Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, July 10, 2011

Kisah lelaki tua itu..

Sekarang jarang dapat update blog.. jarang ada idea untuk update entri baru.. tapi hari ini saya nak kongsi apa yang saya perhatikan tadi.

Rutin mingguan saya, naik bas ulang alik dari Batu Pahat - Tangkak - Batu Pahat.

Petang tadi, saya mengulangi lagi rutin itu. Macam biasa, saya naik bas jam 3.10 petang dari Tangkak ke Muar.

Entah kenapa, hari ini bilangan penumpang agak ramai. Mungkin sebab hujan baru berhenti, jadi penduduk baru mula berpusu-pusu keluar ke pekan. Seperti mana beberapa penumpang lain, saya pun terpaksa berdiri sekali.

Saat ini, pandangan saya tertumpu kepada seorang lelaki tua yang berdiri sebab tak dapat tempat duduk. Pada agakan saya, umurnya dalam lingkungan 60 tahun lebih, berbangsa melayu. Rambutnya dah putih menandakan usia yang dah lanjut.

Bas mula bergerak. Setiap kali bas melalui selekoh, pakcik tu macam nak jatuh je. Kesian sangat. Tak ada sesiapa yang nak menolong. Saya berdiri agak jauh di belakang, jadi tak ada apa yang dapat saya tolong.

Setiap kali bas berhenti, matanya melilau mencari tempat duduk yang kosong. Ada kala pandangan kami bertemu. Dari pandangan mata tu saya tahu dia mengharapkan agar ada insan yang sudi berikan tempat duduk kepada dia. err.. saya memang mudah tersentuh dengan keadaan macam ni.

Apa yag saya kesal, tak ada seorang pun yang sudi beri tempat duduk kepada pakcik ni. Sedangkan kebanyakan penumpang yang duduk adalah anak muda yang lebih kuat untuk berdiri.

Sesekali, kita kena bayangkan macam mana situasi kita, andai kata suatu hari nanti kita ditakdirkan berada di tempat pakcik itu. Mungkin, bila berbicara mengenai hal ini, saya boleh kata,

"cuba bayangkan kalau orang tua itu ialah ayah anda, dan orang lain tak mahu beri tempat duduk kepada ayah anda.. apa yang anda rasa?" .. 

tapi kemungkinan besar, kebanyakan daripada kita tak dapat membayangkan ini. Mungkin anda akan berkata,

"ah.. tak mungkin lah ayah aku akan naik bas".. 

kenapa?.. Sebab kebanyakan kita mempunyai kereta. Lihat sahaja rakan-rakan saya kat IPG ni, rata-ratanya ialah orang berada. Pakaian semuanya berjenama. Makan mahu tempat yang istimewa. Kereta ada lebih satu sampaikan boleh bawa sebiji datang ke IPG. Mungkin, ibu bapa kita tak perlu naik bas seperti pakcik itu.

Tapi cuba bayangkan kalau anda sendiri yang suatu hari nanti menghadapi keadaan seperti ini. Ya.. masa depan tak boleh dijangka.. mungkin anda sendiri suatu hari nanti, di masa tua anda, terpaksa menaiki bas. Dan anda dikelilingi anak-anak muda yang seronok bergurau senda di tempat duduk masing-masing tanpa ada seorang pun yang mempedulikan anda.. sedangkan usia anda ketika itu sudah lanjut dan tak mampu berdiri.. sukar bukan untuk dibayangkan?.. tapi cuba lah..

Akhir kata, ringan-ringankan lah punggung anda untuk memberi tempat duduk kepada insan yang lebih memerlukan. Mana tahu, suatu hari nanti kita pula yang akan menghadapi perkara seumpama ini. InsyaAllah, anda akan memperolehi ganjaran pahala dan keberkatan daripada amal kebaikan yang anda lakukan itu. =)

2 comments:

^^Nur Izat^^ said...

ak slalu amek lgkah selamat.. x pnh duduk dlm lrt sbb tkut nt serba slh lau org tua yg lain msuk dan dorg b'diri... huhuhu.. err.. mcm tu boleh x? huhu

Srikandi Cinta said...

Syukur Alhamdulillah bila kita masih lagi ada "hati" untuk merasa simpati.. simpati itu lambang kita punya kesedaran dan prihatin pada sesetengah perkara.. contoh macam kisah yg diceritakan di atas :)

Orang yg berilmu mungkin bersepah sekarang, namun nak cari orang yg beradab, tinggi budi bahasa dan prihatin terhadap persekitaran kita memang susah.

Moga kita tak tergolong dalam kalangan orang yang buat "tak kesah" je dengan mereka yg memerlukan.. akhir kata *pinjam ayat tuan blog* ringan2kan lah punggung untuk beri tempat duduk pada insan yg memerlukan :)