Cara permainannya mudah. Pemain hanya perlu membuka petak tiles yang diberi tanpa menekan petak yang mengandungi bom. Tapi realitinya, permainan ni bukan sekadar main teka dan tekan. Permainan ni sebenarnya menuntut kita untuk memiliki kemahiran mengira dan membuat andaian kebarangkalian (probability).
Ramai yang tanya saya macam mana nak main permainan ni. Ok.. sebelum tu kita berkenalan dulu dengan Minesweeper ni.
Mula-mula buka aplikasi Minesweeper anda tu.
Di tengah tu adalah tiles yang perlu kita buka. Di bawah kiri ialah masa (dikira dalam saat) manakala yang bawah kanan ialah bilangan bom yang perlu kita cari.
*Minesweeper yang ditunjukkan dalam entri ini ialah untuk versi Windows Vista. Mungkin tak banyak atau tiada perbezaan bagi Windows 7. Untuk Windows XP, masa dan bilangan bom tu dicatat kat sebelah atas.
Di sini, saya gunakan difficulty pada tahap Beginner. Untuk beginner ni, ada 9 X 9 tiles, berjumlah 81 tiles semuanya, dan bilangan bom di dalamnya ada 10 biji.
Selanjutnya, kaedah untuk menekan.
Untuk membuka tiles, kita perlu tekan tetikus menggunakan butang kiri.
Untuk menanda tiles pulak, kita perlu tekan dengan butang kanan. Di sini ada dua jenis tanda.
Atas: Tanda bendera Bawah : Tanda soal |
- Klik kanan SEKALI - untuk meletak tanda bendera. Tanda ini digunakan untuk menanda tempat yang kita betul-betul pasti terdapat bom supaya kita tak tertekan di situ secara sengaja atau tak sengaja.
- Klik kanan KALI KEDUA - untuk menukar tanda bendera kepada tanda soal. Tanda ni tak membantu pun kecuali untuk membantu mengenal pasti tempat yang kemungkinan ada bom.
- Klik kanan KALI KETIGA - untuk memadam tanda yang telah dibuat
Setiap kali kita letakkan tanda bendera, pengiraan bom di sebelah bawah kanan itu akan berkurang satu. Angka ini akan semakin berkurangan apabila semakin banyak tanda bendera diletakkan. Kalau tanda bendera yang kita letak tu terlebih daripada bilangan bom, angka akan menunjukkan negatif (-1). Kalau kita klik kanan sekali lagi (tukar tanda soal), angka itu akan meningkat semula sebanyak satu (1).
Pengiraan masa bermula sebaik sahaja kita menekan klik pertama untuk membuka tile yang pertama. Pengiraan akan tamat apabila kita berjaya membuka kesemua tile yang tiada bom atau apabila kita menekan (atau tertekan) tile yang ada bom.
Sedikit tambahan. Untuk Minesweeper bagi versi Windows Vista dan Windows 7, pemain boleh memilih untuk menukar bom kepada bunga dan menukar papan biru kepada hijau. Caranya, tekan menu Game di atas kiri, pilih Change Appearance.
Cara memainkannya mudah sangat. Mula-mula, klik pada salah satu tile (tak kisah kut yang mana-mana pun). Biasanya, beberapa tiles akan terbuka sekaligus.
*Bagi Minesweeper versi Windows Vista dan 7 ni, ia telah disetkan supaya pemain tidak terkena periuk api atau bom pada klik yang pertama.
Di sekitar tiles yang terbuka akan terpapar nombor-nombor berbagai warna (biasanya nombor 1 hingga 4). Nombor-nombor inilah yang akan kita gunakan untuk meneka tile yang seterusnya.
Bilangan nombor yang terpapar menunjukkan bilangan bom yang terdapat di dalam petak yang belum dibuka di sekitar nombor tersebut. Pengiraan bom ini meliputi 8 petak di sekeliling petak tersebut iaitu atas, bawah, kiri, kanan, atas kiri, atas kanan, bawah kiri dan bawah kanan.
Jika nombor yang terpapar dalam petak adalah 1, maksudnya terdapat satu bom di dalam tiles yang belum terbuka di sekitar petak tersebut.
Contoh gambar: Petak A menunjukkan angka 1. Maksudnya, terdapat satu bom di dalam petak yang belum dibuka di sekitar petak A.
Dalam contoh ini, bilangan petak yang belum dibuka di sekitar petak A ialah dua. Oleh itu, bom tersebut mungkin terletak di dalam salah satu petak tersebut.
Kita tengok contoh berikutnya.
Dalam contoh ni, petak B tertulis angka dua. Maksudnya ada dua bom di sekitar petak B.
Bilangan tile yang belum dibuka di sekitar petak B ialah 2. Maksudnya kedua-dua petak tersebut mempunyai bom.
Untuk mengelakkan daripada tertekan pada petak tersebut, kita boleh tandakan dengan tanda bendera.
Untuk berjaya dalam permainan ni, kita kena pandai kaitkan nombor tu dengan petak-petak dan nombor-nombor di sebelah. Contohnya:
Untuk meneka petak G, H dan I, kita perlu melihat pada petak C, D, E, dan F.
Dalam rajah, C menunjukkan 1. Di sekitar C pula hanya petak G yang belum dibuka. Oleh itu, G itu pasti mempunyai bom.
Seterusnya, petak D menunjukkan 2. Maksudnya ada 2 bom di sekitarnya. Di sekitar D pula hanya ada G dan H yang belum dibuka. Petak G tadi kita sudah tahu ada bom. Oleh itu, yang tinggal hanyalah H. Secara tak langsung kita tahu H itu ada bom. =)
Seterusnya, kita tertanya-tanya sama ada I itu ada bom atau tak. Kita lihat pada E... E menunjukkan 2. Di sekitar E pula ada G, H dan I... G dan H dah diketahui ada bom, oleh itu I tiada lagi bom. Sebab bilangan bom dah lengkap 2 biji di G dan H.
Seterusnya, kita tertanya-tanya sama ada I itu ada bom atau tak. Kita lihat pada E... E menunjukkan 2. Di sekitar E pula ada G, H dan I... G dan H dah diketahui ada bom, oleh itu I tiada lagi bom. Sebab bilangan bom dah lengkap 2 biji di G dan H.
Dalam Minesweeper Vista dan Windows7, pemain boleh meng'klik' terus ke atas tile nombor untuk membuka tile sekitarnya. Caranya ialah dengan klik dua kali pada tile nombor tersebut. Tapi ingat, cara ni cuma boleh dibuat sekiranya bilangan penanda bendera di sekitar nombor tu sama dengan nombor tu.
Contohnya:
Jika kita klik dua kali ke atas J, tiada tile yang akan terbuka. Hanya akan kelihatan tanda pangkah berkelip pada petak J menandakan kita masih belum menanda jumlah bom yang betul di sekitar petak tu.
Manakala jika kita klik dua kali pada K, petak di sebelah kiri K tu akan terbuka.
Dalam kes ni, bila kita klik dua kali pada K, secara automatiknya kita akan kalah sebab petak sebelah kiri K tu ada bom.
Seterusnya boleh cuba lagi meneka sampai lah habis. Kalau dah terer nanti boleh main yang besar macam ni:
Ni tile paling besar dalam minesweeper ni. 24 X 30 tiles, jadi kesemuanya ada 720 tiles. Bom maksimum dalam tahap ni ialah 668 biji, tapi tak payah la letak banyak-banyak. Sebabnya kalau main sampai 600 lebih, tak payah baca la entri ni. Memang langkah2 kat atas tu takkan berkesan dah. Kalau nak banyak pun main letak bom sampai 150 je sudah.
Kalau dah semakin terer lagi, boleh lumba-lumba buat best time.
Saya punya rekod main besar ni 5 minit lebih.. haha.. sangat teruk kan? =P
Kalau main yang besar-besar macam ni, tak mustahil untuk jumpa nombor yang besar sampai 7 ke 8. Macam ni:
Nombor tile tu kalau sampai 7 macam tu memang tak payah teka la. Sekeliling tu memang ada punya. haha. =)
Pada saya, game ni bagus untuk meningkatkan kemahiran mengira dan membuat kesimpulan pada individu yang memainkannya.
No comments:
Post a Comment