Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, February 1, 2011

Sekitar Banjir di Tangkak

Masih lagi isu banjir. Pagi tadi, kitorang nak pergi ke Jasin. Tapi jalan Tangkak-Jasin sudah ditutup kepada lalulintas akibat banjir.

*Update : Jalan ni dah dibuka semula pada 1 Februari 2011.

Jalan Tangkak-Jasin ditutup

Awal-awal lagi sudah diletakkan tanda pemberitahuan banjir. Tapi kitorang lalu jugak, sampai la ke simpang masuk ke Kampung Sialang Dalam, kat situ ada lagi satu sekatan. Siap ada orang jaga lagi. Rupanya jajaran yang  terjejas adalah bermula dari jambatan Sungai Sialang, selepas simpang Sialang Dalam sehingga ke Chohong.

Terpaksa la bergerak ke Jasin lalu Lebuhraya Utara Selatan. Masuk dari Plaza Tol Tangkak, dan keluar kat Plaza Tol Jasin. Dalam perjalanan, kelihatan air dah hampir nak naik ke lebuhraya. Di arah ke selatan pulak, satu lorong ditutup dan hanya satu lorong boleh digunakan sebab separuh lebuhraya dah dinaiki air.

Paras air sebelah kiri lebih rendah berbanding sebelah kanan lebuhraya.

Kat Bandar Jasin, kawasan lapang belakang Pasar Awam Jasin dah dipenuhi air. Sungai yang dulu airnya sayup di bawah sana, sekarang kita boleh sentuh airnya sebab dah terlalu tinggi. kalau hujan lebat berlarutan, bandar Jasin boleh tenggelam.

Sungai ni kecik je sebenarnya.
**Selain melalui Lebuhraya Utara-Selatan, kalau nak ke Jasin boleh jugak lalu jalan Simpang Bekoh - Rim - Jasin.


Atas permintaan Cik Izati, sy upload lagi gamba2 lain. Tapi tak boleh upload semua sebab masalah bandwith broadband. Nak tengok gamba lagi? Jap2..

Lebuhraya Utara - Selatan. Lorong kecemasan dan lorong kiri di laluan menghala ke selatan di Kilometer 173.2 antara Persimpangan Jasin ke Persimpangan Tangkak, ditutup. Hanya satu lorong iaitu lorong kanan sahaja boleh digunakan. Jadi trafik agak perlahan menuju ke sini.

* Air dah surut pada 1 Februari 2011 dan lebuhraya ini tak terjejas.


Awas. Banjir di hadapan.
Amboi2... orang tengah sesak ko sedap je memotong ikut kiri ye..
PALE HOTAK HANG..  
Sempadan Negeri Johor. Kelihatan banjir di sebelah kiri papan tanda itu
Air semakin naik. Sebahagian lebuhraya ditutup.

Ok... dah puas kat lebuhraya. Mari tinjau tempat lain pulak.

Lokasi : Sekolah Agama Bandar Tangkak, jalan Naib Long, Tangkak.
Sekolah agamaku dulu dah jadi pusat pemindahan banjir.

Lokasi : Kampung Sialang Dalam, Tangkak
Jalan kampung ke Kampung Tanjong Labuh terputus akibat ditenggelami air.
Penduduk sedang memasang jaring ikan. Hati2 ye bang. Arus kuat tu.


Lokasi : Jalan Sialang, Tangkak
Jalan Tangkak - Chohong - Jasin yang ditutup kepada lalulintas.

Tebing jalan lencongan yang dihakis air banjir.

Sangat berbahaya kepada kenderaan seperti kereta dan lain-lain.
Rumah penduduk yang dinaiki air.
benda ni memang ada kat sini atau dihanyutkan air sampai ke sini?

No comments: