Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, January 30, 2011

Hot Ticket dan Pizza. =)

Cuti sempena Tahun Baru Cina sudah mula. Sekarang sy dah ada kat rumah kat Tangkak ni. Tahun ni dapat cuti selama seminggu. Best..

Semenjak dari malam tadi, hujan turun tanpa henti. Sehinggalah ke saat entri ini ditaip, hujan masih turun walaupun dalam keadaan renyai-renyai je. Hujan tanpa henti selama lebih 24 jam menyebabkan suhu jatuh sehingga 23 darjah Celcius, cukup untuk membuatkan tulang sumsum menggigil kesejukan.


**Sejuk punya pasal, buat intro pun lemau je. Ha3. :P

Petang tadi, sy dan adek kembar sy pegi ke bandar Tangkak. Tujuan utama ialah Pizza Hut. Opss.. bukan pegi beli pizza, tapi nak tebus Hot Ticket Hotlink yg ada. Sesiapa yg pernah guna Hot Ticket mesti tahu bahawa kalau kita beli Hot Ticket RM10 dan RM15, kita boleh beli pizza Personal Pan dengan harga RM1 je. Bezanya, kalau guna Hot Ticket RM10, kena ada 2 keping baru boleh dapat harga tu. Kalau RM15 pulak, sekeping je diperlukan untuk melayakkan kita membeli pizza pada harga RM1 tu.


Sampai kat sana, ingatkan kami berdua je yang datang untuk tebus Hot Ticket tu. Rupanya ada jugak beberapa insan lain yang datang untuk tujuan yang sama.

Sementara tunggu pizza siap, sy duk kat luar depan Pizza Hut tu. Tak tahan duk dalam, sejuk sangat.


Ni la pizzanya. Best sangat walaupun dapat yang kecik je. Sila abaikan tangan kakak dan adek sy itu. :)



*Sambil2 makan pizza ni, tetiba teringat kat jiran sy pulak. Hu3.. :P



1 comment:

Sha. said...

Jiran ? Cececececece...
Haha. Bagi la sikit kat jiran man !