Entri ni dah tertangguh 2 minggu sebenarnya.. aritu tak sempat siapkan sebelum gi BIG (blog pun ada dateline jugak tau. aishh..).. tapi alang2 dh taip separuh, baik habiskan ye tak?.. =)
Pada minggu lalu, bermula 16 Februari 2011 sehingga 20 Februari 2011, telah diadakan satu acara yang gilang-gemilang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Acara yang dimaksudkan ialah Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang. Semua orang mesti pernah dengar nama Pasir Gudang ni kan? Sebabnya kat Pasir Gudang ni la terletaknya salah sebuah pelabuhan yang sangat penting di Malaysia iaitu Pelabuhan Pasir Gudang.
Festival Layang-Layang Pasir Gudang ni ialah acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun bertempat di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Kat Bukit Layang-Layang ni la jugak terletaknya Muzium Layang-Layang yang terkenal tu.
Disebabkan tertarik dengan cerita-cerita mengenai keseronokan festival ni, maka saya telah mengambil kesempatan mengunjungi festival tersebut pada Ahad, 20 Februari 2011. See?.. betapa gilanya saya nak berjalan-jalan kn?.. nak gi jalan punya pasal, sanggup tak balik hujung minggu tu (walaupun di sudut hati tercalit kesayuan).. haha.. =P
Plan asal nak pergi naik bas sebab ramai nak ikut. Lepastu, sorang demi sorang cakap taknak ikut sebab jauh.. ye la.. diorang tu tempat mana je yang tak jauh.. Peserai yang cuma 7 km tu pun dah dikira jauh, lagikan pulak Pasir Gudang yang dah boleh buat solat jamak qasar tu.. yang tak jauh bagi diorang satu je, iaitu kedai bundle.. sampai Parit Raja (20+ km) pun sanggup cari.. =P
Last skali, cuma tinggal 5 orang je yang nak pergi.. so kitorang naik kereta je. Bertolak dari Batu Pahat jam 9.00 pagi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Mula-mula hajat nak lalu Larkin, nak tengok kilang Apollo bukak ke tak.. pastu sampai kat persimpangan jalan Skudai, silap ambik susur pulak sebab ada pembinaan kat situ.. jalan pun dah jadik serabut je.. sampai kat Larkin, kilang Apollo tak bukak.. kitorang pun terus gerak ke Pasir Gudang.
Sampai kat Bukit Layang-Layang tu, jalan dah sesak. Dah ramai orang datang walaupun baru jam 11 pagi. Tempat letak kenderaan pun sangat jauh (saje je letak jauh sebab malas nak rebut2 parking)..
|
Siap ada orang camping lagi kat situ.. hu3.. |
Kawasan sekitar Bukit Layang-Layang ni sangat cantik.. landskapnya memang sangat indah dan damai sebab ada tasik, banyak pokok.. cuma kat area orang main layang-layang tu je takde pokok. Cuaca pulak walaupun panas, tapi nyaman sebab angin sentiasa ada. Sebab tu orang boleh main layang-layang kat situ.
Kawasan tempat peserta menaikkan layang-layang tu orang awam tak boleh masuk. Kawasan tu dipagar dengan pagar besi. Mungkin sebab takut tali terbelit orang kut. Orang awam cuma boleh tengok dari tepi je.
|
Masa sampai tu kebanyakan layang-layang baru nak naik. |
Apa yang istimewanya layang-layang kat sini?..
Kalau nak tahu, layang-layang kat sini bukan setakat layang-layang biasa.. layang-layang yang diterbangkan kat sini besar-besar tau.. ada yang besar macam rumah lagi.. kalau nak terbangkan menang memerlukan angin yang sangat-sangat kuat sebab layang-layang sebesar tu konfem la berat kan..
|
Tengok.. layang-layang semuanya besar-besar kn.. |
Selain tu, layang-layang kat sini ada macam-macam bentuk. Kalau kita sebut layang-layang, mesti kebanyakan daripada kita terbayangkan layang-layang petak yg kita main masa sekolah rendah dulu kn?.. tapi kat sini, layang-layang yg diterbangkan ada yg bentuk ikan, sotong, macam-macam lagi lah.
|
Layang2 bentuk naga.. penat orang tu cuba naikkan tapi x naik2 gak. |
|
Layang-layang paling comel bagi saye.. =) |
|
Layang-layang bentuk bear. =) |
|
Layang-layang tokek terbang (buaya sebenarnya).. =) |
|
Nampak macam diorang tengah berenang beramai-ramai. |
|
Air terjun buatan kat bukit Layang-Layang ni. |
|
Persekitaran Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. |
|
Layang-layang sotong. =) |
|
Barney and Sons.. =) |
|
Dua ekor pari sedang terbang. |
|
Layang-layang yang panjang.
|
|
Pelan tapak festival.. |
|
Muzium Layang-Layang Pasir Gudang.. =) |
Dari Pasir Gudang, kitorang melencong ke Bandaraya Johor Bahru semula. Saje je nak jalan-jalan kejap sebelum balik Batu Pahat. Lagipun bukan slalu sampai Johor Bahru ni kn.
Dari Hutan Bandar, kitorang bergerak ke Danga Bay. Saje je jalan-jalan bwak kawan gi sana. Dalam perjalanan tu, banyak dapat tengok perubahan pada Bandaraya Johor Bahru ni. Antaranya ialah gambar bawah ni:
Gambar ni dirakam kat persimpangan Jalan Yahya Awal / Jalan Lingkaran Dalam. Masa saya sekolah kat JB dulu, Jalan Yahya Awal ni la laluan utama saya kalau nak pergi pusat bandaraya, City Square atau kalau nak gi naek tren balik Tangkak (masa tu stesen lama kereta api KTM terletak kat sebelah City Square). Dulu kat sini ada simpang lampu isyarat besar, luas gila. Sekarang dah ada jejambat, mungkin sebab selalu sesak kut. Selain tu, kat penghujung Jalan Lingkaran Dalam ni kat persimpangan Jalan Skudai (dekat Hospital Sultanah Aminah) pun dah bina jejambat. Pantai Lido pun dh kena tambak. dah tak wujud dh pantai tu. Selain tu Jalan Skudai pun dah jadi 4 lorong. Dulu jalan ni kecik je menyusur tepi laut tu.
Sampai kat Danga Bay. Jalan-jalan kejap kat sekitar kawasan tu.
|
Kereta api Danga Bay. |
|
Ijat mengidam nak naek bendaalah ni. huhu.. |
Ijat teringin nak naek benda yang ayun2 tu. Dia ajak saya tapi saya tak boleh naik sebab nanti nak drive balik takut pening pulak. Akhirnya dia naik sorang2 je.
Masa balik tu singgah kat RNR Machap. Cantik dah kawasan RNR ni. Tempat makan pun dah ada air-cond. Sangat selesa.. =)
Ok.. tu je.. sekian.. =)
No comments:
Post a Comment