Pada saya, perjalanan 3 hari 2 malam ke selatan tanah air baru-baru ni sangat bermakna. Entah.. bila fikir balik, dah 20 tahun hidup kat Johor, tapi banyak jugak tempat menarik dalam Johor ni yang saya belum sampai lagi.
- Pusat Pelancongan Pantai Senibong
- Tanjung Balau, Kota Tinggi
- Batu Layar, Kota Tinggi
*Maaf.. takde idea nak tulis intro panjang-panjang..
SABTU - 17 Disember 2011
Kami bertolak dari Tangkak lebih kurang jam 4 petang. Hujan lebat sepanjang jalan, dan kenderaan yang banyak kat lebuhraya tidak membolehkan untuk memandu laju.
Kitorang tiba kat Plaza Tol Skudai lebih kurang pukul 6.30 petang. Dari situ, terus je ke Larkin sebab nak ambik akak dan terus tunggu pakcik saya dari Pasir Gudang kat situ.
Lebih kurang jam 8.20 malam, pakcik saya tu sampai. Tunggu dia solat sekejap sebelum kami meneruskan perjalanan lagi.
Dari Larkin, pakcik saya tu (saya panggil Pandak) bawa kami pusing-pusing sekitar bandaraya Johor Bahru. Banyak dah perubahan semenjak saya tamat sekolah kat Johor Bahru dulu. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami, Pantai Senibong.
Pusat Pelancongan Pantai Senibong
Pantai Senibong ini terletak kat Permas Jaya (kalau salah tolong betulkan). Saya pun baru pertama kali sampai kat sini.
Pantai Senibong ni bukanlah tempat untuk bermandi-manda ye. Pantai Senibong ni terkenal dengan restoran makanan laut yang banyak beroperasi kat sini. Memang banyak. Dan yang pasti, makanan laut kat sini semua segar-segar belaka. Rujuk Entri INI (klik sini).
Kalau datang hujung minggu (macam kami ni), kawasan ni memang dipenuhi pengunjung. Parking memang penuh tapi jangan risau, ada penduduk yang akan tolong anda dapatkan parking.
Kawasan tempat makan |
Peniaga mempamerkan makanan laut yang segar. |
AHAD - 18 Disember 2011
Hari ni cuaca cerah. Jadi perancangannya ialah untuk ke pantai Tanjung Balau dekat Desaru. Pagi-pagi lagi masing-masing dah bersiap-siap.
Buat pertama kalinya saya melalui Lebuhraya Senai-Desaru yang baru dibuka pada Jun 2011.
Ni kad transit Lebuhraya Senai-Desaru. |
Jambatan Sungai Johor |
Penamat lebuhraya ni betul-betul kat simpang Tanjung Balau.
Peta |
At the end of the expressway. |
Bendera merah dah dinaikkan. |
Tak selamat untuk mandi. |
Sama je keadaannya. Cuma kat Batu Layar ni pasirnya cantik sikit.
Kat Batu Layar ni ada wakaf untuk sewa. Sewa wakaf RM10. Parking kereta RM2, van RM3. Kat sini jugak ada bilik mandi RM1.
Lebih kurang jam 3 petang, kami bergerak meninggalkan pantai. Sempat jugak pusing-pusing kat Teluk Ramunia sebelum balik ke Pasir Gudang.
Udang besar kat Sungai Rengit. |
ISNIN - 19 Disember 2011
Hari ketiga barulah kembali kepada tujuan asal kami ke Johor Bahru ni, sebab nak hantar sepupu pergi belajar kat sana. Nama tempatnya tak ingat sebab panjang sangat. Tapi dekat je dengan Pandan City.
Pandan City. |
Tamat. =)
3 comments:
akak ni kampung kat johor, tapi tmpt2 ni sume blm sampai..dah lama tak duduk johor.
niat di hati satu hari nanti nak jelajah johor gak.
man, terbaek r desaru neyh...lama btol aq xmenyinggah situ....igt kenangan 2thn lps, gi ngan classmate...time musim panas, memang best, perghh..time tue jernah giler air...nak plk byk obor2 kecik warna putih kekuningan.....memang syok main kejar2 ngn obor2...dh mcm spongebob rupenye....kat "jellyfish garden"
ape kate kita g desaru nanti man...lama xpergi
Post a Comment