Untuk pengetahuan, dadih juga merujuk kepada susu sapi yang diperam dalam bekas buluh. Entah apa la rasa dia..(tak dapat nak bayangkan). Tapi benda alah kat bawah ni pun dipanggil dadih jugak.
Ni dadih moden. |
Ni bahan-bahannya:
Serbuk dadih tu tak kisah nak guna jenama apa pun. Antara jenama yang terkenal ialah NBI, Nona dan jenama Happy Grass yang saya guna ni. Jenama ni ada banyak jenis perisa, contohnya durian, coklat, cappucino, strawberry, mangga dan lain-lain. Jangan risau, produk ni ada sijil halal. Kalau tak percaya boleh search kat halal.gov. =)
Kaedah bagi setiap jenama ni lebih kurang sama je (kat belakang bungkusan pun ada tulis stepnya secara ringkas). Jom! =)
Dalam bungkusan serbuk dadih ni ada 2 benda: Serbuk dadih dan gula buah.
Mula-mula, panaskan 3000 ml air dalam periuk tadi. Kalau tak reti nak anggar 3000 ml tu, boleh guna botol air mineral 1500 ml, tuang 2 kali.
Guna api kecik pun takpe. Jimat gas. =) |
Anggaran 100 gram sama dengan 2 senduk besa ni. |
Err.. jangan masukkan tin ye.. masukkan susu je.. =p
Lepas tuang, sila godak sekejap. |
IKLAN : Nasi lemak surau. sedap. =) |
Dah mendidih. Sila padamkan api. |
Lepas dah padamkan api, godak air tu lebih kurang 5 ke 7 minit..
Masukkan serbuk dadih segera (yang besar) sambil godak lagi. Jangan tuang sekaligus sebab nanti berketul.
Slow and steady. |
Godak dengan penuh kasih sayang. |
Bila dah larut, masukkan gula buah (bungkusan kecil). Godak lagi.
Dah siap. Tunggu sejuk sikit sebelum tuang ke dalam acuan.
Kalau nak dadih cantik, tuang perlahan-lahan. Kalau tuang dengan brutal dan sadisnya, nanti dadih berbuih. Bila sejuk nanti permukaan dadih tu berkawah macam bulan.
Acuan ni tak kisah nak buat bentuk apa pun. Kat rumah ni memang senang guna bekas besar-besar macam ni. Nanti bukak satu bekas, pastu makan ramai-ramai, baru sedap!.. =)
Ni berbuih sebab tuang dengan brutal. |
6 comments:
as salam..
gula buah tu gula ape?
Terima kasih banyak2. Post ni bagi instructions sgt detail plus ada gambar. Sangat2 membantu. Dah tengok banyak blog, pahtu try buat sekali, tak jadi. Pahtu terjumpa blog ni, try terus jadi.
Awesome!
Larh. Gula buah ad dlm tu ke. Adess. Xpernah buka lagi plstik nya. Haha. Ok tq.
Tq info
Sy buat dadih instant ni... Malangnya dia jadi macam air. Tekstur dia tak menjadi separa pejal.. Apa salah saya ye? Saya cuma Kurangkan gula drpd sukatan yg dicadangkan je.. Sbb xnak terlalu manis... Lg 1...air tak mnggelegak..sy masuk je semua.. Kacau smpai hancur... Tak kan sbb air tak mnggelegah dadih tak jadi kot.. Sebelum ni sy buat xpnh tak jadi... Smpai pejam mata pun jadi dadihnya... Mohon komen..
Kak Jell, bila dah siap buat semua ni, kena biarkan sejuk. Lepas tu, baru dia jadi pejal.
Maksud akak yang menggelegak tu, lepas masukkan susu cair ya? Perlu juga, tapi jangan menggelegak sangat sebagai takut susu pecah. Cukup sekadar menggelegak sikit, pahtu mati api.
Post a Comment