Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, December 9, 2010

Kalau bukan sebab itu, sy tak tunggu pun...

Oh, elaun... harap2 ada lah dikau (walaupun dalam hati tak yakin je ada elaun nih)... oh...oh... 

Pada waktu ini, my sayang sedang sakit dan memerlukan rawatan segera. Beliau mengalami kerosakan organ penting dan perlu menukar organ tersebut dengan segera. Tapi apa pun sy kagum dengan dy... walaupun sedang sakit, namun beliau masih tidak jemu berkhidmat dan terus menemani sy terutama time nak gi jalan2...  Sebab tu sy tunggu elaun nih untuk mendapatkan rawatan untuk dy... organ yang rosak dan perlu diganti itu ialah LCD screen dan berkemungkinan menelan belanja sekitar RM200 hingga RM300.

Kah kah kah... okey3... sekarang anda boleh marah... dusyum3... :P

Skrin dah pecah... sekiranya anda ingin menyumbang, sila taip No Pin kad ATM anda dan hantarkan bersama2 kad ATM tersebut ke alamat sy.. kah3... :P

Skrin kamera sy ni dah pecah semenjak lebih kurang sebulan lebih yang lalu. Kalau sapa2 yg rapat dengan sy, mereka tahu lah apa rupa dah kamera ni sekarang. Hehe... jangan kata kamera LUMIX PANASONIC tak tahan... actually ia antara kamera yang sangat lasak... contohnya kamera sy ni... entah berapa kali jatuh dah tak dapat kira dah... and Alhamdulillah still bertahan sampai sekarang. Kalau sape2 nak beli kamera yang murah dan berkualiti, boleh la masukkan kamera model ini dalam list anda.

  • Panasonic DMC-FS42
  • 10 megapixels
  • Optical Zoom  4X
  • Digital Zoom   16X
  • Leica Dicomar Lens.
  • Image stabilizer.
  • Intelligent Auto (iA)
  • Video mode.
  • Li-Ion battery

dan lain2 lagi yg sy x dapat nk bezakan sama ada pakej atau hadiah masa beli (sebab sy beli kat PC Fair).

Kamera kesayangan saye... =)

Ada jugak kawan2 sy kata, beli je la kamera baru... ok... bukan mudah ye kita nak singkirkan sesuatu barangan yg kita beli dengan hasil usaha kita sendiri. Lagipun sy sangat suka kamera ini, terutamanya pada fungsi Image Stabilizer yang ada padanya. Sebab tu sy boleh tangkap gambar even masa tengah bergerak. Contohnya gambar yg sy snap masa on the way nak gi MAHA ni aritu:

Gambar ni dirakam ketika sedang bergerak pada kelajuan 100 km/j (speed standard highway la tu)...

Ni pulak time gi Gunung Banang dengan kawan2...

Banyak gila kenangan dengan kamera ni... sbab tu sy sayang nak tukar. :(

***Aritu ada kawan2 sy anta SMS kat sy... ada lebih kurang 3 ke 4 SMS sy dapat... kata mereka, elaun akan masuk pada 8hb... dan kat hujung ayat mereka ada tulis "M*** yg cakap"... so pagi tadi, seawal jam 7, sebaik talian myBSN dibuka, sy terus log in... hasilnya? Memang seperti yang sy jangkakan... tak de pon... apa2 hal pun kita tunggu la 10 Disember ni ye... =)

Sy tunggu elaun ni cuma sebab nk repair kamera je.. Kalau tidak, aku tak tunggu pun elaun nih......

2 comments:

zul said...

sabo man gemok...dari aku jimbit

Hazman Amini said...

Aku nk angkut camcorder pulak lah sem depan... hua3... :D