Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, June 4, 2011

Buat page ilmiah tapi tak nak terima pendapat.. apa kes?

Entri ni ditujukan khas kepada mereka-mereka yang pernah atau akan create sebarang page di Facebook. Terutamanya kepada admin page ini.

Untuk menjadi seorang admin page di Facebook, sebenarnya anda perlu mempunyai kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dengan baik. Buat page bukan sekadar buat dan tulis sesuka hati anda. Anda perlu bersedia untuk menerima pandangan dan kritikan, terutama sekali apabila anda mewujudkan page ilmiah seperti page tersebut. Anda kena ada kesabaran yang tinggi. Sekali sekala anda kena ambil kira pandangan orang lain juga, bukan setakat menulis pendapat anda dan menyuruh pembaca menerima "fakta" anda tu bulat-bulat.

Saya tabik dengan Admin page Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad).. walaupun setiap hari banyak kritikan-kritikan daripada pengguna perkhidmatan KTM Antarabandar dan Komuter, namun mereka masih mampu jawab dengan sabar dan menerangkan apa yang patut. Walaupun dikritik berkali-kali, walaupun orang yang sama yang mengkritik, tapi mereka fikir jauh. Mereka tak remove pun insan-insan tersebut. Sepatutnya admin page yang saya nak cerita ni mencontohi admin KTM Berhad ni. Macam mana la admin kepada page yang berunsur Islamik mempunyai tahap kesabaran yang lebih rendah daripada admin page yg xde nama Islamik..

Serius saya kesal dengan sikap admin page tersebut. Petang tadi, saya join page tersebut untuk memberi pendapat dalam salah satu postnya mengenai Secret Recipe yang diharamkan. Malas nak cerita panjang, berikut ialah apa yang saya lalui dengan page tersebut.

Page berkenaan telah menyiarkan satu foto mengenai Secret Recipe, dan mereka meletakkan komen seperti ini:


Untuk makluman semua, produk nombor 12 dan nombor 13 yang ditarik balik sijil halal tu bukan produk daripada Secret Recipe (nanti saya jelaskan kemudian).. masa saya sampai kat page tu, dah ada pengunjung yang komen di situ seperti berikut:


Lalu saya terpanggil untuk kongsi pendapat saya. Saya pun komen seperti berikut:


Seterusnya, lagi pengunjung datang memberikan pendapatnya:


Lalu komen-komen kami tadi dibalas oleh Admin page tersebut dengan tulisan HURUF BESAR. Tahu kan maksudnya? Maksudnya admin tu marah la tu bila kami bagi pendapat masing-masing. Dah le eja nama saya pun salah. Sengal punya admin. Ni komen admin tersebut:


Sampai sini, saya dah start pelik. Bila masa pulak saya cakap admin ni cipta sendiri senarai tu? Bila masa pulak saya kata admin tu 'Hentam Cromo'? Bila masa pulak saya kata admin ni nak menjatuhkan seseorang atau sesebuah syarikat?

Lalu saya reply dengan mesej aman seperti berikut:


Sebenarnya lepas komen saya ni, dua orang yang komen selepas saya tu ada komen lagi. Tapi saya tak sempat buat print screen.. ini pun saya sempat selamatkan sebab yang seterusnya saya refresh dalam tab baru..

Selepas daripada komen tersebut, komen-komen saya dan dua orang tersebut serta-merta tiada lagi dalam page tersebut. Dan yang paling mengejutkan, bukan sahaja komen kami di-remove, malah kami pun di-remove dari page tersebut. Dan seterusnya, admin buat post baru kat wall diorang. (saya masih boleh tengok sebab diorang just remove je dan tak block saya).


Kesimpulannya, admin page ni memang tak boleh dibawa berbincang dan hanya nak orang dengar dan terima pendapat mereka sahaja. Dan mereka komen lagi yang saya pasti ditujukan kepada kami yg memberi pendapat tadi.


Saya tak menahan bila baca komen yang kedua tu:

"Bila tahap kesabaran ketua Admin I/II memuncak, bila semua admin dituduh sengaja menjatuhkan nama secret recipe"


Di sini timbul beberapa lagi persoalan. Adakah dengan memberikan pendapat tadi menyebabkan tahap kesabaran ketua Admin I/II memuncak? Salahkah kami memberikan pendapat? Atau memang pengunjung page tersebut tak dibenarkan memberikan pendapat? Dan siapa pulak yang tuduh admin sengaja menjatuhkan nama Secret Recipe?

KEPADA ADMIN-ADMIN PAGE TERSEBUT (saya tahu ada lebih dari seorang admin), andainya anda membaca entri ni, anda perlu sedar anda tu buat page berunsurkan ilmiah. Page anda akan jadi rujukan ramai orang. Dan page seperti ini akan ada sahaja orang yang mahu memberi pendapat mereka. Saya juga mahu admin jelaskan kepada saya beberapa perkara:

1: Bila masa pulak saya kata admin ni cipta sendiri senarai tu?
2: Bila masa pulak saya kata admin tu 'Hentam Cromo'?
3: Bila masa pulak saya kata admin ni nak menjatuhkan seseorang atau sesebuah syarikat?
4: Bula masa saya kata admin ni dibayar untuk menjatuhkan sesebuah syarikat?
5: Kenapa admin nak marah pulak bila kami kongsikan pendapat kami?

Untuk pengetahuan admin tersebut (kalau mereka baca la), saya bukannya kata admin cipta sendiri senarai tu. Saya pun tahu senarai tu betul sebab saya pun selalu keluar masuk ke page tersebut. Apa yang saya cuba jelaskan ialah, produk nombor 12 dan 13 tu (produk dari Puratos) tak ada kaitan dengan Secret Recipe Sdn Bhd... Saya tahu, admin tu mesti salah faham dan sangka saya kata produk nombor 12 dan 13 tu takde dalam senarai JAKIM kan?

DAN UNTUK PENGETAHUAN ADMIN JUGA, SAYA TAK PERNAH JEJAK PUN KAKI SAYA KE MANA-MANA CAWANGAN SECRET RECIPE. Jadi macam mana admin boleh kata saya hentam admin kerana nafsu saya yang sukakan produk tersebut? Admin oh admin.. cubalah berfikir dengan lebih matang dan teratur. Kalau Admin boleh kata ADMIN TAK DIBAYAR 1 SEN PUN UNTUK JATUHKAN SESIAPA, saya pun boleh katakan yang SAYA TAK DIBAYAR WALAU SETENGAH SEN PUN UNTUK MENYOKONG SECRET RECIPE.

Mungkin admin ni salah faham kat saya. Sebenarnya komen saya tu nak menerangkan mengenai sistem search box tu.

Untuk pengetahuan admin dan semua, bila kita search kat search box tu, sistem tersebut akan mencari segala produk yang mempunyai perkataan yang kita taip tu walaupun tak ada kena mengena dengan apa yang kita cari. Bila kita taip Secret Recipe, memang produk keluaran Puratos tu akan tersenarai sekali walaupun ia tak ada kaitan dengan Restoran Secret Recipe. Sebab apa?.. sebab ada perkataan 'secret' dan perkataan 'recipe' dalam nama produk tersebut. Tapi tak semestinya ada kaitan dengan Secret Recipe yang sebenar. Sistem komputer tu tak dianugerahkan akal seperti manusia untuk bezakan yang mana betul dan yang mana salah. Dia just display apa yang match dengan carian kita je.

Serupa juga kalau kita taip perkataan 'ayam'. Dalam senarai akan keluar pelbagai produk seperti "Ayam Pertiwi", Ayam Goreng Berempah pelbagai jenama, malahan produk yang takde kaitan dengan ayam pun akan tersenarai, contohnya IKAN SARDIN DALAM TIN jenama Ayam Brand dan BERAS SIAM WANGI cap Ayam Belanda 50kg... see?.. nampak kan takde kaitan?

Sama juga kalau kita pergi kat Google dan taip sesuatu.. Gunung Banang contohnya.. akan tersenarai banyak laman web.. bukan setakat info mengenai Gunung Banang, malahan lirik lagu Gunung Banang nyanyian Sharifah Aini pun akan tersenarai sama tau walaupun tak ada kaitan dengan Gunung Banang yg kita nak cari tu..

Serius, ni page paling pelik yang pernah saya masuk.. harap admin tu sedar diri sikit..

4 comments:

fatehana aduka said...

terbaiklah abang man! hikhik...berani kerana benar ye man.

Hazman Amini said...

Sakit hati dowh jumpa admin mcm ni.. kalau ikutkan hati nak je aku tulis nama page dia besar2 kat sini.. haha..

Cik P said...

huhuhu...terbaekkk!!! la man... tulis je la nama page tu.. :P

Hazman Amini said...

Kak Ara - Huhu.. tak boleh tulis.. nanti kalau orang search kat Google, dia redirect ke sini nnti.. takut jadi masalah lain pulak.. huhu.. kalau nak tengok page pelik tu, boleh tekan link kat awal entri.. :D