Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, December 12, 2010

Bakul sia / siah - satu tradisi masyarakat Melaka

Pada 4 Disember 2010 aritu, sy ke Kampung Gadek, Alor Gajah, Melaka sebab membantu majlis perkahwinan seorang sepupu sy. Sedang sy duduk2 jaga lauk bawah rumah tu, seorang sepupu sy (adik pengantin) hulurkan satu bekas kayu yg unik. Dalam bekas tu ada beras... kata sepupu sy tu, kalau ada orang bg bekas mcm tu, masukkan beras tu dalam satu beg plastik, then balas dengan telur rebus dan satu paket (gula-gula kalau x silap)... nak tahu apa bendanya?.. haa... sila rujuk kepada tajuk entri ni.


Bakul sia. -ada juga yang menyebutnya sebagai Bakul Siah. **sila sebut dengan tajwid yg betul... Sia~.. cmne ek nk bgtau cara menyebut yg betul nih... mcm ni la lebih kurang : bakul si'a~. Dan jangan pandai-pandai tambah huruf L kat hujung tu... nanti jadi bakul Sia* pulak... ish3... biadap sungguh... tampo muka nanti... :P

Jarang kita jumpa bakul ni digunakan sekarang ni kn? Kalau ada pun, mesti dah jadi perhiasan kat atas almari atau kabinet je. Terus terang cakap, sy pun first time melihat bakul ni digunakan untuk tujuan selain perhiasan. Tabik ah kat makcik tu sebab masih meneruskan adat. Awalnya sy pun tak tahu apa tujuan bakul ni, tapi setelah menyoal siasat sepupu2 dan mak sy, baru sy tahu tujuan sebenarnya. (Wikipedia xde artikel lengkap mengenai kegunaan bakul Sia ni, so sy tulis apa yg sy tau je lah ye)

Bakul Sia ni merupakan bakul tradisi masyarakat Baba dan Nyonya kat negeri Melaka (tengok corak pun dah tahu kn)... ia biasanya diperbuat daripada buluh atau kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit binatang (takkan guna kulit orang pulak... haha~ ). Kalau nak tahu, dulu bakul Sia ni sangat popular. Masa zaman dulu, bakul ni digunakan untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan untuk pemberian hadiah. Ibu-ibu yang nak pergi majlis perkahwinan biasanya akan berjalan sambil membimbit benda ni ke rumah kenduri tu.

Masa nak pergi ke majlis perkahwinan, tetamu ni akan memasukkan hadiah berupa beras ke dalam bakul Sia ni.  Sampai kat rumah kenduri, mcm biasa la, salam dengan tuan rumah kn... dan bekas ini akan diberikan kepada tuan rumah. Tuan rumah akan mengambil bakul ni dan memasukkan beras tersebut ke dalam tong beras yg dah disediakan. Dan biasanya beras tu akan dibalas dengan memasukkan benda lain ke dalam bakul Sia tu, contohnya pulut kuning atau telur rebus.

Bila tetamu tersebut dah selesai makan, tetamu itu akan berjumpa semula dengan tuan rumah (mcm biasa, nak balik kena salam dulu... xkan blah gitu je kn). Tuan rumah akan memberikan semula bakul Sia yang dah dimasukkan pulut kuning atau barang balasan tu kepada tuan punya bakul iaitu tetamu tu tadi.

Sistemnya sama je dengan salam keruk yg diamalkan pada masa kini. Kalau salam keruk, tetamu yang datang akan bersalam dengan tuan rumah... biasanya dalam tapak tangan yang bersalam tu, akan ada sejumlah wang untuk tuan rumah tersebut. Dan untuk kelihatan lebih sopan, biasanya wang tu akan dimasukkan ke dalam sampul atau angpau. Kadang2 yg bagi angpau kosong pun ada... haha~.. Bila tetamu tu dah selesai makan dan nak balik, dia akan salam lagi sekali dengan tuan rumah, dan tuan tumah biasanya akan bagi buah tangan sama ada telur rebus atau goodie bag yang mengandungi jajan dan lain-lain.

Jajan = istilah bagi makanan ringan di negeri Johor


Lagi satu yg sy tahu, bakul Sia ni jugak digunakan apabila ada kematian. Ibu-ibu yg pergi melawat ke rumah si mati akan membawa beras di dalam bakul Sia ni dan diberikan kepada tuan rumah. Tapi, tak seperti kenduri kahwin... bakul Sia yg dibawa ke rumah si mati ni takkan ada isi bila dipulangkan kembali. Maksudnya pulang bakul kosong la. Kenapa?... faham-faham sendiri la ye...

Jawapannya, sebab kalau pergi rumah si mati tu, kiranya kita memberikan sedekah kepada waris si mati. Takkan kita pergi melawat orang mati, pastu kita nak mintak buah tangan pulak kn?... silap2 tapak tangan yg korang dapat nanti (kena tampar)... hahaha~ :D


Tradisi bakul Sia ni sekarang dah tak begitu popular sebab dah tak ramai yang amalkan. Sekarang kalau pergi kenduri kahwin, orang lebih suka buat salam keruk sebab tak payah susah2 bawak bakul tu, cuma perlu bawak duit je. Lagipun duit lagi ringan daripada bakul Sia ni kn...

Pada saya, tradisi bakul sia ni tak salah kalau diamalkan sebab kiranya macam kita memberi hadiah kepada tuan rumah yang melangsungkan perkahwinan tu. Kalau dah nama pun hadiah, maksudnya kalau kita bagi dia terima... kalau kita tak bagi dia takkan paksa bagi pun... yg jadik tak betul tu bila orang yang datang tu dipaksa bagi duit atau hadiah tu...

p/s : Asalnya nak buat entri pasal majlis tapi dah jadi cerita lama... so letak gambar je lah... ni gamba family pengantin lelaki..


** Selamat pengantin baru kepada Abang Azam dan isterinya (lupa nak tanya nama aritu)... semoga bahagia ke anak cucu... hehe~ :D

1 comment:

nadiwarna said...

hahha....dulu waktu kekecik..ayh aku bgi duit kt abg aku suruh beli jajan...abg aku g kedai die ckp nak jajan..tokey (cina) tu bgi kat abg aku bijan...hahhaa..liposen bijan waktu tu bnyak woiii...melekek lekek aku gelak kan abg aku tu..satu hal laa die punye bendoi...tp x salahkn abg aku gak..sbb mse tu die baru darjah 1
**masa tu kitorg baru pidah dri melaka ke negeri kedah...