Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, February 15, 2011

Way to Triang (I).. =)

First sekali, nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat seluruh Muslimin dan Muslimah. Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga memperoleh keberkatan dan syafaat di akhirat kelak.

Buat pengetahuan, sy sekarang berada kat Triang, Pahang. Saje je jalan-jalan sempena cuti Maulidur Rasul ni. Lagipun dh lama x naek tren, so cuba jugak cari peluang nak naik.

*Pada awalnya plan nak jalan-jalan sampai Lipis. Tapi ada kawan nk balik rumah, so jalan sekali lah.. :)

Petang semalam, sy menumpang kereta seorang kawan, Husna dari Batu Pahat ke Kluang. *Thanks banyak2*.. sampai kat Kluang, terus beli tiket ke Triang. Tapi hari masih petang, so jalan2 kat Kluang dulu.

Kluang Mall.. (^^,)

Isnin - 14 Februari 2011

Jam 2030 malam, saya dan kawan saya, Syarifudin dah terpacak kat Stesen Kereta Api Kluang.


Menunggu waktu ketibaan tren.

Tren ST26 - Ekspres Senandung Timuran
Jadual bertolak  : 14 Februari 2011, 2102 hrs
Jadual ketibaan  : 15 Februari 2011, 0028 hrs
Kelas                : Superior class (Kelas dua)
Tempat duduk   : Koc 4, Seat 15A/B

Ni la tiket kereta api KTM.
Sebenarnya nak naik kelas ekonomi je tapi masa nak beli tiket tu, kelas ekonomi dh habis.

Rupa bentuk tiket pun dah jadi lain. Kalau dulu, tiket kereta api lagi besar daripada duit kertas RM50. Tapi sekarang, tiket ni kecik je, maca separuh duit RM50. Dan tiket sekarang plain je warna putih. Dulu warna biru ada lambang KTM.


Jam 2102, tren yang akan saya naik ke Triang pun tiba.

Ni la gerabak Kelas Dua
Masuk je tren, terus teringat kenangan2 lama masa sekolah kat SMT Johor Bahru dulu. Masa tu, saya sanggup bermalam kat stesen kereta api semata-mata sebab nak naik tren. Huhu..

Opss.. its not my coach.. ahakss.. :P
Seat 15 kat depan pintu. So senang la nak keluar masuk gerabak. Sangat teruja dapat naik tren. Kali terakhir saya naik ialah masa nak pergi UKM tahun lepas. Kiranya ni la first time naik tren ke segmen pantai timur nih.


Ni kat gerabak kantin kereta api.
Kat area Segamat, tren bergerak perlahan sebab trek baru repair lepas banjir aritu. Masa banjir, banyak segmen trek yang rosak akibat banjir.

Tren ni best sangat3 sebab boleh bergayut kat pintu walaupun tren tengah bergerak laju. Tapi sesiapa yang rasa diri dia takde keseimbangan badan dan tak kuat badan, jangan la buat. Jatuh kang sesia je.. takde nye tren tu nak berenti jemput korang balik.

Melayan memori di angin malam.
Tren tengah berhenti kat Stesen Bahau
Disebabkan banyak kawasan trek yang baru repair, jadi tren tiba lewat sejam daripada waktu yang dijadualkan. Kitorang sampai kat stesen Triang pada jam 0150 lebih kurang.

Platform x cukup panjang. Kena turun kat tepi semak. Haha..
Stesen KTM Triang

*Hari ni naik tren lagi.. ST15 - Ekspres Sinaran Timur dari Triang ke Kluang. =)

No comments: