Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, February 13, 2011

Perjalanan hari ni:

Naik bas dari Tangkak ke Muar. Puas berangan2 sambil layan lagu sepanjang perjalanan, akhirnya sampai kat Muar. Turun kat stesen bas Bentayan. Masa nak turun dari bas tu, rasa poket macam kosong je. Sempat jugak saya toleh kat kawan saya kat belakang. Saya tanya, "Wani, tengokkan kat seat aku ada dompet tak?". Dak Wani cakap xde. Dalam fikiran saya masa tu, "ala, dalam beg laptop la tu". Saya terus turun dari bas tu. Dah sampai bawah, tetiba teringat, saya takde masukkan dompet dalam beg. Terus saya letak semua barang atas jalan, kejar balik bas yang hampir bergerak tu. Rupanya dompet jatuh kat bawah seat. Serius cuai.. (-.- !)

Pergi kaunter Orkid Ekspres, letak beg baju kat tepi tiang jejantas depan kaunter. Abang kaunter tu kata, bas Batu Pahat kena tunggu bas sampai baru boleh beli. Ceh.. selalu aku beli awal takde hal pun.. haiyaa..  bosan punya pasal, saya lepak kat depan kaunter kosong, menghadap tempat saya letak beg tadi. Tetiba, ada sorang abang ni jerit2, "Batu Pahat.. Batu Pahat..".. kawan saya dh berkejar ke arah bas.. rupanya kena tumpang bas ekspres dari Kuantan ke Batu Pahat.. ni la rutin saya tiap2 minggu, dok menumpang dalam bas ekspres.. dah banyak kali kena duk sebelah driver sebab takde seat lain.. 

Nampak kawan saya dh berkejar ke arah bas, saya terus lari ke bas tu. Nasib baik dia perasan saya tak bawak beg. Pastu dia tegur saya tertinggal beg.. kalau tidak memang berkubur la beg tu kena kutip dengan MPM... Haha.. beg gedabak macam tu pun boleh x perasan kan. 

MPM = Majlis Perbandaran Muar

Sampai Batu Pahat, naik bas Causeway Link dari Bus Stand BP ke maktab. Tak mahal, RM1.20 je.. tapi sesaknya berbaloi la dengan harga. Haha.. tengah berangan2, buku nota yg saya pegang jatuh ke bawah seat. Habis berterabur tiket2 yang saya simpan selama ni + duit kertas yang saya selit2 dalam buku tu + 2,3 keping gambar dalam tu.. (dah jadik habit main selit2 duit kertas dan tiket bas yg dh guna dalam buku tu). Tension.. haha..

Moral of the story : jangan kuat berangan.. :)

** saje je cari topik nk update blog nih sebelum meulakan kembali tugas.. hehe.. :)

No comments: