Pagi2 lagi saya dah terbangun.. mybe sebab x biasa lagi kut tido dalam khemah.. huhu..
Pagi tu, giliran group saya masak untuk sarapan. Bahan2 dah prepare lepas LDK malam tadi.. so bangun pagi tinggal nak masak je la..
Pagi tu kitorang masak mihun goreng. Simple je untuk sarapan..
Aktiviti untuk hari kedua ialah mendaki Gunung Arong.
Pagi2 lepas solat Subuh dan kuliah subuh, kitorang dah berkumpul depan tiang bendera untuk upacara (cehh) menaikkan bendera. Setiap pagi group yang berlainan akan menaikkan bendera. Lepas upacara menaikkan bendera tu, kitorang jogging kat tepian pantai ditemani desir-desir ombak memecah pantai.. ahakss.. pastu kitorang buat senaman pagi kat tepi pantai..
Lepas sarapan, kitorang bersiap2 untuk aktiviti mendaki.. Sebelum mendaki, kitorang diberikan barangan seperti berikut:
- Bawang
- Kubis separuh
- Minyak masak
- Beras
- Periuk askar (yg bentuk segi empat tu)
- Air mineral untuk memasak (last2 masak guna air terjun jugak)
- Sardin 2 tin (yang cuma tarik je kalau nak bukak tu)
- Pisau
- Sudu dan garfu
- Pinggan 5 keping untuk group 15 orang.
- Alas duduk
- Mancis 3 batang beserta penggesek untuk menyalakan api.
- Dan yang paling mencabar, telur ayam seorang sebijik.
Dari tapak perkhemahan a.k.a resort tu, kitorang kena jalan kaki sejauh kira-kira +/- 3km untuk sampai kat kaki Gunung Arong..
Perjalanan yang umpama tiada penghujung.. =P |
Jalan pun penuh pasir.. |
Muka-muka gembira.. =) |
Masuk ke hutan simpan. |
Hutan Simpan Kekal.. ada faham?.. =) |
ebelum mendaki, kitorang berkumpul kejap kat kaki gunung tu. Kat area tempat kitorang berkumpul tu ada air terjun yang cantik.. start dari sini, bermulalah pendakian yang mencabar ketahanan mental dan fizikal (ayat tak leh blaa).. Sepanjang mendaki tak fikir lain, cuma fikir pasal telur ayam tu je, takut pecah.. haha.. =P
Mendaki tangga tanah yang curam.. |
Kena mendaki guna tali sebab curam + struktur tanah yang longgar.. |
Trek melalui celah2 batu besar. |
Bergambar bersama pensyarah pengiring group kami. |
Pemandangan dari viewpoint. Campsite kami kat teluk sebelah kanan tu. |
Actually, gambar atas ni bukan kat puncak.. gambar tu kat satu viewpoint sebelum sampai puncak. Gambar kat puncak kat bawah ni:
Antara lecturer yg turut serta. Dari kiri: En. Shukor, Ust. Hairuddin, En. Sidek, En. Hussein |
Bergambar beramai-ramai di puncak Gunung Arong. |
Lipan besar. |
Gotong royong memasak. |
Siap memasak.. masa untuk makan.. nyum..nyum.. =)
Nyum nyum.. sardin sedap.. =) |
Masa kitorang siap masak2 tu, dah tengah hari.. so lepas makan, yang laki2 Islam ni jalan kaki semula ke kampung kat jalan masuk tadi untuk solat Jumaat. Tinggallah mereka2 yang lain tu untuk mengemas barang2..
Dalam perjalanan tu, tangan saya terkena sebatang pokok apa ntah.. batang pokok tu berbulu.. bila terkena kat tangan, pokok tu melekat sekali.. pastu bahagian yg terkena pokok tu jadi pedih dan lama-lama melepuh.. saat entri ni ditulis, kesan luka terkena pokok tu masih ada lagi (baru baik)..
Kitorang solat Jumaat kat Masjid Tanjung Resang (kalau x silap la). Masa ni la jadiknya peristiwa pelik.. entah kenapa, time sampai sy masuk duduk kat dalam masa khutbah.. pastu terlelap (penat panjat gunung)... bangun2 je orang dh start nk solat, tapi sy dh ada kat luar.. huhu.. pelik2.. =P
Selesai solat Jumaat, kitorang makan air batu campur kat warung depan masjid tu.. lecturer kitorang belanja.. best..
Dari masjid, kitorang jalan kaki balik ke campsite lebih kurang 2 km kut..
Sebelah petang pulak, ada aktiviti air lagi.. kali ni kitorang buat latihan berkayak.. selain tu, kitorang belajar jugak cara-cara nak selamatkan diri kalau kayak terbalik ke, apa ke..
Lepas latihan kayak, kitorang pergi memukat ramai2.. best..
Ni la hasil tangkapan petang tu.. =)
Dan yang bawah ni setelah digoreng.. sedap makan ikan segar.. huhu..
Malam tu ada LDK lagi.. tapi LDK ni tak bosan.. penat asek gelak je.. haha..
Selesai semua, kitorang pun tido.. =)
No comments:
Post a Comment