Petang tadi, sy merayau naik kereta ke Kampung Seri Ma'amor, Tangkak, Johor. Kampung ni ialah tempat paling kerap dan paling cepat naik air kat kawasan Tangkak ni. So, bila hujan mencurah-curah tak berhenti, tetiba tergerak hati nak pergi menjenguk nasib penduduk kat sana (cewah.. ni kalau jadi wakil rakyat mesti menang ni... =P )..
Sampai kat sana, tengok2 banyak kereta sedang menyusuri jalan kampung tersebut untuk meninjau keadaan. Seperti mana dijangkakan, beberapa rumah kat sana dah dinaiki air. Ramai jugak yang datang tangkap gambar, termasuk la saya. He3..
First2 tengok memang terkejut. Selalunya sungai ni kecik je. Kalau kita baling lembu dalam tu, lembu tu gelakkan kita balik sebab paras lutut je. Tapi sekarang bukan setakat lembu, gajah pun takut kalau kita nak baling dia kat dalam tu. Ok.. mengarut sudaa,, Hu3.. =P
Sungai ni sebenarnya telah beberapa kali mengalami kerja-kerja pengorekan untuk mendalamkannya semenjak banjir besar beberapa tahun lepas. Tapi ternyata sungai ni masih belum mampu menampung jumlah air yang mengalir.
Air dah separas dengan jalan. Esok pagi mesti dah melintas air tu. |
Rumah kenduri dinaiki air. x sempat nak cabut balai tu. |
2 comments:
Teruknya banjir !
Maktab bile plak nk banjir. Huhu.
Bole cuti cuti lagi. ;p
Ni tak teruk lagi. Actually, hari seterusnya lagi teruk. hu3..
Post a Comment