Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, May 7, 2011

Trip to Pahang - 29 April 2011

Hari Sabtu ; 29 April 2011. Saya  berkesempatan ikut mak saya ke Pahang. Ini kali ketiga saya masuk ke negeri Pahang.. kali pertama masa pegi Triang, tak ingat tahun bila ntah.. kali kedua saya pergi rumah kawan kat Triang jugak, tapi naik kereta api - rujuk entri terdahulu..  (ceh..nama je negeri jiran.. tapi baru tiga kali masuk)..

Felda Residence Tekam. Sumpah sebelum ni saya tak pernah dengar nama tempat tu. Korang yang membaca ni pun mesti ramai yang tak pernah dengar kan?.. tapi pernah dengar tak nama Pusat Penyelidikan Pertanian Tun  Razak?


Felda Residence Tekam ni terletak dekat Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak ni (atau mungkin merupakan tempat yang sama sebab dalam satu kawasan). Ia terletak kat utara Jengka, Pahang.

Klik untuk gamba yang lebih besar.. =)

Saya tak tahu nak cerita apa pasal Felda Residence Tekam ni sebab saya pun ada kat sana 2 hari je.. tak sempat nak explore kawasan tu. Tapi persekitarannya memang cantik. Sesuai untuk percutian semasa musim cuti ataupun ketika Mengambil Cuti (MC).. hehe.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok laman web ni. >Klik sini<

Tujuan kami ke sana sebab ikut mak saya pegi Liqa Kolej Islam Klang.. opss.. bukan saya ye, tapi mak saya.. itu perjumpaan untuk pelajar KIK yang SPM tahun 1977.. wah.. lama sungguh.. :)


Perjalanan mengambil masa selama kira-kira 4 jam dari Tangkak ke sana melalui Ayer Kuning Selatan - Bahau - Temerloh - Jengka (5 jam la siap berhenti makan n solat). Itu pun mengekor entah berapa banyak treler dan lori-lori yang sarat sampaikan bergerak pun pada kelajuan tak lebih 50 km/j. Jalan berbukit-bukit dan selekoh tajam, susah nak memotong.

nah.. ni first time saya tengok Sungai Pahang depan mata.. besa oo.. =)

Program tu berlangsung selama2 hari satu malam. Sampai je kat sana lebih kurang jam 5 petang, kami terus pegi dewan tempat semua orang berkumpul. Kira dah lambat la tu, ramai orang dah ada kat sana.

Kat sana kitorang menginap kat chalet. Kitorang dapat chalet nombor 34. Cantik chalet ni, pandang dari luar macam rumah asal kat felda-felda. Binaannya dari papan je. Sekitar chalet ni penuh dengan pokok buah-buahan. tapi takde musim time tu, takde la buahnya..


Nampak macam simple. Tapi macam-macam kemudahan disediakan. Ada katil (mesti la), air-cond, ada water heater.. yup.. dua-dua jenis heater ada.. heater untuk masak air ada dan water heater untuk mandi pun ada.. haha.. yang paling best ialah:


Wah.. ada ESPN Sports... yang ni kalau jiran saya tengok mesti dia suka.. haha.. =p

Program bermula pada senja iaitu solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin. Tapi yg ni saya terlepas sebab penat sangat jalan jauh petang tu, sakit pinggang oo.. Huhu..

Malam tu ada majlis kat dewan. Nak cerita pun saya tak tahu sangat. Tapi yang special bila kawan-kawan mak saya yang lelaki pakai baju putih dan seluar putih, siap dengan tie KISAS lagi.. mungkin nak rasa balik zaman sekolah dulu kut.. ahaha..

Lagi special, ada seorang kawan mak saya yang jadi doktor veterinar (alamak, tak ingat nama..), beliau menyumbangkan 2 ekor rusa untuk jamuan malam tu. Daging rusa mahal tau.. kalau nak beli sendiri memang tak mampu la den.. huhu.. =)

Rusa masak black pepper
Rusa salai.. macam stik gitu.. haha.. =)
Sup rusa. =)


Dua gambar yang atas ni cikgu mak saya dulu.. yang kiri tu Pak Soenaria, datang khas dari Indonesia tau. yg kanan tu x ingat nama.. haha..

Ada tayangan gambar kenangan.
Sesi karaoke.. rasa mcm nak join je aritu.. huhu.. =)
Nah..gamba kawan-kawan mak saya.. =)
 Esok paginya, ada acara sukaneka.. tapi sebelum sukaneka, semua salam-salam dulu dengan Pak Soenaria sebab dia nak pegi Bangi sebelum balik ke Indonesia.


Sukaneka ada 5 acara : masukkan air dalam botol, kepit bola kat belakang badan (berdua-duaan la), cari gula-gula dalam tepung, pastu untuk suami isteri ada acara cari isteri masing-masing dengan mata tertutup. Eh.. baru 4.. lagi satu tu acara duduk je.. sorang dari ahli group buat gaya, pastu yang lain kena teka apa perkataannya.



Tiup lagi.. tiup lagi.. =)

Acara teka perkataan.
Majlis penyampaian hadiah.
Masa makan tengah hari tu ada lauk ikan patin masak tempoyak.. sangat sedap!.. tak heran la harga dia mahal (tapi kalau harga sampai RM10000 tu tak logik la).. haha


Sebelum masing-masing balik, semua orang bergambar kenangan dulu.

Gambar beramai-ramai. 
**jangan cari saya dalam gambar tu sebab saya tukang pegang kamera.. huhu~ =)


5 comments:

NARUMI ISOZAKI said...

patotla pelik.. mne la ko ni.. rupenyer cameraman.. hehe.. btw.. aku terliur tgk rusa black pepper tu... wuwuwuwu~~~

Hazman Amini said...

Haha.. nk buat cmne.. kamera x de kaki.. aish.. nk ke?.. ko doakan la aku jadik tan sri ke apa ke.. nnti aku blanje ko.. ahakss.. :)

NARUMI ISOZAKI said...

hehe.. hamboiiiii.. nape nk kne tgu mpi jdi tan sri... skunx pon bleh blanje jugak kan? kan? kan? hahaha

Hazman Amini said...

haha.. sekarang boleh gak.. tapi sate rusa dua tiga batang je la.. sebatang rm1.60.. xmampu aku nk beli sekor.. bankrup beta.. hahaha.. :D

NARUMI ISOZAKI said...

haha... wahhh... dpt sebatang pon dah bersyukur... hehe... ak mkn separuh ekor pon sudah demam.. kalau ko bg sekor,msok icu gaknyer... hoho... :P