Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, October 5, 2011

Raya and after -|- PBS 2 =)

Kesian.. lama betul blog ni tersadai. Hampir dua bulan lamanya. Semuanya gara-gara penulis blog ni yang pemalas nak update blog. Kononnya macam dia sibuk sangat dengan kerja la tu. Padahal banyak je masa lapang nak update. Huh!.

**Menggaru-garu kepala sekejap sambil mencari idea apa yang nak ditaip**

Hampir 2 bulan tak blogging - hilang sudah segala skill-skill blogging yang sudah dituntut selama ni. Ceh. Sia-sia je aku bertapa lama-lama kat Gunung Ledang. =P . Kalau dulu, nak cari idea punya lah senang. Err.... bukannya bermaksud sekarang ni dah takde idea. Cuma agak ketandusan nak buat intro. Dan satu lagi -- asal nak taip entri, mesti ada je yang mengganggu. Akhirnya, buat kesekian kalinya saya hanya mampu memandang blog ni dengan penuh kesayuan (cewah. =P). Tiba-tiba je dapat hobi baru - menaip separuh entri dan mendelete semula entri yang terbengkalai tu. Ahak3. =D

Hari ni, 5 Oktober 2011 - Syawal pun dah berlalu. Eh. Rasa macam sekejap je kan. Terasa macam baru je semalam kitorang berkumpul beramai-ramai di rumah. Rasa macam baru je pergi beraya rumah-rumah sedara-mara. Tau-tau je sekarang ni saya dah 'tersadai' kat tempat ni lagi.

Raya? Erm. Sebenarnya dah lama saya taip entri yang part raya ni. Tapi atas kesilapan-kesilapan individu tertentu, pendrive yang saya simpan gambar raya tu hilang tanpa kesan. Terpaksa la berdownload daripada facebook adik saya. *membazir data broadband je*.

Raya tahun ni rasanya paling istimewa lah semenjak beberapa tahun kebelakangan ni. Mungkin sebab cuti yang agak panjang, kitorang dapat sambut sekeluarga sampai raya kelima. Dan kalau sebelum ni, biasanya dah betul-betul dekat nak raya baru dapat berkumpul macam ni.. Tapi disebabkan cuti awal, kitorang dapat berkumpul sekeluarga lebih kurang 4 hari sebelum raya lagi.

Em.. nak kata special, takde la special sangat pun. Raya tahun ni lebih kurang je dengan sambutan raya yang sudah-sudah. Macam biasa la, solat sunat Aidilfitri kat surau taman ni je. Lepas tu balik Segamat. Malamnya balik Tangkak semula. Esoknya balik Melaka, tidur sana. Tapi yang paling best sebab sedara-mara ramai yang datang berkumpul kat Tangkak ni.

Meng-apply-kan skill-skill rewang.. =p
Home-made pineapple tart. =)
Yang baju kuning dalam gambar tu pakcik belakang rumah saya. Saya panggil dia 'Abah' sebab dia jaga saya dari kecil lagi. =)

Malam kedua tu ada makan-makan kat rumah nenek sedara kat Semerah, Batu Pahat.

Minum air katira. Sedap oo.. 
Otak-otak Parit Kuda
Yang baju coklat tu kemba saya. :)
Snap gamba sebelum balik. :)
Kat depan rumah mak ngah kat Ayer Molek, Melaka.
Paling best, dapat bakar-membakar kat laman rumah. Mula-mula mak saya bakar ikan je, pastu anak-anak pulak menyambung lagi. haha.

Dan menyambung sampai ke malam.


Malam tu ramai sedara-mara datang rumah. Ada yang tidur sini je. :)
Jarang makan-makan kat depan rumah macam ni.
Bukak wayang tanpa lesen. =p

Dan paling best, disebabkan saya menjalani PBS betul-betul selepas cuti raya, maka dapatlah saya stay kat rumah lama sikit. Oleh itu, dapat la saya join marhaban kat taman saya ni buat beberapa malam. Dan buat pertama kalinya kawan saya dari Pahang, Syarifuddin yang join buat PBS kat Tangkak ni sertai marhaban dari rumah ke rumah ni. Kat Pahang takde katanya. =)

Ok lah. Cerita pun dah basi. So kita tamatkan isu raya di sini. Moh kita masuk tajuk entri ni pulak.

Minggu berikutnya selepas raya, saya masih terus stay kat Tangkak untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kalau masa PBS 1 dulu saya buat kat sekolah lama saya, kali ni saya pilih kat sekolah lain pulak. Destinasi kali ni ialah Sekolah Kebangsaan Ledang, Jalan Sialang, Tangkak.

pic : muridsekolah.blogspot.com
Persekitaran sekolah ni memang cantik. Tak hairanlah sekolah ni menang dalam pelbagai pertandingan. Antaranya ialah Johan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan.


Kalau PBS sebelum ni, kami ber-sembilan (maksudnya 9 orang la tu), untuk PBS kali ni, kami tinggal berempat je. Dan kali ni tak ada perempuan yang menyertai, cuma kami 4 lelaki je.
Saya
Syarifuddin - opsyen RBT (sama opsyen) - IPG KTHO (sama IPG)
Faiz - opsyen Pendidikan Khas - IPG KBL
Azim - opsyen Pendidikan Khas - IPG KBL

PBS kali ni betul-betul berbeza dengan dulu, baik dari suasana sekolah atau aktiviti yang ada. PBS kali ni, kami (cewah. =p) dikehendaki untuk cari maklumat mengenai panitia. So kebanyakan masa kami cuma dihabiskan untuk menyelak-nyelak fail-fail panitia je. Workstation kitorang pun kat library yang terletak kat tingkat 3 bangunan. Memang tak dapat bergaul sangat dengan cikgu-cikgu kat situ. Tapi best sebab ada WiFi yang laju dan free (dari segi kos dan lain-lain).. hehe..

Landskap depan pusat sumber.
Ni meja kerja kitorang. Abaikan budak baju merah tu. =p
Suasana kantin. Tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan. :)
Alhamdulillah, cikgu-cikgu kat sini semua baik-baik belaka. Diorang sebenarnya peramah, tapi disebabkan kitorang tak duduk kat bilik guru, memang takde peluang lah nak berbual. Sekali-sekala, kami jalan-jalan jugak sekitar sekolah sebab nak jumpa cikgu-cikgu sekolah.

Dan disebabkan kali ni murid-murid Tahun 6 tengah sibuk dengan persediaan UPSR, kitorang takde masa nak masuk relief kelas macam PBS 1 dulu. Jadi, tak de lah kitorang bergaul dengan murid-murid macam dulu. Cuma beberapa orang murid je yang layan kitorang bila masuk library tu.

Kalau kita tengok sekitar sekolah, tak hairan la sekolah ni boleh menang pertandingan 3K Kebangsaan. Sekitar sekolah ni penuh dengan landskap dan hiasan.



Paling best ialah sekolah ni ada satu kawasan pertanian, betul-betul kat depan bengkel Kemahiran Hidup. Ada macam-macam jenis sayur yang diorang tanam.


Tanaman fertigasi moden sumbangan Pejabat Pertanian Ledang.
Kat IPG pun takde fertigasi macam ni.
Hari last tu saya dapat tengok murid-murid bersihkan kolam ikan. Dalam kolam ni ada bela ikan talapia. Banyak betul ikan dalam tu, siap beranak pinak lagi.

Budak-budak memang suka main air macam ni. hahaha.

Yang baju merah tu Cikgu Alias. Beliau ni salah seorang cikgu Kemahiran Hidup kat sekolah ni. Sayur-sayur kat tempat pertanian tu, dia la yang uruskan.

Sebenarnya ada sorang lagi cikgu KH tapi perempuan. So takde la gamba dia kat sini.

Satu lagi kelainan sekolah ni ialah sebab adanya kelas Pendidikan Khas kat sini. Adik saya yg kecik tu belajar kat Pendidikan Khas sekolah ni lah.

Suasana dalam kelas Pendidikan Khas

Hamzi. =)
Kebetulan time kitorang datang ni, murid-murid Pendidikan Khas ni tengah siap-siap untuk pergi marhaban. Dapat lah dengar diorang berlatih marhaban. Diorang ni boleh belajar macam murid-murid biasa, cuma kena bagi latihan dan perhatian yang lebih sikit je.
Beratur sebelum naik kenderaan untuk pergi marhaban.
Bergambar bersama cikgu-cikgu Pendidikan Khas. =)

Cerita dah lama.. tu je lah. =)

2 comments:

Srikandi Cinta said...

Eh2 ade hamzi yg comey la huhu :)

Hazman Amini said...

huhu. mesti la ada. kelas dy kut. hehe. =)