Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, January 19, 2011

Hidup la ikut cara sendiri

Kita selalu nak puaskan hati semua orang... walaupun kadang-kadang hati kita sendiri tak puas.

Kita juga selalu cuba untuk jaga hati orang lain.. walaupun kadang-kadang orang tak jaga hati kita.

Dan kerap kali kita cuba gembirakan orang lain, walaupun dalam hati kita sendiri yang merana.

Tahu tak... bukan senang tau nak jadi orang yang simpan semuanya sendiri. Memang, kadang-kadang orang tengok sy bebel-bebel bila marah kat seseorang... tapi itu cuma sikit je tau kemarahan yang dapat dilepaskan. Banyak lagi yg sy tanggung sendiri sebab kononnya nak jaga hati orang.

Tolong lah... saya ada jalan saya sendiri. Saya ada cara saya sendiri. Saya tak pernah nak paksa korang ikut jalan saya... jalan kita lain. Cara kita lain. Minat kita lain. Cuba jangan masuk campur hal yang tak melibatkan korang dan tak menyusahkan korang. Kalau korang rasa suka nak buat benda tu, silakan la selagi tak menyusahkan orang. Tapi kalau orang tak ikut apa yang korang buat, tak payah la nak bising-bising selagi perkara itu tidak menjadi tanggungjawab dia untuk melakukannya. Mungkin minat atau kegemaran dia tak menjurus ke arah itu. Mungkin bila korang seronok buat sesuatu, tapi dia pulak tak seronok melakukan benda yang sama. Mungkin dia lebih suka buat benda lain. Lainlah kalau memang dia bertanggungjawab untuk melakukannya, barulah korang boleh suruh dia buat benda tersebut.

Tapi menegur juga ada cara-caranya. Kalau nak teguran tu lebih berkesan, teguran hendaklah dengan cara yang baik. Kalau tidak, memang takkan menjadi. Sebab tu ada peribahasa, "Bagai mencurah air ke daun keladi". Air tu tak tinggal kat atas daun tu sebab kita curahkan ia. Cuba kita titiskan air tu perlahan-perlahan ke atas daun keladi tu... mesti ada yang melekat kan?

Memang, kalau saya debat dengan korang secara berdepan, maka saya akan mengambil pendekatan untuk mengalah. Saya sangat tak suka berdebat sebab akan ada satu pihak yang akan sakit hati. Lagipun, Nabi Muhammad S.A.W juga tidak menyarankan kita untuk berdebat. Sabda Baginda:

“Aku jamin rumah didasar surga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah ditengah surga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaqnya.” 

Hadith Riwayat : Abu Daud

Kesimpulannya, hidup la dengan cara sendiri selagi cara tu tak menyusahkan orang lain.

2 comments:

norzillawatie binti zahidin said...

folo me!

NARUMI ISOZAKI said...

urm.. btol2.. kdg2 pnat nk jage aty org.. tp org x jge aty kite.. bkn bmkne kite x ikhlas.. mintak blsan yg srupe... tp skurg2nyer manusie ni hdup kne la bljr m'hrgai antre 1 same lain.. kan? sbb kite edop sling mmerlukan n mlgkapi... huhu....