Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, July 19, 2011

Hati-hati dengan link di Facebook.. =)

Sedikit perkongsian untuk hari ini:

Kelmarin, saya terbaca mengenai virus yang disebarkan melalui Facebook. Masa tu saya baca acuh tak acuh je sebab.. ntah.. maybe masa tu rasa mcm tak logik kut.

Petang tadi, saya dapat mesej macam dalam artikel yang saya baca tu.

Modus operandinya mudah. "Penghantar" akan menggunakan sebarang akaun Facebook dan menghantar mesej melalui inbox atau chatbox kepada anda. Biasanya mesej pertama ialah: "Hi. How are you?"


Bila anda membalasnya, "beliau" akan menghantar mesej kedua: "Good. Wanna laugh?"


Bila anda membalas lagi, 'beliau' akan menghantar satu link atau pautan untuk anda klik.
*Tapi dalam kes ni, 'beliau' tak membalas selepas saya membalas sedemikian rupa.. HAHA.


AWAS! Jangan sekali-kali klik pada link tersebut. Link tersebut akan memulakan proses muat turun fail (yang mengandungi virus) ke komputer anda. Dan link serta mesej di dalam Facebook anda itu hanya sekadar trick supaya anda klik ke laman web tersebut.

Bila anda klik link itu, secara automatik komputer anda akan memuat turun (download) sesuatu (yang mengandungi virus). Virus tersebut akan menjangkiti komputer anda.

Pada mulanya, saya tak syak apa-apa pun pada mesej tu. Ye la, akaun yang tertera ialah akaun Facebook kawan saya dari opsyen TESL, jadi tak mustahil la dia hantar mesej dalam Bahasa Inggeris kan. Tapi bila saya baca mesej kedua, serta merta saya teringat pasa artikel yang saya baca tu.. dan KEBETULAN kawan saya tu baru naik dari parking motor dan lalu betul-betul depan bilik saya. So siapa yang guna Facebook dia?

Actually, benda-benda (penyebaran virus melalui trick di Facebook) ni bukan benda baru. Sebelum ni pun dah banyak benda-benda seumpama ni, dan saya pernah tulis mengenai salah satu daripadanya. Boleh rujuk entri terdahulu (klik sini).. Sebenarnya bukan Facebook yang sebarkan virus, sebaliknya virus tu tersebar bila pengguna tak berhati-hati.

Akhir sekali, sila berhati-hati sebelum anda klik dan ikut arahan pada link itu sebab benda tu sebenarnya bukan kawan kita yg tulis (even rupa post tu mcm kawan kita tu yg buat). 
Bukan tak boleh klik... tapi kalau boleh, pastikan ia dari sumber yg boleh dipercayai dan yg penting, pastikan PC anda lengkap dengan software2 Internet Security.

2 comments:

Anonymous said...

hmmm , sesiape , bleh sy tawu mcm mane nk remove virus tu ?...sy dh kena..zzz...bende ni "worm"

naemy.... said...

haha..ak lagi lawak..die kata hi how are you.ak cakap "assalamualaikum"..