Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, May 28, 2011

Rindu Kawanku

 Tentunya, jika ku mencuba,
 Dengan lebih daya,
 Mungkin ku di situ,
 Bersama denganmu,

 Cerita yang ku tahu,
 Kau berjaya di dalam hidupmu,
 Namun dikau jauh jauh dariku,
 Aku rindu...,

 Pada waktu kecil mungkin kau lupa,
 Berlari bersama pinggiran desa,
 Larianmu larianku sama laju,
 Dikau kawanku,

 Dalam pondok kecil kita berteduh,
 Setelah gerimis malam berlabuh,
 Dalam tangis ku jua tangis mu,

 Masa telah berubah ,
 Dan kita telah lama terpisah,
 Degup jantungku,
 Hanya menyatakan,
 Aku rindu,
  
 Pada waktu kecil mungkin kau lupa,
 Berlari bersama pinggiran desa,
 Larianmu larianku sama laju,
 Dikau kawanku,

 Dalam pondok kecil kita berteduh,
 Setelah gerimis malam berlabuh,
 Dalam tangis ku jua tangis mu,

 Dalam pondok kecil kita berteduh,
 Setelah gerimis malam berlabuh,
 Dalam tangis ku jua tangis mu,

 Masa telah berubah,
 Dan kita telah lama terpisah,
 Degup jantungku,
 Hanya menyatakan,
 Ku rindu,

Tajuk : Rindu Kawanku
Album : Bukan Qalamaya (2004)
Artis : Maya Karin

*************************************************

Lagu ni ada dimainkan dalam filem Kuliah Cinta (2004), arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.. saya taknak hurai lagu ni rangkap demi rangkap macam huraikan literature.. tapi ringkasnya, ia lagu yang best dan mampu menyentuh perasaan saya, especially for the first and the second stanza.. yup.. rasanya korang pun faham kan.. maksudnya, kalau masa SPM dulu saya belajar betul2, mungkin sekarang ni masuk universiti yang sama macam si dia.. ah.. lupakan.. masa yang berlalu tak baik dikesalkan..

Lagu ni mungkin tak berapa famous sebab bila saya search kat encik Google, kebanyakannya just tulis lirik sahaja.. tak banyak link download yang wujud.. saya download lagu ni dari laman 4shared.com beberapa bulan lepas, tapi tadi bila saya cari semula untuk buat link kat sini, dah takde lagu ni kat sana.. =)

No comments: