Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, December 7, 2010

Hati-hati dengan link-link yang seolah-olah menarik ni

Ok... hari ni sy taknak cerita panjang lebar. Just nk share benda ni je...

Pernah x korang dapat wall post daripada kawan2 korang yg seperti ini?

Link tersebut x semestinya sama mcm ni... kadang2  dy akan guna alamat blogspot yg lain...
Cth: Link yg sy dapat ialah http://****.blogspot.com (xingat apa alamat dy tp memang 4 huruf)... bila sy guna link tu, dy post kat wall orang lain sebagai alamat blogspot yg lain (seperti dalam gambar).

Terdapat juga link2 lain yg mana menawarkan sesuatu yang seolah-olah menarik untuk kita tengok... contohnya Video, etc...

Kalau ada, sila berhati-hati sebelum anda klik dan ikut arahan pada link itu sebab benda tu sebenarnya bukan kawan kita yg tulis (even rupa post tu mcm kawan kita tu yg buat). 
Bukan tak boleh klik... tapi kalau boleh, pastikan ia dari sumber yg boleh dipercayai dan yg penting, pastikan PC anda lengkap dengan software2 Internet Security.

Haa... mcm mana sy tahu?... sebab sy juga pengguna Facebook seperti anda. (ceh... mcm iklan stesen minyak pulak)

Aritu, sy pun dapat link yg sama... tapi sy x buat pada profile sy la... sy buat pada profile satu lagi... eh? sy ada profile lagi satu?... haha... jgn risau... sy tak buat pedajal orang pun... sy just guna untuk test application2 dalam FB ni aje... :)

Ok2... berbalik pada crita tadi... dah dapat link tu, mcm biasa, sy try la kat profile lg satu tu... bila tekan link pada post tu, dy bawak kita kepada blog yg berkenaan.

Ok... serius entah kenapa smalam sy gatal sangat nak ikut apa yg dy tulis... dalam blog tu, dy suruh kita copy script yg diberi dalam kotak tu, pastu paste kat address bar pada browser kita. Sy pun ikut la... time tu sy x pakai Google Chrome, tapi sy guna Mozilla Firefox. Then tetiba dy keluar popup message tertulis Application sedang didownload (mcm tu la maksud ayat tu lebih kurang tapi ayat tu dalam BI la)... eh, download apa pulak nih?? Sy jadik pelik la...

Then seperti mana dalam gambar tu, dy suruh kita pilih server kn? Sy pun tekan la server 1... lama gila nk tunggu nk keluar mcm iklan tapi x keluar. Pastu tetiba software Kaspersky sy ni bg warning message, ada detect ape ntah. Hambik kau...

Dan pagi tadi, sy try log in facebook rahsia sy tu... mula2 yg sy prasan ialah, FB ni dah terlog out sendiri (sedangkan selalunya memang sy buat keep log in). Dan dy tulis mcm ni (klik gambar sekiranya kurang jelas):


Terpaksa la sign in FB ni pakai Internet Explorer yg sy x berapa gemar tu. Keluarlah page mcm ni:


Pastu tekan Get Started tu, keluar mcm ni. Dy bagi pilihan sama ada nak download McAfee atau kita nak scan sendiri PC kita guna software sendiri.


Disebabkan sy dah ada software Internet Security sendiri, jadi sy pilih yg bawah tu ( I'll remove the infected files without help).

Dah dapat log in, satu lagi kejutan... rupanya aplikasi tu dah membuat banyak wall post seperti dalam gambar atas tadi pada wall kawan2 sy yg entah sape sy add tu... nasib baik x ramai friends. Ish3...

So kesimpulannya, berhati-hatilah sentiasa semasa melayari internet. Mybe ada sesetengah orang cakap dengan bangganya: "Alah... laptop aku xpayah ade antivirus pun boleh bukak internet tau... xde hal pon"... kah3... time x kena boleh la korang cakap cmtu... nanti dah terkena baru tahu... time tu nanti aku gelakkan je korang... keh3... :P

No comments: