambutan ini diadakan pada Jumaat, 25 April 2012 kerana pada 16 Mei terdapat peperiksaan yang berlangsung.

Macam-macam acara diadakan. Ada persembahan sajak dan puisi, nasyid dan ada jugak persembahan kanak-kanak prasekolah ini:
Kanak-kanak prasekolah.
Selain tu ada jugak persembahan nyanyian oleh pensyarah. Antara lagu yang dinyanyikan ialah lagu kegemaran saya. Lagu kumpulan Pelangi - Biarku Menjadi Lilin. Lirik yang menyentuh perasaan.


Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua


Seterusnya diadakan sukaneka untuk pelajar dan pensyarah. Sempat jugak kami mengambil bahagian. Lagipun dah tak ada sesiapa lagi yang tinggal di situ.
Kawasan sukaneka.
Tak puas hati apasal cawan aku kecik sangat.. haha. =p
Akhirnya kami dapat nombor 3. Tapi kalah pun dapat hamper jugak sebenarnya. Saja je suka-suka join. Lagipun kalau aktiviti maktab ni student tak join, sapa lagi kan.

Tamat sudah semester 3. Tamat juga zaman yang memenatkan. Maaf lah kalau ada sesiapa yang kena marah tu. Dan maaf juga kalau ada yang terasa bila saya banding-banding dengan kelas lain. Bukan saya tak suka, cuma ada titik-titik positif pada mereka yang saya nak kita semua ikut. Apa pun semoga semua dapat meneruskan pengajian untuk semester-semester yang akan datang dan sama-sama menamatkan pengajian dengan segulung ijazah.

Apa pun, sem ini membawa banyak titik perubahan buat saya - pastinya dengan dorongan kawan-kawan. Istiqamah, insyaAllah. Semoga dipermudahkan.


**Entri paling cepat siap ditulis, dalam tempoh tak sampai 12 jam. =D



4 comments:

Anonymous said...

tahniah broo....

Ujie Othman said...

Fuh..pnjng amat..yelah, cerita satu semester.

Bakal guru rupanya awak ni..

NARUMI ISOZAKI said...

ni memang qada' blogging ni~ hoho. =p

Hazman Amini said...

@Anonymous:
Terima kasih. =)

@Kak Ujie:
Hehe. Maaf. Dah terbiasa menaip panjang. Sem lepas memang sangat sibuk sampai banyak entri tertangguh. Huhu. InsyaAllah, satu hari nanti. Doakan kami semua menjadi cikgu yang baik. =)

@Narumi Isozaki:
Qada' habis semua. huhu. :D