Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, January 11, 2011

Perlu ke bergaduh sampai macam tu?...

Tadi masa sy pegi beli makanan, ada satu peristiwa yg menakutkan... jeng jeng jeng (baca ikut gaya bunyi wayang)... masa sy jalan keluar dari gerai yg sy order makanan tu, tetiba ada sekumpulan lelaki tengah bergaduh kat medan selera tu... mula-mula cuma jerit-jerit antara diorang je... pastu start maki hamun, carut maki... pendek kata semua jenama carutan ada lah... last-last, mula baling2 helmet, pastu dah start belasah-membelasah... tapi x tahu la teruk ke tak... sy tengok dari jauh je... nk pergi kat motor pun x berani sebab tempat diorang bergaduh tu dekat sangat dengan motor tu.

Bila pergaduhan dah mula jadi besar dan semakin parah, pakcik2 dan makcik2 peniaga kat situ mula berang... diorang tampil la menghalau orang2 yg bergaduh tu... ye la, gaduh kat tempat orang berniaga ibarat menutup periuk nasi mereka... nanti orang dah takut la nak datang kat situ kn... dan akhirnya orang2 yang bergaduh itu beransur pergi... itu pun sempat jerit2 lagi... haishhh... diam ah!!... dh malam kut... :P

Actually ni bukan kali pertama atau kedua sy tengok orang bergaduh kat situ... mybe dh tiga ke empat kali kut (sebab sy jarang pergi sana..kalau selalu pergi mybe lagi selalu nampak kut)... entah apa yg bestnya bergaduh kat situ... mungkin sebab senang nk blah kut kalau dh nak kalah... sebab dekat dengan jalan besar kn... ha3...

Satu benda yg musykil, setiap kali ada orang bergaduh kat situ, mesti orang Melayu... ok... ini bukan entri bersifat perkauman sebab sy sendiri adalah orang Melayu (ayah sy Jawa... ha3)... tapi serius, balik2 Melayu yg gaduh... balik2 Melayu gaduh... bangsa lain dah jauh maju ke depan, tapi orang Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri.. entah apa yg digaduhkan tu sy pun tak tahu... hanya orang yg bergaduh tu je yg tahu apa puncanya... tapi nampak gaya macam memang dah rancang je nak gaduh kat situ sebab siap ada geng lagi... tension kut tengok... ish3...

Cuba kita fikir balik, tak malu ke bergaduh kat tempat awam macam tu?... siap baling2 helmet lagi... kalau kena orang lain macam mana?... bukan diorang je yg ada kat situ... ramai lagi pengunjung lain yg sedang menikmati juadah... kalau dibuatnya helmet tu kena kepala orang lain, kan dah jadi masalah... helmet tu keras, kalau kena kepala orang bukan setakat bling2 kejap macam kena hempuk dengan bantal... boleh bawak maut tau kalau kepala terhentak dengan helmet tu... jadi, renung-renungkan lah...

1 comment:

amniey91 said...

good2...haha,...t man lak gaduh...hahahaha