**Menggaru-garu kepala sekejap sambil mencari idea apa yang nak ditaip**
Hampir 2 bulan tak blogging - hilang sudah segala skill-skill blogging yang sudah dituntut selama ni. Ceh. Sia-sia je aku bertapa lama-lama kat Gunung Ledang. =P . Kalau dulu, nak cari idea punya lah senang. Err.... bukannya bermaksud sekarang ni dah takde idea. Cuma agak ketandusan nak buat intro. Dan satu lagi -- asal nak taip entri, mesti ada je yang mengganggu. Akhirnya, buat kesekian kalinya saya hanya mampu memandang blog ni dengan penuh kesayuan (cewah. =P). Tiba-tiba je dapat hobi baru - menaip separuh entri dan mendelete semula entri yang terbengkalai tu. Ahak3. =D
Hari ni, 5 Oktober 2011 - Syawal pun dah berlalu. Eh. Rasa macam sekejap je kan. Terasa macam baru je semalam kitorang berkumpul beramai-ramai di rumah. Rasa macam baru je pergi beraya rumah-rumah sedara-mara. Tau-tau je sekarang ni saya dah 'tersadai' kat tempat ni lagi.
Raya? Erm. Sebenarnya dah lama saya taip entri yang part raya ni. Tapi atas kesilapan-kesilapan individu tertentu, pendrive yang saya simpan gambar raya tu hilang tanpa kesan. Terpaksa la berdownload daripada facebook adik saya. *membazir data broadband je*.
Raya tahun ni rasanya paling istimewa lah semenjak beberapa tahun kebelakangan ni. Mungkin sebab cuti yang agak panjang, kitorang dapat sambut sekeluarga sampai raya kelima. Dan kalau sebelum ni, biasanya dah betul-betul dekat nak raya baru dapat berkumpul macam ni.. Tapi disebabkan cuti awal, kitorang dapat berkumpul sekeluarga lebih kurang 4 hari sebelum raya lagi.
Em.. nak kata special, takde la special sangat pun. Raya tahun ni lebih kurang je dengan sambutan raya yang sudah-sudah. Macam biasa la, solat sunat Aidilfitri kat surau taman ni je. Lepas tu balik Segamat. Malamnya balik Tangkak semula. Esoknya balik Melaka, tidur sana. Tapi yang paling best sebab sedara-mara ramai yang datang berkumpul kat Tangkak ni.
Meng-apply-kan skill-skill rewang.. =p |
Home-made pineapple tart. =) |
Malam kedua tu ada makan-makan kat rumah nenek sedara kat Semerah, Batu Pahat.
Minum air katira. Sedap oo.. |
Otak-otak Parit Kuda |
Yang baju coklat tu kemba saya. :) |
Snap gamba sebelum balik. :) |
Kat depan rumah mak ngah kat Ayer Molek, Melaka. |
Malam tu ramai sedara-mara datang rumah. Ada yang tidur sini je. :)
Jarang makan-makan kat depan rumah macam ni. |
Bukak wayang tanpa lesen. =p |
Dan paling best, disebabkan saya menjalani PBS betul-betul selepas cuti raya, maka dapatlah saya stay kat rumah lama sikit. Oleh itu, dapat la saya join marhaban kat taman saya ni buat beberapa malam. Dan buat pertama kalinya kawan saya dari Pahang, Syarifuddin yang join buat PBS kat Tangkak ni sertai marhaban dari rumah ke rumah ni. Kat Pahang takde katanya. =)
Ok lah. Cerita pun dah basi. So kita tamatkan isu raya di sini. Moh kita masuk tajuk entri ni pulak.
Minggu berikutnya selepas raya, saya masih terus stay kat Tangkak untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kalau masa PBS 1 dulu saya buat kat sekolah lama saya, kali ni saya pilih kat sekolah lain pulak. Destinasi kali ni ialah Sekolah Kebangsaan Ledang, Jalan Sialang, Tangkak.
pic : muridsekolah.blogspot.com |
Kalau PBS sebelum ni, kami ber-sembilan (maksudnya 9 orang la tu), untuk PBS kali ni, kami tinggal berempat je. Dan kali ni tak ada perempuan yang menyertai, cuma kami 4 lelaki je.
Saya
Syarifuddin - opsyen RBT (sama opsyen) - IPG KTHO (sama IPG)
Faiz - opsyen Pendidikan Khas - IPG KBL
Azim - opsyen Pendidikan Khas - IPG KBL
PBS kali ni betul-betul berbeza dengan dulu, baik dari suasana sekolah atau aktiviti yang ada. PBS kali ni, kami (cewah. =p) dikehendaki untuk cari maklumat mengenai panitia. So kebanyakan masa kami cuma dihabiskan untuk menyelak-nyelak fail-fail panitia je. Workstation kitorang pun kat library yang terletak kat tingkat 3 bangunan. Memang tak dapat bergaul sangat dengan cikgu-cikgu kat situ. Tapi best sebab ada WiFi yang laju dan free (dari segi kos dan lain-lain).. hehe..
Landskap depan pusat sumber. |
Ni meja kerja kitorang. Abaikan budak baju merah tu. =p |
Suasana kantin. Tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan. :) |
Dan disebabkan kali ni murid-murid Tahun 6 tengah sibuk dengan persediaan UPSR, kitorang takde masa nak masuk relief kelas macam PBS 1 dulu. Jadi, tak de lah kitorang bergaul dengan murid-murid macam dulu. Cuma beberapa orang murid je yang layan kitorang bila masuk library tu.
Kalau kita tengok sekitar sekolah, tak hairan la sekolah ni boleh menang pertandingan 3K Kebangsaan. Sekitar sekolah ni penuh dengan landskap dan hiasan.
Paling best ialah sekolah ni ada satu kawasan pertanian, betul-betul kat depan bengkel Kemahiran Hidup. Ada macam-macam jenis sayur yang diorang tanam.
Tanaman fertigasi moden sumbangan Pejabat Pertanian Ledang. Kat IPG pun takde fertigasi macam ni. |
Budak-budak memang suka main air macam ni. hahaha. |
Yang baju merah tu Cikgu Alias. Beliau ni salah seorang cikgu Kemahiran Hidup kat sekolah ni. Sayur-sayur kat tempat pertanian tu, dia la yang uruskan.
Sebenarnya ada sorang lagi cikgu KH tapi perempuan. So takde la gamba dia kat sini.
Satu lagi kelainan sekolah ni ialah sebab adanya kelas Pendidikan Khas kat sini. Adik saya yg kecik tu belajar kat Pendidikan Khas sekolah ni lah.
Suasana dalam kelas Pendidikan Khas |
Hamzi. =) |
Beratur sebelum naik kenderaan untuk pergi marhaban. |
Bergambar bersama cikgu-cikgu Pendidikan Khas. =) |
Cerita dah lama.. tu je lah. =)
2 comments:
Eh2 ade hamzi yg comey la huhu :)
huhu. mesti la ada. kelas dy kut. hehe. =)
Post a Comment