Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, January 30, 2011

Sebelum bermula, mari kita lihat pemandu yang pentingkan diri sendiri. Gambar ini sy snap semasa tunggu pizza siap tadi.

Mula-mula, ada dua petak parking kosong di hadapan Pizza Hut Tangkak.

Sebuah kereta Proton Wira datang dan masuk ke petak parking berkenaan. Pemandu ini memberhentikan keretanya betul-betul di antara dua petak tersebut. Maksudnya, dia dah ambik dua petak. Pada mulanya ok la. Lagipun takde kereta lain.

Sejurus kemudian, sebuah kereta hitam datang dan nak masuk petak parking tu. Kereta tu pun bagi signal dan tunggu kereta wira tu beralih.

Pemandu kereta Wira tu seolah-olah tak perasan ada kereta lain nak masuk petak parking tu. Dia langsung tak gerakkan kereta dia ke petak di hadapan supaya kereta hitam tadi boleh masuk petak di belakang. Padahal, depan kereta dia takde sebarang halangan pun.

Pemandu kereta hitam tadi pun mengelipkan lampu tinggi kepada kereta wira tersebut. Tapi apa yang peliknya, pemandu kereta Wira tu masih buat dek je sambil main henset. Pemandu kereta hitam tu turut membunyikan hon beberapa kali.

Akhirnya, kereta hitam tu pun bergerak cari parking lain.

Kereta hitam itu pun berlalu dengan kekecewaan.
Beberapa minit kemudian, sebuah Proton Waja datang nak masuk parking tadi. Seperti mana kereta hitam tadi, pemandu kereta Waja ini juga menyalakan signal dan mengelipkan lampu tinggi. Beliau turut membunyikan hon untuk menyuruh pemandu kereta Wira itu menggerakkan keretanya ke hadapan supaya dia boleh masuk petak di belakang tu. Tapi pemandu kereta Wira ni buat2 tak perasan je (tak tahu lah pulak kalau pemandu kereta Wira ni buta dan pekak ke.. tapi orang buta mana boleh bwak kereta kn?)...

Kesian kereta Waja tu tunggu lama nak masuk parking. 

Akhirnya, seseorang yang dinanti oleh pemandu kereta Wira ini pun tiba. Ouh... patut la ambik 2 petak. Bini dia besar rupanya. Kalau ambik satu petak nanti tak muat bini dia nak naik kereta. ha3.. :P

No comments: