Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, October 28, 2011

Dadih Moden


Untuk pengetahuan, dadih juga merujuk kepada susu sapi yang diperam dalam bekas buluh. Entah apa la rasa dia..(tak dapat nak bayangkan). Tapi benda alah kat bawah ni pun dipanggil dadih jugak.
Ni dadih moden.
Sejujurnya, kalau nak search cara buat dadih ikut teknik tradisional, memang saya tak reti. Zaman sekarang dah moden, orang buat dadih guna serbuk segera je. Mesra, cepat dan betul. =)

Ni bahan-bahannya:

Serbuk dadih tu tak kisah nak guna jenama apa pun. Antara jenama yang terkenal ialah NBI, Nona dan jenama Happy Grass yang saya guna ni. Jenama ni ada banyak jenis perisa, contohnya durian, coklat, cappucino, strawberry, mangga dan lain-lain. Jangan risau, produk ni ada sijil halal. Kalau tak percaya boleh search kat halal.gov. =)

Kaedah bagi setiap jenama ni lebih kurang sama je (kat belakang bungkusan pun ada tulis stepnya secara ringkas).  Jom! =)

Dalam bungkusan serbuk dadih ni ada 2 benda: Serbuk dadih dan gula buah.
Mula-mula, panaskan 3000 ml air  dalam periuk tadi. Kalau tak reti nak anggar 3000 ml tu, boleh guna botol air mineral 1500 ml, tuang 2 kali.
Guna api kecik pun takpe. Jimat gas. =)
Bila air dah panas, masukkan 100 gram gula tebu (gula pasir la tu). Godak sampai larut.
Anggaran 100 gram sama dengan 2 senduk besa ni.
Masa air dah nak dekat mendidih, masukkan susu sejat. 1 tin (400 ml) untuk satu bungkus.

Err.. jangan masukkan tin ye.. masukkan susu je.. =p
Lepas tuang, sila godak sekejap.
Biarkan sampai mendidih. Sementara tu kita makan dulu. =p
IKLAN : Nasi lemak surau. sedap. =)
Alamak.. tak perasan air dah mendidih lama. Cepat-cepat padamkan api.
Dah mendidih. Sila padamkan api.
Oh.. tidak.. dah terlampau banyak buih. Godakkan dengan perlahan untuk hilangkan buih yang tepu tu.

Lepas dah padamkan api, godak air tu lebih kurang 5 ke 7 minit..

Masukkan serbuk dadih segera (yang besar) sambil godak lagi. Jangan tuang sekaligus sebab nanti berketul.
Slow and steady. 
Sambil godak tu sambil seretkan senduk ke dasar periuk. Kalau masih ada rasa mcm pasir-pasir kat bawah tu maksudnya belum larut la tu.
Godak dengan penuh kasih sayang.
Jangan godak laju-laju. Buat dengan perlahan, lemah lembut serta gemalai. kalau tidak nanti berbuih. Nanti dadih tak cantik.

Bila dah larut, masukkan gula buah (bungkusan kecil). Godak lagi.
Dah siap. Tunggu sejuk sikit sebelum tuang ke dalam acuan.

Kalau nak dadih cantik, tuang perlahan-lahan. Kalau tuang dengan brutal dan sadisnya, nanti dadih berbuih. Bila sejuk nanti permukaan dadih tu berkawah macam bulan.
Acuan ni tak kisah nak buat bentuk apa pun. Kat rumah ni memang senang guna bekas besar-besar macam ni. Nanti bukak satu bekas, pastu makan ramai-ramai, baru sedap!.. =)
Ni berbuih sebab tuang dengan brutal.
Dah siap. Tunggu sejuk sikit dan masukkan dalam peti sejuk.

6 comments:

Anonymous said...

as salam..
gula buah tu gula ape?

Ayu said...

Terima kasih banyak2. Post ni bagi instructions sgt detail plus ada gambar. Sangat2 membantu. Dah tengok banyak blog, pahtu try buat sekali, tak jadi. Pahtu terjumpa blog ni, try terus jadi.
Awesome!

ms_ell said...

Larh. Gula buah ad dlm tu ke. Adess. Xpernah buka lagi plstik nya. Haha. Ok tq.

Asri ali gur said...

Tq info

Kak jell said...

Sy buat dadih instant ni... Malangnya dia jadi macam air. Tekstur dia tak menjadi separa pejal.. Apa salah saya ye? Saya cuma Kurangkan gula drpd sukatan yg dicadangkan je.. Sbb xnak terlalu manis... Lg 1...air tak mnggelegak..sy masuk je semua.. Kacau smpai hancur... Tak kan sbb air tak mnggelegah dadih tak jadi kot.. Sebelum ni sy buat xpnh tak jadi... Smpai pejam mata pun jadi dadihnya... Mohon komen..

Ayu said...

Kak Jell, bila dah siap buat semua ni, kena biarkan sejuk. Lepas tu, baru dia jadi pejal.
Maksud akak yang menggelegak tu, lepas masukkan susu cair ya? Perlu juga, tapi jangan menggelegak sangat sebagai takut susu pecah. Cukup sekadar menggelegak sikit, pahtu mati api.