Nama Nitar dikatakan merupakan nama anak perempuan orang asli di
kawasan tersebut yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui. Bersempena
nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar. Gugusan FELDA Nitar terdiri
daripada 3 kawasan iaitu Nitar 1, Nitar 2 dan Nitar Timur.
FELDA Nitar 2.
Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan
kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor. FELDA ini terletak
kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai
lebih 3200 orang.
Pengalaman menyertai program anak angkat di sana baru-baru ini
sangat bermakna pada saya. Apatah lagi bertindak sebagai pengerusi program ini,
terlalu banyak pengalaman yang ditimba.
"Sekali
sekala, cubalah jadi lokomotif di depan supaya kita tahu macam mana beratnya
mereka memimpin gerabak di belakang mereka selama ini."
Betul. Bila kita duduk di atas, baru kita tahu betapa beratnya
untuk menguruskan segalanya. Baru rasa bebannya untuk memimpin orang di bawah
sebagaimana beratnya sebuah lokomotif (kepala kereta api) menarik
gerabak-gerabaknya yang beratnya lebih kurang 40 tan setiap satu itu. Ditarik
terlalu kuat, penyambungnya akan patah atau pecah. Ditarik terlalu lembut pula
sukar untuk bergerak. Begitu juga memimpin orang. Terlalu keras, nanti akan
mendinginkan hubungan dan timbul suasana tak selesa. Kalau terlalu lembut, lain
pula jadinya.
Buat pertama kalinya menjadi orang penting dalam program sebesar
ini, malahan melibatkan masyarakat luar institut,, Terasa benar beban tugas
yang diamanahkan. Alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan ahli-ahli jawatankuasa
yang sangat banyak membantu dan turut sama bertungkus lumus membuat pelbagai
persiapan sebelum dan semasa program berlangsung. Kadang-kadang terasa
macam diri ini tak buat apa-apa dan mereka saja yang banyak membuat persediaan.
Alhamdulillah, syukur juga kerana ditakdirkan bersama dengan
penduduk FELDA ini yang terlalu banyak membantu dan menyediakan segalanya.
Entah berapa banyak kos yang mereka keluarkan untuk menyambut kami, mungkin
mencecah ribuan ringgit. Setiap kali tamat sesuatu acara, pasti ada sesi
minuman ringan dan kuih muih yang disediakan. Itu belum dikira lagi jamuan
majlis penutup dan 2 ekor kambing golek masa majlis penutup itu. Terima kasih
banyak-banyak diucapkan. Tak terbalas rasanya jasa mereka ini.
Kehadiran kami ke sini sebenarnya adalah cadangan daripada salah
seorang staf di IPG kami sendiri. Apa pun, kami tak silap untuk ke sini.
Kawasan tanah rancangan ini sangat berbeza daripada kawasan FELDA yang lain. Dengan
pokok bayam merah sebagai identiti kawasan ini, tumbuhan tersebut ditanam di
sepanjang jalan dalam kawasan tanah rancangan ini. Lalulah mana-mana jalan
sekalipun, pasti di kiri kanannya tersusun pokok bayam merah ini. Landskap
kawasan FELDA ini juga sangat cantik dan kemas. Tak hairanlah FELDA Nitar 2 ini
boleh menjadi juara dalam Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) 2012. Tahniah
diucapkan buat seluruh warga FELDA Nitar 2.
Pokok bayam merah. |
Sepanjang di sana, saya tinggal bersama ayah dan ibu angkat dengan
rakan saya, Hasiff. Ayah angkat kami ialah Ustaz Mohd Kamal bin Noryani dan ibu
angkat bernama Turimah binti Kasmin. Mereka sangat baik hati dan peramah.
Sampaikan bila program tamat, rasa macam taknak balik Batu Pahat lagi dan nak
terus tinggal di sini. Ibu angkat kami sangat rajin. Tiap-tiap kali kami balik
ke rumah, ada saja minuman dan kuih-kuih yang disediakannya. Terima kasih ibu.
=)
Berikut serba sedikit mengenai catatan aktiviti kami di sana.
Jumaat – 21 September 2012
Kami berkumpul di perkarangan tempat letak bas institut pada jam
7.30 pagi. Selesai semuanya, kami bertolak pada kira-kira jam 8 pagi.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam melalui Bandar Kluang.
Sempat jugak tengok sebiji tren melintas.
Kira-kira jam 11.20 pagi, kami menjejakkan kaki di FELDA Nitar 2,
Mersing, Johor. Pertama kali bagi saya untuk ke sini. Kebiasaannya, saya cuma
lalu jalan di depan sahaja untuk ke Mersing. Agak kelam kabut juga kerana tidak
ada pensyarah yang ikut sama pada pagi itu.
Sebaik tiba, kami menurunkan barang di Dewan Terbuka Nitar 2.
Besar dewannya, lebih kurang sama besar dengan dewan bangunan gimnasium kami di
institut. Bezanya, dewan ini ialah dewan terbuka dan ada pentas. Bas terus
bergerak kembali ke Batu Pahat.
Dewan Terbuka Nitar 2. |
Seketika kemudian, hujan turun mencurah-curah membasahi bumi
Nitar. Tinggallah kami di dewan itu. Pertama kali tiba di sini, tak seorang pun
tahu di mana masjid. Kalau tak hujan, nak juga kami berjalan kaki mencari.
Akhirnya kami sekadar buat solat Zohor di surau bersebelahan dewan tersebut.
Jam 2.00 petang, penduduk mula datang ke situ. Mengikut jadual,
aturcara pertama ialah ceramah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ceramah ini dan majlis perasmian diadakan
di dewan tertutup, bersebelahan dengan dewan terbuka Nitar 2 ini.
Jam 2.30 petang, wakil daripada KPDNKK tiba. Ceramah pun berjalan
seperti dijadualkan. Banyak juga input-input yang diberikan kepada kami dan
penduduk FELDA.
Jam 3.30, hujan sudah reda. Kami mulakan majlis perasmian dan
penyerahan anak angkat. Kami diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Selain
itu ada juga penyerahan barang sumbangan untuk keluarga angkat masing-masing. Saya
dapat duduk serumah dengan Hasiff di rumah ayah angkat kami, Ustaz Kamal. Ibu
angkat kami pun ikut sama semasa majlis penyerahan tersebut. Penduduk FELDA
turut menyediakan minuman ringan dan kuih muih selepas majlis.
Kira-kira jam 5.30 petang, kami pun meninggalkan dewan dengan ayah
dan ibu angkat kami. Pertama sekali, mereka bawa kami ke gerai di tepi jalan
utama FELDA Nitar.
Kira-kira jam 6 petang, kami menjejakkan kaki buat pertama kalinya
di rumah keluarga angkat kami. Rumahnya agak luas dan cantik. Kami diberikan
satu bilik untuk kami tidur. Sangat selesa.
Disebabkan petang tersebut ada kes paip pecah, bekalan air
terputus. Kedudukan rumah kami pula agak tinggi di atas bukit menyebabkan air
lambat sampai ke situ. Jadi ayah angkat kami bawa kami menumpang mandi di
masjid Nitar 2. Alang-alang dah mandi, solat Maghrib dan Isyak di masjid sekali
secara jamak dan qasar.
Kira-kira jam 8.30 malam, kami sudah kembali ke dewan untuk
aktiviti seterusnya. Aktiviti dijadualkan bermula jam 9 malam. Tapi biasalah,
nama pun pengerusi, kena datang awal kan (grrrr…).
Jam 9 malam. Aktiviti malam ini ialah ceramah motivasi untuk
pelajar-pelajar FELDA Nitar. Ceramah diadakan di dewan tertutup. Penceramah
ialah pensyarah IP kami sendiri iaitu Encik Roslan bin Md Aroff. Alhamdulillah
sebab kami agak mudah untuk berurusan dengan beliau. Bila fikir balik, terasa
bersalah pada beliau sebab tukar tajuk di saat akhir, memang betul-betul akhir,
akibat salah komunikasi. Disebabkan UPSR dah lepas, ceramah ini ditujukan buat
anak-anak FELDA yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM. Ramai juga yang hadir
termasuklah ibu bapa.
Penyampaian cenderamata untuk Encik Roslan. |
Sabtu – 22 September 2012
Keesokannya, kami bangun pada kira-kira jam 6.30 pagi. Selesai
solat Subuh dan bersiap-siap, kami duduk menikmati sarapan dengan ayah dan ibu
angkat kami.
Jam 7.45 pagi, kami bergerak ke dewan semula. Kali ini ayah angkat
kami berikan satu motosikal untuk kami gunakan. Alhamdulillah. Tak perlu
susahkan ayah nak hantar dan ambil kami dari tempat aktiviti setiap kali.
Tambahan pula tugas saya menyebabkan masa balik kami tak menentu, nanti
tertunggu-tunggu pula dia.
Aktiviti kami pagi ini ialah gotong royong. Kami ditugaskan untuk
membantu menanam bayam merah di tepi-tepi jalan sepanjang kira-kira 1
kilometer. Dekat je jaraknya. Tambahan pula bilangan kami yang ramai, kira-kira
40 orang menyebabkan tak terasa penatnya membuat kerja ini. Penduduk FELDA juga
tak ketinggalan membantu.
Pelajar sedang bergotong-royong. |
Semuanya rajin-rajin. |
Antara penduduk yang turut sama. |
Menanam pokok di sepanjang jalan. |
Sambil-sambil menanam pokok, sempat juga saya dan Azizi ikut
abang pemandu pikap tu pusing-pusing sekitar FELDA untuk ambil benih bayam
merah. Seronok duduk di belakang pikap sambil snap gambar-gambar.
Seronok naik pikap. Haha. |
Selesai bergotong royong, kami dijamu lagi dengan kuih ketayap dan
kuih karipap bantal inti sardin yang ibu Siti sediakan. Seronok bergotong
royong, macam-macam kerenah yang ada termasuk juga peristiwa tercangkul paip,
kelam kabut dibuatnya.
Paling menarik apabila kami dibawa bersiar-siar sekitar FELDA
Nitar 2 dengan menaiki pikap FELDA. Duduk beramai-ramai di belakang pikap
terbuka sambil menikmati pemandangan FELDA. Sangat seronok sampaikan terasa
macam nak pusing banyak kali. Disebabkan hampir semua peserta nak merasa naik
pikap, abang tu sampai buat 2 trip untuk jalan-jalan sahaja.
Pemandangan FELDA Nitar 2 ni memang sangat cantik. Seperti yang
dikatakan tadi, pokok bayam merah ialah identiti kawasan tanah rancangan ini.
Pokok ini ditanam di sepanjang-panjang jalan. Selain tu, landskap kawasan FELDA
ni sangat cantik. Bukan setakat landskap di tepi jalan, malah penduduk turut
menghias halaman rumah masing-masing dengan landskap yang cantik. Kalau tengok,
dah macam rumah-rumah di bandar rupanya.
Kira-kira jam 12 tengah hari, kami kembali ke rumah keluarga
angkat masing-masing. Hari ini ibu angkat kami memasak lauk tengah hari yang
special. Ikan masak tiga rasa, kuah paprik bersotong dan ayam goreng. Lauknya
siap dengan hiasan lagi. Terlalu istimewa layanan yang diberikan.
Jam 1.30 tengah hari. Selesai menunaikan solat Zohor+Asar, ayah
dan ibu angkat kami bawa kami bersiar-siar ke Bandar Mersing, kira-kira 30
minit perjalanan. Asalnya ibu angkat kami nak membeli barang. Selepas itu,
mereka bawa kami bersiar-siar di sekitar Mersing.
Singgah di gerai Perusahaan
keropok di Mersing Kanan. Kemudian, mereka bawa kami meninjau Kem Sekakap yang
akan kami pergi sebaik sahaja balik dari Nitar ini. Dapatlah sedikit gambaran
kem yang akan kami kunjungi nanti.
Sungai Mersing. |
Snapshot wajib kalau pergi Mersing. =D |
Jam 3 petang, kami sudah kembali ke Nitar 2. Sesampainya kami di
rumah, kami terpaksa terus keluar menuju ke dewan semula. Aktiviti petang ialah
sukaneka bersama penduduk. Sepatutnya bermula jam 3, tapi penduduk ada majlis
lain. Jadi kami tangguhkan ke pukul 4.30 petang. Kebetulan ada team PA system
di situ sedang menguji kelengkapan mereka untuk aktiviti malam nanti. Mereka juga banyak membantu kami yang kurang berpengalaman mengendalikan majlis seumpama ini.
Jam 4.45 petang, penduduk dah mula ramai. Budak-budak pun ada.
Penduduk FELDA ini sangat baik hati dan menyokong program kami. Ramai juga
ibu-ibu yang baru balik dari majlis, tak sempat tukar baju. Terus ke mari
dengan baju kurungnya. Suasana jadi meriah dengan sorakan-sorakan. Bukan
setakat penduduk dan ibu-ibu, malah team PA system juga tak terkecuali
menyertai sukaneka.
Macam-macam acara kami adakan. Cari gula-gula dalam tepung, music
chair, lari kaki tiga, masukkan air dalam botol, dan yang paling menarik, bola
batik. Penyertaan penduduk sangat menggalakkan. Program tamat pada kira-kira
jam 6.30 petang. Hadiah disampaikan oleh Cik Ayu, kaunselor kami merangkap pensyarah
yang sering bersama kami dalam setiap acara.
Penyampaian hadiah. |
Selesai solat, kami duduk menikmati makan malam bersama ayah dan
ibu angkat.
Kira-kira jam 8.15 malam, kami sudah bergerak kembali ke dewan.
Banyak perkara yang perlu dipersiapkan, terutamanya berkaitan persembahan yang
akan diadakan pada malamnya.
Jam 9 malam, penduduk sudah mula memenuhi ruang dewan terbuka.
Kami para pelajar menyediakan 3 persembahan, iaitu lakonan, tarian dan
persembahan 10 budak hitam (mana datang entah idea tu). Selain itu, ada jugak
cabutan bertuah untuk mereka yang hadir. Kami sediakan lebih 20 hamper untuk cabutan
bertuah ini. Selesai persembahan, ada pula sesi karaoke. Set PA system pun
disewa oleh pengurusan FELDA, khas untuk kami. Terima kasih banyak-banyak
diucapkan.
Persembahan tarian. |
Tarian lagi. |
Persembahan lakonan pelajar lelaki. |
Persembahan kami. |
Sebak rasa bila nyanyi lagu ni. Untuk pengetahuan, lagu ni ialah lagu kenangan dengan seseorang
yang dah pergi buat selamanya. Bila dengar lagu ni, teringat balik
kenangan-kenangan lama. Sadis betul. Al-Fatihah.
Selain saya, kawan-kawan lain pun ada jugak yang turut nyanyi. Pelajar
kelas BC3, walaupun tak berkaraoke, tapi mereka turut serta naik ke pentas
bersama mereka yang menyanyi. Ada yang buat gaya kipas, ada yang hantar bunga.
Pendek kata, seronok bersama mereka ni. Entah kenapa, penduduk FELDA ni tak
ramai yang menyanyi sekali, cuma 2 orang. Mungkin mereka dah biasa berkaraoke,
jadi kali ini mereka nak dengar kami pula yang buat persembahan. Haha.
Pelajar BC pun turut sama sertai persembahan. =) |
Persembahan wakil penduduk. |
Penyampaian cabutan bertuah. |
Majlis selesai kira-kira jam 11.50 malam. Tapi banyak persediaan
yang perlu dibuat untuk majlis penutup keesokannya. Lewat kami balik malam itu,
kira-kira jam 12.50 pagi. Semua orang dah tidur bila kami sampai di rumah.
Ahad – 23 September 2012
Hari terakhir kami di Nitar 2. Seawal jam 8.00 pagi kami sudah
bergerak ke rumah keluarga angkat Cik Ayu untuk mengambil laptop sebelum ke
dewan, sebab laptop saya takda software untuk buat video.
Jam 9 pagi, kami menjalankan sesi refleksi untuk program BIG ini.
Turut bersama kami ialah wartawan daripada Berita Harian cawangan Mersing,
Encik Mohd Sah.
Persiapan untuk majlis penutup. Pertama kali bagi saya memasang PA
system sendiri. Nasib baiklah ada seorang rakan yang turut sama membantu. Tapi
disebabkan saya tak ada pengalaman, akhirnya terpaksa juga meminta bantuan
penduduk sekali lagi.
Hari ini juga jadi saksi satu peristiwa yang takkan dilupakan di
sini. Tiub motor bocor, mungkin kerana naik berdua dan terlalu terbeban.
Kemudian, Hasiff pergi ke kedai untuk tukar tiub baru. Kami memang tak beritahu
ayah angkat kami sebab taknak dia risau. Niat kami nak beritahu selepas baiki.
Tapi kebetulan anak ayah angkat kami datang ke kedai tu untuk beli topup.
Kantoi jugak akhirnya.
Jam 10.30 pagi, kawasan dewan dah mula sibuk. Lori kambing golek
dah sampai dan mula setup barang mereka. Sepatutnya ketika tu kami dah balik
rumah dan kemas apa yang patut. Tapi terpaksa la tunggu dan buat semuanya
sampai siap. Sekurang-kurangnya, mereka yang datang awal masa majlis nanti
boleh terus mulakan.
Jam 11 pagi kami balik ke rumah. Bersiap-siap mengemas apa yang
patut. Sayu pulak nak tinggalkan keluarga angkat di sini.
Setibanya di dewan, kebetulan pengacara majlis baru mengumumkan
ucapan Pengerusi. Berlari-lari saya dari belakang dewan, terus ambil teks dan
pergi depan. Cuak. Pertama kali bagi saya berucap di depan orang ramai. Nasib
baik tak pengsan. Haha.
Majlis penyerahan semula anak angkat. Sayu suasana ketika ini. Pada
masa ni, setiap ayah angkat dipanggil dan anak angkat akan ikut ke depan untuk
menyampaikan cenderamata untuk keluarga angkat mereka. Saya sengaja letak lagu
yang sayu-sayu sikit. Niatnya saja nak buat suasana sayu sikit. Akhirnya diri
sendiri terkena bila tiba giliran kami ke depan.
*Suasana terlalu sayu sampaikan photographer tak sempat snap banyak gambar.
*Suasana terlalu sayu sampaikan photographer tak sempat snap banyak gambar.
Penyampaian cenderamata untuk IPG. |
Seterusnya, semua hadirin menjamu selera dengan hidangan yang
disediakan oleh penduduk FELDA. Ada 2 ekor kambing golek yang mereka tempah khas
untuk majlis kami. Entah berapa banyak perbelanjaan mereka. Terima kasih
banyak-banyak diucapkan.
Tamat majlis. Semua pelajar membantu penduduk mengemas semula
dewan yang telah kami gunakan. Kemudian, pelajar muslim menunaikan solat di
bilik yang disediakan.
Jam 2.30 petang. Tiba saat untuk berangkat balik. Kami membuat
satu barisan panjang dan bersalaman antara penduduk dengan pelajar. Betul-betul
sayu, lagi-lagi bila ramai yang mula menangis sebab tak mahu berpisah.
Berbaris untuk bersalam dengan anak angkat. |
Semua sedih nak balik. |
Bersalam-salaman dengan penduduk. |
Jam 3 petang. Bas bergerak meninggalkan FELDA Nitar 2.
Tamatlah program kami kali ini. Tinggallah kenangan-kenangan kami
di sana. Kenangan keluarga angkat, kenangan tiub bocor, kenangan bayam merah,
harapnya tumbuh subur lah pokok bayam merah yang kami tanam itu nanti supaya
boleh menjadi tanda kenangan kehadiran kami ke sini.
Betullah. Penduduk di sini sangat mesra. Walaupun Cuma 3 hari di
sini bersama keluarga angkat, masing-masing sudah anggap kami seperti keluarga
sendiri. Makan sentiasa cukup, tempat tidur selesa, malah baju pun dibasuhkan.
Tak hairanlah saat berpisah sangat menyedihkan mereka sampaikan ada yang mengalirkan
air mata, termasuklah penulis ni. Entah. Sejak akhir-akhir ni jiwa memang agak
mudah tersentuh, ada gangguan emosi agaknya. Yeah. I admit that.
Sekali sekala terfikir kata-kata ayah angkat sewaktu kami ke
Mersing pada hari kedua. Sepatutnya kami perlu tambah satu hari dan berikan
hari itu sepenuhnya untuk bersama keluarga angkat masing-masing. Tapi apa boleh
buat. Kekangan masa dan komitmen terhadap benda lain menjadi penghalang untuk
memanjangkan masa program. InsyaAllah, lain kali kami datang lagi menjenguk
semua di sini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa program Bina Insan Guru Fasa 4,
jawatankuasa induk, jawatankuasa Fasa, ahli-ahli jawatankuasa, pensyarah-pensyarah
terlibat, terutamanya Cik Ayu yang sentiasa bersama kami dan membantu dalam
banyak perkara, peserta-peserta BIG Fasa 4 dan mereka yang turut terlibat
secara langsung mahupun tak langsung dalam pelaksanaan program BIG ini.
Juga, jutaan terima kasih buat seluruh warga FELDA Nitar 2,
Mersing, Johor kerana telah sudi menerima kehadiran kami ke sana. Sambutan yang
kami terima sangat tidak terduga dan sangat istimewa buat kami. Segala jasa yang
telah diberikan tak mampu untuk kami
balas dengan kata-kata dan wang ringgit. Segala kekurangan daripada pihak kami harap
dapat dimaafkan.
Bunga melur di hujung dahan,
Bunga kemboja putih berseri,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas kerjasama yang telah diberi.
Semoga hubungan baik yang telah terjalin antara peserta dan juga dengan ibu bapa angkat kita di sana berterusan sampai bila-bila dan tidak setakat tamat di sini. InsyaAllah, ada masa nanti, kami akan ke sana lagi.
FELDA Nitar 2 dalam kenangan. Terima kasih semua. =)
Bunga kemboja putih berseri,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas kerjasama yang telah diberi.
Semoga hubungan baik yang telah terjalin antara peserta dan juga dengan ibu bapa angkat kita di sana berterusan sampai bila-bila dan tidak setakat tamat di sini. InsyaAllah, ada masa nanti, kami akan ke sana lagi.
FELDA Nitar 2 dalam kenangan. Terima kasih semua. =)
3 comments:
salam ziarah...
Banyaknye aktiviti hehe..
Terima kasih sebab sudi baca.. hehe.. orang Nitar ye? :)
agak2 nak pinjam utk refleksi BIG boleh x..hehe
Post a Comment