Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, March 14, 2011

Happy Tree Friends yg comel.. =)


First time saya layan kartun ni ialah lebih kurang 4 ke 5 tahun lepas.. masa tu laptop ni masih belum wujud pun lagi.. along saya yang simpan dalam external hard disk dia.. dan pada ketika tu, along saya cuma ada 6 episod je.. so x berapa gila sangat lah kartun ni.

Baru-baru ni, masa menggodeh hard disk jiran saya, tetiba terperasan folder bertajuk Happy Tree Friends.. hehe.. apa lagi.. gatal je tangan menyalin (copy) ke dalam lptop sendiri.. ada 58 episod dalam tu tapi cuma 50 yg boleh ditonton..


Kalau nak tahu, kartun Happy Tree Friends ni berasal dari Amerika Syarikat. Kartun ni merupakan animasi Flash, iaitu animasi yang dibuat menggunakan perisian Adobe Flash dan perisian yang seumpamanya. Kartun ni dibuat oleh Aubrey Ankrum, Rhode Montijo, Kenn Navarro dan Warren Graff daripada Mondo Mini Show. Kartun ni telah mula dibuat pada tahun 1999, dan menjadi terkenal selepas tahun 2000.

Watak-watak dalam kartun ni sangat comel.. sape pernah tengok mesti setuju kan.. xpe..xpe.. yg x pernah tengok tu kejap lagi kita berkenalan dengan watak-wataknya ye..

Tahu tak, walaupun watak-wataknya sangat comel dan kelihatan macam rancangan untuk budak-budak, sebenarnya kartun ni tak digalakkan untuk tontonan kanak-kanak bawah umur 10 tahun tau.. di sebalik wataknya yang comel, kartun ni sangat sadis.. setiap episod mesti ada adegan darah-darah, organ tercabut@terburai.. memang ngilu ah.. walaupun cuma kartun tapi kadang-kadang tu macam terasa betul jugak kn.. haha.. contohnya ialah ini :


Dan juga ini :


Dan ini lagi :


Haha.. ngeri tak?.. 

Happy Tree Friends ni ada lebih daripada 150 episod yang berlainan.. ada lebih kurang 69 kartun pendek, 39 siri TV dan selebihnya adalah kategori lain seperti kringles, smoochies dan lain-lain.

Jom berkenalan dengan watak-watak Happy Tree Friends yg comel-comel ni..

1 : Cuddles

Cuddles ni seekor arnab yang comel. Dia selalu pakai selipar arnab warna pink. Cuddles ni ialah salah satu watak utama dalam Happy Tree Friends. Kalau nak tahu, Cuddles ni ialah watak pertama yang direka dalam siri Happy Tree Friends ni.


2 : Giggles

Seekor tupai tanah (chipmunk) perempuan.. eh..salah.. tupai betina lah.. huhu.. dia merupakan  seorang seekor tupai yang pemalu dan periang.. Giggles juga ialah antara watak terawal dalam Happy Tree Friends.


3 : Petunia

Petunia ni seekor skunk (apa eh maksud skunk dalam Bahasa Melayu?..aishh).. dia ni memakai pewangi beraroma pine kat leher dia (nampak tak kalung bentuk pokok pine tu?.. ).. =)


4 : Flaky

Flaky ialah seekor landak.. benda alah putih kat kepala@duri dia tu selalu tercabut dan berterabur.. duri si Flaky ni selalu bawak masalah, antaranya dalam salah satu episod di mana duri dia ni membocorkan pelampung tiub.


5 : Toothy

Seekor memerang yang mempunyai dua gigi besar.. actually kebanyakan watak Happy Tree Friends ada dua gigi besar kat depan, tapi gigi si Toothy ni lain sikit sebab gigi dia jarak..


6 : Lumpy

Namanya Lumpy (bunyi macam LAMPI).. ahaha.. dia ialah seekor rusa (moose) yang sengal. Berlainan dengan watak lain, Lumpy ni ditampilkan sebagai seorang watak yang agak dewasa tapi sangat sengal. Dia seekor rusa yang sangat cuai dan tak pandai (dalam erti kata lain, b*d*h). Dia ni selalu buat benda yang pelik-pelik yang akhirnya watak lain yang jadi mangsa.


7 : Nutty

Seekor tupai hijau yang meminati gula-gula. Kat kepala dia pun ada gula-gula tersangkut. Rupa dia ni sekali tengok macam orang tupai gila pun ada.. haha.. Dia ni sangat obses kepada gula-gula. Pantang nampak gula-gula atau coklat, dia akan kejar sampai dapat. Sebagai contohnya dalam episod HTF - Sucker For Love. 


8 : Sniffles

Sniffles ialah seekor tenggiling berwarna biru ye (walaupun tak nampak sisik tenggiling tu).. Rupa dia ni agak skema sebab pakai spek. Sniffles ni sangat suka makan semut.. lidahnya boleh memanjang untuk makan semut. Sniffles ni juga seringkali dibuli-buli oleh semut dengan sadis dan kejam.


9 : Handy


Seekor memerang yang bekerja untuk membaiki peralatan.


10 : Flippy


Flippy ni ialah seekor beruang. Dia ialah veteran dari Perang Vietnam. Bila dia melihat perkara yang mengingatkan dia kepada perang, dia akan jadi sadis secara tiba-tiba dan membunuh semua orang (watak lain) yang ada di sekitarnya tanpa tinggalkan seorang pun. Bila dia berubah ganas, matanya akan ada lingkaran hijau dan gigi jadi tajam.


11 & 12 : Pop dan Cub

Watak anak dan bapak beruang ni selalu muncul berdua. Pop ialah bapak beruang, manakala Cub ialah anak beruang (yg pakai topi ada kipas tu).
Pop seorang yang agak cuai. Dia sangat sayang kepada anaknya (Cub), tapi dia selalu TERcederakan atau TERbunuh anaknya secara tak sengaja. Ada kalanya, dia cuba nak selamatkan anak dia daripada bahaya tapi telah menyebabkan kematian anaknya tanpa disedarinya.


13 : Splendid

Seekor tupai terbang yang boleh terbang. Digambarkan sebagai mempunyai kuasa istimewa, Splendid selalu cuba menyelamatkan watak lain tetapi kebanyakan masa dia telah secara tak sengaja mencederakan atau membunuh orang yang diselamatkan itu.


14 : The Mole

Seekor tikus tanah yang buta. Walaupun buta tapi dia boleh melakukan tugasan seperti orang yang celik. Seperti mana namanya, The Mole ini mempunyai tahi lalat (mole) di sebelah hidungnya. Kebutaannya sering membawa masalah kepada watak lain dan adakalanya menyebabkan kematian watak lain.

15 : Disco Bear

Entah apa masalah si beruang sekor ni, suka sangat menari. Dan sering kali bila dia menari akan bawak masalah kepada orang lain.

Selain watak-watak kat atau tu, ada jugak watak-watak lain. Antaranya:

Russells
Mime
Lifty dan Shifty
Cro-marmot
Lammy (watak baru)

Sila rujuk laman web rasmi happy Tree Friends di sini :



Adeh.. penat menaip sampai jantung dah terkeluar. haha.. =p

1 comment:

Miss N.I.A said...

aku takot na tgk cite nie..