Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, January 14, 2011

Blog ini famous?... ouh... itu tipu... :P

Semenjak dua tiga hari kebelakangan ni, sangat susah nak bukak blog.  Entah apa sebab, wireless jadi sangat3 lembab (slow) semenjak blocking dibuat kepada line tersebut. Ye la, banyak sangat laman web yang nak diblock... server tu pun pening jugak nak bezakan mana website yg nak kena block, mana yg xperlu block... tu yang jadi lambat tu... masa awal2 aritu, time xde blocking, laju je wireless tersebut (walaupun x selaju broadband). Disebabkan kelembapan wireless tu, ada la dua ke tiga entri yang tak habis taip, lalu disimpan sebagai draft,,, dan terbengkalai sehingga sekarang... nanti la sy siapkan slow2 ye... =)

Dengar cerita, pihak IPG dalam proses nak tukar router kat blok asrama... ye ke?.. entah... sy pun dengar daripada kawan sy je... kalau ye Alhamdulillah la kan... router sedia ada tu dah guna dari zaman tok adam dulu tau... sampai dah kuning dah warnanya... dah x sesuai dah dengan perkembangan teknologi sekarang nih... ahakss... :P

Suddenly, sejak kebelakangan ni, nama blog ni selalu sangat disebut - sebut oleh kawan2 seIPG sy nih. Mana pun sy pegi, ada je orang sebut nama blog ni... *cuma sebut nama je la, bacanya entah ya entah tidak... hu3...

Kepada Blog Aku Bercerita... ceh... nama x komersial langsung... cmne la korang boleh hafal nama nih... aishh... :)

Actually, nama ni sy dapat secara x sengaja masa tengah berangan2 di depan laptop kesayangan ni suatu masa dahulu... (ok... sy memang kuat berangan.. :P )... 

Eh... tidak... sy bukan gila publisiti... sy tak pernah mencuba untuk menjadi famous (dan tak pernah mahu untuk jadi famous)... sy tak pernah suruh orang baca blog ni... sy tak pernah suruh orang ingat blog ini dan penulisnya... sebab tu sy tak buat publisiti bagai pada blog ni... sy takde pun pegi blog orang, pastu tinggal2 link untuk jadi famous... just letak networked blog to Facebook tu je... itu pun sebab nak memudahkan sy kalau mahu berkongsi sebarang info dengan kawan2... tak payah la asik nak share link je kn...

Tak nak cakap blog ni menarik sebab sy tahu cara sy taip tu memang sangat tak menarik... lagi-lagi pulak kalau time sy serang sesetengah pihak, lagi la berapi je baca... kah3... cuma dalam blog ni la sy nk cerita macam2 dan kongsi info2 yang menarik dan berguna..

Korang taknak baca blog ni?... pedulik hapa... kalau taknak baca sila tekan pangkah sekarang... ramai lagi orang lain yg datang baca blog ni tau...

Entri sy mengenai PC Fair setakat ini menjadi entri paling banyak dibaca oleh pembaca blog ini yang mempunyai purata lebih kurang 25 pembaca sehari (kiraan semasa takde entri baru... kalau ada entri baru, lagi ramai yg baca)...

Setakat ni ada la beberapa orang pembaca blog sy ni yang add sy kat facebook... sy approve je, pastu sy letak la bawah list "blog reader"... best gak buat blog ni... boleh buat kawan kn... lagipun, rasa sangat3 dihargai bila ada reader yg ucapkan terima kasih untuk info dalam ni even sy rasa takde la lengkap sangat pun sy taip... lalu semua ini menjadi semangat untuk terus menaip.. :)

Sejak akhir-akhir ni jugak, kawan2 sy sudah mula sibuk dan bertambah sibuk (serta konon-konon sibuk) dengan tugasan, presentation, latihan, revision, poker (ok.. itu salah satu pekerjaan jugak). Tak kisah la tu... sy ni bukan jenis yang suka paksa2 orang nak buat sesuatu utk sy... bukan jenis yg nk paksa2 orang layan sy... So sy memang lebih senang duduk dalam bilik je sambil melayan perasaan (cewahh) bersama walkman klasik sy yang tak pernah jemu menyiarkan Sinar FM untuk sy tiap2 malam. Tambahan pulak aritu dapat kredit RM12.00 percuma daripada Maxis... tu yang tiap2 malam duk SMS ucapan kat radio tu... tiap2 malam ucapan sy keluar kat radio tu... kalau siapa2 yg dengan Sinar FM tu dia tahu la kn.. agaknya dalam hati DJ tu mesti terdetik, "cett... asik nama ni je yg aku baca tiap2 malam"... sebab tu sekarang ucapan sy tu dia baca time hujung program je, lebih kurang jam 1.50 pagi baru baca... ha3...

Iklan kejap... Dengarlah Sinar FM di frekuensi 96.0 FM di Batu Pahat, Muar dan Melaka serta Tangkak... hee~ :P

Sem ni rasanya macam nak mengulangi kebiasaan sem lepas, iaitu balik hujung minggu... tapi sem ni macam busy je... hujung minggu depan ni pun mybe ada kelas... 

Kejap2... cerita pasal balik ni, sy sangat tak suka kalau orang cakap kat sy... "Ko ni asyik balik je"... "anak manja" la... dan yg sewaktu dengannya... nk tahu sangat ye kenapa sy suka sangat balik?... nah... ni alasannya...

1: Balik rumah lagi jimat daripada lepak maktab (dari segi duit).
2: Balik rumah lagi best daripada duduk maktab.
3: Udara di rumah lebih bersih daripada di maktab (yg ni faham2 sendiri la ye).
4: Pergerakan kat rumah lebih senang... bilik air dekat, dapur dekat, semua dekat... nak pegi pasar malam pun dekat...
5: Walaupun penat, tapi sangat seronok jalan jauh2 tiap2 minggu naek bas ekspres...
6: Kat rumah boleh makan sesuka hati... kalau lapar tengah malam, terjun je maggi satu... xde sape pun nk marah... ha3...
7: Sebab aku lebih senang dengan kehidupan di sini...
8: Sebab ada si comel yang dirindui di sini. =)
9: Dan lain-lain...

Lagipun, aku ada ke, takde ke, sama je kn... so toksah la riuh sangat kalau aku nk balik... haishh...

2 comments:

Miss Zati (^___^) said...

wahhh.. suda glemer gtoo... jgn lupe dri da la... hahaha... ak stju part2 nape ske blek umah... dr dok mktb on9 24h... x study jugak.. lbeyh baek dok uma... at liz.. m'abeskan mse b'kualiti ngn family... hee~ :)

Hazman Amini said...

Ceh... Takde makne nye glemer... Diorang tu sebut saje2 je. Entah perli ke hape ntah kut. Bacanya tak jugak. ha3... =)