Saya bukan pakar agama. Saya bukan ustaz. Saya bukan profesor (bakal kut.. hi3).. dan saya bukan pak imam. Cuma dalam sesetengah keadaan macam ni, sepatutnya kita berfikir dengan logik dan membuat pertimbangan terlebih dahulu mengenai kebenaran sesuatu itu. Cuba fikir, kalau kita main sebarkan je, pastu benda tu tak betul atau suatu fitnah.. macam mana korang nak tarik balik benda yang korang sebarkan tu?.. haa.. jawab... jawab..
Saya tak nak celoteh panjang pun sebenarnya. Cuma baru-baru ni, sy terperasan beberapa kawan2 saya share satu link kat Facebook satu notes mengenai penggunaan perkataan "Salam". Tajuk notes tu ialah "Jangan Gunakan Perkataan Salam".. mintak maaf, saya lupa nak buat print screen pada notes tu. Saya try cari2 balik tapi x jumpa. So saya search kat Incik Google. Rupanya notes ni dah tersebar kat internet.
Saya bukan nak bangkang seratus peratus apa yang dituliskan dalam e-mel dan notes2 tersebut. Cuma saya agak tak bersetuju dengan "larangan penggunaan perkataan Salam" sebab hujah yang diberikan tak relevan. Ni antara ayat dalam notes dan e-mel tersebut.
Tajuk Nota : Jangan Gunakan Perkataan Salam. -baca tajuk ni pun dah buat saya tak setuju..
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Menurut nota atau e-mel tersebut, ayat yang diambil ialah daripada QS 43:89.. maksudnya surah ke 43 dalam Al-Quran dan ayat tersebut adalah ayat ke 89 dalam surah tersebut. Cuba kita tanya sendiri kepada orang yang buat nota atau e-mel tersebut, apakah nama surah ke 43 tu? Belum tentu mereka tahu kn?
Untuk pengetahuan, surah ke 43 dalam Al-Quran ialah Surah Az-Zukhruf yang bermaksud Perhiasan.
Surah Az-Zukhruf (سورة الزخرف) diturunkan di Makkah, merupakan surah yang ke-43 dalam Al-Quran dalam juzuk yang ke-25, mengandungi 89 ayat. Dinamakan "Az-Zukhruf" (Perhiasan), kerana pada ayat 35 dan ayat-ayat yang terdahulu daripadanya diterangkan perihal kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad(s.a.w.). Mereka mengatakan: sepatutnya jawatan Nabi itu diberikan kepada seorang besar yang kaya raya dan berpengaruh. Bagi menolak hujjah mereka, Allah Taala menerangkan bahawa kekayaan dan kemiskinan tidak boleh dijadikan ukuran bagi darjat seseorang, kerana segala kekayaan dan perhiasan dari emas dan lain-lainnya itu hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia sebaliknya kesenangan hari akhirat di sisi hukum Allah adalah tertentu bagi orang-orang yang bertaqwa.
Pada pendapat saya, orang yang mula-mula buat nota ni tersalah anggap kepada ayat tersebut. Macam mana tak salah anggap, ayat yang diambil pun tak lengkap. Mungkin pada pendapat orang yang buat nota ni, dia fikir ucapan Salam tu adalah ucapan yang tak baik sebab akan membawa keburukan seperti mana dalam ayat ke 89 itu.
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
Mungkin, orang tersebut fikir, ucapan salam akan membawa nasib yang buruk kepada orang yg menerima "Salam" tersebut kerana selepas Nabi Muhammad SAW mengucapkan Salam kepada orang kafir tersebut dan Allah SWT memberitahu mengenai nasib buruk yang akan mereka terima (mungkin la.. saya pun tak tahu apa yg penulis ni fikir sebenarnya)..
Ini lah akibatnya jika kita sekadar mengambil sepotong ayat Al-Quran tanpa merujuk kepada surah itu keseluruhannya.
Sebenarnya kekeliruan itu boleh dielakkan kalau kita baca dan kaji surah tersebut dengan benar dan telus. Pada pendapat saya, orang yang buat nota ni pun sebenarnya kurang telus dan kurang jujur sebab dia main suka dia je potong2 ayat Al-Quran. Sila baca di bawah:
Ayat 87:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
Ayat 88:
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
Ayat 89:
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah "Salam" (Selamat tinggal). Kelak mereka akan mengetahui nasib mereka yang buruk (akibat keingkarannya)! "
Sumber potongan ayat dan terjemahan adalah daripada : http://alquran.cz.cc/2010/04/043-perhiasan.html
Tidak terdapat larangan penggunaan perkataan "Salam" dalam mana-mana ayat tersebut. Cuma Allah SWT berfirman kepada Nabi Muhammad supaya mengucapkan Salam kepada orang Kafir tersebut sebelum meninggalkan mereka sebagai tanda hormat sebelum berlalu pergi. Nabi Muhammad, seperti mana yang kita baca dalam Sirah2 baginda, yang Baginda tetap menghormati orang lain walaupun orang tersebut menyakiti atau membenci Baginda. Allah SWT berfirman lagi pada hujung ayat :
Kelak mereka akan mengetahui nasib mereka yang buruk (akibat keingkarannya)! "
Nasib yang buruk itu adalah akibat daripada kemungkaran mereka sendiri, bukan daripada ucapan salam itu. Apa yang kita pelajari di sekolah agama dahulu, banyak umat nabi-nabi terdahulu yang dihapuskan oleh Allah SWT akibat daripada kemungkaran mereka. Tapi bagi umat Nabi Muhammad SAW, nasib yang buruk itu bermaksud mereka akan mendapat balasan azab seksa yang pedih di Akhirat kelak.
Untuk menguatkan lagi hujah saya (ceh.. dah macam debat perdana pulak).. mari kita sama-sama semak semula surah yang kita sering baca (saya selalu baca, tak tahu la anda macam mana) iaitu Surah Yaa-Sin (surah ke 36 dalam Al-Quran).. dalam surah ni, ada diceritakan mengenai Allah SWT mengucapkan Salam Sejahtera kepada penghuni Syurga.
Ayat 55:
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
Ayat 56:
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
Ayat 57:
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
Ayat 58:
(Mereka juga memperoleh) Ucapan Salam Sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Dalam ayat ke 58, Allah SWT juga mengucapkan Salam Sejahtera kepada penghuni-penghuni Syurga.
Justeru, kesimpulan yang saya buat daripada entri ini ialah, penggunaan perkataan SALAM dibolehkan sebagai singkatan kepada Assalamu'alaikum. walau apa pun, adalah lebih baik dan lebih afdhal jika kita menaip penuh perkataan tersebut sebagai Assalamu'alaikum.
Ini adalah pendapat peribadi saya sahaja. Sesiapa yang ada pendapat lain boleh juga kongsikan di ruangan komen ini. Saya sudah benarkan anonymous untuk komen, so silalah komen dengan berhemah ye..
Assalamu'alaikum. =)
5 comments:
tak salah guna 'salam'. better than 'akum' yg dulu meluas digunakan.. namun sebaiknya adalah 'assalamu'alaikum'. lgpun rasanya semua setuju yg 'salam' itu kebanyakan kita guna dlm msg/emel. dlm pertemuan realiti kita masih gunakan 'assalamu'alaikum'. betul x? lg 1, dlm 43:89 itu sebenarnya menunjukkan bagaimana Allah menyuruh Rasulullah tetap berakhlak mulia.. 'salam' itu perkataan yg baik sebenarnya. Rasulllah tidak berpaling dari mereka dgn perkataan yg buruk. masih terdapat elemen dakwah melalui qudwah di situ..(this is my opinion)
Huhu.. betul tu.. sama dengan pendapat saya.. apa pun, thanks sebab sudi baca.. :)
Kita lihat dahulu sifat rasulullah SAW... Segala perbuatan Rasulullah SAW lakukan adalah perbuatan yang Allah SWT inginkan kita aplikasikan sebagai hamba-Nya dalam kehidupan seharian.
Rasulullah tidak pernah memeberi salam yang tidak penuh iaitu "salam" sahaja kepada muslim, malahan sependek-pendek saranan memberi dan menjawab salam yang Rasulullah lakukan adalah "Assalamualaikum" dan "Waalaikummussalam". Sebaik-baik salam yang Rasulullah berikan adalah ditambahkan lagi "warahmatullah hiwabarokatuh".
Jika dilihat bahagia yang abg man nyatakan:
Ini lah akibatnya jika kita sekadar mengambil sepotong ayat Al-Quran tanpa merujuk kepada surah itu keseluruhannya.
Sebenarnya kekeliruan itu boleh dielakkan kalau kita baca dan kaji surah tersebut dengan benar dan telus. Pada pendapat saya, orang yang buat nota ni pun sebenarnya kurang telus dan kurang jujur sebab dia main suka dia je potong2 ayat Al-Quran. Sila baca di bawah:
Ayat 87:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
Ayat 88:
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
Ayat 89:
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah "Salam" (Selamat tinggal). Kelak mereka akan mengetahui nasib mereka yang buruk (akibat keingkarannya)! "
**ayat ini ditujukan kepada mereka yang kafir(mengaku Allah itu Tuhan yang satu, tapi tidak menyembahnya)
Maka, memberi "salam" sahaja tidak pernah Rasulullah lakukan kepada Muslim.
Tidak seharusnya kita memberi "salam" sahaja kerana perbuatan itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah tidak buat, maka, tentulah Allah juga tidak menginginkannya.
(kalau ade salah dan silap, sila btau yew. segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya. Marilah kita beramal bersama-sama)
Apa2 pun jangan cepat melatah... Sebelum kita jadi penyambung fitnah, tambahkanlah ilmu di dada, kalau tak yakin bertanyalah kepada yg lebih byk ilmunya...
Islam itu indah..
Salam, terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat.
Post a Comment