Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, June 6, 2011

Isu Secret Recipe | Rasa terpanggil nak tulis

Baru-baru ni tersebar berita mengenai pengharaman Secret Recipe dan penarikan sijil halal daripada syarikat tersebut. Menurut berita tersebut, penarikan sijil berkenaan berpunca daripada penemuan DNA khinzir (atau bahasa sedapnya, babi) dalam produk Secret Recipe. Saya jugak menerima beberapa e-mail mengenai pengharaman ni menyebabkan saya terpanggil untuk menulis entri ni.


*Sebelum anda membaca entri ini dengan lebih lanjut, saya nak beritahu bahawa anda perlu mempunyai kepercayaan kepada JAKIM. Sebabnya kalau anda tak percaya kepada JAKIM, saya pasti anda takkan dapat terima apa yang saya tulis di sini. Sekian dimaklumkan. =)


Kepada anda yang terlanding di page ini, minta maaf. Saya bukan dari JAKIM. Saya bukan cerdik pandai. Saya bukan pelajar universiti yang membuat pelbagai kajian. Saya juga bukan pelanggan setia Secret Recipe seperti yang anda sangkakan. Malahan saya tak pernah umur pun menjejakkan kaki, apatah lagi menikmati makanan dari Secret Recipe ni. Saya cuma ingin berkongsi apa yang telah saya dapat daripada carian saya selama ini semenjak isu ini tersebar.


Sebenarnya, apabila menerima hebahan seperti ini, apa yang kita perlu buat ialah mencari maklumat-maklumat lain. Jangan cuma bergantung kepada satu-satu laman web sahaja. Walaupun laman web yang anda baca tu berunsurkan Islamik seperti page yang saya cerita dalam entri sebelum ini, namun belum tentu apa yang tertulis itu boleh dipercayai seratus peratus. Pergilah rujuk kepada laman-laman web lain yang boleh dipercayai. Saya percaya anda semua ada kebolehan untuk bezakan yang mana betul dan mana salah kan? Tentu anda boleh bezakan sumber mana yang lebih dipercayai.

Setelah melakukan pelbagai carian di internet, saya telah mendapat pelbagai maklumat dan akhirnya saya menyimpulkan bahawa berita mengenai Secret Recipe haram ni adalah PALSU. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tak pernah tarik balik sijil halal syarikat Secret Recipe. Tak percaya?.. sila buka laman web http://www.halal.gov.my/ . Di situ ada status bertarikh 1 Jun 2011 yang memberitahu bahawa Rangkaian Cafe Secret Recipe merupakan pemegang sijil halal Malaysia yang sah iaitu bermula 1 Mei 2009.



Tak cukup besar? Nah.. baca ni:




Tak puas hati lagi? Nah.. ni keputusan carian saya kat laman web halal.gov:
http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe


Untuk pengetahuan, isu Secret Recipe haram ni bermula daripada salah faham pembaca terhadap artikel bertarikh 17 Mei 2011 dalam laman web Harian Hullahup. Dan disebabkan keghairahan masyarakat untuk berkongsi sesuatu tanpa mengkaji dan melakukan kajian secara menyeluruh, maka berita ni tersebar dengan meluas walaupun tak sampai sebulan lagi. Artikel yang telah menimbulkan salah faham itu ialah artikel Harian Hullahup yang boleh dibaca di laman web ini:
http://harian-hullahup.blogspot.com/2011/05/hulla-haram-dna-babi-dalam-bahan-buat.html


Hakikat sebenarnya ialah, penulis laman web tersebut tak berniat untuk mengatakan Secret Recipe itu haram. Penulis tersebut juga telah menerangkan kembali keadaan sebenar di mana beliau tiada niat untuk mengatakan Secret Recipe haram:
http://harian-hullahup.blogspot.com/2011/05/hulla-confirm-maklumbalas-dari-secret.html



So, kalau orang yang mula-mula tulis pun dah terangkan kenyataan, kenapa orang yang menyebarkan tu tak mahu terima?



Jika kita mengunjungi laman web halal ( http://www.halal.gov.my/ ) dan menaip Secret Recipe pada direktori halal di situ, keputusan carian akan memaparkan dua produk yang telah ditarik balik sijil halalnya.


Produk-produk berkenaan ialah:

1 : Talento Brownies Concentrate Secret Recipe Brand
2 : Talento Cake Concentrate Secret Recipe Brand



Produk ini yang menimbulkan salah faham masyarakat. Produk-produk tersebut merupakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd. Walaupun terdapat nama Secret Recipe dalam nama produk tersebut, namun itu hanyalah nama umum dan TIADA KENA MENGENA dengan syarikat Secret Recipe. Syarikat Secret Recipe juga TIDAK menggunakan produk-produk berkenaan di dalam menu-menu mereka.


Tengok balik nama syarikat pemilik produk tersebut:



Kedua-dua produk berkenaan ialah milik syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd. Jadi tidak ada isu yang mengatakan Secret Recipe cuba untuk membela diri. Secret Recipe juga ada keluarkan kenyataan mengenai isu ni. Kenyataan Syarikat Secret Recipe itu boleh dilihat di laman web berikut:
http://www.facebook.com/SecretRecipeMsia






Sekadar penambahan. Untuk maklumat, pihak Puratos juga tidak sengaja dan tak menyedari bahawa produknya mempunyai jejak DNA haiwan comel tu. Ia berpunca daripada 2 bahan mentah yang digunakan dalam produk mereka iaitu Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder. Bahan mentah berkenaan diimport daripada pembekal dari Denmark dan New Zealand. Kenyataan daripada Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, iaitu pemilik dua produk yang sijilnya ditarik balik itu boleh dibaca di sini:
http://www.puratos.com.my/webStatement.htm

Jadi sepatutnya isu ini perlu ditamatkan segera kerana akan menjejaskan perniagaan Syarikat Secret Recipe dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. =)


Anyway, jika anda ada sebarang pandangan atau cadangan, amatlah dialu-alukan di ruangan komen ye.. tapi mintak tolong gunakan bahasa yang baik, jangan suka nak maki je.. =)



4 comments:

Neechee ^_^ said...

tak habis2 pasal secret recipe . ish ish ish .

Hazman Amini said...

Saje je tulis sebab ramai x tahu kisah sebenar.. :)

iron-ejan said...

betul bro..biasa org ni baca tak abes pastu terus je sebar citer dengan tokok tambah citer...jadi la bende2 yg x elok...kdg2 menyusahkan org.

Hazman Amini said...

@ Iron-ejan:

Betul tu.. bila dah tokok tambah tu yg jadi makin teruk situasinya.. sepatutnya orang2 mcm ni kena ada kesedaran supaya x sewenang-wenangnya sebarkan berita yg belum tentu sahih.. :)