Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, March 19, 2011

Tadi on the way nak pegi Merlimau, ayah sy singgah kat stesen minyak Petronas Tangkak..

Tengah isi minyak tu, kedengaran pengumuman menyuruh sorang pelanggan matikan telefon bimbit (handset la).. ouh.. rupanya uncle kereta depan tu tengah isi minyak sambil bercakap kat telefon.

Lepas kena tegur, uncle tu masukkan handset dia tu dalam kocek baju.. ok la.. kira dia akur la dengan arahan..

Tak sampai 3 minit, dia mula balik cakap pakai handset.. ye la.. handset mahal, mesti la nak tayang kan.. padahal baru lepas kena tegur.. tiada berguna punya uncle..

Peringatan untuk semua.. peraturan kat stesen minyak tu bukan direka untuk suka-suka.. ada sebabnya peraturan tu dibuat.. sepatutnya uncle tu sedar yang dia tengah berhadapan secara langsung dengan bahan mudah terbakar.. bahaya tau.. kalau tak sayang nyawa sendiri pun ingatlah kat orang sekeliling.. dibuatnya stesen minyak tu terbakar, pastu minyak petrol RON95 + RON97 + Diesel kat tangki bawah tanah tu meletup, haa.. *bayangkan sendiri la*.. tak ke naya tu.. Hospital Tangkak ni dah la kecik.. nanti tak muat pulak nak tampung pesakit ramai-ramai..

p/s: tetiba teringat kes masa sy isi minyak kat Batu Pahat.. sorang kawan sy kena halau dengan tokey stesen minyak sebab sibuk sangat nk call awek dia.. haha.. =p

No comments: