PBS stands for Pengalaman Berasaskan Sekolah. atau suatu masa dulu dipanggil ROS (Rancangan Orientasi Sekolah)..
Untuk sem 1 PISMP ni, saya buat PBS ni kat Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, Tangkak, Johor. Kalau nak tahu, itulah sekolah lama saya dulu.
SK Sri Tangkak - (Pict from Nazrin) |
Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar usahawan berjaya.
Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggenggam
tanggungjawab yang diamanahkan.
Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!
Sajak : Seorang Guru Tua
Gunawan Mahmood, 1987, Dewan bahasa dan Pustaka (DBP)
Masih ada lagi beberapa orang cikgu saya yang masih mengajar di situ. Antaranya ialah:
Guru Besar, Tn Hj. Ngarisan Bin Hj. Jurimi. Saya ingat lagi beliau pindah masuk sekolah tu masa saya darjah 2.
GPK 1, Pn Masilah. GPK Hem, Pn Hjh Aishah. Masih sama lagi. GPK Koko je dh tukar.
Selain tu, cikgu-cikgu yang masih mengajar ialah:
Cikgu Latifah
CIkgu Azhar
Cikgu Shahrudin
Cikgu Razak
Ustaz Ibrahim
Cikgu Md Nor
Cikgu Tarmizi
Cikgu Rozana
Cikgu Jamaliah - tapi masa saya PBS, beliau bercuti, so x sempat jumpa.. sama2 kita doakan beliau segera sembuh ye.
Bersama Puan Hjh. Aishah |
Berada semula di tempat yang dah lama ditinggalkan memang banyak mengembalikan nostalgia dan kenangan kepada masa lalu. Masa di mana saya masih lagi bergelar seorang murid. Saya ingat lagi dulu saya berlari2 dengan kawan2 di sekitar kawasan sekolah. Saya masih ingat kedudukan kelas saya dari darjah 1 sampai darjah 6.
Sekarang, sedar tak sedar, semua tu dah lebih 8 tahun berlalu. Sekejap je masa berlalu kan?. Kadang-kadang terasa macam baru sebulan saya tinggalkan sekolah tu sebagai seorang murid, dan minggu lepas saya dah kembali semula sebagai seorang yang dipanggil cikgu oleh anak-anak murid.
Tak banyak benda yang berubah. Kolam ikan tepi blok B masih ada. Sangkar burung dekat kolam ikan tu masih ada (dulu kawasan ni kitorang panggil Taman Sains).. mural kat tepi blok B ni pun masih ada.. saya ingat lagi dulu kitorang tolong cikgu-cikgu mengecat mural tu. Blok kayu bekas markas Jepun (blok A) masih ada. Kelas saya masa darjah 1 dan 2 kat atas blok kayu tu lah. Apa pun, ada jugak perkara yang berubah. Yang paling ketara ialah dah ada blok baru 3 tingkat. Dulu kat tapak blok ni ada sebuah rumah guru yang dah lama, ada tandas, ada tapak perkhemahan. Sekarang semua tu dah takde. Blok ni pun dah santak sampai tepi pagar.
santak = sila rujuk kamus (x tau mcm mana nak terangkan).
Ni blok kayu lama. |
Ni blok baru 3 tingkat. |
PBS kami bermula pada hari Isnin, 21 Mac 2011 dan tamat pada 25 Mac 2011. Seminggu je, sumpah tak puas. Dengan cikgu-cikgu yang best dan banyak membantu, ditambah dengan murid-murid yang best dan ceria, memang rasa nak extend je. Daripada cerita kawan-kawan pasal PBS diorang, serius saya rasa ada sesuatu yang istimewa kat sekolah ni yang lain daripada sekolah-sekolah lain.
Saat berdiri di depan tapak perhimpunan pada hari pertama PBS, memang terkenang masa dulu.. masa di mana saya adalah salah seorang daripada murid-murid yang beratur mengikut kelas masing-masing di perhimpunan hari Isnin. Tapi hari itu berbeza sebab saya adalah salah seorang daripada cikgu-cikgu yang duduk kat depan.. aish. *teruja kejap*.. =p.
Perhimpunan Mingguan |
Ni Guru Besar, Tn Hj. Ngarisan. |
Hari first lagi, saya dah tengok + rasa macam mana kalau kita tak dapat handle kelas. Ish2.. susah kut nak handle budak darjah 1. Sampai kitorang masuk satu kelas 4 orang skali. haha.
Kelas 1 Arif |
*gambar masa saya relief xde sebab sy slalu masuk kelas sorang2.. ish.. (-.- !)
Lepas daripada tu, saya ikut seorang kawan dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi, Nazrin masuk ke kelas dia. Saya tengok aktiviti-aktiviti yang dia buat untuk menarik pelajar. Dari situ baru la saya start berani nak masuk kelas, baru la ada aktiviti yang nak dilakukan dengan murid2.
Ni la cikgu Nazrin.. =) |
Sorry.. malas nak buat spesifik ikut hari.. overall, PBS memang best. Cikgu-cikgu memang best. Cikgu-cikgu kat situ semua baik hati. Walaupun kami ni baru lagi, tak seperti cikgu-cikgu yang dah berpengalaman, tapi kami dilayan dengan baik. Cikgu-cikgu kat situ jugak banyak membantu walaupun kadang-kadang mereka tengah sibuk dengan kerja. Dan kitorang jugak diberi kepercayaan untuk masuk kelas sendiri untuk cari pengalaman. Best. tak tahu macam mana nk puji lagi.. haha.. =)
Most of the time, masa saya banyak dihabiskan kat darjah 6 je. Pertama, sebab saya memang kebanyakan dapat relief darjah 6. Kedua sebab darjah 6 paling dekat dengan bilik guru. So kelas2 tu je lah yang saya jenguk. haha.
Student kat situ pun best. Lagipun darjah 6 tak lah susah sangat nak handle.
Ok..ok.. dah puas melalut ntah apa2.. kita tengok gamba pulak.. =)
Taklimat PBS bersama Guru Besar. |
Kantin sekolah. |
Melawat kelas Cikgu Latifah |
Ni la komputer yang kawal masa tu. |
Dalam makmal komputer baru. |
Sesekali, cikgu-cikgu kat sini akan sama-sama bawak makanan dan letak kat bilik guru untuk makan ramai-ramai. Amalan ni sedikit sebanyak membantu mengeratkan silaturrahim antara guru-guru. =)
Program bacaan Surah Yaasin untuk murid Tahun 6. |
Durian!! =) |
Bersama Ustaz Ibrahim. Ni cikgu saya masa sekolah dulu. |
Bengkel KH yang lebih selesa. |
Masa saya godeh2 bilik Kemahiran Hidup, terjumpalah benda ini:
Ni projek kayu kelas saya masa darjah 5. Masa tu tahun 2002 (9 tahun lepas). Masih tersimpan rapi lagi kat dalam kabinet. Kebanyakan projek kawan sekelas saya masih ada kecuali mereka yang dah ambik awal-awal dulu.
Kelas 6 Arif |
Kelas 6 Cerdik |
Photographer : Cikgu Sheliza |
Dari kiri :
Nazrin, Faiz, Syamsuri, saya dan Hamzi.
Duduk : Wani, Izati, Nadiah, Hazirah.
Thanks semua.. korang semua memang best. =)
Pengalaman ini suatu hari nanti akan menjadi kenangan. Serius x puas buat PBS seminggu. Huhu.. dan di sini nak ucapkan terima kasih banyak2 buat warga SK Sri Tangkak yg sangat banyak membantu, khususnya...
1: Guru Besar, Tn Hj. Ngarisan bin Hj. Jurimi
2: GPK HEM : Puan Hjh Aishah bte Jaafer
3: Cikgu Raub bin Harron
4: Mentor PBS, Cikgu Norhanita bte Mohamad dan Cikgu Shahruddin bin Jamal.
5: Cikgu-cikgu SK Sri Tangkak yang banyak membantu:
- Cikgu Latifah
- Cikgu Zarina
- Cikgu Suzira
- Ustaz Ibrahim
- Cikgu Sheliza
- Cikgu Azhar
- Cikgu Razak
dan cikgu-cikgu lain yang banyak membantu..
p/s : credit to Nazrin n Faiz sebab saya pakai gamba kamera diorang dalam entri ni.. huhu.. =)
1 comment:
salam....
hoye....seronok membaca blog ni especially bab makan2 kat bilik guru...kuikui...
anyway, good luck! ;-)
Post a Comment