Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, January 26, 2011

Bukan tak nak memberi, tapi.....

Nak share satu kisah. Petang tadi sy pergi ke Carrefour Batu Pahat. Oleh kerana waktu solat semakin hampir, sy pun pergi la ke surau. Sementara tunggu masuk waktu solat tu sy berdiri je la depan surau manakala kawan sy masuk tandas berhampiran. Tiba-tiba sy disapa oleh seorang abang (atau mungkin, pakcik). Mula-mula dia tanya:

" Dah sembahyang ke belum?". 

Sy cuma jawab belum. Then sy beritahu dia, waktu sembahyang belum masuk. Pastu tiba-tiba je dia toleh kat sy, then dia tanya,

 "Dik, ada empat ringgit lebih tak? Abang nak guna duit la". 

Masa tu la baru sy perasan, sy pernah jumpa abang tu kat Bank Simpanan Nasional Batu Pahat pada sem lepas.

Kita flashback kejap.

Masa: Sem lepas

Sy baru lepas withdraw duit kat ATM BSN Jalan Rugayah apabila tiba-tiba seorang lelaki datang pada sy. Sy namakan dia Abang A je la.
Abang A : Assalammualaikum dik.
Saya : Wa'alaikumussalam. Kenapa bang? (sambil pelik2)
Abang A : Dik. Abang nak mintak tolong sikit la. Abang nak pinjam duit sikit. Anak abang sakit ni, sekarang ada kat Hotel Garden. ada orang tolong tengokkan. Ingatkan nak pinjam duit adik, nak bawak anak abang pergi klinik. Abang tak cukup duit la. Adik ada duit tak (masa tu dia mintak RM50 kalau tak silap).


Disebabkan sy tak cukup duit masa tu, memang sy tak boleh nak bagi la. Nanti nak tolong orang, diri sendiri pulak yg tak tertolong kn. 


Saya : Mintak maaf la bang. Sy pun takde duit ni. Cukup2 je buat tambang (memang tengah takde duit pun time tu.. hu3)
Abang A : Tolong la dik. RM10 pun jadi la. nanti yang lebih tu abang mintak dengan orang lain.


Dalam pada itu, hati sy terdetik, kenapa jauh sangat dia letak anak dia tu. Kalau nak tahu, jarak antara BSN dan Hotel Garden agak jauh, lebih kurang 1 km. Kenapa orang kat Hotel Garden tak nak tolong anak dia sampaikan dia sanggup jalan sejauh tu untuk mintak bantuan. Dan lagi satu, betul ke dia ada anak?

Dan kemudian sy tinggalkan dia dengan penuh simpati. memang tak boleh nak tolong sebab tu la duit terakhir sy masa tu. Dan akhirnya perasaan simpati tu hilang bila jumpa dia lagi kat Carrefour tadi. Lorh... x abis2 mintak sedekah lagi ke? kali ni nak pakai alasan apa pulak? Kucing sakit? :P

Dan sebenarnya ini bukan kali pertama sy jumpa pakcik2 dan makcik2 mintak sedekah kat Batu Pahat ni. Dah banyak kali dah... dah banyak sangat taktik yg diorang guna, sy dah jadi kebal dah dengan taktik2 tersebut... sorry lah ye pakcik2 dan makcik2... sy ni mybe nampak muka mcm muka bodo2 je, tapi pengalaman saya sangat banyak tau sebab sy banyak berjalan. So, pegi la pakai taktik tu kat orang lain ye. =)

Nak tahu kisah yg lain? Sila baca di bawah:

***********************************************

Kisah 1: 
Sy sedang tunggu bas ke Tangkak di Stesen Bas Batu Pahat apabila seorang makcik menegur saya. Memang kalau orang tegur, sy biasanya layan je... nanti orang kata sy sombong pulak.. so, kalau jumpa kat mana-mana tu, silalah tegur menegur ye.. ha3.. 

Ok... berbalik kepada kisah makcik tadi... ni dialog sy dan dia:

Makcik X : Balik mana nak?
Saya : Balik Tangkak cik. Makcik nak pegi mana?
Makcik X : Makcik ni tengah tunggu orang datang ambik makcik tapi mana ntah tak sampai lagi. 
Saya : Makcik tinggal kat mana?

Pastu makcik tu bebel-bebel apa ntah. tetiba dia tanya:

"Nak.. ada RM25 tak? Makcik nak balik rumah kat Parit Sulong. Makcik nak naik teksi. Ada tak?"

Dalam hati saya cakap, 

"Gila... tambang aku pun baru RM7.80, nak bagi dia RM25 pulak... pegi la naik bas, murah sikit"..

ye la... bukannya takde bas ke Parit Sulong... melambak kut.. setengah jam atau sejam sekali ada satu bas. Tapi dengan orang tua, takkan nak cakap cmtu pulak kn. So sy just cakap,

 "Mintak maaf la cik.. sy dah beli tiket tadi.. tinggal RM2 je belen tiket tadi"... 

pastu, makcik tu bebel2 lagi... then dia cakap,

 "RM2 pun boleh la nak.. nanti makcik pergi mintak kat orang lain."..

Malas nak layan, sy bagi je RM2 tu... ala... dua ringgit je pun... tak luak lah elaun... hu3...

Lebih kurang setengah jam kemudian, makcik tu datang lagi. Mybe dia tak cam muka saya, maka dia buat satu kesilapan besar apabila sekali lagi dia datang mintak sedekah kat sy. Ayat sy ringkas je, 

"Eh... kan sy dah bagi duit tadi.. sy mana ada duit lagi"..

 terdiam makcik tu... pastu dia cover balik sambil bertanya lagi 

"anak ni nak balik mana?"...

Bila sy cerita kat kawan2, rupanya ramai yg dh terkena dengan makcik ni. Ada yang kata makcik tu mintak duit nak beli air, pastu bila dah bagi, dia tak beli pun. Dia pergi mintak lagi kat orang lain pulak. Dan ada jugak kawan sy yang pernah kena maki sebab tak bagi duit kat dia.

***********************************************

Kisah 2:
Kisah ni masa sem 3. Hari tu sy tak dapat tiket untuk ke Tangkak, so kena tunggu bas awam ke Muar. Sementara menunggu tu, ada seorang pakcik datang kat saya. Siap bagi salam... mula2 ingatkan dia nak tanya arah ke, atau tanya bas. Tiba-tiba, dia cakap : 

"Dik.. sy ni pesakit mental... nak mintak jasa baik adik bagi duit sikit".. 

sambil tu dia tunjukkan satu surat pesakit mental yang dah lusuh.. yg ni sy kesian sikit, so sy bagi la sikit, barang seringgit dua. 

Beberapa minggu kemudian, sekali lagi dia mintak sedekah kat sy masa sy sedang tunggu bas. Sy bagi la sikit, seringgit kut.

Dalam masa cuti akhir sem aritu, masa sy ke Batu Pahat untuk rumah kenduri kahwin sedara, kami sekeluarga singgah kat Masjid Batu Pahat yang lama kat sebelah Dataran Penggaram tu. Masa nak masuk masjid, sy nampak pakcik ni duduk kat tangga dengan kawan-kawannya. Diorang borak pasal apa ntah... sy dengar ada nasi briyani la, roti canai la... pasal makanan rupanya...

Masa kitorang siap-siap nak gerak, sy nampak pakcik ni datang mendekati van kami sambil bukak lipatan kertas -mungkin surat sakit mental yg slalu dia tunjuk kat orang masa nak mintak sedekah tu. Tapi bila dah dekat dengan kami, sy toleh kat dia.. mybe time tu dy perasan kut yg dia pernah mintak duit kat sy, terus dia jauh semula sambil lipat balik kertas tu.

Pakcik oh pakcik... badan sihat pergi la buat kerja.. tak semestinya kerja makan gaji.. kerja sendiri pun boleh daripada pakcik melepak kat masjid berjam-jam tak buat apa-apa.

***********************************************

Kisah 3:
Sy sedang menaiki bas Tangkak - Muar apabila terperasan seorang nyonya berdiri dalam bas sambil jerit-jerit kat salah seorang penumpang. Sy tak dengar apa yg dia jerit... cuma yg sy dengar, "20 sen!!, 20 sen!!". Pastu nyonya tu pergi bayar tambang, sy ambik tempat duduk kat sebelah penumpang yg kena marah tadi. Sy dengar penumpang tu merungut kat kawan dia.. antara ayat yg sy dengar: 

"Sapa ntah datang-datang je mintak duit pulak".. 

pastu sy borak2 dengan penumpang tu... rupanya dia tak kenal pun nyonya tu... tiba2 je nyonya tu datang mintak duit kat dia. Sepanjang perjalanan, nyonya tu memekak membebel apa ntah. Nak tido pun tak senang... haishh..

Beberapa minggu lepas tu, sy naik bas yang sama lagi... sekali lagi sy jumpa nyonya tu naik. Kali ni dia mintak duit kat seorang perempuan berbangsa Cina -umur lingkungan 20-an. Perempuan Cina tu kelam kabut bukak purse dia nak keluarkan duit. Sy tengok driver bas berbangsa Cina tu dah geleng kepala dah layan nyonya tu.

Dan beberapa minggu kemudian, masa bulan Ramadhan, sy naik bas dari Muar ke Tangkak. Bas dah nak gerak apabila tiba-tiba nyonya ni naik lagi. Kali ni driver bas tu Melayu dan sy kenal sebab sy slalu jugak naik bas dia. Nyonya tu naik bas, terus duduk kat salah satu seat. Sepertimana biasa, barang yang dia bawak memang banyak. Ada selipar, ada sayur, ada apa ntah lagi. Driver bas tu suruh dia bayar, tapi dia tetap tak bergerak dari seat. Dia jerit kat driver bas yg dia takde duit. Driver bas suruh turun tapi dia taknak turun. Last2 abang driver tu ambik salah satu barang dia dan ugut nak buang keluar dari bas. Terus nyonya tu bangun dari tempat duduk.. ingatkan nak turun... rupanya dia jalan ke belakang bas sambil mintak duit kat penumpang lain. Last2, dia mintak kat seorang brader ni.. brader tu terus bagi je duit, malas nak layan kut.

***********************************************

Kadang-kadang tension tau bila jumpa keadaan macam ni. Bukan kita taknak bagi... tapi kadang-kadang yang sihat wal'afiat pun nak mintak sedekah... apa cerita ni? Allah sudah kurniakan badan yang sihat, pergi la gunakan untuk bekerja mencari sesuap nasi (better cari lebih dari sesuap la... kang makan sesuap tak kenyang pulak)... saya pun kadang-kadang bukan taknak bagi... saya kesian jugak kalau tak bagi, nanti dia nak makan apa kn... tapi kalau selalu sangat tu, tak boleh la jugak. Elaun saya bukan banyak mana pun. Cukup2 je buat makan, pastu nak beli barang2 sikit. Kalau betul-betul susah, betul-betul miskin, pergi mintak bantuan cara yang betul.. pergi la pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat ke, mintak bantuan RM250 sebulan tu. Itu pun kalau betul-betul tak berupaya nak kerja la. Kalau boleh kerja tu, usaha la dengan tulang empat kerat anda.


6 comments:

Emi said...

hehe..byk betol citer dy ye...;)
btw, nk tanye, nape tetibe kat blog sy x kua senarai follower ek? lgsg x kua. button "follow" pon x kua.. any idea?huhu..ane la tau kot2 kamu tau n ley tlg..

Irwan said...

Aku pernah kene maki2 dengan mak cik yg mintak RM 25 kat ko tu... :( die kate muke je baik, tapi pembohong!! huhu..

m A s L i A n A said...

berhati-hati=)

salam folow

BUNGA said...

as salam.
zaman skrg ni susah nk percaya org.. kena hati2..

MiSs D said...

hati2 ye..kekdng geram kn bila ade org cm ni..

Hazman Amini said...

~emi~ -
hu3... sebab sangat kerap gi bus stand BP tu. sbab tu slalu kena.. hu3..
btw, sejak bila list follower tu x kluar ye? Mybe sebab template kut. Cuba bukak balik kat design, pastu remove gadjet bahagian follower list.. refresh blogger, then try masukkan balik gadjet follower list tu. =)

Irwan -
Ko maki je makcik tu balik.. suka2 je mintak kat orang banyak mcm tu. Ingat kita ni dh kerja ke... haishh.. =)

Masliana -
Hehe.. ok... dh follow blik... =)

bunga -
Btul tu. Risau jugak kadang2 bila jumpa orang2 yg sewaktu dengannya. Risau sebab takut2 klau diorang ada niat lain plak kn.. =)

Miss Rahaida -
Haah.. geram btul.. lagi2 kalau yang datang mintak tu orang yang sihat. Mcm dh tak boleh nak kerja langsung pulak. Hu3. =)