Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, March 10, 2011

Tadi petang saya ke Klinik Kesihatan Batu Pahat yang baru tu.. kalau sesiapa yang x tahu, klinik ni terletak dekat dengan bulatan Simpang Rantai (bulatan dekat jalan ke Rengit/Pontian).

Tahniah la buat petugas kat klinik ni. Semua urusan memang sangat pantas dan cepat. Tak sampai setengah jam, saya dah selesai semua urusan termasuk jumpa doktor walaupun kali pertama datang (pasti semua sedia maklum kalau datang kali pertama, kena uruskan macam2, register apa semua tu) padahal orang ramai. Ini sesuatu yang patut dipuji bagi sebuah klinik kesihatan kerajaan. Lagipun tempatnya selesa, ada air-cond.. dah macam hospital besar pulak.

Cuma satu je la silapnya. Ubat yang saya perlukan tak boleh dikeluarkan sebab doktor pakar takde. Tak tau la kenapa.. mungkin sebab sy ada alahan G6PD kut, jadi kena ada doktor pakar yang sahkan ubat tu selamat. Atau mungkin itu ubat terkawal, jadi kena kawal pemberian ubat tu. Ish3.. So, kena datang lagi esok untuk ambik ubat tu je.

Apa pun, tahniah la banyak2 sebab dah menjimatkan masa saya tadi.. keep up the good work.. huhu.. =)

p/s: sakit apa?.. takde sakit pun.. saje je gi sane nk jumpa nurse cantik.. ahaha.. =p

No comments: