Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, March 21, 2011

TBS, KLIA Transit dan Putrajaya. =)

Cuti tak sah kan kalau tak pegi jalan-jalan?.. huhu..

Semalam, saya pergi ke Putrajaya. Hajat hati nak tengok Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011. Tapi takdir telah menentukan (cewah..), saya sampai kat sana, cuaca sudah mula hujan. Jadi belon tak naik la. =(


Saya bertolak dari Tangkak dengan sepupu saya, Iylia yang dah datang Tangkak beberapa hari sebelum tu. Kitorang naik bas Cepat Ekspres paling awal punya, pukul 8.45 pagi. Mula-mula nak ajak jiran saya tapi beliau tak dapat dihubungi, so saya jalan dengan sepupu je lah.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kitorang sampai kat Bandar Tasik Selatan.

Mula-mula turun dari bas.. wah.. besar gila tempat ni.. (ayat orang first time sampai).. =p

Tempat turun bas.. *tu bas yang saya naik tadi.. =)

Opss.. lupa nak bagitau, perkhidmatan bas ke selatan sekarang sudah mula beroperasi kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan.

Masuk je kat pintu arrival tu.. wah.. *teruja kejap*..

Ada rupa macam airport tak?.. aishh.. =)
Bahagian dalam TBS ni memang cantik.. lagipun suasana macam kat airport (tapi jangan la banding dengan KLIA, memang x sama).. ruang ketibaan, ruang legar, balai berlepas semua air-cond.. ruang yang luas membolehkan kita bergerak dengan selesa.. tak de la rasa berhimpit-himpit macam sardin dalam tin.. lagipun siap ada paparan besar Departure (berlepas) dengan Arrival (ketibaan) macam kat airport.. sangat sangat sangat sangat sangat sangat SELESA!!!.. tak tahu nak cerita cmne.. anda pergi sendiri la pastu rasa sendiri.. hu3.. =)


First2 sampai, sepupu saya tu pergi naek LRT ke bandar Tun Razak untuk hantar barang2 dia balik rumah.. melangut la saya sorang2 kat TBS tu.. pastu teringat nak beli tiket balik.. so saya pergi kat deretan kaunter tu.

Deretan kaunter tiket 1-18..

Sistem kaunter memang efisien.. tapi ada satu kekurangan.. kita tak boleh nak beli tiket advance.. maksudnya tiket untuk masa yang lama lagi x boleh beli.. contohnya saya tanya bas paling last ke Tangkak.. akak tu kata 7.30 petang, tapi dalam sistem masih belum bukak pembelian untuk jam 7.30 petang punya tu.. pastu akak tu kata, "adik datang petang sikit la baru dia bukak".. what the...

Saat yang paling gembira.. kitorang naik KLIA Transit untuk ke Putrajaya.. serius, ni la first time saya naek tren ERL ni, x kira la KLIA Transit ke, KLIA Express ke..

Jom.. jom.. naek ERL.. =)

Tiket dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya berharga RM5.30 seorang sehala. Macam biasa lah, first time naek mesti beli lebih satu kan.. saje buat kenangan.. ahaha.. so total RM15.90.. =)

Ni la tiket KLIA Transit.

*Beli tiket ERL ni siap dapat resit macam kat pasar raya tau.. ahaha..

Tangga ke platform.

Kira-kira 5 minit menunggu, tren KLIA Transit pun tiba.. **kekerapan tren ini ialah setiap 30 minit.

Tren memasuki stesen.

Tren ni sangat laju.. walaupun tak selaju bullet train kat Jepun dan TGV kat Perancis, tapi kira boleh dibanggakan la.. lagipun saya tak suka naik tren yang laju2 sangat.. x sempat nak feeling naek tren tu.. ahaha.. =P
Plaza Tol PLUS UPM dilihat dari dalam KLIA Transit.. =)

Ruang dalam koc pun sangat selesa.. berhawa dingin.. kalau nak tahu, masa duduk kat dalam koc, kita langsung tak rasa gegaran atau goyang2 macam naik LRT atau Komuter tau.. dalam ni serius selesa sangat33.. lagipun orang x ramai, jadi memang sangat lapang la..

Ruang dalaman koc penumpang KLIA Transit.

Bayaran sebanyak RM5.30 seorang sehala untuk perjalanan selama 7 minit.. haha.. yup.. 7 minit.. kalau nak tahu, jarak antara Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya agak jauh tau.. kalau naik kereta paling cepat pun 15 minit (tu pun kalau bawak kereta 130 km/j+++ la.. ahaha..

Dah sampai kat Stesen Putrajaya Sentral.

Untuk ke tapak fiesta tu, kena naek bas. Tapak fiesta terletak kat Presint 2, Putrajaya. Setelah bertanya dengan pakcik kat situ, kitorang pun naik bas NadiPutra. Kalau nak tahu, bas ni tak guna diesel sebagai bahan api sebaliknya diorang guna gas asli.. so persekitaran lebih bersih tanpa asap bas. Tambang bas NadiPutra ni pun murah, bayar RM0.50 je walau ke mana pun destinasi kita.

Bertolak dari Putrajaya Sentral.

Kat pertengahan jalan, hujan dah mula turun renyai2.. hati pun mula la x sedap.. kalau hujan, konfem belon x naik sebab belon tu perlukan udara panas.. kalau hujan mesti la udara sejuk.. =(

Akhirnya jam 12 lebih kitorang dah sampai kat Presint 2..

Yeay.. dah sampai.. =)
Persiaran Perdana.. =)
Traffic light ni unik.. ahaha.. =)
Dekat je dengan Monumen Alaf Baru.

Malang sekali.. masa sampai tu hujan turun dengan agak lebat jugak.. belon x naik.. semua belon dah simpan bawah khemah peserta.. jadi kitorang cuma jalan-jalan sekitar tempat tu je lah.. =(

Khemah yang menyimpan peralatan belon udara panas.
Ada acara naik basikal baring ni (apa ntah nama menatang ni).
Kitorang pergi ke khemah tempat belon untuk pengunjung naik.. belon x kembang.. saje je pegi situ nak tengok bakul belon tu.
Salan satu bakul belon udara panas.
*budak pompuan dalam gamba atas ni ambik gamba lama gile.. lembab sangat.. asik dia je nak ambik gamba kat situ.. habis semua angle dia nak posing.. sengal.. -.-


Ni belon yang dah digulung. Berat tau.
Gerai-gerai jualan.

Disebabkan kecewa belon x naik, maka saya dgn sepupu sy tu melencong la ke Alamanda Putrajaya. Lagipun bukan senang nak sampai Putrajaya ni kan.. ahaha..




Pukul 4.20 petang, kitorang bergerak balik ke Tasik Selatan sebab saya kena ambik bas balik Tangkak.

Stesen ERL Putrajaya.
Kat atas tu ialah monorel putrajaya yang tertangguh pembinaannya.
Dalam koc.

Jam 4.45 petang, kitorang dah terpacak dekat Bandar Tasik Selatan.


Sampai kat situ, sepupu saya terus ambik LRT ke Bandar Tun Razak. Tinggal la saya sorang2 kat situ.. hu3.. Saya pegi beli tiket, dapat tiket pukul 6.30 petang. Tapi dia pesan pukul 6 kena turun kat platform. Nak beli tiket ni pastikan anda bawak kad pengenalan tau sebab dia nak tulis nama kat atas tiket tu. Lagi satu yang best, kita boleh pilih seat yang kita nak.. ala.. macam kalau beli tiket AirAsia tu la.. (pernah beli tiket AirAsia tak?).. =)

Ni rupa tiket yang dibeli kat TBS ni. Siap barkod tau.

*kenapa tiket KL-Tangkak lagi murah daripada tiket Tangkak - KL?
Tangkak - KL = RM17.30
KL - Tangkak = RM12.30
Ish.. ish..ish..

Saya tengok jam.. baru pukul 5 petang.. bukan senang nak sampai KL, so saya gi jalan-jalan naek komuter.. saje je nak luangkan masa sejam.


Macam biasa la, kalau pegi KL, tak sah kalau tak naik KTM Komuter sampai stesen UKM.


Tren Komuter tu macam seronok pulak bila saya naek (ceh).. =p . Laju je gerak. Orang pun x berapa ramai, lepas daripada Serdang dah kosong. 20 minit, saya dah sampai.


Mula-mula, kat Tasik Selatan, saya beli tiket dua hala, BTS - UKM - BTS = RM4.80 (yang atas). Pastu sampai kat UKM, dah lepak2, saya lupa tiket tadi tiket pergi balik.. saya TERbeli tiket balik Tasik Selatan pulak (yang bawah). rugi RM2.40. =p


Masa sampai balik kat stesen UKM tu, tren nak balik ke Tasik Selatan dah sampai.. berlari saya gi beli tiket. Nasib baik stesen tu kecik je, senang nak lari-lari kejar tren.. pastu nak masuk platform tak menyempat nak cucuk kat mesin, lari je masuk ikut pintu keluar (gate kecik kat sebelah mesin tu).. haha.. =p

Sempat snap dari dalam tren je.. 
Pukul 6.10 petang, saya dah sampai balik kat Tasik Selatan. masa keluar dari stesen komuter tu ada staff KTM kutip tiket. Masa dia kutip tiket saya tu saya tanya la.

 "bang, tiket boleh ambik tak? nak buat kenangan".. 

"oo.. nak ke.. ambik lah".. huhu..=)

Bye bye.. lain kali saya naik lagi.. huhu.. =)

Untuk naik bas, penumpang kena turun kat platform kat tingkat bawah. Tapi memang sistematik lah. Kita turun lepastu dia terus cakap kena tunggu kat gate berapa. Contohnya, bas Cepat Ekspres ke Tangkak yang saya nak naik tu kena tunggu kat gate 1. So tunggu kat situ je lah.

Gate 1. Dah macam kat KLIA pulak. =p
Ruang menunggu bas.
Tunggu kat gate 1, tapi naek kat gate 2 sebab ada bas pukul 6.50 dah datang dulu kat gate 1 tu..

Naik bas. Bye bye KL.
ok.. dah selesai..

p/s : Sekarang dah start PBS 1. Sem ni saya buat kat SK Sri Tangkak. Hari first memang best walaupun memenatkan. Huhu.. =)

23 comments:

iylia_inani93 said...

woi,sempat lagi jln2...xajk ak plak 2!hohoh

Hazman Amini said...

Hehe.. harus lah.. kagum tak?.. =)

iylia_inani93 said...

x pon..hahahahaha

ahmad aizat said...

aku konpius ble nk naek LRT...x tau arah mana aku nk naik...hahah

Hazman Amini said...

Iylia - haha.. jeles.. =p

Aizat - naek je arah mana2.. x sampai pusing balik.. haha.. =p

NARUMI ISOZAKI said...

mmg selesa giler.. tiket mmg xnk kalah.. ade nama.. x menahan.. kalau kite lmbt.. siap panggil name lg.. abes glemer la kat tbs tu... hehe.. :)

Hazman Amini said...

Tau xpe.. siap sebut nama yg x menahan tu.. nasib baik aku sempat sampai TBS aritu.. kalau tidak jadik artis malaysia la ku skrg.. ahaha.. =p

NARUMI ISOZAKI said...

hahaha... kan? tp lau nk cube x salah jugak.. skali skale mencapub... hahaha... :P

Chekgu T-ah said...

dari erl putrajaya nak naik bas ke alamanda tue jauh tak?

Hazman Amini said...

@ Chekgu Tiah :

Rasanya tak berapa jauh. Dalam setengah jam hingga 45 minit je naik bas, dan tambang tetap RM0.50. Saya naik bas tak direct, dari ERL ke Presint 2, baru ke Alamanda. Kalau saudari tiba di Putrajaya Sentral (stesen ERL) tu nanti, saudari turun ke platform bas, dan di situ ada kaunter pertanyaan. Saudari boleh tanya di situ kalau ada bas yang direct dari ERL ke Alamanda. Bas yang direct lebih cepat. :)

kissmethroughthephone said...

nice info. senang aku nk g putrajaya ntuk konvo esok.

Hazman Amini said...

Terima kasih.. harap entri ini dapat membantu. :)

littledolphin said...

terima kasih banyak untuk post ni kawan!

sy betul2 blur pasal tbs dan erl utk pergi putrajaya.sekarang dah agak clear sikit.just nak tanya,naik erl tu kat tbs ke or kat bangunan lain/(ktm stesen bandar tasik selatan) di sebelah tbs?thanks a lot kawan!

Hazman Amini said...

@littledolphin:

tq jugak sebab sudi membaca. :) em, stesen ERL ni letaknya sebelah luar bangunan TBS. Kalau jalan kaki dari TBS, lalu jejantas ke KTM/LRT Bandar tasik selatan. Sebelum sampai ke KTM, ada satu tangga di sebelah kanan untuk ke stesen ERL. =)

Nur Aimi Nabilah said...

salam. terima kasih ats info. tumpang tanya. kenal tak cikgu bernama norhana binti sahar ? makcik saya tu. dia mengajar di sk sri tangkak

Mizie San said...

salam, nak tnya klu dri hentian putra nak gi ke putrajaya gna public trans macam mana ye ada guide tak ?

Hazman Amini said...
This comment has been removed by the author.
Hazman Amini said...

@Nur Aimi Nabilah:
Wasalam. Kenal rasanya. Dia pernah ajar saya masa saya sekolah kat situ dulu. Kalau tak salah la. :)

@Mizie San:
Ada beberapa cara untuk bergerak dari Hentian Putra ke Putrajaya.

Cara yang paling mudah yang saya tahu, jalan kaki dari Hentian Putra ke Stesen LRT PWTC (lebih kurang 500m). Boleh juga naik tren Komuter (stesen Komuter Putra juga terletak dalam lingkungan jarak yang sama). Naik tren ke Bandar Tasik Selatan. Dari Bandar Tasik Selatan naik tren KLIA Transit ke Putrajaya Sentral. Kat Putrajaya Sentral tu nanti ada bas NadiPutra ke seluruh Putrajaya.

Satu lagi cara ialah berjalan kaki ke Stesen LRT PWTC, naik LRT ke Plaza Rakyat. Kemudian jalan sedikit ke depan Mydin Sinar Kota di Jalan Tun Perak. Di situ ambil bas RapidKL E1 ke Putrajaya Sentral.

Atau saudara boleh juga berjalan kaki dari Hentian Putra ke Stesen Komuter Putra. Naik tren ke Stesen Serdang. Kemudian di Serdang, naik bas RapidKL U42 ke Putrajaya Sentral.

Harap ini membantu. :)

chanz said...

haha bagus entri ni!

jom jalan2

Unknown said...

Kalau dari tbs tu kan, ada tak bas rapid U65 ?

Hazman Amini said...

Maaf ye lambat reply. Laptop saya bermasalah.

@Hakim Sanji:
Terima kasih. harap bermanfaat. :)

@Nur Atieqah:
Dari TBS takde U65. Kena naik komuter ke KL Sentral dulu, rasanya U65 ada berhenti di sana. :)

Anonymous said...

assalammualikum. nk tahu erl putrajaya dekat presint brape and kalau bukan dekat presint 13, macam mana nk pergi presint 13 dari stesen erl putrajaya

Anonymous said...

Memang best cite ko.... Entry yg menarik