Hari ketiga.. pagi tu macam biasa la.. bangun, siap2, solat Subuh, sarapan, naikkan bendera, senaman semua tu.. pagi tu kitorang ada aktiviti berkayak..
Pagi ni la jugak kamera kesayangan buat hal.. lens dia tersangkut pulak.. takleh nak keluarkan..
Lebih kurang jam 8 lebih, kitorang dah berkumpul kat pantai.. kayak ada sikit je, so kitorang dibahagikan kepada 2 group besar.. saya masuk group yang kedua..
Sementara group pertama pergi kayak kat tengah laut, kitorang yang kat tepi ni belajar la cara-cara kawal nafas dalam air, cara-cara berenang, kuak2 yg ntah apa2 tu, dan lain2.. dari jauh nampak diorang sayup2 je kat tengah..
Group pertama balik.. sampai giliran kitorang yang kat tepi ni pulak.. saya naik kayak dengan Chik Hana..
Bila semua dh ready, sebuah demi sebuah kayak dilepaskan.. masa kitorang gerak tu, air baru nak pasang.. ombak sangat besar kat tengah laut tu.. sumpah penat nak mendayung kayak tu.. lenguh tangan kut..
Disebabkan ombak besar sangat, kitorang tak sempat kayak sampai pulau.. kat tengah2 perjalanan tu kitorang terus buat rafting.. time ni la ada kayak lecturer tenggelam kena pukul ombak.. nasib baik ada life jacket.. kalau tidak dengan dy skali tenggelam.. ish2..
Sampai kat pantai, kitorang rehat2 sambil makan2 kejap..tengah hari tu kitorang just niat nk buat jamak takhir sebab ada aktiviti air lagi, jadi malas nak tanggal baju yg dh basah tu..
Tengah hari tu, kitorang buat latihan menyelamat dalam air.. banyak la jugak yg kitorang blaja.. antaranya blaja buat human chain untuk tarik orang lemas ke tepi pantai.. lenguh kaki berlari meranduk air.. selain tu, kitorang blaja guna tali untuk menyelamat.. jangan ingat senang.. nak baling tali tu pun ada caranya yg betul jugak tau.. huhu..
Selesai tu, kitorang pergi bersihkan badan.. lepas solat Asar + Zohor, kitorang rehat2 kejap.. pastu kena buat perbincangan dalam kumpulan pulak untuk persembahan malam tu.. bayangkan, lagi 3 jam nak persembahan baru le berkesempatan untuk bincang..
Tibalah acara persembahan malam yg dikenali sbg Malam Kebudayaan.. group sy buat lakonan pasal seorang budak yg mementingkan diri sendiri.. ntah apa2 ntah.. =P
Ni group saye.. =) |
Hari 4 : 27 Februari 2011
Pagi ni xde aktiviti pape pun.. lepas sarapan, dalam pukul 9 lebih, kitorang dah gotong royong cabut khemah..
Cabut jangan tak cabut. |
Dah siap cabut nyanyi2 main gitar pulak.. haha.. |
Maka tamatlah BIG untuk kali ni.. =)
Kenangan yg menarik.. hopefully ada lagi aktiviti seumpamanya lain kali.. huhu.. :)
No comments:
Post a Comment