Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, August 1, 2011

Unplanned Travel - Kembara Kereta Api ke Kelantan =)

Perjalanan lebih 1500 kilometer dalam tempoh 2 hari 2 malam.. 6 perjalanan dengan tren..


 Pengalaman menaiki tren selama lebih 12 jam melalui laluan Gemas - Tumpat memberi banyak kenangan buat saya. Laluan antara Tumpat ke Gemas ni sememangnya dikenali sebagai laluan hutan kerana kereta api akan bergerak menyusuri celah-celah hutan, bukit bukau, dan menyusuri sungai besar.

Bagi mereka yang dah biasa dengan saya, mungkin mereka tahu yang saya ni memang minat dengan kereta api. Dapat melihat kereta api meniti landasan pun dah cukup membuat hati tenang. Apatah lagi kalau dapat naik kereta api tu. Masa sekolah kat Johor Bahru dulu pun saya memang selalu cari peluang untuk naik tren ni.

Perjalanan ke penghujung pantai Timur Semenanjung Malaysia ni sebenarnya tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya. Malahan tak pernah ada perancangan rapi pun nak ke sana. Semuanya bermula daripada borak-borak kosong dengan classmate saya yang nak balik ke Kelantan dengan tren bersempena cuti awal Ramadhan ni. Dan memang fitrah saya yang sukar menolak kalau orang ajak jalan-jalan naik tren, entah macam mana saya boleh tersetuju nak ikut dia sampai Kelantan. Dan akhirnya tiket pun dibeli pada hari yang sama menandakan confirm lah rancangan tu menjadi. Dan percaya tak, semua itu berlaku hanya dalam tempoh 3 hari sebelum kami bertolak, memang tak sempat la nak merancang dengan rapi.

Sepanjang kali pertama saya ke Kelantan ni, banyak benda yang saya nak kongsi. So entri ni menjadi sangat panjang. Kalau rasa-rasa taknak baca, dialu-alukan lah menekan butang pangkah di atas browser anda ye.. =)

Sebetulnya, saya tak pernah langsung ke sana. Tambahan pulak memikirkan nak berjalan seorang diri, memang agak cuak. Kalau bukan kerana tiket dah beli, mungkin saya akan cancel pada saat-saat akhir. Tapi nak tak nak memang kena teruskan jugak la sebab kalau cancel saat akhir pun cuma boleh dapat separuh je harga tiket tu. Bukan saya tak nak ajak kawan lain. Tapi kalau dah ajak kawan ni, planning perlu lebih teliti. Saya takut kawan yang mengikut tu nanti tak boleh terima cara saya, suka-suka tukar tren, naik tren ni, naik tren tu. Dan paling saya takut ialah kawan tu tak boleh terima kalau terpaksa tidur di bangku-bangku stesen kereta api. So, saya ambik keputusan untuk tidak mengajak sesiapa.

Masalah untuk bermalam bukanlah satu masalah besar bagi saya. Sebelum ni pun saya dah beberapa kali bermalam di stesen kereta api, terutamanya stesen Gemas. Tapi kali ni stesen Gemas sangat jauh, jadi saya kena cari tempat lain untuk bermalam. Setelah selak-selak jadual dan susun semua jadual tren yang ada, saya pilih untuk bermalam di stesen Kuala Lipis. Sebabnya?.. Kuala Lipis sentiasa ada penumpang turun naik tren terutamanya awal pagi. Dari segi keselamatan agak terjamin la. hu3.

Here is the story..

Khamis - 28 Julai 2011

Kami bertolak dari Batu Pahat ke Kluang menaiki bas ekspres Orkid Malaysia pada jam 5.15 petang. *Thanks kepada KO (ketua opsyen) yang telah mengosongkan jadual hari Jumaat.. sayang kau lebih lah..  ha3..

Sampai di Kluang lebih kurang jam 6.20 petang. Jalan-jalan kat Kluang sementara menunggu tren.
Tren : Senandung Timuran
Kelas : Superior (kelas dua) - Koc T7 Seat 9C
Tambang : RM39.00

Actually saya nak naik gerabak katil kelas dua, tapi tiket dah habis. Terpaksa la naik gerabak tempat duduk kelas dua je.

Jam 2108 (9.08 malam).. tren yang kami nak naik pun tiba. Kami pun cari la koc kami.. saya dah agak2 koc T7 tu kat belakang. So saya jalan la menghala ke gerabak paling belakang sambil baca nombor gerabak satu persatu.. dah nak sampai hujung platform tapi masih tak jumpa. Then ada sorang penumpang ni cakap T7 kat depan.. berlari-lari lah kami nak pergi depan pulak.. panjang betul tren ni, penat betul berlari-lari dari belakang ke depan..


Sampai kat hujung depan, staff  KTM tu kata T7 kat belakang, sebelum gerabak kafe.. ah sudah.. ketua stesen dah tiup wisel menandakan tren dah nak gerak.. ye la,, tren ni bukannya berhenti lama-lama pun kat satu-satu stesen..jadi kami naik je gerabak paling dekat dan jalan lalu dalam sampai belakang.. rupanya bukan kami je yang tak jumpa, tapi ramai lagi yang senasib.. sebabnya gerabak T7 tu dah terkeluar dari platform (tu la akibat tren panjang sangat).. haha..

Ni gerabak katil kelas dua.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 12 jam dari Kluang, Johor ke Wakaf Bharu, Kelantan. Koc memang selesa, tapi kalau boleh lain kali saya taknak la ambik seat lagi. Better prefer katil la untuk perjalanan sejauh ini. Haha.. sakit pinggang oo tidur lama-lama macam tu.. kecuali la kalau sampai2 je kat sana nanti ada tempat nak landing, baru la boleh ambik seat.

Ni seat kelas dua.
Dalam tren ni ada satu gerabak yang dibuat satu compartment untuk surau di dalamnya. Tapi penentuan kiblat tu saya tak pasti macam mana sebab saya dah siap-siap solat masa kat Kluang. Mungkin main agak je kut.


Nak cerita pasal kemudahan dalam tren ni. Setiap kereta api sememangnya lengkap dengan kemudahan tandas di setiap gerabak Tandas ni kecil je, muat-muat je untuk seorang guna. Setiap gerabak biasanya ada dua tandas, iaitu jenis duduk dan jenis cangkung. Yang bawah ni ialah tandas cangkung untuk gerabak kelas dua.



Sepanjang perjalanan tu entah berapa kali saya terbangun.. ye la kan.. tren penuh dengan penumpang, so bunyinya pun ada macam2 bunyi.. paling tak menahan ialah bila sorang budak ni (orang Singapore kalau tak silap) kentut dalam gerabak.. kurang asam betul.. dah le gerabak air-cond. Kentut memang dah bau macam haram la.. pastu boleh gelak-gelak lagi pulak.. grr.,. lempang budak ni kang.  Terpaksa la lari ke gerabak sbelah buat sementara waktu.

Sampai kat area Kelantan (x pasti area mana tapi lepas Gua Musang la), line radio langsung tak ada.. line handset pun tak da langsung. Bosan kut.. tidur je la.

Tren yang saya naiki sedang berselisih dengan tren Sinaran Timuran di Stesen Tanah Merah. Perselisihan seperti ini adalah biasa di kawasan landasan kereta api single track. Pada saya, ini satu keunikan pada kereta api sebab kita takkan merasainya kalau kita menaiki pengangkutan awam yang lain. Tapi of course lah lambat sikit sebab tren tu kena tunggu tren yang ada kat section depan sampai dulu baru dibenarkan memasuki track section tersebut.

Jumaat - 30 Julai 2011

Tren kami tiba di stesen Wakaf Bharu kira-kira jam 8.45 pagi, cuma lewat seminit daripada masa yang tercatat di tiket iaitu 8.44 pagi. Tren sekarang ni memang menepati masa. Haha..
Ini gerabak yang saya naik, T7.

Dari Wakaf Bharu, pakwe (ok ke tulis mcm ni?) kawan saya tu jemput kami dan bawa ke Kota Bharu. Kawan saya tu tanya kat saya nak pergi mana. Tapi saya pun tak reti nak jawab sebab tengah mamai-mamai.. lagipun takde idea nak pergi mana sebab first time sampai. First skali kitorang pergi ke Mydin Kubang Kerian. Makan sarapan kat situ. Serius lapa oo, 12 jam duduk je bertemankan jajan.. haha..


Mydin ni dekat je dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kalau kat Kelantan ni diorang tak sebut Ringgit, sebaliknya mereka sebut riyal. Seringgit = satu riyal.
Mula-mula tu blank jugak dengar dia sebut riyal. Padahal kawan saya tu dah bagitahu awal-awal lagi.. haha..

Kat area Kota haru ni kedai-kedainya sangat unik. Semua kedai dan pasaraya ada tulisan jawi. Tak pastilah sama ada itu peraturan atau mereka memang saje-saje letak. Contohnya macam ni:



Lepas sarapan, saya mintak kawan saya tu antakan ke stesen bas Kota Bharu je. Pandai-pandai lah nanti nak berjalan. Ha3,.. Lagipun kesian kat dia, penat jalan jauh kan.

Ni bangunan UiTM Kampus Kota Bharu.

Ni la bus stand Kota Bharu. Saiz dia macam bus stand Tangkak je. Tapi bus stand Kota Bharu ni lagi sibuk la daripada bus stand Tangkak tu sebab kat sini banyak bas.

Jam 10 lebih pagi, saya dah terpacak kat stesen bas Kota Bharu tu. Dari stesen bas tu dah tak jauh nak berjalan. Boleh kata hampir kebanyakan tarikan utama kat Kota Bharu tu berada dalam lingkungan tak lebih 2 kilometer daripada stesen bas tu. Antara tarikan yang biasa yang terdapat di sekitar bus stand Kota Bharu ni ialah:
1: Pasar Besar Siti Khadijah
2: Pasaraya Pantai Timur
3: Istana Balai Besar (dalam 700 - 900 meter kut)
4: Bazar Buluh Kubu
5: Masjid Muhammadi

First skali saya ke Pasar Siti Khadijah tu. Merayau sekejap turun naik pasar tu tapi tak tahu apa nak cari. Pasar tu kalau tingkat bawah macam pasar biasa je jual barang basah, sayur sayuran semua tu. Tapi tingkat atas ada macam-macam barang seperti keropok, dan lain-lain yang murah-murah.


Ni la pasar besar Siti Khadijah. Dulu selalu tengok dalam gambar je. Tapi kali ni saya dapat tengok sendiri depan mata.

Dari Pasar Besar Siti Khadijah tu, saya masuk pulak Kota Bharu Trade Center (KBTC).. KBTC ni terletak antara stesen bas dengan pasar Siti Khadijah tu. Dalam ni macam shopping complex biasa je, tak besar tapi tinggi. Ada 6 hingga 7 tingkat kut. Saya pun tak larat nak naik sampai atas.


Untuk menghilangkan muka ngantuk setelah tidur lama dalam tren, saya pergi tandas kat sebelah pasar Siti Khadijah. Mandi sekejap dan tukar baju semua. Entah kenapa, orang yang datang kat tandas ni ramai yang guna bahasa isyarat. Sampai sekarang persoalan ni tak terjawab.

Sementara tunggu tengah hari tu, saya duduk-duduk kat luar KBTC tu. Masa ni la ada budak datang hulur buku kecik sambil mintak RM1. Mula-mula saya taknak layan. Last-last sebab dah TERpegang buku tu, saya pun bagi la RM1. Dah bagi RM1, dia cakap, buku tu RM2. Kesian.. saya bagi la lagi seringgit. Pastu dia boleh cakap pulak buku tu RM5. Saya terus angkat beg, pulang buku tu dan terus pergi tempat lain.. geram punya pasal, masa pulang buku tu saya cakap kat dia, "jangan sampai aku nampak ko lagi"..

Menjelang tengah hari, saya pergi masjid sebelah pasar Siti Khadijah tu. Tapi rupanya kat situ takde solat Jumaat. Surau tu pun kunci. Kurang asam punya pakcik. Elok-elok aku sampai tadi tengah vakum2, alih2 dia kunci pulak. Terpaksa jalan kaki sejauh lebih kurang 1 stengah km untuk solat kat Masjid Muhammadi.

Ni Bazar Buluh Kubu.. tapi saya tak sempat nak masuk dalam ni..
Selesai solat tu, saya terpandang orang ramai berkumpul. Rupanya ada manusia tertinggi di dunia kat masjid tu. Siapa nama dia eh, tak ingat pulak.


Kawasan masjid ni meriah bila selesai solat Jumaat sebab ramai peniaga bertumpu kat sini. Kalau panas-panas tu boleh la duduk sekejap kat deretan gerai yang dibuka oleh peniaga yang kebanyakannya kaum perempuan.

Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

Pintu gerbang ni ialah Istana Balai Besar Kelantan. Selalunya saya tengok dalam TV dan gambar-gambar je. Tapi kali ni saya dapat tengok depan mata saya sendiri. Belakang tu ialah Masjid Muhammadi.


Pasar raya pantai timur ni famous sebab barang murah-murah. Tapi aritu saya tak masuk pun sebab ramai orang.

Seterusnya, saya merayau-rayau je sekitar Kota Bharu tu. Ya, jalan kaki je. Haha. Jam dah 3 petang. Tetiba teringat yang saya belum beli tiket tren ke Lipis lagi. Saya memang plan nak bermalam kat Lipis sementara tunggu tren saya esok pagi. Saje je ambik tren siang sebab nak tengok pemandangan. Terus saya cari restoran-restoran yang ada socket outlet. Masuk KFC, tapi penuh. Saya pergi kat MFC (tak ingat nama panjang dia).. WiFi free ada tapi takde socket outlet tak guna jugak. Akhirnya landinglah saya kat McDonald semata-mata untuk online nak check tiket dan jadual tren.

Bank Pitis Kelantan
Info Bank Pitis, klik sini. =)

Lebih kurang jam 4 petang, saya masuk balik ke Pasar Siti Khadijah tu. Tak tahu nak beli apa, saya angkut lah keropok banyak-banyak sikit, saje je buat syarat. Lepas tu terus je saya gerak ke stesen bas Kota Bharu dan naik bas ke Wakaf Bharu. Bas kat sini semuanya bas syarikat CityLiner.

Sampai di Wakaf Bharu tu lebih kurang jam 5 petang. Ikut plan asal, saya nak naik tren jam 8.45 malam ke Kuala Lipis. Tapi saat nak beli tiket tu, saya terbaca ada tren pukul 5 setengah ke Tumpat. Tetiba rasa teringin nak pergi. Lagipun tinggal satu stesen je lagi.
Tren : 84 - Shuttle Timuran
Kelas Bajet (tren mel).
Tambang : RM0.60

Pemandangan dalam perjalanan Wakaf Bharu - Tumpat

Gambar atas ni ialah gambar perhentian kereta api Kok Pasir, satu-satunya perhentian kereta api antara Tumpat ke Wakaf Bharu. Perhentian seperti ini (atau dalam bahasa Inggerisnya "halt") merupakan satu perkara yang agak biasa ditemui di sepanjang landasan kereta api dari Gemas ke Tumpat ni. Sekali imbas, rupanya macam bus stop kat tepi jalan. Cuma bezanya ialah kedudukannya di tepi landasan kereta api. Antara perhentian lain yang famous sepanjang laluan ini ialah Bukit Abu dan lain-lain.

Kalau nak tahu, Tumpat ni ialah stesen paling hujung bagi landasan kereta api laluan Pantai Timur Semenanjung.

Inilah penamat landasan kereta api Kelantan
Bersebelahan dengan railyard Tumpat ni terletaknya rumah api bersejarah iaitu Rumah Api Tumpat. Rumah api ini dikatakan telah dibina sekitar tahun 1900. Tapi saya tak sempat la nak meninjau rumah api tu dari dekat. Cuma dapat rakam gamba dari platform je. (Info Rumah Api Tumpat - klik sini)


Dari Tumpat, saya naik tren pukul 6.45 ke Wakaf Bharu semula. Mula-mula rancang nak naik terus ke Lipis, tapi nanti sampai Lipis awal sangat.. nanti tak tahu nak buat apa pulak kat sana. Lagipun kaunter tiket kat Tumpat tergendala, tak dapat nak beli tiket. So saya kena turun kat Wakaf Bharu dulu. Tak beli tiket pun, main naik je. Nasib baik tak kena denda. Haha.

Kat Wakaf Bharu, saya beli tiket ke Kuala Lipis jam 8.45 malam. Penat punya pasal, kepala pun dah start pening-pening sebab tak cukup tidur, saya tak perasan tiket tu kelas ekonomi. Saya pun pergi balik ke kaunter nak upgrade ke kelas dua, sebab takut kalau kelas ekonomi tu penuh, memang tak boleh tidur la dalam tren tu nanti. Tapi dah memang peraturan, kalau nak buat pertukaran kelas atau masa, perlu buat lebih 24 jam dari tempoh perjalanan. Jadinya, redha je lah.
Tren : Ekspres Wau
Kelas : Ekonomi . Koc TX5 Seat 1A
Tambang : RM15.00

Ni gerabak kelas ekonomi
Kelas ekonomi pun ok je sebenarnya. Kebetulan dapat seat betul-betul kat pintu, senang la sikit nak keluar masuk. Tren bertolak jam 8.45 malam dari Wakaf Bharu. Kalau naik tren malam, jangan lupa la ye nak bawak gebar ke, kain pelikat ke. Ataupun pakai je sweater sebab tren malam ni memang sejuk. Air-cond kereta api ni lain sikit. Sejuknya tu memang macam peti sejuk sampaikan air yang terhasil akibat kondensasi tu melambak-lambak banyaknya. Sebab tu kadang-kadang korang akan nampak macam air yang banyak tertumpah dari atas bumbung tren setiap kali tren membrek walaupun tak hujan.

Sabtu - 31 Julai 2011

Lebih kurang jam 2.20 pagi, saya tiba di Kuala Lipis. Saya terjaga pun sebab terasa macam tren tu dah tak bergerak. Aishh.. nasib baik tren ni berhenti lama kat situ. Kalau tidak memang confirm terlajak lah saya. Cehh. Kurang asam punya pakcik tiket tak datang kejut. Entah-entah pakcik tiket tu pun tidur kut sebab tiket tak check langsung. Hahaha. =P


Puas jugak tidur dalam tren tadi. Hilang sikit pening-pening kepala. Stesen Kuala Lipis ni agak busy. Akan ada tren yang datang pada pukul 3.30 pagi, 4.20 pagi dan 5.20 pagi, so takde la sunyi sangat. Saya tidur sekejap kat bangku stesen (hajat nak tidur kat surau stesen tapi dah ada satu family conquer tidur dalam tu).. bangun2 je ada awek cun tengah tidur kat kerusi sebelah, tunggu tren jugak.. aishh.. =P


Saya naik tren pukul 4.20 pagi dari Kuala Lipis ke Krai. Sebenarnya saya dah beli tiket Wakaf Bharu ke Segamat untuk balik. Tapi tak sempat kalau nak tukar tren kat Wakaf Bharu. So saya turun je kat Krai dan tunggu tren saya tu sampai kat situ. Jam 7.55 pagi saya dah sampai kat stesen Krai.


Jam 8.40 pagi, tren saya tu sampai kat Krai. Saya pun naik, dan bermula lah perjalanan selama 10 jam untuk ke Segamat. Selamat tinggal Kelantan.
Tren : Ekspres Sinaran Timur
Kelas : Superior (kelas dua) - Koc ST3 Seat 11A
Tambang : RM35.00


Landasan antara Tumpat ke GemasSepanjang perjalanan dari Kelantan ke Pahang ni, banyak pemandangan menarik yang dapat kita lihat. Ada gua batu kapur, sungai besar dan lain-lain. Paling menarik ialah kat Gua Musang ni:


Bukit batu kapur tu terletak betul-betul berhadapan dengan bangunan stesen kereta api Gua Musang ni. Tren berhenti agak lama, jadi sempat lah saya jalan ke depan dan snap gamba tu.

Memang sengaja saya beli tiket tren siang semata-mata nak tengok pemandangan sepanjang jalan. Kalau masa pergi aritu naik tren malam, tak nampak apa-apa. Bila naik tren siang, dapat lah melihat pemandangan menarik. Tapi sebenarnya agak terkilan sebab tak sempat nak tukar tren kat Tanah Merah. Jadi tak dapatlah nak tengok Guillemard Bridge yang bersejarah tu.
*kalau nak tahu, Guillemard bridge adalah jambatan kereta api paling panjang di Malaysia iaitu lebih 600 meter.


Ni ialah kejadian tanah runtuh. tak ingat kat area mana. Tapi memang menakutkan lah sebab runtuhan tu betul-betul kat tepi landasan. Kiranya kalau saya terjatuh dari tangga tu, direct je jatuh ke bawah sana. Kalau jalan raya runtuh macam ni konfem lah dah tutup jalan tu kan. Tapi tren ni lasak sikit, tanah runtuh macam ni pun still boleh lalu. haha..

Terowong berhampiran Kuala Gris.

Jangan tiru aksi ini. Jarak antara gerabak dengan dinding terowong ni sangat rapat. Kalau terjatuh, memang tak ada ruang lah nak selamatkan diri. ha3..

Sepanjang perjalanan antara Kuala Krai ke Gua Musang, ada lebih kurang 10 terowong macam ni kalau tak silap. Ada yang panjang, ada yang pendek. Kalau kat Johor kita takkan jumpa pemandangan terowong sebab selain kat Kelantan, cuma kat Perak je ada terowong macam ni. Dan lagi satu pemandangan yang kita tak jumpa kalau naik tren kat Johor ialah semasa tren melalui viaduct yang panjang. Contohnya macam ni:

Dabong Viaduct.. yang ni adalah paling famous antara banyak2 viaduct.
Hampir kesemua terowong dan viaduct yang terdapat di kawasan ni telah dibina semenjak sebelum merdeka lagi. Tetapi kesemua viaduct yang ada masih kukuh untuk digunakan oleh kereta api yang beratnya berpuluh-puluh tan bagi setiap gerabak tu.
Viaduct ialah jejambat yang terdiri daripada banyak span (jarak antara tiang penyokong) yang kecil. Bezanya dengan jambatan ialah, jambatan biasanya mempunyai span yang lebar.



Pemandangan sungai besar seperti ini adalah biasa di laluan hutan ni. Malahan kadang kala kat kawasan tertentu, landasan kereta api ni akan melalui betul-betul kat atas tebing sungai. Pemandangan memang sangat cantik. Siapa yang suka tengok pemandangan alam mesti akan suka naik kereta api kat laluan ni.

Tren ni berhenti lama di beberapa stesen sebab nak isi semula bekalan air untuk kegunaan tandas. Jadi sementara dia berhenti tu dapat lah tinjau2 kawasan sekitar sekejap.


Perjalanan jauh menjadikan perut lapar. Kereta api yang saya naik ni tak ada gerabak kantin. Tapi kali ni diorang cuma jual makanan atas troli je. Saya beli nasi lauk ayam, RM3.00. Ok la tu.. takde la mahal sangat macam orang selalu cerita. Lebih kurang je kut dengan harga kat kafe maktab tu (kafe lagi mahal kut).. haha..

Sedap oo nasik lauk ayam ni. Lagi sedap daripada lauk ayam kafe. Ha3.
Tren berselisih kat Triang.
Saya sampai di stesen Segamat kira-kira jam 6 petang. Terus tukar naik bas Cepat Ekspres ke Tangkak.

Selamat sampai di Segamat.. bye bye tren yang disayangi.. haha..
Perjalanan ni mungkin singkat, tapi banyak pengalaman yang saya dapat. Apa pun, inilah pertama kali saya naik tren untuk perjalanan sejauh lebih 10 jam. Inilah juga kali pertama jejak kaki ke Kelantan.

p/s : banyak gambar yang saya nak share dengan anda semua tapi kalau upload semua kat sini, nanti entri ini akan menjadi terlalu panjang.. nanti saya upload secara berperingkat. =)

20 comments:

amniey91 said...

haha..ko ni..punya jauh ko jalan...:D
aku pn xbalik2 kg halaman,memikirkan penatnya...:D
t ley pegi lagi..

Hazman Amini said...

Haha.. aku rindu nak naik tren.. ni dah pergi ni kira dah terubat la rindu aku.. aishh.. :)

NARUMI ISOZAKI said...

wahhh.. jalan sakan ko yer... xbeli ole2 utk ak ker? hahaha...

Hazman Amini said...

haha.. aku x tau nak belikan apa untuk ko.. lain kali kalau pergi lagi aku belikan eh? he3.. :D

Anonymous said...

Bro, kita punya minat samalah. aku pn penah buat cm ko jln sesorg nek ketapi sbb minat pnyer pasal kat ketapi ni.. Pnya excited la nak nek tren siang ke kelantan n then aku try la. Mula2 nek ketapi dari KLSentral - Kulai. (sbnrnya tiket turun Kempas Baru tapi tren lewat skit aritu takut tak sempat nak naik tren ke Kelantan) Smpai Kulai dalam kul 5 lebih (pagi) time tu. Pastu nek plak tren Lambaian Timur ke Pasir Mas. Sampai Pasir Mas dalam 6.30 ptg pastu tggu tren balik KL semula. Memang besh giler.. aku ingt nk jln2 lagi hujung bulan 10 ni smbil snap2 gmbar pemandangan. segan kalau sorg2 ni. nak join? hahaha..

Hazman Amini said...

@Anonymous

Wah.. ye ke?!.. alhamdulillah, jumpa jugak orang selain adik saya yang ada minat yg sama macam saya ni. Sampaikan ada kawan saya kata saya pelik sebab obses sangat dengan kereta api.

Kalau tak keberatan, boleh ke nak berkenalan? Seronok jugak jumpa kawan yang ada minat sama ni. hehe. =)

Anyway, naik tren memang seronok sangat!! =D

Anonymous said...

no hal la bro. sebenarnya ramai lagi yang punya minat macam ni cuma diorang ni tak terlalu menonjol. bro dah jadi fan club keretapi ker? kat keretapi.com banyak info pasal keretapi ni. kalau macam dah lama tak naik ketapi ni layan web keretapi.com tu pun dah cukup untuk mengubat rindu tapi still naik sendiri lagi beshh!!!

Anonymous said...

For me this blog is the World best train documentry blog....I likes it so much....I never found other ktmb train blog good as this blog...

Ujie Othman said...

bagus catatan awak..
saya pun suka tengok alam..naik tren salah satu caranya. saya & suami ada plan nk ke klantan naik tren..blm kesampaian.

Hazman Amini said...

@Anonymous 1:
Oh.. keretapi.com.. saya selalu jugak bukak page tu.. seronok tengok gamba2 kat situ.. hee... =)


@Anonymous 2:
Thanks!. Hope you enjoy reading it. =)


@Ujie:
Terima kasih. Cubalah naik tren ke Kelantan ni bila berkesempatan. Lagi bagus kalau naik tren siang sebab pemandangan memang indah. Jarang dapat jumpa pemandangan sebegitu kat kawasan lain. =)

Anonymous said...

the world best KTMB documentry blog..saya selalu jugak buat mcam bro,hari tu saya naik keretapi dri kl sentral ke wakaf baru tjen pada hari sama jugak balik wakaf baru-kl sentral...best giler2..ni plan nk ke johor pulak

Anonymous said...

salam..nak tanya, kalau dari kl ke wakaf bharu tu perjalanan brape lame ye?

Hazman Amini said...

@Anonymous 1:
Hehe.. ramai jugak yang ada minat yang sama dengan saya ni rupanya. Alang-alang dah ke Johor, apa kata awak cuba naik tren Malayan Tiger dari Johor Bahru ke Tumpat. Seronok jugak. Tapi servisnya setakat ni cuma 2 hari sekali sehala. Contohnya hari ni tren tu ke Kelantan. Esoknya baru balik Johor. Lusa baru ada perjalanan ke Kelantan lagi. Cubalah kalau ada peluang. =)


@Anonymous 2:
Kalau ikut jadual, perjalanan KL Sentral ke Wakaf Bharu ialah selama 13 jam. Bertolak dengan Ekspres Wau dari KL Sentral pada jam 8.30 malam. Tiba di Wakaf Bharu jam 9.21 pagi esoknya. Saya cadangkan kalau ada program kat sana nanti, jarakkan masa sejam atau 2 jam dari masa ketibaan tu sebab kadang2 tren ni lewat. Tapi kebiasaannya lewat tu takkan lebih 2 jam. =)

Anonymous said...

from anonymous 1(14june)-hazman keep your great works in making our ktmb train documentry.sebenarnya saya yakin beribu-ribu orang yang telah tgk blog awak ni,cuma x sempat nk tinggal komen je..saya satu je suka tentang keretapi KTMB ni dia mengembalikan nostalgia kita dulu2 nak2 bila dia berhenti di stesen lama dan melalui perkampungan lama serta ladang estet,dulu ada sekali masa dekat atas gemas drpd wakaf baru tengok orang india naik basikal ramai2 ke estet,teringat zaman dulu2...huh bila tgk ni tenang beb.....memang best sgt3....insyallah,kalau ada masa nk try jugak train malayan tiger ni nmpak best....then lepas ke johor nk try routes utara,org kata banyak stesen2 lama di laluan tu...Man satu lagi macamana ya kita nk temukan org yg sama minat dgn kita ni?buat pages di facebook?

Hazman Amini said...

@Re-to: Anonymous 1 (20 June):

Terima kasih banyak-banyak diucapkan. Saya pun ada pendapat yang sama. Saya rasa ramai sebenarnya silent reader yang juga peminat kereta api di sini. Sebab bila saya check statistik, entri-entri yang berkaitan kereta api semuanya dah catat pageview melebihi 1000 orang. Semoga entri-entri yang saya taip ini memberi manfaat untuk mereka semua.
Betul. saya setuju tentang itu. Banyak kenangan yang timbul setiap kali saya menaiki kereta api ni. Lagipun banyak kelengkapan kereta api ni dah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi. Jadi banyak sejarah yang terdapat sepanjang laluan ni. Perjalanan naik kereta api pun terasa santai dan tak membosankan. Saya suka naik tren ke pantai timur (Pahang, Kelantan). Sepanjang laluan tu, banyak hentian-hentian kecil. Terasa suasana perkampungan bila tren berhenti kat hentian-hentian tu. Tambahan pulak bila naik tren mel di kawasan Kelantan, baru kita dapat lihat betapa pentingnya kereta api pada penduduk kat situ.
Routes utara. kalau nak rasa nostalgia, kena naik dalam tempoh terdekat ni. Sayang, banyak stesen lama yang dah diruntuhkan untuk projek landasan berkembar elektrik. Dah tak banyak kenangan. Setakat yang saya pergi pada bulan 3, tren masih lalu kat atas tambak di tasik Bukit Merah. Tapi tak tahu hari ini masih lalu lagi atau tak sebab jambatan pun dah nak siap.
Mungkin nanti kita boleh buat satu page untuk peminat-peminat kereta api ni berkumpul dan berkongsi pengalaman dan gambar-gambar tentang kereta api ni. Ataupun kalau dah ada, bolehlah kongsikan di sini. Seronok kalau dapat jumpa dan berkumpul dengan rakan-rakan yang meminati benda yang sama ni. =)

Anonymous said...

Terima kasih kerana menulis. Keep it up. -pojam

pionopis said...
This comment has been removed by the author.
pionopis said...

wah seronok gila baca entry ni..masa kecik2 dulu selalu gak naik keretapi dr Butterworth ke KL.KL -Butterwoth.masa tu yg aku tau kenderaan awam keretapi jer.ada sekali ikut ayah booking coach ada katil.tp itu thn 1970'an pakai kipas x da aircond skrg ni komuter jer la.tp 15/8/2014 ni nak ke Kelantan sampai Wakaf Baru.anak2 dah excited sangat.

REDZUAN SARINA said...

nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
MALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat itu kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya mohon. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
Whats-app Syarikat Mother Rossa: +1 (914) 529-5708.
Syarikat itu tidak tahu bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus berkongsi perkara ini dengan anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Di bawah ini adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman swasta yang jujur ​​dan jujur.
"jika anda memerlukan pinjaman untuk membayar kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menjalankan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman kuliah? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain?" ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
nombor telefon bimbit +601616345654
Terima kasih kerana membaca dan selamat maju jaya

SURYANTO SURYANTO said...

Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

 Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)