Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, December 26, 2011

Exploring Johor : Senibong-PG-Desaru.

Maaf. Entri tertangguh lama. Bila nak taip, ada je halangan. So ari ni baru siap. Ish3..

Pada saya, perjalanan 3 hari 2 malam ke selatan tanah air baru-baru ni sangat bermakna. Entah.. bila fikir balik, dah 20 tahun hidup kat Johor, tapi banyak jugak tempat menarik dalam Johor ni yang saya belum sampai lagi.


  • Pusat Pelancongan Pantai Senibong
  • Tanjung Balau, Kota Tinggi
  • Batu Layar, Kota Tinggi

*Maaf.. takde idea nak tulis intro panjang-panjang.. 

SABTU - 17 Disember 2011

Kami bertolak dari Tangkak lebih kurang jam 4 petang. Hujan lebat sepanjang jalan, dan kenderaan yang banyak kat lebuhraya tidak membolehkan untuk memandu laju. 
Hentian Machap
Kitorang tiba kat Plaza Tol Skudai lebih kurang pukul 6.30 petang. Dari situ, terus je ke Larkin sebab nak ambik akak dan terus tunggu pakcik saya dari Pasir Gudang kat situ.

Lebih kurang jam 8.20 malam, pakcik saya tu sampai. Tunggu dia solat sekejap sebelum kami meneruskan perjalanan lagi.

Dari Larkin, pakcik saya tu (saya panggil Pandak) bawa kami pusing-pusing sekitar bandaraya Johor Bahru. Banyak dah perubahan semenjak saya tamat sekolah kat Johor Bahru dulu. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami, Pantai Senibong.

Pusat Pelancongan Pantai Senibong

Pantai Senibong ini terletak kat Permas Jaya (kalau salah tolong betulkan). Saya pun baru pertama kali sampai kat sini.
Pantai Senibong ni bukanlah tempat untuk bermandi-manda ye. Pantai Senibong ni terkenal dengan restoran makanan laut yang banyak beroperasi kat sini. Memang banyak. Dan yang pasti, makanan laut kat sini semua segar-segar belaka. Rujuk Entri INI (klik sini).

Kalau datang hujung minggu (macam kami ni), kawasan ni memang dipenuhi pengunjung. Parking memang penuh tapi jangan risau, ada penduduk yang akan tolong anda dapatkan parking.
Kawasan tempat makan


Peniaga mempamerkan makanan laut yang segar.
Malam tu kami bermalam kat rumah pakcik saya kat Pasir Gudang.


AHAD - 18 Disember 2011

Hari ni cuaca cerah. Jadi perancangannya ialah untuk ke pantai Tanjung Balau dekat Desaru. Pagi-pagi lagi masing-masing dah bersiap-siap.

Buat pertama kalinya saya melalui Lebuhraya Senai-Desaru yang baru dibuka pada Jun 2011.
Ni kad transit Lebuhraya Senai-Desaru.
Lebuhraya ni menghubungkan Senai, Pasir Gudang dan Desaru sepanjang 77 kilometer (termasuk branch lane dari Cahaya Baru ke Pasir Gudang). Daripada 77 km tu, 50 km dari Senai ke Pasir Gudang ialah laluan 4 lorong 2 hala (dual-carriageway) manakala bakinya dari Cahaya Baru ke Penawar ialah laluan 2 lorong 2 hala (single-carriageway). Kira-kira 5 km dari Cahaya Baru menghala ke Penawar, lebuhraya ini melintasi Sungai Johor melalui Jambatan Sungai Johor, iaitu jambatan cable-stay terpanjang di Malaysia (ukur mengikut main span). (laman utama Lebuhraya Senai-Desaru, klik SINI)


Jambatan Sungai Johor
Masa lebuhraya ni siap, ramai ahli politik pembangkang yang pertikaikan kenapa dibina 2 lorong 2 hala dan katanya mereka tak pernah jumpa lebuhraya macam tu. Hey..hey.. baca la sejarah. Lebuhraya Karak masa awal pembukaannya dulu juga adalah lebuhraya 2 lorong 2 hala dan dikenakan tol, sama macam lebuhraya Senai-Desaru ni. Bagi Lebuhraya Senai-Desaru ni, mungkin mereka tak expect kenderaan yang banyak kut. Sebab tu diorang buat dua lorong je. Tapi memang lengang pun highway ni.
Penamat lebuhraya ni betul-betul kat simpang Tanjung Balau.
Peta
At the end of the expressway.
Lebih kurang jam 10 pagi, kami sampai kat Tanjung Balau. Tapi seperti dijangka, bendera merah dah dinaikkan tanda tak dibenarkan mandi. Ombak memang besar. Memang sangat bahaya untuk mandi-manda. Then ada pengawal pantai tu bagitau kat pakcik saya, ada orang meninggal sebab lemas masa hari sebelumnya.
Bendera merah dah dinaikkan.
Tak selamat untuk mandi.
Dari Tanjung Balau, kami ke pantai Batu Layar pulak.
Sama je keadaannya. Cuma kat Batu Layar ni pasirnya cantik sikit.
Kat Batu Layar ni ada wakaf untuk sewa. Sewa wakaf RM10. Parking kereta RM2, van RM3. Kat sini jugak ada bilik mandi RM1.


Lebih kurang jam 3 petang, kami bergerak meninggalkan pantai. Sempat jugak pusing-pusing kat Teluk Ramunia sebelum balik ke Pasir Gudang.
Udang besar kat Sungai Rengit.
Malam tu kitorang duduk rumah pakcik saya je. Kat JB ni best. Boleh dapat TV dari 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kalau peminat bola sepak konfem diorang suka tengok channel Indonesia sebab perlawanan bola sepak yang korang selalu terpaksa bayar untuk tengok (bayar langganan Astro atau mungkin bayar kepada mamak untuk tengok Astro kat kedai), kat channel Indonesia ni diorang tayang free je.. live pulak tu. Huishh.. terbaik ah. Haha. Saya bukan kaki bola. Tapi dah ada benda free ni kan, sempat la jugak layan 2 - 3 match. Contohnya Aston Villa (betul ke eja nih?) lawan Liverpol ni.


ISNIN - 19 Disember 2011

Hari ketiga barulah kembali kepada tujuan asal kami ke Johor Bahru ni, sebab nak hantar sepupu pergi belajar kat sana. Nama tempatnya tak ingat sebab panjang sangat. Tapi dekat je dengan Pandan City.
Pandan City.



Tamat. =)

3 comments:

Ujie said...

akak ni kampung kat johor, tapi tmpt2 ni sume blm sampai..dah lama tak duduk johor.

niat di hati satu hari nanti nak jelajah johor gak.

Mohd Noor Faizal said...

man, terbaek r desaru neyh...lama btol aq xmenyinggah situ....igt kenangan 2thn lps, gi ngan classmate...time musim panas, memang best, perghh..time tue jernah giler air...nak plk byk obor2 kecik warna putih kekuningan.....memang syok main kejar2 ngn obor2...dh mcm spongebob rupenye....kat "jellyfish garden"

Dak Mai said...

ape kate kita g desaru nanti man...lama xpergi